
Welcome Guest
[Log In]
[Register]
| Welcome to :Deaf Coffee Cafe:. We hope you enjoy your visit. You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free. Join our community! If you're already a member please log in to your account to access all of our features: |
| JOM Saksikan Fenomena angkasa | |
|---|---|
| Tweet Topic Started: Apr 15 2008, 01:17 PM (786 Views) | |
| azahar2u | Apr 15 2008, 01:17 PM Post #1 |
![]() ![]()
|
Peluang saksikan fenomena angkasa![]() PEMINAT sains angkasa tidak mungkin melepaskan peluang dengan program pencerapan fenomena angkasa yang akan di adakan di Planetarium Negara bermula 18 April ini.Program tersebut dan dianjurkan oleh Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di Planetarium Negara, Tasik Perdana, Kuala Lumpur akan mengadakan cerapan planet dan peluang menyaksikan pelbagai fenomena astronomi yang berlaku sepanjang bulan Februari hingga Oktober ini. Menurut kenyataan agensi tersebut, Planetarium Negara memiliki teleskop mudah alih yang mampu melihat objek cakerawala dengan jelas seperti bulan, matahari dan planet-planet. ''Planetarium Negara, sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengembangkan ilmu sains angkasa di kalangan seluruh rakyat berharap peminat-peminat bidang astronomi, orang awam dan pelajar akan merebut peluang menyaksikan keajaiban angkasa lepas,'' kata kenyataan tersebut Pelbagai program sampingan diatur sepanjang program tersebut berjalan, antaranya sesi ceramah berkaitan bidang astronomi oleh pakar-pakar astronomi tempatan dan luar negara. Acara lain termasuk pertunjukan astronomi, program jendela langit malam, kuiz astronomi dan sebagainya. Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa yang disediakan sempena program-program berkenaan berlangsung. Sebagai menyambut cabaran kerajaan untuk meningkatkan penyertaan orang ramai dalam aktiviti sains angkasa, Angkasa menganjurkan program pencerapan langit sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada generasi muda serta peminat bidang astronomi menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Planetarium Negara. Orang ramai yang berminat untuk menyertai aktiviti astronomi di Planetarium Negara boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Angkasa di talian 03-2273 4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium. Semua penyertaan adalah percuma dan tempahan awal adalah digalakkan. |
![]() |
|
| « Previous Topic · Events & Gathering : · Next Topic » |
| Theme: Zeta Original | Track Topic · E-mail Topic | 8:52 AM Jul 11 |








