Welcome Guest [Log In] [Register]
BARU DIBUKA! Klik butang Like dan temui ribuan pengguna laman web ini.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:


Add Reply
PaintBall Malaysia Tarik Ramai Peminat; Suatu Kaedah Motivasi Terkini
Topic Started: Sun Jul 23, 2006 2:22 am (4,093 Views)
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=14]MOTIVASIKAN DIRI ANDA MENERUSI PERMAINAN PAINTBALL[/size]
[size=7]tingkatkan keyakinan diri, saling hormat-menghormati, jujur, setiakawan, optimis, bertanggungjawab, berdisiplin, meningktkan daya fokus, prihatin, kemahiran berkomunikasi, uji minda, kepintaran, kesihatan fizikal.[/size]


Sekiranya pihak sekolah dan universiti masih mencari-cari satu bentuk baru untuk memotivasikan pelajar, saya mencadangkan Permainan Paintball sebagai satu alternatif yang sangat menyeronokkan, mencabar semangat kepasukanan, membentuk keyakinan diri, membina rasa tanggungjawab, kesungguhan untuk menyelesaikan misi, meningkatkan kesefahaman dan kemahiran berkomunikasi selain menguji minda dan fizikal pelajar dalam mengatur strategi kombat dan perang secara taktikal.

Lokasi armOUR PAINTball ini ialah di Tapak Perkhemahan MPJBT, Taman Impian Emas, Skudai, Johor.

Corak permainan Paintball adalah tidak terhad kepada satu bentuk sahaja. Saya berpeluang berbual dengan seorang wakil Paintball Malaysia (armOUR PAINTball) di Johor. Dari situ saya mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai permainan Paintball.

Permainan Paintball mendapat sokongan yang luas termasuk daripada Kementerian Belia & Sukan. Pelbagai wakil seperti daripada pihak sekolah, organisasi dan persatuan tempatan, syarikat-syarikat tempatan yang menghantar wakil mereka untuk permainan ini. Juga terdapat pelbagai pertandingan yang dianjurkan.

Permainan Paintball yang mendapat sambutan hangat daripada para pelajar IPT tempatan, dijangka akan membuka cawangannya untuk peringkat universiti dan berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu acara tahunan universiti. Tarikan untuk bermain permainan ini bukan sahaja di kalangan mahasiswa, malah turut menarik ramai mahasiswi. Menariknya, permainan Paintball boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Kanak-kanak, orang dewasa, orang yang bermata rabun (bercermin mata), orang kurang upaya, lelaki dan wanita turut dialu-alukan untuk mencuba permainan ini.

Paintball berbeza dengan acara memanah, selain boleh dimainkan secara tembak ke sasaran (indoor style), permainan ini turut memancing sambutan tempatan menerusi permainan secara kombat atau perang. Para peminat permainan komputer menerusi internet seperti Counterstrike, Team Fotress, Half-Life sudah tentu akan dapat merasai pengalaman baru yang lebih menyihatkan menerusi Paintball. Paintball adalah satu sukan baru yang amat menarik. Stamina akan teruji.

Bilangan ahli bagi pasukan adalah bebas, kebiasaannya 3 orang lawan 3 orang, 5 lawan 5, 7 lawan 7, 10 lawan 10 dan seterusnya. Segala peralatan seperti topeng pelindung, baju kebal, baju kombat, senjata dan peluru disediakan oleh pihak penganjur. Pemain walau bagaimana pun boleh membeli stok peluru sendiri dengan harga yang lebih murah.

Jangan risau akan terkena tembakan, peluru Paintball yang berbentuk bebola bersaiz butang papan kekunci anda. Ia adalah bebola getah yang lembut, di dalamnya berisi cat minyak yang mudah dibasuh. Malah, boleh dipecahkan dengan secara memicit dengan jari. Jarak tembakan pula adalah sejauh 150 meter.

Ada dua jenis penembak iaitu pistol (tembak satu demi satu) dan machine gun (sekali petik 10 peluru dilepaskan). Jenis pistol adalah untuk permulaan manakala jenis machine gun adalah untuk mereka yang sudah pakar.

Teknik menembak sangat mudah. Senjata yang digunakan bukanlah seperti seperti raifal atau senapang yang berat. Pistol adalah ringan, juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan untuk pengguna. Ada pelajar wanita yang mampu menembak dengan tepat biarpun baru kali pertama menembak. Mudah.

Tidak seperti senapang patah yang mempunyai hentakan ke belakang. Kuasa tembakan pistol atau senapang Paintball ini adalah ringan. Mustahil untuk anda terjatuh atau terpelanting ke belakang. Malah kanak-kanak kecil pun boleh menembak tanpa sebarang masalah.

Permainan Paintball penuh dengan peraturan yang mudah diikuti. Setiap permainan akan dikendalikan oleh beberapa orang Marshal (orang yang bertugas seperti pengadil dan penjaga garisan dalam permainan bola sepak). Marshal ini akan mengawasi dan mengadili permainan.

Sesiapa yang terkena tembakan akan dipanggil oleh Marshal untuk pergi ke tapak respawn (hidup semula). Pendek kata, sesiapa yang telah ditembak perlu balik semula ke kubu, dan kemudian kembali semula ke medan peperangan. Sesiapa yang biasa bermain permainan Half-Life atau Team-Fotress tentu tahu konsep ini. Mati, balik ke tempat mula, dan beraksi sekali lagi.

Dalam pertandingan atau tournament, Marshal akan dipilih dengan teliti. Marshal akan dipastikan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan pemain untuk mengelakkan bias. Contohnya macam permainan bola sepak. Sekiranya yang berlawan itu adalah Perancis dengan Itali. Maka pengadilnya perlulah orang yang bukan dari negara Itali dan Perancis.

Antara permainan yang boleh diadakan adalah seperti:

1. Merampas Bendera (Capture Flag)

Pemain dibahagikan kepada dua pasukan. Setiap pasukan akan memiliki satu kubu. Dalam kubu tersebut ada bendera yang perlu dijaga. Pasukan yang berjaya merampas bendera pihak lawan akan menjadi pemenang. Setiap pasukan bebas mencipta bahasa isyarat sendiri, strategi sendiri untuk mencapai kemenangan.


2. Jaga Kubu Di atas Bukit

Dua pasukan. Pasukan pertama akan mengawal kubu di atas bukit (bertahan). Pasukan kedua pula akan bertindak sebagai penyerang yang berada di bawah bukit. Pasukan penyerang perlu mencari jalan untuk mengepung dan menyerbu dan menakluki kubu di atas bukit. Pasukan pertahanan pula perlu mengatur strategi untuk mengelakkan kubu mereka daripada dirampas.


3. Selamatkan Tawanan

Setiap pasukan perlu menjaga tawanan masing-masing. Selain itu mereka harus menyelamatkan tawanan di kubu pihak lawan. Di sini disiplin, rasa saling menghormati dan kejujuran antara dua pasukan akan benar-benar teruji. Marshal akan sentiasa ada dalam apa jua jenis permainan yang diadakan. Setiap pasukan akan diuji mengenai bagaimana mereka harus bekerjasama dan mengatur strategi untuk menyelamatkan tawanan, membawa kembali ke kubu mereka.

Ada banyak lagi bentuk permainan yang boleh direka dengan permainan Paintball. Terpulang kepada kreativiti peserta.

Pakej yang disediakan adalah seperti Hari Keluarga, Program Sekolah & Kelab, Program Motivasi, Penganjuran Pertandingan, Lapangan Sasaran dan Mobile Team.

Satu pertandingan Paintball baru sahaja diadakan pada pertengahan bulan Julai 2006. Satu lagi pertandingan dijangka akan diadakan pada bulan Ogos 2006 ini. Mungkin akan melibatkan pertandingan peringkat Kolej di Universiti Teknologi Malaysia. Permainan taktikal dan penuh strategi ini diharapkan akan dapat membantu untuk meningkatkan motivasi para pelajar, membina semangat setiakawan, jujur, menepati masa dan bertanggungjawab.

Anda juga boleh menjadi Marshal (pengadil/pengawas permainan) sekiranya berminat, tetapi perlu menghadiri kursus khas untuk mempelajari lebih mendalam mengenai peraturan permainan dan peranan sebagai Marshal.

Di Johor, sesiapa yang berminat untuk mendalami permainan ini, bolehlah datang sama ada secara perseorangan atau secara berkumpulan ke:

ARMOUR PAINTBALL,
Tapak Perkhemahan MPJBT,
Taman Impian Emas,
Skudai, Johor.


atau ke:

STR PAINTBALL EVENT MANAGEMENT SDN. BHD.
74A, Jalan Padi Satu,
81200 Bandar Baru Uda,
Johor Bahru.


Tel/Fax: 07-2387949
e-mel: [email protected]

atau hubungi:

KHAIRUL: 012-701 3829
ROZAHI: 019-736 2057
INA: 019-793 1000


NOTA: Pihak Dragonizer mengiktiraf permainan PaintBall sebagai satu bentuk motivasi berpasukan yang berpotensi di Malaysia.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you
« Previous Topic · SUKAN & PERMAINAN - Games & Sport Talk · Next Topic »
Add Reply

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................