Welcome Guest [Log In] [Register]
BARU DIBUKA! Klik butang Like dan temui ribuan pengguna laman web ini.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:


Add Reply
PENGAJIAN KITAB HIKAM; Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari
Topic Started: Sat Mar 31, 2007 7:42 pm (12,300 Views)
zarith
Member Avatar
Ibu
[ * ]
[size=7]PENGAJIAN KITAB HIKAM [/size]
Sheikh Ibnu Athoillah As-Kanddari
Syarah oleh Sheikh Abdul Malek bin Abdullah (Tok Pulau Manis)




Posted Image
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



Segala pujian hanyalah buat Allah swt


Sempena Maulidar Rasul , dengan hurmat dan sukacita saya ingin berkongsi ilmu
PENGAJIAN KITAB HIKAM secara berperingkat yang saya petik dari sebuah laman
web untuk renungan dan kefahaman bersama.

Semuga topik ini dapat memberi faedah pada mereka yang mengikutinya.
InsyaAllah akan saya cuba memberi yang terbaik dengan izinNYA dan semuga
dapat kita sama sama mendalami ilmu yang berguna ini.

Semuga muncul alim ulamak yang dapat sama sama memberi komentar untuk
kebaikan muslim dan muslimat di sini.



Quote:
 


Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. [Al-Baqarah: 269]




Semoga Allah memberi anda petunjuk dan hidayahnya.
TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN BANTUAN ALLAH DAN KURNIA RAHMATNYA
Posted Image

http://www.globalunification.com/associatesASIA001.php
http://www.hi5.com/friend/profile/displayP...userid=24171023
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=ST&f=32&t=49475
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
zarith
Member Avatar
Ibu
[ * ]
[size=7]PENGAJIAN SEPANJANG BAHAGIAN SATU[/size]




Posted Image
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



[size=7]Tanda-tanda Bergantung Pada Amalan [/size]



Kata Sheikh R.A yang bermaksud :

Setengah daripada alamat orang yang bergantung(bersandar) atas amal itu ialah kurang harapannya apabila melakukan kesalahan(maksiat).

Terjemahannya oleh Tok Pulau Manis

Sebahagian daripada tanda-tanda hamba Allah yang bersandar dirinya pada kekuatan amal usahanya ialah berkurangnya pengharapan terhadap rahmat kurnia Allah dan apabila mereka membuat sesuatu kesalahan atau dosa disisi Allah dan akan sempurna harapannya kepada Allah apabila beliau banyak melakukan ketaatan. Adalah yang demikian itu hal segala orang yang jahil yang menilik bagi dirinya berbuat amal dan orang-orang-orang Arif tiada sekali-kali menilik dirinya berbuat sesuatu amalan.

Adalah segala hal manusia itu terbahagi kepada beberapa bahagi seperti di bawah:

Yang pertamanya ialah golongan yang bersandar atas amalan yang mereka lakukan dan alamatnya ialah berkurangan harapannnya kepada Allah apabila tiada hasil baginya apa yang dimaksudkan seperti untuk memperolehi sesuatu perkara yang luar biasa daripada amalan-amalan dan ibadat yang dilakukan.

Yang keduanya ialah mereka yang bersandar kepada anugerah taufik dan hidayah daripada Allah dan alamatnya ialah sentiasa rujuk (melihat kehendak dan kekuasaan Allah) kepada Allah sama ada dalam nikmat kesukaan atau bala(kesakitan). Apabila mereka suka mereka berkata Alhamdulillah dan bersyukur kepadanya dan apabila duka (ditimpa dbencana) kepada Allahlah mereka minta tolong dan berlindung.

Yang ketiganya ialah mereka yang bersandar atas bahagian yang telah terdahulu iaitu apa-apa yang telah ditentukan pada azali lagi. Alamatnya ialah tiada gundah(bimbang) dengan ketiadaan asbab(seperti makan atau pekerjaan). Maka tiadalah bertambah harapanya kerana sesuatu dan tiada kurang harapannya kerana sesuatu. Sama sahaja ada dan tiada sesuatu dan jikalau ditimbang harapan dan takutnya nescaya bersamaan dalam tiap-tiap waktu dan hal malahan mereka ini sentiasa SUKA DENGAN ALLAH.

Kata setengah daripada kaum sufiah adalah golongan yang ketiga itu ialah mereka yang menyerahkan dirinya dan diam dibawah perintah segala hukum Allah iaitu mereka yang sentiasa menilik dan musyahadah kepada fi'li(perbuatan) Allah dan FANA daripada dirinya.

Berkata pula setangah daripada orang-orang MUHAQQIQIN R.A, barangsiapa yang sampai kepada HAKIKAT ISLAM (pengakuan zohir) maka tidaklah kuasa dia daripada berhenti untuk sentiasa melakukan amal dan ibadat dan barangsiapa samapai kepada HAKIKAT IMAN maka tiadalah berupaya untuk berpaling(lari) daripada amal dan ibadat dan barangsiapa sampai kepada HAKIKAT IHSAN maka tiadalah kuasa dia berpaling kepada sesuatu lain daripada Allah(sentiasa musyahadah dengan Allah).

Berkata pula pengarang kitab Hikam :

Ketahui olehmu wahai Salik !!.

bahawasanya adab kepada orang yang AHLI THORIQ dalam sesuatu waktu(detik/saat) itu boleh jadi

ADAB AL-SYARIAT dan dalam sesuatu waktu boleh jadi
ADAB-AL-HIKMAT dan sesuatu waktu yang lain boleh jadi
ADAB-AL-HAQ.

Maka maksud ADAB-AL-SYARIAT itu ialah berdiri yakni buat amal dan menunaikannya mengikut kehendak hukum syarak. Ini adalah langkah permulaan bagi segala orang yang menjalani jalan menuju kepada Allah.

Maka maksud ADAB-AL-KHIDMAT ialah fana(hilang/hapus) daripada melihat segala amalan yang dikejakannya dan tiadalah mereka memandang kepada yang demikian itu melainkan kepada anugerah Allah Taala jua kerana bagi oarang yang dalam makam ahli khidmat, WAJIB bagi mereka tidak bersandar di atas amalan yang mereka kerjakan.

Maksud ADAB-AL-HAQ ialah seperti "kuketahui barang yang bagimu dan barang yang hak Allah. (hilang dan tenggelam jiwanya dalam lautan musyahadah dengan Allah). Inilah makam atau kedudukan orang yang AHLI TAHKIQ kerana hamba itu apabila mengenal ia hakikat sifat-sifat hamba iaitu FAKIR, DHOIF, LEMAH, HINA dan KURANG di samping mengenal suatu yang tuhannya yang bersifat dengan GHONI(KAYA), QAWI(KUAT/KUASA), QADIR(PEKEHENDAK), 'AZIZ(MULIA) DAN KAMALAT(KESEMPURNAAN).... maka hamba yang ahli-tahkiq ini fanalah ia daripada tiap-tiap barang yang lain daripada Allah. (tidak nampak susautu ini melainkan melihat akan kewujudan Allah yang MAHA SEMPURNA).

INILAH... bagi hamba-hamba pilihan yang berupaya melihat akan kamalat kudrat tuhannya kerana bahawasanya barangsiapa tiada melihat akan kamalat kudrat tuhannya dalam MAKRIFAT maka gugurlah(turun) ia makam atau keadaan yang sempurna (INSANUL KAMIL). Maka apabila telah engkau lihat akan kamalat kudrat tuhamnu maka fanalah engkau daripada tiap-tiap perkara yang lain daripadaNya. Sesungguhnya hendaklah engkau ketahui bahawasanya kehendak Allah daripamu dalam tiap-tiap hal dan tiap-tiap perkataan dan tiap-tiapa makam.

INILAH... kesudahan-kesudahan adab kerana bahawanya yang dikehendaki oleh hak Allah ialah bahawa engkau itu tiada berdaya dan hendaklah engkau menggugurkan segala ikhtiarmu (iaitu tidak pandang dan mengira-gira) dan hendaklah engkau memutuskan kehendakmu(jangan nampak kekuasaanmu) pada tiap-tiap perkara yang Allah telah tetapkan engkau di dalamnya, sama ada di dalam Maqam Tajrid(semata-mata beribat kepada Allah tanpa memikirkan usaha) atau di dalam Maqam Asbab.





Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini




Semoga Allah memberi anda petunjuk dan hidayahnya.
TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN BANTUAN ALLAH DAN KURNIA RAHMATNYA
Posted Image

http://www.globalunification.com/associatesASIA001.php
http://www.hi5.com/friend/profile/displayP...userid=24171023
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=ST&f=32&t=49475
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
zarith
Member Avatar
Ibu
[ * ]
[size=7]
PENGAJIAN SEPANJANG BAHAGIAN SATU[/size]





Posted Image
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.




[size=7]Syahwat Yang Tersembunyi [/size]



Kata Sheikh R.A yang bermaksud :


Berkehendak engkau akan tajrid beserta mendirikan Allah akan dikau pada segala asbab adalah setengah daripada syahwat yang tersembunyi.

Terjemahannya

Barangsiapa yang telah ditentukan oleh Allah hidup dalam keadaan membina dan mencorak kehidupan mereka dengan cara berusaha dan bekerja tetapi bercita-cita ia mahu keluar daripada jalan usaha atau asbab ini dengan tujuan untuk semata-mata beribadat secara khususiah kepada Allah tanpa memikirkan tentang kehidupan dunianya maka yang demikian itu adalah timbul dari nafsu keinginan jahat yang tersembunyi. Hanyasanya adalah ia daripada syahwat kerana tidak mahu menerima hakikat bahawa itulah ketetapan Allah yang dikehendakiNya sedangkan kehendak hamba itu menyalahi yang demikian itu.



Terjemahannnya oleh Tok Pulau Manis

Hanyasanya adalah syahwat itu tersembunyi kerana bahawasanya pada zahirnya menampakkan seakan hamba itu bercita-cita untuk keluar daripada nafsu dan sememangnya hal yang demikian itu adalah dituntut dan dikehendaki oleh Allah Taala. Tetapi satu hal yang perlu dingat ialah sesuatu kehendak atau cita-cita besar itu hendaklah berlandaskan dengan keredhaan Allah bukannya daripada keredhaan nafsu.

Sesungguhnya apa yang diredhoi oleh Allah Taala akan dirimu ialah berdiam(tetap) pada apa yang telah didirikan Allah atas engkau sama ada pada makam asbab(golongan yang bekerja dan beribadat)atau makam tajrid(semata-mata beribadat kepada Allah tanpa memikirkan usaha dan tanggungjawab kepada ahli keluarga).

Kata Muallif(pengarang) Kitab Tanwir Qulub bermula yang dikehendaki hak Allah Taala akan dikau ialah bahawa diam(tetap dalam sesuatu hal) kepada yang telah didirikan Allah akan dikau hinggalah ke satu masa di mana Allah memerintahkan keluar engkau ke satu hal atau maqam yang lain sebagaimana Allah memerintahkan masuk engkau kepadaNya dulu.

Dan kata Sheikh Hijazi bermula Iradat(kehendak) itu tiga perkara iaitu;

Iradat Al-Tob'i iaitu kehendak yang takluk dengan kepada bahagian nafsu dan keluar daripadanya adalah WAJIB. Bahagian nafsu ini ialah seperti kehendak kepada kemasyhuran, pangkat, kedudukan atau berlazat-lazat pada makanan dan pakaian serta lain-lain lagi.

Iradat Al-Tamni iaitu kehendak bagi segala Ahli Tawajuh(yang selalu berhadap hati kepada Allah) yang Salik(mereka yang dalam permulaan perjalanan menuju kepada Allah). Mereka ini hanya berkehendakkan kepada kurnia Allah semata-mata.

Iradat Al-Haq iaitu kehendak yang takluk pada keikhlasan dan hakikatnya itu menyucikan amalan yang mereka kasih daripada syirik Jali(nyata) dan syirik khofi(tersembunyi).

Maka syirik khofi itu ialah seperti bahawa engkau jadikan kehendak bagimu itu serta Allah atau engkau lihat bagimu wujud(kita ada Allah ada=dua wujud). Maka apabila telah ikhlas engkau daripada penyakit lalai itu dan telah Allah hapuskan hukum maksiat pada sekalian itu maka jadilah engkau serta Allah tiada dengan kun(terhijab dengan alam benda).

Sesungguhnya menetapkan Allah akan dikau dalam segala asbab dan berkehendak engkau tajrid menunjukkan masih lagi tinggal syahwat dan nafsu yang tersembunyi. Tiada dinyatakan(diketahui) di atas seseorang hamba melainkan kepada segala orang yang Ahli 'Inayah kerana bahawasnya syahwat itu tiada jadi ia melainkan daripada nafsu sama ada yang bangsa(bersifat) dunia atau bangsa(bersifat) akhirat.




Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini



Semoga Allah memberi anda petunjuk dan hidayahnya.
TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN BANTUAN ALLAH DAN KURNIA RAHMATNYA
Posted Image

http://www.globalunification.com/associatesASIA001.php
http://www.hi5.com/friend/profile/displayP...userid=24171023
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=ST&f=32&t=49475
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
zarith
Member Avatar
Ibu
[ * ]
[size=7]PENGAJIAN SEPANJANG BAHAGIAN SATU[/size]


Posted Image
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.




[size=7]BerkataMatan Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari [/size]


Tiada daripada nafas yang engkau keluarkan itu, melainkan adalah bagi nafas itu kadar (nilai) yang dilalukannya akan nafas itu.



Pengertianya.

Sesungguhnya segala nafas seorang hamba itu dikira-kirakan(dihitung dan dinilai)atasnya kerana bahawasanya setiap nafas itu menghendaki ia Tajali (pembukaan/penzahiran hakikat) dan demikian Tajali mewajibkan makrifat dan demikian makrifat mewajibkan bagi hamba itu Ubudiah dan sekurang-kurang Ubudiah itu diam di bawah segala takdir Allah kerana melihat hamba akan lemah dirinya (Hakikat kehambaan) dan bersendirianTuhannya dengan kebesarannya (Hakikat Ketuhanan).



Keterangan Dari Suluk.



Setiap nafas menghendaki ia Tajali

Dalam setiap detik kehidupan yang dihitungkan dengan kiraan nafas yang ada pada kita, sememangnya setiap nafas yang kita sedut dan hembus itu sentiasa menanti-nanti dan bersedia untuk menerima Tajali daripada Al-Haq. Tajali inilah yang akan membukakan sir(rahsia mata hati) kita untuk melihat hakikat kewujudan Allah dan bagaimana hakikat itu dizohirkan.

Contohnya apabila seorang kawan memberi hadiah kepada kita, pandangan mata hati kita pada saat dan ketika itu akan terbuka dan melihat Allah yang menganugerahkan hadiah itu. Tidak terlihat/hilang/fana kawan kita tadi. Jika kita nampak juga kawan kita tadi ,pandangan kita akan melihat bagaimana Allah menzohirkan nikmat itu melalui pentadbiranNya dengan menghantar kawan kita sebagai pembawa hadiah dariNya. Terbukanya hakikat penzohiran inilah dikatakan sebagai Tajali dari Allah

Dan demikian Tajali mewajibkan makrifat

Apabila terbuka hakikat ketuhanan dan terzohir pada kita kita Tauhid Rububiyah melalui Tajali di atas, bererti seseorang itu telah dikatakan mempunyai makrifat(Ahli Makrifat). Dengan makrifat ini seorang hamba itu dapat membezakan:

antara yang hak(Allah) dan yang batil(makluk)
antara yang benar-benar Wujud(Zat Allah) dan Wujud yang 'Aridi/baru(Wujud Makhluk)
antara hakikat ketuhanan dan hakikat kehambaan
Inilah apa yang dikatakan dengan Tajali Allah.... seorang hamba itu mendapat makrifat.


Dan demikian makrifat mewajibkan bagi hamba itu Ubudiah

Apabila seorang hamba yang memiliki makrifat tadi dapat membezakan bahawa Allah bersifat dengan Qhani(Kaya), Qawi(Kuasa), Qadir(Kehendak), 'Aziz(Mulia) dan Kamalat(Sempurna)sedangkan hamba bersifat dengan Fakir, Dhoif, Lemah, Kurang dan Hina, sudah tentulah hamba itu mempunyai kesedaran yang tinggi tentang tanggungjawab yang harus dilaksanakan sebagai seorang hamba kepada Tuhannya. Kesedaran yang tinggi inilah akan meningkatkan darjah keimanannya di mana ia harus taat dan patuh kepada apa sahaja yang Allah Khitobkan(perintahkan).Hamba ini akan menjadi hamba yang tahu diri di mana sekurang-kurangnya ia wajib redho atas apa yang berlaku dalam kehidupannya sama ada nikmat, taat dan bala.

Samalah seperti kita katakan matahari makrifat itu meghapuskan kegelapan perjalanan Salik



Kata Pengarang Kitab Hikam....

Maka adalah tiap-tiap nafas itu merupakan Salik berjalan kepada Tuhannya. Kerana inilah telah mengisyaratkan guru-guru tasauf dengan katanya :

"Bermula jalan kepada Allah Taala itu adalah sebanyak bilangan nafas makhluk. Maka dalam bilangan nafas dalam sehari semalam itu ialah dua puluh empat ribu (24 000)."

Demikianlah adab hamba itu dalam segala nafasnya dijadikan bagi Tuhannya agar tiada dipergunakan untuk membuat maksiat kepada Allah. Ini adalah kerana bahawasanya nafas itu gedung tempat simpanan segala amalnya yang memberi manfaat bagi hamba.

Terdapat setengah daripada kaum sufiah berpandangan ....dibilangkan(dihitungkan) juga sesuatu yang dapat meluputkan setengah daripada nafasnya itu ialah pada ketika mengunyah makanan apabila makan. Ini adalah bertujuan supaya jangan ia(hamba) Istighol (berbimbang) ia pada segala nafas dalam makan selain daripada zikir.

Inilah muraqabah yang tinggi pada makam Al- Suluk. Telah menghitungkan akan kepentingan nafas itu dari segala orang-orang yang dahulu. Tetapi setengah daripada mereka itu berpendapat yang terlebih akmal (sempurna) padanya ialah muraqobah "Thorfatal 'Aini" iaitu setiap kerlipan mata.

Dan adalah pengertian muraqobah itu ialah mentahkidkan hati dengan menilik hak Allah Taala dalam batinnya dan dalam zahirnya pada tiap-tiap masa. Barang siapa memeliharakan (menilik hak Allah) ia dalam setiap nafasnya maka hendaklah dihentikannya (tetap dan istiqomah) sekelian ahwalnya (hal dan gerak gerinya). Ini bermaksud kehidupan hariannya sentiasa tetap dengan ibadat dengan perhatiannya kepada menilik kepada Allah dalam setiap kelakuan makhluk.

Setengah daripada faedah ataupun hikmah memandang takdir Ilahiyah itu ialah dapat meninggalkan tadbir (usaha dan ikhtiar kita) seperti yang dikata oleh setengah kaum sufiah dengan kata mereka :

Telah luluslah (berlaku) segala takdir Tuhan dan hukumNya. Maka senangkanlah hati mu daripada mengharap-harap dan daripada menyesal-nyesal.



Kata Suluk

Inilah sebahagian daripada kunci ketenangan dan kebahagian yang ada pada kaum sufiah. Benarlah kata kaum ini kerana kita banyak penat dan lelah dalam mengusahakan keperluan kehidupan harian kita kerana kita merasakan kita mampu membuat banyak pilihan dan menentukan sesuatu sedangkan hakikatnya memang Allah yang sudah memilih dan menentukan sesuatu untuk kita. Sebagai pengakhirnya renungilah dengan ikhlas kata-kata Imam Besar Tasauf Sheikh Junaid Al-Bagdadi iaitu

"Orang yang paling agung ialah orang yang menyerahkan kehendaknya kepada kehendak Allah dan dia redho dengan Allah".




Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dalam ilmu ini


Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Besar
Posted Image

http://www.globalunification.com/associatesASIA001.php
http://www.hi5.com/friend/profile/displayP...userid=24171023
http://www.mesra.net/forum/index.php?act=ST&f=32&t=49475
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you
« Previous Topic · Peringatan dan Teladan · Next Topic »
Add Reply

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................