
Welcome Guest
[Log In]
[Register]
| Welcome to :Deaf Coffee Cafe:. We hope you enjoy your visit. You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free. Join our community! If you're already a member please log in to your account to access all of our features: |
| Peluang bagi OKU berdikari | |
|---|---|
| Topic Started: Aug 26 2008, 10:43 AM (177 Views) | |
| azahar2u | Aug 26 2008, 10:43 AM Post #1 |
![]() ![]()
|
KOTA KINABALU 25 Ogos - Restoran KFC Tanjung Aru dekat sini, dibuka pada 1994 dengan lapan pekerja yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan pekak dan bisu Menurut Eksekutif Perhubungan KFC (Sabah) Sdn. Bhd., Anna Lau, cawangan KFC itu sememangnya dibuka khas bagi mengambil orang kurang upaya (OKU) dan kini bilangan pekerjanya telah bertambah kepada 11 orang. ''Semua pekerja di sini adalah pekak dan bisu dan mereka turut dibantu oleh seorang penterjemah iaitu pengurus restoran," katanya kepada Utusan Malaysia. Lau berkata, bagi memudahkan pekerja mereka, pihaknya menyediakan kemudahan hostel di atas restoran berkenaan, namun ada juga yang tinggal bersama keluarga. Menurutnya, kemudahan tempat tinggal itu juga adalah percuma. Jelasnya, di Malaysia terdapat tiga restoran KFC yang khusus mengambil pekerja OKU iaitu di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak. Katanya, ia bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan ini mempamerkan kemahiran mereka bekerja dan berdikari sama seperti orang normal. Lau memberitahu, semua pekerja OKU itu diberikan latihan khusus oleh pihak pengurusan KFC dan pekerja yang cemerlang akan turut dinaikkan pangkat. Selain itu, pekerja yang berkhidmat lebih daripada 15 tahun akan diberikan faedah persaraan daripada pihak majikan. Sementara itu, Pengurus KFC Tanjung Aru, Henry Gumpil berkata, meskipun pekerja di sini adalah pekak dan bisu, namun restoran itu tetap mendapat sambutan baik daripada orang ramai. ''Pelanggan di sini tidak akan berhadapan dengan masalah komunikasi. Mereka hanya perlu menunjukkan menu makanan dan selepas itu akan diberikan tag khas sementara menunggu pesanan tiba," katanya. |
![]() |
|
| « Previous Topic · Bulletin News : · Next Topic » |
| Theme: Zeta Original | Track Topic · E-mail Topic | 10:52 PM Nov 25 |







