Welcome Guest [Log In] [Register]
Welcome to :Deaf Coffee Cafe:. We hope you enjoy your visit.

You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.

Join our community!

If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Username:   Password:
Add Reply
Masalah pendengaran dan telinga anda; Oh...telinga ku...
Topic Started: Apr 23 2008, 06:23 PM (15,358 Views)
azahar2u
Member Avatar

High Coffeir
Masalah pendengaran dan telinga anda

Masalah pendengaran bukanlah suatu masalah yang jarang2 berlaku di dalam masyarakat kita. Malah dalam dunia ini, masalah pendengaran dihadapi oleh setiap peringkat umur, sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa mahupun warga tua. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai masalah pendengaran yang anda hadapi, adalah penting untuk mengenali telinga anda terlebih dahulu.

Struktur telinga anda

Secara fizikal, telinga boleh dibahagikan kepada tiga iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam (Gambarajah 1). Telinga luar terdiri daripada cuping telinga dan salur telinga anda. Manakala telinga tengah merangkumi gegendang telinga, tulang osikel (incus, stapes dan maleus) , ruang telinga tengah serta tiub Eustachian (yang menyambungkan bahagian telinga tengah ke tekak) .

Telinga dalam pula terdiri daripada koklea, salur separuh bulat dan saraf auditori iaitu saraf pendengaran yang menghantar maklumat pendengaran dari koklea ke otak untuk ditafsirkan. Di otak pula, terdapat pusat pendengaran yang akan memproses maklumat yang sampai dan maklumat-maklumat ini akan ditafsirkan sebagai pendengaran. Disebabkan hal inilah, kita dapat menikmati sensasi pendengaran.

Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga yang telah dinyatakan tadi haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing.

Posted Image

Jenis Masalah Pendengaran

Adalah penting untuk anda mengetahui jenis masalah pendengaran yang anda hadapi kerana ia akan membantu anda dan menyelesaikan masalah tersebut. Terdapat masalah pendengaran yang boleh dirawat dan tidak boleh dirawat. Jika anda menghadapi masalah pendengaran yang tidak boleh dirawat, pemakaian alat bantu dengar adalah perlu.

Terdapat tiga (3) jenis masalah pendengaran iaitu masalah konduktif, sensorineural dan campuran. Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah. Contoh masalah dan jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia), sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga tengah dan gegendang telinga bocor/pecah.
Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada. Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh. Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan.

Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran.

Berhati-hati jika anda mengalami tanda-tanda berikut !
Segeralah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan pendengaran anda.

1) Meminta percakapan diulang berkali-kali
2) Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa
3) Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami
arahan.
4) Sukar memahami perbualan di tempat bising
5) Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha
untuk memahami apa yang didengari
6) Sukar memahami perbualan telefon
7) Toleransi terhadap bunyi bising berkurang
8) Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual
9) Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat
10) Terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di
bahagian kepala dan leher.
11) Terdapat ahli keluarga yang juga mempunyai masalah pendengaran
12) Pengambilan ubat ototoksik (anti-histamin, anti-diuretik dll)
13) Menghidap penyakit sistemik (kencing manis, hiperkolesterol, buah
pinggang dll)

Perhatikan anak-anak anda. Jika mereka mempunyai salah satu ciri-ciri seperti di bawah, bawalah mereka menemui doktor untuk pemeriksaan pendengaran!

1) Tidak bertindak balas terhadap bunyi
2) Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri
3) Tidak memahami / silap memahami arahan
4) Kelihatan tidak memberikan tumpuan/ sentiasa mengelamun
5) Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain / sangat pasif,
menyendiri
6) Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang
lain dahulu sebelum melakukan sebarang tugas
7) Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak
tangan daripada mendengar
8) Lewat bertutur
9) Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap
10) Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan
kawan-kawan
11) Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan
penukaran darah selepas dilahirkan
12) Telinga sering berair atau bernanah
13) Dilahirkan sangat kecil (berat badan kurang 1.5kg)
14) Tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan
15) Ibu mendapat jangkitan seperti rubella, siphlis, herpes, cytomegalo
virus dll jangkitan kuman semasa mengandung
16) Ibu terdedah kepada radiasi (X-ray ,MRI dll) semasa mengandung
17) Ibu mengambil ubat ototoksik semasa mengandung (anti-histamin,
anti-diuretik dll)
18) Ibu mengambil dadah atau menghisap rokok semasa mengandung

Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan masalah pendengaran yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan.

we care we give we share

ikhlas dari
azahar
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Selina
Member Avatar
President of Deaf Coffee Headquarter
The Order of Kahvehane
azahar2u
Apr 23 2008, 06:23 PM

Quote:
 
8) Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual

I fikir.. ia bukan punca mengalami telinga.. :P Biasanya, remaja ada masalah ttg tidak memahami diri sendiri atau masalah ibubapa bercerai atau apa2 masalah.. stress...sadness.. etc

selina, apa kamu katakan ini bukan mengenai diri seorang .
sebenaranya ia sifat/tanda diri seorang bersikap memencilkan diri
daripada bergaul dan berbual.

untuk pengetahuan anda ,

suka memencil diri dari bergaul dan berbual adalah tanda masalah perdengaran.

sebagai contohnya , ibubapa melihat anaknya menjauhi diri daripada
bergaul dan berbual dengan kawan/jiran disebabkan kerana malu, masalah komunikasi, dan takut nak berkomunikasi kerana masalah perdengaran oleh
itu anaknya berdiam dan memencilkan dirinya.

ibubapa memanggilnya namanya tiada balas,maka ia mempunyai masalah perdengaran dan cuba komunikasi dengan anak
untuk memastikan samada anaknya dengar atau tidak dapat dengar.

untuk pengetahuan anda, saya ingin berkongsi kehidupan saya di sekolah normal
(hanya saya seorang mempunyai masalah pendengran di sekolah tersebut). HARD OF HEARING.

saya mengalami masalah pendengaran pada masa sekolah rendah ketika
umur 8 tahun. Di sekolah, saya menghadapi masalah mendengaran apa yang guru ajar, pelahan2 saya belajari matapelajar yang disampaikan. saya fahami sedikit demi sedikit bukan seperti pelajar lain faham sepenuhnya.
saya bergantung kepada nota.
cikgu saya mula syak kat saya, sambil bertanya "azahar. mengapa diam je?"
pelajar lain duk bergaul, saya pula duk je sambil memenung. sikap saya sememangnya pendiam,aktif dan peramah.
semasa cikgu menanya, saya minta ulang sekali lg...sebab saya tak dapat tangkap apa yang cikgu katakan tadi. banyak kali berulang. dari situ lah saya mempunyai masalh pendengaran,ibubapa saya pun terkejut. tidak tahu mengapa menjadi begini.
sejak itu saya memencilkan diri daripada bergaul dan berbual, tetapi saya mempunyai kawan sudi bergaul dan berbual dengan saya biar pun mempunyai masalah.
saya memberanikan diri bagi mempelajari komunikasi oleh itu saya memcuba bergaul dan berbual. pernah sekali saya jadi mangsa buli kerana pekak...
pelbagai ejek2 kepada saya. saya buat tak peduli dan tak kisah,sememang saya sakit hati. saya tidak marah pada mereka yang ejek saya kerana saya tidak mahu kehilangan kawan. sampai sekarang mereka masih kawan saya. mereka adalah normal bukan orang pekak.
di sekolah semua cikgu memahami masalah saya.. ustaz dan cikgu amat mengambil berat terhadap saya berusaha mendidikkan saya hingga saya pandai menjawab soalan dan menghafal nota dan juga membaca. Dari markah E menjadi C ,B dan A saya berjaya. alhamdulilah...syukur la dan terima kasih kepada cikgu kerana mengajar saya.. pejuang saya belum tamat lg, saya teruskan kaedah ini.

ketika umur 12thn , saya mulakan memakai alat pendengaran ia mampu dapat dengar separuhnya bukan sepenuh maka telinga masih ada bermasalah bukan alat telinga. menurut doktor berkata telinga saya tidak rosak, hanyalah masalah urat/saraf. ia sukar sampaikan ke otak..

saya masih memakai lagi alat pendengaran kerana ia mampu membantu saya mendengar.memudah saya berkomunikasi

setelah tamat pmr, saya teringin bertukar ke sekolah teknik namun kerajaan memberi saya ke vokalsional. sekolah menengah pendidikan khas vosional
(skm). saya tertanya2, sekolah apa tu ?
sepatutnya sekolah menengah vokalsional ( spmv)...

setelah masuk sekolah tu (smpkv), Terkejut saya tengok pelajar guna tangannya ( dlm fikiran saya mengatakan mereka org gila ke?)

tak pernah saya lihat ini, ini kali pertama, sampai disana saya bertanya ibubapa saya. budak tu buat apa ? ibu pun kata itu bahasa isyarat berkomunikasi dengan tangan. semua pelajar pekak bisu. baru saya tahu, ingat sekolah gila, nyaris je haha.
tetapi saya hard of hearing, tak pandai guna isyarat pun. saya tak paham apa yang mereka berkomunikasi.

dunia baru saya sertai iaitu dunia orang pekak bisu, lain rasanya fikran berbeza dan juga sifatnya.lebih jauh beza kehidupan orang normal. tetapi amat kecewa sekolah tu tawar skm je. mananya smpv ?
ketika itu saya mentah lg, mana lg nak sekolah saya nak masuk. teknik dah pun penuh. sedih rasanya.
huhu.
saya pun bertanya org di sekolah tu, rupanya orang pekak kurang pengetahuan.
ermmm...baru saya tahu... disebab itu tiada la spmv. hanya la skm.

jadi saya teruskan belajar di sekolah itu, walaupun menghadapi masalah komunikasi bahasa isyarat. saya tetap berusaha mempelajari seperti sekolah dulu komunikasi bergaul dan berbulan., alhamdulillah saya berjaya sedikit bahasanya. kelamaan saya hanya pandai setakat sederhana je byk lg bahasa isyarat saya belum mempelajari.

kini saya berkerja, saya berkerja sebagai juruteknik.
saya tidak menghadapi masalah kerja kerana saya mampu mengatasi. ia tidak menghalangkan saya berkerja,belajar dan komunikasi antara pekerja.

saya harap selina dan komuniti pekak fahami mengenai bergaul dan berbual, ini pengalaman kehidupan saya dunia normal dan dunia pekak bisu.

walaupun saya masih hard of hearing ini tidak menghalangkan saya, namun tidak lama lagi telinga saya akan pekak sepenuhnya maka saya pekak juga.

saya percaya, pekak bisu tidak menghalang seorang itu berusaha meneruskankan pejuang. sebagai contohnya selina, awak mampu lakukan kan sampai awak dapat masuk MMU. itu bukanlah mudah.
dan yang lain orang pekak bisu perolehi A dalam spm.

anda dinasihat jangan mudah mengalah, cuba la menghadapi cabaran hidup ini. biar pun susah. suatu hari nanti pastikan bercahaya...

* hard of hearing = orang yang boleh dengar dan kesukaran
mendengar. Boleh komunikasi dangan baik dan
kesukaran komunikasi.

we care we give we share

ikhlas dari
azahar

Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Selina
Member Avatar
President of Deaf Coffee Headquarter
The Order of Kahvehane
Sejak kamu masuk dlm smkv, kamu gembira belajar di sana? :)
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
azahar2u
Member Avatar

High Coffeir
Selina
Apr 24 2008, 04:19 PM
Sejak kamu masuk dlm smkv, kamu gembira belajar di sana? :)

gembira, namun saya telah pun mempelajari suatu yang baru. cikgu paizah ,cikgu dasuki dan
tak lupa juga cikgu anita selalu cubit telinga saya masa sy nakal. haha dan juga cikgu2 yang lain2 memberi kerjasama/mengajar dengan saya..terima kasih banyak2. setelah tamat smpkv, saya sambung belajar di polytecnic shah alam (psa). gred 3.70( tak caya takpe)haha

ermmm tapi cuma kecewa dgn smpkv sijil skm.. sepatutnya spmv. kita mesti belajar setaraf pelajar normal. tetapi amat kecewa pelajar2 pemalas.. malah ada yg kurang pengetahuan. sampai bila nak sedar ?
takkan nak kekal mcm nie? (actually sijil skm laku, original..haha).
saya sentiasa kedudukan dlm kelas no.1(bkn nak lagak), tak sangka ye 2thn berturun2. haha..

harap cikgu jgn manja sgt nga pelajar sekarang, beri pgajaran baru setaraf pelajar normal. biar pun susah, saya percaya pelajar pekak mampu lakukan jika tumpuan belajar dengan baik. tiada ubat mujarab/ ajaib memberi seorang menjadi bijak dan pandai. cikgu jgn mengalah ye!! haha

cikgu adalah ubatnya mujarab, bukan itu je, rajin juga paling mujarab/ajaibnya mampu memberi kita kerjayaan.. siapa yang amalkan ubat mujarab nie pasti berjaya. percaya la.... tiada senang/mudah dlm dunia ini..semua sama je. amalkan.

harap komuniti pekak, jgn lupa jasa guru kepada kita.
segala ilmu guru kita turunkan pada kita patut hargai.

aku nak citer sikit pd korang caya ke tak...????
semasa di politeknik kuliah agama aku sentiasa datang lambat dan
tido dlm kuliah. aku ketua kelas sepatutnya bg cth baik.
tak tahu la kenapa aku lewat dan tido dlm kuliah (actually ilmu dah siap dlm otak aku).
tak lama kemudian, pensyarah jurubahsa dan ustaz jenguk aku sambil
tanya mcm2. aku pun minta maaf. exam makin hampir dah.
tika exam, aku jwb semua soalan dgn selamba.
siap, hantar kat ustaz. ustaz terkejut, cepatnya aku siap. ustaz tanya aku. kenapa cepat sgt, byk masa lg.betul ke semua jwpan awak buat nie? aku berkata ya sambil selamba je. ustaz berkata sekiranya gagal kena ulangi semester 1 sekali lg. aku pun setuju dgn selamba je. haha.
ustaz pun cuba periksa...tiba2 muka ustaz jadi punca dan terkejut apa yang aku buat semua....pensyarah jurubahasa bergegas nak lihat apa yang berlaku... sambil tgk kertas aku tu , APA ! mcm tak caya betul....MARKAH AKU 100% PERATUS
dia pun panggil aku...
awak meniru ke?

tgk la meja, kosong. tiada kertas jwpan pun. tgk tgn kaki semua pensyarah check. takde pe2. aku hanya bawa pen je. ustaz pun berdepan semua pelajar, lalu berkata cuba fikirkan azahar ni tiap2 kuliah dia dtg lambat dan tido dlm kuliah dapat markah 100%.
pelajar duk mengarut kepala,hairan ye.

haha.sebenarnya aku dah pun belajar ilmu ini sejak sekolah menengah. ilmu kan sgt penting. jgn lupa... ilmu yang kita dapat sangat berguna. tgk cth aku nie,hahaha.

jgn tido dlm kuliah ye. jgn tiru aku ye..... hahaha

:D :D

song n very happy song n very happy thumb up! thumb up! lolz lolz
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Guest
Unregistered

apa yang perlu saya ambil kira jika saya menghadapi masalah telinga seperti yang berikut :
-rembesan nanah dalam telinga
-sukar mendengar dengan jelas
-takut berkomunikasi terhadap orang disekeliling
-gemar memencilkan diri/bersendirian
Quote Post Goto Top
 
selamat sejahtera!!
Unregistered

selamat sejahtera!!

saya mengalami masalah dengaran sejak 3 hari yang lepas. Masalahnya adalah selepas saya lepas bangun tidur saya merasai '' macam telinga saya memasuki air'' tetapi hari ini hari ke 4 masih begitu. Tolong saya! saya sudah menjumpai doctor di kilinik biasa tetepi masih sama... adakah saya akan kehilangan deria pendengaran...tolong balas secepat mungkin..

sekian terima kasih..
Quote Post Goto Top
 
Guest
Unregistered

kat mne paling bagus nk check masalah telinga ni, swasta ke krajaan
Quote Post Goto Top
 
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you
« Previous Topic · Hearing Aids & Cochlear Implants : · Next Topic »
Add Reply