Welcome Guest [Log In] [Register]
BARU DIBUKA! Klik butang Like dan temui ribuan pengguna laman web ini.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:


Add Reply
Tajuk Karangan: Gejala Ragut; Karangan berbentuk pendapat / pandangan
Topic Started: Mon Sep 8, 2008 4:03 am (28,619 Views)
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
Tajuk Karangan: Gejala Ragut
Karangan berbentuk pendapat


Para pelajar dan guru boleh berbincang mengenai cara untuk menulis karangan bertajuk "Gejala Ragut" di sini.

Harap-harap para pengunjung, para pelajar dan guru-guru dapat sama-sama aktif memberi sumbangan berkaitan topik diskusi kita di sini.

Diharap para pelajar dan pengunjung laman forum ini dapat sama-sama meluangkan masa, saling bantu-membantu, berkongsi ilmu dan bertukar-tukar pandangan.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
w@Lin0ng$@ri
Member Avatar
Mental Syndrome Expert
[ *  *  *  *  * ]
Satu lagi contoh karangan yang bagus :victory:

Jenayah ragut kian berat
Oleh Amir Sarifudin (Wartawan Utusan)
Utusan Malaysia, 26 Mei 2004, ms 06 - Rencana


Mungkin satu ketika dulu kes-kes ragut dianggap sebagai jenayah kecil yang hanya melibatkan kerugian tidak seberapa.

Tanggapan ini secara langsung menyebabkan ada kalangan mangsa ragut tidak mahu membuat laporan polis. Ia dianggap kes kecil yang remeh-temeh dan membuang masa.

Antara sebab ragut tidak dilaporkan kepada polis ialah jumlah barangan atau wang tunai yang hilang tidak banyak.

Jumlah kerugian ragut dianggap tidak sebesar atau selumayan kes rompakan bank, kedai emas dan sebagainya.

Namun, kini keadaan sudah berubah di mana kes-kes ragut kadangkala bukan sahaja dianggap besar malah kerap meningkat.

Tanpa disedari, kes-kes ragut sebenarnya melibatkan jumlah kejadian yang banyak hingga ribuan.

Apabila kerapnya berlaku kes ragut, jumlah kerugian yang dikumpul juga besar dan kadangkala mencecah berjuta ringgit dalam tempoh setahun.

Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, jumlah kes ragut yang dicatatkan di Kuala Lumpur sahaja ialah sebanyak 1,144 kes.

Daripada jumlah itu, ia melibatkan kerugian lebih RM2 juta.

Ini hanya melibatkan kawasan ibu negara, bagaimana pula keadaannya bagi seluruh negara sama ada dari segi jumlah kes mahupun kerugian.

Pada masa yang sama, kejadian ragut juga mula menggemparkan masyarakat apabila berlaku beberapa kejadian hingga menyebabkan kematian kepada mangsa.

Berpunca daripada ragut, mangsa yang cuba melawan atau tercedera, akhirnya meninggal dunia.

Dengan perkataan lain, daripada ragut kini ia beralih kepada bunuh. Sama ada ia bunuh dengan niat atau tanpa niat, itu persoalan kedua. Yang penting, kes ragut ini boleh menyebabkan kematian. Malah jumlah kes ragut yang banyak secara langsung memperlihatkan bahawa para peragut kini bermaharajalela tanpa rasa takut kepada pihak berkuasa.

Kes ragut melibatkan kematian yang terbaru berlaku pada Jumaat lalu di Brickfields, Kuala Lumpur melibatkan seorang kerani wanita, Chin Wai Fun, 38.

Mangsa yang bergelut dengan peragut terbabit telah terjatuh dan kepalanya terhantuk pada benda keras di tepi jalan raya.

Akibatnya, mangsa koma selama 17 jam sebelum meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Sebenarnya, kes Wai Fun ini bukanlah satu kes terpencil, sebaliknya pernah juga berlaku satu kejadian lain di Pulau Pinang pada Julai 2002.

Dalam kejadian itu, seorang wanita warga Indonesia, Kartini Mansor, 62, cedera parah sebelum meninggal dunia.

Lebih menyedihkan, kedatangan Kartini ke negara ini pada mulanya bertujuan mendapatkan rawatan perubatan yang terbaik. Sebaliknya, mangsa melalui pengalaman pahit kerana terpaksa berdepan dengan peragut hingga menyebabkan nyawanya melayang.

Secara purata, kes ragut yang dicatatkan sepanjang tahun lalu di seluruh negara ialah sebanyak 15,798 kes dengan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah paling banyak iaitu 4,262 kes.

Kebanyakan kes ragut itu berlaku di bandar-bandar besar di mana terdapat orang ramai dan pejalan kaki menjalankan aktiviti harian.

Dari segi kejadian, ragut berlaku bukan sahaja melibatkan pejalan kaki sebagai mangsa, malah penunggang motosikal juga.

Tidak dinafikan, selain kehilangan wang tunai dan barangan penting, ada juga mangsa yang cedera dan terpaksa menerima rawatan di hospital.

Berikutan kerapnya berlaku kejadian ragut, sesuatu perlu difikirkan dan pasti pihak bertanggungjawab seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedar perkara ini.

Bagaimanapun, tanggungjawab menyelesaikan masalah ini tidak seharusnya diletak di bahu pasukan polis sahaja.

Umum memang mengetahui, dengan kekurangan anggota sedia ada, sukar untuk polis memantau sepanjang masa kejadian ragut.

Malah, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Hadi Ho berpendapat tindakan penyamaran oleh anggota polis bagi menangani masalah ragut bukanlah sesuatu yang praktikal.

Namun, penyamaran tetap dilakukan di samping beberapa tindakan lain seperti operasi berterusan, pemeriksaan, penguatkuasaan dan sebagainya.

Lebih penting ialah aduan dan maklumat dari orang ramai dalam menangani masalah ragut.

Menurut Hadi, antara tindakan penting ialah segera menelefon polis apabila berlaku sesuatu kes ragut.

Di samping itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah berkata, kejadian ragut merupakan antara kes paling sukar disiasat.

Langkah

Ini bukan bermakna polis kurang pengalaman atau pengetahuan. Sebaliknya, ia kerana polis sukar menuduh suspek tanpa bukti seperti menyertakan barangan yang dirampas daripada mangsa.

Sehubungan itu, dalam menangani masalah ragut ini, pencegahan adalah penyelesaian terbaik kerana ia dapat menghindarkan berlaku sesuatu kejadian.

Ini boleh dilakukan jika orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mendedahkan barangan kepada penjenayah ragut.

Langkah-langkah lain yang boleh difikirkan ialah tidak berjalan seorang diri di tempat sunyi dan sentiasa menyimpan beg tangan di tempat selamat.

Walaupun pencegahan jawapan kepada penyelesaian masalah ini, namun penguatkuasaan juga penting. Penguatkuasaan ini haruslah dilakukan secara berterusan.

Jika polis sukar menempatkan anggotanya sepanjang masa di tempat sering berlaku kejadian ragut, maka agensi penguat kuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), juga harus memainkan peranan membantu.

Pemeriksaan yang kerap ke atas setiap motosikal yang memasuki kawasan awam dapat mengelakkan kenderaan itu digunakan kegiatan meragut.

Di samping itu, cadangan pihak berkuasa sebelum ini untuk menghalang kemasukan motosikal di kawasan tertentu juga mungkin boleh difikirkan.

Langkah menghalang kemasukan motosikal itu secara tidak langsung dapat menghindarkan kejadian ragut.

Namun ia juga boleh menimbulkan kesukaran kepada orang ramai yang sering berurusan menggunakan motosikal.

Oleh itu, satu alternatif lain hendaklah difikirkan terutama dalam menyediakan kemudahan pengangkutan awam kepada orang awam.
FINAL DESTINATION$ -- Psychic Girl Love &8 --
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
« Previous Topic · Bahasa Melayu dan Inggeris · Next Topic »
Add Reply

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................