Bicara Akademik: Subjek UPSR+PMR+SPM -----
Radio Online: Radio ERA FM |
Radio Hot FM |
Radio IKIM FM
| kaedah kajian folio sejarah-pendudukan jepun | |
|---|---|
| Topic Started: Mon Aug 7, 2006 5:31 pm (12,580 Views) | |
| op9956 | Mon Aug 7, 2006 5:31 pm Post #1 |
|
Kadet Junior
|
macam mana nak buat kaedah kajian- a)permerhatian: b)temu bual: c)rujukan: siape boleh tolong |
![]() |
|
| Dragonizer | Tue Aug 8, 2006 12:28 pm Post #2 |
|
Administrator/Anggota SPTians
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
Ini Azrul ke? Kaedah kajian mesti berkaitan dengan tajuk kajian dan objektif kajian. Kalau tajuk kajian itu ialah "Bentuk Muka Bumi dan Potensinya", maka kaedah kajian itu boleh melibatkan aktiviti berikut. A. PEMERHATIAN: 1. Cuba kenal pasti sumber-sumber utama di lokasi kajian seperti sumber mineral (contohnya bijih timah, petroleum dsb), sumber kayu kayan, tanah yang subur, air sungai atau tasik. 2. Kenal pasti lokasi kajian. Cuba dapatkan peta lokasi kajian. 3. Pekerjaan penduduk tempatan dan kaitkan dengan bentuk muka bumi. Sebab apa ramai penduduk memilih pekerjaan tersebut. Contohnya kenapa mereka jadi petani? Kenapa mereka jadi usahawan batik? Kenapa mereka buka ladang nenas? Apakah kaitannya dengan bentuk muka bumi? Adakah kerana jenis tanah, cuaca, suhu dan sebagainya. B. TEMU BUAL: Kaedah temubual biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih luas berdasarkan pengalaman orang-orang tempatan atau orang-orang yang pakar atau arif dalam lokasi yang dikaji. Apa yang hendak ditanya? Pekerjaan penduduk di situ (yang bekerja di lokasi tersebut). Sumber pendapatan penduduk tempatan. Kenapa pilih pekerjaan itu? Sesuaikah lokasi kajian itu kalau dijadikan kawasan pelancongan, kawasan pertanian, kawasan perindustrian dan sebagainya. Sebab apa sesuai? Tanyalah apa-apa yang berkaitan dengan potensi bentuk muka bumi di lokasi kajian. Orang-orang yang hendak ditemubual pastikan orang-orang yang tertentu sahaja, iaitu orang-orang yang mempunyai peranan penting di kawasan tersebut. Contohnya peniaga, usahawan, ketua kampung, petani dan sebagainya. C. RUJUKAN: Rujukan melibatkan pelbagai bentuk. Bertulis, rakaman atau sumber yang dirujuk. Contohnya buku-buku yang digunakan semasa kajian seperti buku teks, buku nota, risalah, keratan surat khabar dan sebagainya. Rakaman temubual, orang yang ditemubual juga adalah satu bentuk rujukan. Laman web dan bahan-bahan internet juga salah satu bentuk rujukan. Rujukan di sini adalah perkara-perkara yang memberi panduan kepada pengkaji untuk menjalankan kajian. Boleh jadi fakta atau tunjuk ajar. Semoga berjaya.
|
| http://dukeamienerev.blogspot.com | |
![]() |
|
| Ming | Wed Aug 9, 2006 11:46 pm Post #3 |
|
Kadet Junior
|
Boleh tolong saya dalam Projek Geografi saya yang bertajuk Bentuk Muka Bumi dan Keadaan Cuaca Yang Menpengaruhi Kehidupan Manusia di Petaling Jaya. Saya tidak tahu di mana untuk mencari Dapatan kajian semua ini. ( sudah cari mengunakan googles dan yahoo, tetapi gagal) A. Jenis Bentuk Muka Bumi di Petaling Jaya - huraikan kawasan tanah tinggi ( Bukit Gasing dll jika ada ) (2m) - huraikan kawasan tanah pamah Petaling Jaya (2m) - huraikan ciri-ciri Sungai Penchala, Sungai Kayu Ara dll jika ada (2m) - Tasik Taman Jaya dll jika ada (2m) Huraikan Ciri-ciri setiap bentuk muka bumi di atas dari beberapa aspek seperti: - Peta untuk menunjukkan lokasi mereka - Ketinggian bukit - Keluasan tasik - punca sungai-sungai itu |
![]() |
|
| Dragonizer | Thu Aug 10, 2006 11:38 pm Post #4 |
|
Administrator/Anggota SPTians
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
Terima kasih kepada Adik Ming. Nampaknya cukup jelas soalan yang dikemukakan di sini. Sebaik-baik melaksanakan tugasan bagi Projek Geografi ini adalah dengan mengatur sendiri prosedur kajiannya. Bentuk Muka Bumi dan Keadaan Cuaca Yang Mempengaruhi Kehidupan Manusia di Petaling Jaya. Kajian akan bertambah menarik dan tinggi nilainya apabila Adik Ming sendiri melibatkan diri dalam suasana asal. Lebih banyak pengalaman yang akan diperolehi. Juga membuka peluang untuk Adik Ming menemubual penduduk tempatan. ![]() Ya, tidak dapat dinafikan kepentingan data awal sebelum pergi ke tempat kajian. Namun selalunya pasti akan ada jawapan di tempat kajian. Merujuk kepada apa yang Adik Ming nyatakan: A. Jenis Bentuk Muka Bumi di Petaling Jaya - huraikan kawasan tanah tinggi ( Bukit Gasing dll jika ada ) (2m) - huraikan kawasan tanah pamah Petaling Jaya (2m) - huraikan ciri-ciri Sungai Penchala, Sungai Kayu Ara dll jika ada (2m) - Tasik Taman Jaya dll jika ada (2m) Cuba teliti apa yang perlu dikaji dan ditulis di dalam buku projek Geografi. Huraikan kawasan tanah tinggi dan kawasan tanah pamah. Dalam kes ini, Adik Ming boleh pergi sendiri ke tempat kajian dan melihat bagaimana keadaan dan rupa bentuk muka bumi di situ. Apakah jenis tanahnya. Boleh juga mengambil gambar atau foto tempat kajian untuk melengkapkan lagi gambaran dan jawapan terhadap persoalan di atas. Adakah tanahnya rata, kering atau subur sesuai untuk pertanian. Warna tanah. Adakah cuacanya panas atau sederhana panas. Banyakkah pokok-pokok. Adakah lokasi kediaman penduduk tempatan atau kawasan pertanian atau perindustrian. Semua ini akan terjawab apabila Adik Ming pergi sendiri ke lokasi. Dapat 4 markah. Kenal pasti objek atau bangunan-bangunan penting yang ada seperti masjid, sekolah, pejabat pos, rumah-rumah. Boleh cuba lakarkan peta awal. Lakaran tidak perlu tepat seperti lukisan peta. Untuk ciri-ciri Sungai Penchala dan Kayu Ara, cuba lihat ciri-ciri sungai tersebut. Adakah sungai itu masih asli atau telah dipertingkatkan tarafnya. Sebab banyak sungai kini telah dilapisi konkrit untuk mengelakkan hakisan. Adakah air sungainya mengalir laju atau perlahan. Dalamkah? Apabila hujan turun mudah naikkah aras airnya? Adakah airnya bersih, jernih atau kotor dan keruh? Lebar sungai? Menghala dari mana ke mana? Puncanya dari mana? Begitu juga dengan Tasik Taman Jaya. Untuk memudahkan kajian, cuba lakukan temubual dengan orang-orang lama di sana. Rakamkan temubual supaya boleh didengar dan diteliti semula. Juga catatan tambahan. Tidak lupa rakaman foto orang yang ditemubual, jika boleh. Untuk di bawah pula: Huraikan Ciri-ciri setiap bentuk muka bumi di atas dari beberapa aspek seperti: - Peta untuk menunjukkan lokasi mereka - Ketinggian bukit - Keluasan tasik - punca sungai-sungai itu Ya, peta, ketinggian dan keluasan tasik. Punca sungai. Kalau rajin, boleh lakukan bertanya kepada ramai pihak. Lebih mudah jika Adik Ming pergi ke pejabat tanah untuk dapatkan peta dan bahan-bahan untuk kajian. Pastikan ada surat pengakuan dari pihak sekolah bahawa Adik Ming sedang menjalankan kajian untuk tujuan akademik. Sebab ada sesetengah tempat, pihaknya akan meminta surat pengesahan sebelum pengkaji dibenarkan masuk atau mendapatkan bahan/maklumat keluar dari tempat mereka. Di sini, pihak Dragonizer memberikan satu alamat khas untuk memudahkan kajian. http://www.mbpj.gov.my/ Ada alamat lokasi pejabat Majlis Pembandaran Petaling Jaya. Maklumat yang Adik Ming hendak cari boleh diperolehi di sana. Sepatutnya ada. Imej peta: http://www.itis.com.my/itis/map_pj-bm.jsp Adik Ming boleh juga dapatkan peta-peta pelancongan yang berkaitan dengan Petaling Jaya. Mungkin ada di Tourist Centre atau di hotel-hotel tempatan. Laporan Cuaca: http://www.kjc.gov.my/malay/penerbitan/mwb12.html Imej Taburan Hujan di Semenanjung Malaysia: http://www.kjc.gov.my/malay/penerbitan/images/pencb12.jpg Ada lagi maklumat yang boleh diperolehi jika Adik Ming tahu kata kuncinya. Semua ini boleh diperolehi menerusi bahan tambahan, temubual dan sebagainya. Semoga berjaya.
|
| http://dukeamienerev.blogspot.com | |
![]() |
|
| « Previous Topic · Sejarah dan Geografi · Next Topic » |








![]](http://209.85.48.16/static/1/pip_r.png)
