Welcome Guest [Log In] [Register]
BARU DIBUKA! Klik butang Like dan temui ribuan pengguna laman web ini.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:


Add Reply
Laman Web Khusus Untuk Belajar Bahasa Melayu; Tatabahasa, karangan, dan sebagainya
Topic Started: Mon Jun 12, 2006 7:38 pm (119,171 Views)
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
Berikut adalah senarai laman web pembelajaran Bahasa Melayu yang ditemui di dalam internet. Para pengunjung digalakkan untuk menambah alamat-alamat pembelajaran bagi subjek Bahasa Melayu, tidak kira peringkat UPSR, PMR, SPM atau STPM. Semoga laman-laman web ini akan dapat membantu para pelajar dan pengunjung untuk mempelajari bahasa Ibunda negara kita.

Para pelajar sila klik pada tajuk atau perkataan-perkataan berhuruf tebal untuk akses ke laman web yang disenaraikan.


SENARAI WEBSITE PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU:

1. Laman Tatabahasa Melayu (khusus untuk Tatabahasa)

Laman web ini khusus untuk mempelajari tatabahasa dalam Bahasa Melayu seperti Golongan Kata, Kata Nama, Kata Ganti, Kata Kerja, Kata Adjektif, Kata Hubung, Kata Seru, Kata Tanya, Kata Perintah, Kata Pangkal Ayat, Kata Bantu, Kata Penguat, Kata Penegas, Kata Nafi, Kata Pemeri, Kata Sendi Nama, Sendi 2, Kata Pembenar, Kata Bilangan, Kata Keterangan, Kata Arah, Pengimbuhan, Pengandaan, Ayat Inti, Ayat Majmuk, Ayat Aktif, Ayat Pasif, Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah, Ayat Seruan, Sinonim, Antonim, Kata Banyak Makna, Penjodoh Bilangan, Tanda Baca, Simpulan Bahasa, Perumpamaan Pepatah dan sebagainya. Juga dibincangkan mengenai kesalahan tatabahasa. Juga ada disediakan kemudahan-kemudahan lain seperti Bank Soalan dan muat turun.


2. Laman Web Contoh Karangan Bahasa Melayu (khusus untuk Karangan)

Laman web ini adalah sama alamatnya dengan laman web di atas, tetapi bahagian ini lebih khusus kepada contoh-contoh karangan sepertu surat kiriman rasmi, karangan jenis laporan, syarahan, perbahasan, berita, pengalaman, cereka dan banyak lagi. Turut disertakan skema, panduan menulis, analisis, kelemahan dan strategi.


3. Website Laporan Prestasi Pelajar Bagi Subjek Bahasa Melayu

Laman web ini rasanya masih dalam peringkat kemas kini dan sedang menjalani proses penambahan isi kandungan. Namun elok rasanya jika laman web ini disenaraikan terlebih dahulu. Website ini ada memuatkan isi-isi laporan berkaitan kelemahan pelajar dalam menulis karangan. Isi laporan ini boleh dijadikan tips dan panduan yang berguna untuk para pelajar pertimbangkan sebelum menulis karangan. Apa yang patut ditulis untuk mendapat markah dan apa yang tidak patut ditulis untuk mengelak kehilangan markah.


4. Jurnal Berkaitan Pemarkahan Karangan Umum dan UPSR

Isi kandungan laman web ini sesuai untuk para pelajar di peringkat universiti yang mengambil bidang berkaitan pengajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Terdapat beberapa jurnal yang boleh dijadikan rujukan.


5. Koleksi Cerita Dongeng Kanak-kanak

Bagi para pelajar yang ingin mencari idea untuk karangan berbentuk cereka. Ini satu laman web yang boleh dijadikan rujukan untuk mencetus ilham untuk penulisan cereka.


6. Laman Web Penulisan dan Karangan UPSR dari SK Darau

Satu lagi laman web yang mesti dibuka bagi para pelajar yang sedang mencari laman web untuk pembelajaran Bahasa Melayu dan Penulisan. Antara isi kandungannya ialah modul-modul ringkas yang berkaitan dengan:

A. Karangan Berformat

1. Jenis Surat Kiriman Rasmi
2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3. Karangan jenis Ucapan
4. Karangan jenis Syarahan
5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
6. Karangan jenis Berita
7. Karangan jenis Catatan Diari
8. Karangan jenis Laporan
9. Karangan jenis Perbahasan


B. Karangan Tidak Berformat

1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan
4. Karangan Jenis Perbincangan
5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
7. Karangan Jenis Peribahasa


7. Laman Web Mengenai Asal Usul Bahasa Melayu

Belajar sesuatu bahasa takkan lengkap kalau kita tidak tahu asal-usulnya. Laman web ini ada mengisahkan serba sedikit mengenai asal-usul Bahasa Melayu. Juga ada nota-nota lain berkaitan STPM. Klik URL Link di bawah untuk ke muka utama laman web ini. Juga disertakan soalan-soalan latihan untuk para pelajar.

Muka Depan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM <-Klik


8. Fail PDF Kesusasteraan Melayu <-Klik Kanan dan pilih Save Target As untuk muat turun fail

Ini adalah link untuk subjek Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H2 untuk Peperiksaan GCE Peringkat A. Klik kiri untuk buka terus fail PDF (Acrobat Reader).


9. Fail PDF Senarai Ungkapan, Rangkai kata dan Peribahasa

Fail ini berkaitan dengan Bahasa Melayu Lanjutan peringkat AO Level. Namun senarai ungkapan, rangkai kata dan peribahasa yang disenaraikan dengan maksudnya sekali sesuai untuk digunakan oleh para pelajar bagi semua peringkat UPSR, PMR, SPM dan STPM dalam karangan dan penulisan. Klik kanan butang tetikus dan pilih "Save Target As" untuk muat turun atau klik kiri butang tetikus untuk buka terus fail tersebut. Format Fail PDF (Acrobat Reader).


10. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 Sekolah Rendah, Fail PDF
Sesuai untuk dijadikan rujukan bagi guru sekolah rendah yang belum memiliki buku huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu ini. Klik kanan dan pilih "Save Target As" untuk muat turun fail ini. Klik kiri untuk buka dan baca terus dari laman web. Fail dalam format PDF - Acrobat Reader.


11. Nota-nota Berkaitan Bahasa Melayu dan Sastera

Mengandungi bahan-bahan seperti Nota Kesusteraan Melayu Nota Kesenian dan Kebudayaan, Nota Teknik Pengajaran & Pembelajaran, Nota K.T : Flora dan Fauna,
Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan, Teknik Menghadapi Peperiksaan,
Motivasi Kendiri dan beberapa link peribadi webmaster laman web ini iaitu Ezani Yusoff.


12. Laman Web Bahasa Malaysia

Laman web ini mengandungi maklumat dan info berkaitan Draf Huraian Sukatan Pelajaran Menengah Rendah, Draf Huraian Sukatan pelajaran Menengah Tinggi Pemetaan Kandungan Buku Teks, Sukatan Peperiksaan Bersama Menengah Rendah, Sukatan Peperiksaan Bersama Menengah Tinggi, Latihan,
Panduan Menjawab Soalan Peperiksaan, Pengetahuan Bahasa, Artikel-artikel Berkaitan, Isu Bahasa, Isu-isu Semasa, Satu Minggu Satu Peribahasa,
Kesalahan Umum Calon, Sembang-sembang, Budaya Melayu
Adat Tradisi Melayu danKepercayaan orang Melayu.


13. Huraian Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5.

Satu lagi fail sukatan pelajaran, kali ini berkaitan dengan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. Klik kanan dan pilih "Save Target As" untuk muat turun atau klik kiri untuk buka terus fail ini. Format fail PDF - Acrobat Reader.


14. Ulasan Buku - Sari Pustaka (Fail PDF - Klik Kanan dan pilih "Save Target As" untuk muat turun).

Bagi para pelajar dan pengunjung yang ingin melihat dan merujuk teknik-teknik mengulas buku. Fail PDF - Acrobat Reader ini sesuai untuk dijadikan rujukan.


15. Panduan Umum Ejaan Bahasa Melayu (Format Fail PDF - Klik Kanan dan pilih "Save Target As" untuk muat turun).

Fail PDF ini mengandungi topik-topik mengenai penggunaan abjad, penulisan huruf, penulisan kata, penulisan unsur serapan dan tanda baca. Sesuai untuk dijadikan rujukan bagi para pelajar.


Sekian sahaja senarai laman web dan URL Link fail PDF untuk pembelajaran Bahasa Melayu, Penulisan dan Kesusasteraan Melayu. Semoga senarai laman web ini dapat membantu para pelajar untuk menguasai Bahasa Melayu. Sekiranya ada laman web yang sesuai untuk dimasukkan dalam topik ini, para pelajar boleh poskan alamak URL http:// bagi laman web tersebut untuk dikongsi bersama pelajar yang lain.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Lady in Red
Member Avatar
Kadet Junior
a new website to self-learn Bahasa Malaysia or Bahasa Melayu that caters for arabic speaking people. go to e-kata.com.my.
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
« Previous Topic · Bahasa Melayu dan Inggeris · Next Topic »
Add Reply

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................