Bicara Akademik: Subjek UPSR+PMR+SPM -----
Radio Online: Radio ERA FM |
Radio Hot FM |
Radio IKIM FM
| MISSING BOY: 31 MAC 2007 TILL NOW; Muhamad Nazrin Shamsul Ghazali | |
|---|---|
| Topic Started: Thu Apr 12, 2007 10:10 pm (637 Views) | |
| Dragonizer | Thu Apr 12, 2007 10:10 pm Post #1 |
|
Administrator/Anggota SPTians
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Muhammad Nazrin boleh menghubungi Shamsul Ghazali atau isterinya, di talian 012-374 9647 atau 012-509 0451. KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Ganjaran bagi sesiapa yang memberi maklumat sehingga terjumpanya Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali yang dilaporkan hilang sejak seminggu lepas dinaikkan kepada RM10,000. Bapa kanak-kanak berusia 5 tahun itu, Shamsul Ghazali Shamsudin berkata tawaran itu bertambah apabila seorang individu menawarkan RM6,000 sebagai ganjaran untuk sesiapa yang berjaya menemui anak sulungnya itu. "Seorang lelaki dari Kampung Nakhoda, Selayang yang dikenali sebagai Suffian menghubungi saya dan memaklumkan bahawa beliau sudi menambah jumlah ganjaran agar usaha mencari anak saya giat dijalankan," katanya ketika ditemui Bernama di rumah bapa saudaranya di Kampung Melayu Subang dekat sini, hari ini. Sebelum ini Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong menawarkan sumbangan peribadi sebanyak RM2,000 sebagai ganjaran kepada pemberi maklumat yang berjaya membawa kepada penemuan Muhammad Nazrin dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga turut menawarkan RM2,000 untuk tujuan sama. Muhammad Nazrin dilaporkan hilang lebih kurang pukul 2 petang 31 Mac lepas ketika mengikut ibu bapanya membeli-belah di kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini. Rakaman CCTV selama 17 minit menunjukkan kanak-kanak itu menaiki eskalator dan berjalan keluar menghala ke Jalan Raja Laut seorang diri pada pukul 2.45 petang, kira-kira 15 minit selepas bapanya membuat pengumuman kehilangannya di pusat membeli belah itu. "Saya amat bersyukur kerana banyak pihak sudi membantu dan sentiasa memberi semangat untuk saya menjejak anak saya. Kami akan terus berusaha dan berdoa semoga Yin (Muhammad Nazrin) ditemui selamat," katanya. Sementara itu Shamsul Ghazali berkata polis memberitahunya bahawa setiap pintu masuk sempadan negara kini telah dimaklumkan mengenai kehilangan anaknya itu dan poster gambar kanak-kanak berkenaan juga diedarkan di sana. "Polis juga sedang menggiatkan usaha untuk mengesan anak saya di sekitar Kuala Lumpur dengan cara menyebarkan gambar dan mengadakan rondaan di kawasan sekitar Sogo," katanya. Shamsul Ghazali berkata sekumpulan 12 orang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kumpulan Badan Kebajikan Bank Islam turut berusaha mengesan anaknya dengan mengedarkan poster dan risalah. "Usaha kumpulan itu amat dihargai keluarga saya kerana mereka jugalah yang mengaturkan pertemuan saya dengan pihak media dan bertungkus lumus mencari Yin sejak seminggu lepas," katanya. Sementara itu tinjauan Bernama di beberapa pusat membeli-belah di sekitar ibu kota mendapati poster-poster Yin ditampal di papan tanda dan kawasan letak kereta bagi membolehkan orang ramai mengenali kanak-kanak itu. Pengerusi PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman pula memaklumkan bahawa persatuan itu akan memuatkan gambar Muhammad Nazrin dalam laman web rasminya selain menggunakan bantuan Kumpulan Storm (kumpulan motosikal PPIM) untuk mengesan kanak-kanak itu. "Selain itu Kumpulan Penjual Otai juga akan turut mengedarkan poster Muhammad Nazrin di seluruh Lembah Klang," katanya ketika dihubungi Bernama. |
| http://dukeamienerev.blogspot.com | |
![]() |
|
| Dragonizer | Thu Apr 19, 2007 10:20 am Post #2 |
|
Administrator/Anggota SPTians
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
sudah ditemui... alhamdulillah. |
| http://dukeamienerev.blogspot.com | |
![]() |
|
| « Previous Topic · JEJAK KASIH - FIND LOST PERSON · Next Topic » |





![]](http://209.85.48.16/static/1/pip_r.png)


