Bicara Akademik: Subjek UPSR+PMR+SPM -----
Radio Online: Radio ERA FM |
Radio Hot FM |
Radio IKIM FM
- Pages:
- 1
- 2
| Perbincangan Mengenai Kursus Geografi; wujudkan budaya pelajar berwawasan! | |
|---|---|
| Topic Started: Mon May 1, 2006 3:29 pm (20,744 Views) | |
| Dragonizer | Mon May 1, 2006 3:29 pm Post #1 |
|
Administrator/Anggota SPTians
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
Apakah yang ingin adik-adik ingin tahu mengenai Kerja Kursus Geografi? Sila jelaskan, cadangkan dan sebagainya untuk membantu perbincangan. Segala bahan-bahan boleh disediakan selepas pihak kami mengetahui apa-apa yang adik-adik perlukan berdasarkan perbincangan.
|
| http://dukeamienerev.blogspot.com | |
![]() |
|
| Zachk | Thu May 4, 2006 8:38 pm Post #2 |
|
Unregistered
|
HI Saya kena buat Kajian Geografi Tempatan (Tingkatan 3), tajuknya ialah Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Kawasan Kajian. Saya tinggal di Subang Jaya,Selangor...jadi saya kena pilih satu kawasan. Saya telah memilih kawasan SS 12.Jika sesiapa ade maklumat yang boleh dikongsi sila laporkan
|
|
|
| Dragonizer | Fri May 5, 2006 1:23 am Post #3 |
|
Administrator/Anggota SPTians
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
Sila semak: Tajuk: Sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan kawasan kajian Unsur Patriotisme: Berusaha membangunkan negara Malaysia - berbangga dengan tahap kemajuan kegiatan ekonomi setempat. Objektif kajian:
|
| http://dukeamienerev.blogspot.com | |
![]() |
|
| Dragonizer | Fri May 5, 2006 1:26 am Post #4 |
|
Administrator/Anggota SPTians
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
Sila semak dengan Cikgu Geografi di sekolah adik: Format penulisan laporan 1. Tajuk kajian 2. Senarai kandungan 3. Penghargaan 4. Pendahuluan 5. Objektif kajian <---- telah diberikan dalam pos sebelumnya (di atas) 6. Kawasan kajian 7. Kaedah kajian 8. Hasil kajian 9. Rumusan 10. Lampiran 11. Rujukan |
| http://dukeamienerev.blogspot.com | |
![]() |
|
| Dragonizer | Fri May 5, 2006 1:55 am Post #5 |
|
Administrator/Anggota SPTians
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
Penerangan Format penulisan laporan Sila semak dengan guru adik-adik untuk mengesahkan maklumat ini. Sekiranya ada perubahan maklumat, sila maklumkan di sini. Adik-adik dialu-alukan untuk mengepos maklumat terbaru. 1. Tajuk kajian (Muka Depan/Kulit) Harus mempunyai maklumat berikut di muka depan folio/tugasan adik-adik: a. Nama Matapelajaran: Geografi b. Tajuk tugasan: ______________ c. Nama penuh pelajar: ___________ d. Nombor kad pengenalan pelajar:_____________ e. Nama dan alamat sekolah:_____________ f. Nama guru penilai:________ g. Tandatangan guru penilai:________ h. Tarikh: _________ 2. Senarai kandungan Bagi menyatakan kandungan laporan dalam bentuk halaman. Senarai ini mesti diletakkan selepas muka depan. Contoh: Isi Kandungan: Penghargaan.........................................................ms 1 Pendahuluan.........................................................ms 2 Objektif kajian......................................................ms 3 dan sebagainya. 3. Penghargaan Ditujukan khas kepada semua pihak yang telah membantu pelajar sepanjang proses menyiapkan laporan. Contohnya ibu bapa, pengetua, guru matapelajaran, rakan-rakan, responden dan pihak-pihak yang terlibat. 4. Pendahuluan Juga disebut pengenalan. Biasanya adalah ulasan sepintas lalu mengenai kajian yang adik-adik jalankan dan kenapa adik-adik menjalankannya. Adik-adik boleh masukkan isi seperti berikut: Kerja kursus ini merupakan satu bentuk penilaian oleh pihak sekolah bagi peningkatan pembelajaran pelajar dalam bidang geografi. Sila bincang dengan cikgu adik-adik. 5. Objektif kajian Telah diberikan dalam pos sebelumnya (di atas). Objektif kajian terdiri daripada dua, iaitu objektif am dan objektif khas. Dalam sebuah laporan, pelajar dikehendaki menyenaraikan sekurang-kurangnya dua objektif am dan dua objektif khas 6. Kawasan kajian Pelajar mestilah menghuraikan dengan jelas kawasan kajian dari beberapa aspek seperti:
Dalam bahagian ini juga, pelajar mestilah melampirkan sekurang-kurangnya satu peta makro dan satu peta mikro tentang kawasan kajian. 7. Kaedah kajian Dalam bab ini, pelajar dikehendaki menyenarai dan menghuraikan dengan jelas sekurang-kurangnya tiga kaedah yang telah digunakan semasa menjalankan kerja kursus. Contohnya kaedah kajian seperti pemerhatian, perbincangan, soal selidik, dan rujukan. 8. Hasil kajian Mengandungi huraian dan perbincangan tentang tugasan. Pelajar mesti menghuraikan secara terperinci dibantu dengan grafik yang sesuai dengan tugasan 9. Rumusan Kajian yang dibuat mesti ada rumusan atau kesimpulan. Rumuskan secara ringkas tentang kajian yang dijalankan serta mengemukakan cadangan, pengalaman dan kepuasan semasa kajian. 10. Lampiran Melampirkan semua bahan yang berkaitan dengan kerja kursus yang tidak dibincangkan dalam bab laporan kajian seperti foto, catatan aktiviti dan sebagainya. 11. Rujukan Buku-buku rujukan, laman web (http://dragonizer.cjb.net ini juga merupakan salah satu sumber rujukan adik-adik, bukan? )
|
| http://dukeamienerev.blogspot.com | |
![]() |
|
| farah | Sat May 13, 2006 11:03 am Post #6 |
|
Unregistered
|
saya kena buat kerja kursus tingkatan 3, tajuknya potensi bentuk muka bumi |
|
|
| Eunice | Sat May 27, 2006 1:38 pm Post #7 |
|
Kadet Junior
|
project saya tentang bentuk muka bumi di kawasan sekitar tempat tinggal saya.....bolehkah saya tahu macam mana buat hasil kajian??? terima kasih~~~!!!!! |
![]() |
|
| nikhani26 | Sun Jun 4, 2006 2:31 pm Post #8 |
|
Unregistered
|
nak pilih kawasan kan.. boleh tak pilih PEtaling Jaya.. ke kena pilih satu seksyen dalam petaling jaya? kertas soalan cakap kawasan kajian tidak boleh melebihi 5 km kalau bandar sri damansara? lebih 5km ker? |
|
|
| Dragonizer | Thu Jun 8, 2006 3:51 pm Post #9 |
|
Administrator/Anggota SPTians
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
Pos ini merujuk kepada soalan Farah dan Eunice: Potensi Bentuk Muka Bumi Dragon sarankan farah teliti kata kunci pada tajuk tersebut. Ada dua kata kunci 1. Potensi Kebolehan, pencapaian yang boleh dibuat, kemajuan yang boleh dilakukan. 2. Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi berkaitan dengan keadaan sama ada bergunung ganang, pantai, sungai, tasik, kolam, tanah rata, berpasir, tanah pamah. Potensi Bentuk Muka Bumi Sekilas pandang, kita akan faham tajuk ini berkaitan dengan bentuk muka bumi sesuatu tempat dan bagaimana ia boleh mendorong bentuk kegiatan ekonomi dan pembangunan ke atasnya. Sama ada ia sesuai dijadikan penempatan penduduk, pembangunan perindustrian (kilang-kilang), dijadikan bandar/pusat pentadbiran, sekolah, universiti, hospital, kawasan pertanian (tanah subur), pelancongan (ada tarikan tertentu yang bernilai sejarah, ajaib, pelik, menarik) dan sebagainya. Tajuk ini meminta Farah untuk mengkaji potensi bentuk muka bumi di sesuatu tempat. Terlebih dahulu Farah kena kaji tempat-tempat kegiatan ekonomi sedia ada. Kenapa nenas banyak ditanam di Johor? Kenapa Cameron Highland dijadikan tempat pelancongan dan tanaman teh? Bentuk muka buminya sesuai untuk tanaman teh, sesuai untuk dijadikan kawasan pelancongan kerana menarik. Udara segar. Kenapa Melaka pernah menjadi pusat perdagangan dunia? Contoh lain, tasik kenyir. Sesuai untuk pelancongan kerana bentuk muka buminya cantik. Boleh menarik perhatian kaki pancing. Juga menyimpan pelbagai khazanah alam yang sukar ditemui di tempat lain. Sekarang cuba Farah selidik tempat-tempat yang berpotensi di kawasan berdekatan. Cuba teliti apa kegiatan ekonomi yang sedia ada? Sebab apa dibuat di situ? Kaitkan dengan bentuk muka bumi. Adakah kerana kawasannya berdekatan dengan sungai maka tempat tersebut menjadi bandar? Adakah kegiatan perlombongan menyebabkan terbangunnya pekan yang kemudiannya menjadi bandar? Adakah sebab kawasan tersebut bertanah tinggi. Maka banyak bangunan tinggi dan kondominium dibangunkan. Akhirnya tanah runtuh kerana tanahnya tanah liat yang memerangkap air. Oleh itu kawasan tanah tinggi itu tidak berpotensi untuk dibangunkan menjadi kawasan tempat kediaman. Untuk tajuk Potensi bentuk muka bumi ini, Farah kena pastikan ada isi kandungan berikut: 1. Kenal pasti bentuk muka bumi. Buat gambaran. Contohnya, kawasan yang Farah kaji itu permukaan tanahnya rata sahaja. Terdapat banyak tasik yang asalnya tapak perlombongan bijih timah. Tasik-tasik ini terdapat pulau-pulau kecil. Kembangkan topik ini. Sokongan gambar foto. Pastikan foto yang diambil ada hujah-hujah atau isi-isi penting yang boleh dikaitkan. 2. Potensi. Tasik-tasik ini boleh dijadikan tempat penternakan ikan air tawar. Pusat permainan air. Taman riadah. Cuba kaji mana antara berikut: penternakan ikan air tawar, pusat permainan air atau taman riadah. Manakah yang boleh mendatangkan peluang pekerjaan paling banyak, sumber ekonomi paling tinggi dan stabil kepada penduduk tempatan? Kembangkan topik ini dengan jelas. Kaedah temubual untuk melihat cadangan penduduk tempatan. Apa mereka rasa boleh lakukan dengan tasik tersebut. 3. Cadangan Farah. Cadangan 1: Farah rasa lokasi kajian tersebut sesuai kalau dijadikan pusat permainan air. Kerana tasik itu sangat luas dan besar. Pulau-pulau kecil yang terdapat di situ boleh diubahsuai untuk dijadikan chalet. Cadangan 2: Penternakan ikan air tawar. Sumber protein ikan air tawar didapati lebih berkhasiat. Kenapa ternak ikan patin dan ikan toman? Kenapa bukan ikan keli. Pasaran untuk ikan patin sangat luas. Ikan toman pula laris di Singapura. 4. Isu semasa yang menyokong cadangan Farah. Hujah-hujah. Isu Yang Menyokong Cadangan 1: Kerajaan sekarang mahu meluaskan industri pelancongan. Pembangunan kawasan tasik (lombong tinggal) itu boleh menarik ramai pelancong tempatan dan luar negara. Cari berita berkaitan yang menyokong hujah Farah dalam internet atau surat khabar. Isu Yang Menyokong Cadangan 2: Kerajaan menggalakkan makan ikan air tawar. Ikan patin kini bernilai tinggi. Penggemar-penggemar ikan toman dari Singapura dan Thailand. sangat ramai. Ikan toman sesuai dieksport ke luar negara. 5. Kesimpulan. Ringkasan dari kesemua hasil kajian yang Farah buat. Masukkan ringkasan berkaitan bentuk muka bumi kawasan kajian dan potensinya. Buat kesimpulan berdasarkan hujah-hujah yang Farah. Ada idea? Sebenarnya pihak Dragonizer belum ada data berkaitan dengan kajian geografi tempatan. Namun idea-idea di atas boleh Farah usulkan/cadangkan kepada guru Geografi Farah. Sesuai atau tidak? Boleh diubahsuai? Boleh diperbaiki? Hubungan guru murid adalah antara perkara yang akan dinilai dalam kerja khusus (kebiasaannya markah tersembunyi). Kepada Eunice, tajuk Eunice itu mungkin ada kaitannya dengan tajuk Farah? Cuba usulkan tajuk yang sama Potensi Bentuk Muka bumi. Mungkin Eunice dan Farah boleh sama-sama berbincang di dalam forum ini.
|
| http://dukeamienerev.blogspot.com | |
![]() |
|
| Dragonizer | Thu Jun 8, 2006 3:56 pm Post #10 |
|
Administrator/Anggota SPTians
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
cuba rujuk peta dan minta kepastian daripada guru geografi anda. Kalau dia kata boleh, bolehlah tu :lol: |
| http://dukeamienerev.blogspot.com | |
![]() |
|
| mira | Sat Jun 10, 2006 1:25 am Post #11 |
|
Unregistered
|
Sy f3 n kne bwat kgt bout ptroleum.4 ur infomation,sy tnggl kt kwsn ptroleum iaitu around kerteh dats why cg geog sarankan kitorg wt diz topic.but da probs is sy xtw lgsg cmne nk bwat.xtw nk amek kwsn pe n...xtw nk bwat pe.so.plz help me...
|
|
|
| Dragonizer | Mon Jun 19, 2006 6:07 pm Post #12 |
|
Administrator/Anggota SPTians
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
Bahasa sms. Kepada Adik Mira, pihak Forum Dragonizer berharap agar adik tidak menggunakan bahasa sms di dalam ruangan forum ini. Sebab jumlah perkataan yang dibenarkan di dalam ruangan menaip input (pos) adalah tidak sebegitu terhad sebagaimana dalam handphone. Walau bagaimana pun agak-agaknya soalan Adik Mira ini dapat difahami. :rolleyes: Menurut Adik Mira, cikgu Mira suruh Mira buat kajian mengenai petroleum. Satu tindakan yang boleh Mira lakukan ialah dengan mengunjungi pusat atau tempat petroleum yang terdekat untuk mendapat idea, lakukan temubual dengan pihak-pihak terbabit. Biasanya kunjungan ke tempat-tempat kerja sebegini tidaklah serumit mana. Boleh cuba dapatkan surat pengakuan pihak sekolah. Biasanya kad pengenalan akan diminta, pas pelawat akan diberikan supaya Mira dapat melakukan lawatan ke tempat tersebut. Bergantung kepada keadaan. Cuba Mira pantau balik isu semasa. Isu petrol, isu minyak naik harga dan kesannya terhadap masyarakat. Isu ini sedang hangat sekarang dan dikatakan menjadi punca barang-barang naik harga termasuk tiket pengangkutan awam seperti teksi dan bas. Mungkin itu yang dimaksudkan oleh cikgu Mira?
|
| http://dukeamienerev.blogspot.com | |
![]() |
|
| Evelyn | Fri Jun 30, 2006 5:58 pm Post #13 |
|
Unregistered
|
Saya ingin tanya bolehkah tunjukkan saya folio Geografi yang bertajuk Sumbangan Kegiatan Ekonomi. Terima kasih.
|
|
|
| Dragonizer | Mon Jul 3, 2006 12:50 pm Post #14 |
|
Administrator/Anggota SPTians
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
Buat masa ni belum ada bahan berkaitan contoh folio Geografi.
|
| http://dukeamienerev.blogspot.com | |
![]() |
|
| spyro_hunter | Mon Jun 18, 2007 11:22 pm Post #15 |
|
Kadet Junior
|
sia form 1.. tlg bg serba sedikit mengenai folio 'cuaca dan iklim' :rolleyes: |
![]() |
|
| Dragonizer | Tue Jun 26, 2007 3:25 pm Post #16 |
|
Administrator/Anggota SPTians
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
Folio bertajuk "Cuaca dan Iklim" sudah semestinya memerlukan Adik Sia untuk mencari bahan-bahan berkaitan dengan (1) Cuaca dan (2) Iklim. Bagaimana hendak memulakan pencarian bahan-bahan untuk folio "Cuaca dan Iklim"? Cuba Adik Sia fahami apa yang dimaksudkan dengan cuaca, apa pula yang dimaksudkan dengan iklim, apa perkaitan antara cuaca dengan iklim. Sebagai contoh untuk menjelaskan maksud iklim dan mengaitkan konsep iklim dengan cuaca adalah seperti berikut: "Iklim boleh ditakrifkan sebagai "cuaca secara purata", atau lebih tepat lagi, iklim boleh diertikan sebagai keterangan statistikal mengenai purata dan perubahan kuantiti-kuantiti relevan dalam suatu jangkamasa beberapa bulan hinggalah ke ribuan ataupun jutaan tahun. Tempoh klasik adalah 30 tahun, yang ditetapkan oleh Badan Kajicuaca Sedunia (World Meteorological Organization). Kuantiti-kuantiti ini terdiri dari suhu, hujan dan angin. Iklim secara lebih meluas, adalah keterangan statistik mengenai sesuatu sistem cuaca." - Wikipedia Perkara lain yang boleh Adik Sia lakukan untuk Folio Cuaca dan Iklim ialah dengan mengkaji apakah kepentingan mengetahui konsep cuaca dan iklim dalam kehidupan kita. Apakah bidang-bidang yang berkaitan dengan cuaca dan iklim? Klu-klu penting atau kata kunci yang boleh diberikan di sini ialah: 1. Ramalan Cuaca 2. Perubahan Cuaca 3. Pemanasan Global 4. Pertanian 5. Corak kehidupan dan budaya 6. Pekerjaan 7. Ekonomi 8. Faktor yang menyebabkan perbezaan cuaca/iklim (faktor geografi) 9. Bencana yang berkaitan dengan cuaca 10. Biome dan banyak lagi. :rolleyes: |
| http://dukeamienerev.blogspot.com | |
![]() |
|
| xxx | Sat Jul 21, 2007 8:45 pm Post #17 |
|
Kadet Junior
|
SALAM SEJAHTERA SEMUA! Ingin dapatkan tunjuk ajar daripada semua di sini atas Projek Geografi saya ( Tingkatan 2) iaitu tentang Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan di Petaling Jaya dan kesannya terhadap alam sekitar. Sesiapa boleh menunjuk ajar ke? Saya betul-betul tidal tahu bagaimana untuk membuatnya. Terutamanya, dapatan kajian. 1. Apakah ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat di Petaling Jaya? 2. Apakah kepentingan jaringan pengangkutan dan perhubungan di Petaling Jaya? Sila berikan tunjuk ajar!! Terima kasih atas kesanggupan semua Harap dapat menyatakan dengan lebih terperinci dan jika ada, sila nyatakan website yang mangandungi maklumat berkaitan! TERIMA KASIH!! love, karynne. |
![]() |
|
| spyro_hunter | Sat Jul 28, 2007 3:26 pm Post #18 |
|
Kadet Junior
|
hehe..nama saya bukan sia la.. sia bermaksud saya.. huhu. thanx la.. btw,im a boy. kk?
|
![]() |
|
| ziying | Sat Feb 28, 2009 5:56 pm Post #19 |
|
Kadet Junior
|
saya palajar smjk katholik,pj.. kena buat projek pmr.. tajuknya bentuk muka bumi dan potensinya.. macam mane buat? ape tu peta lakar? boleh bagi saye peta lakar bagi petaling jaya? |
![]() |
|
| x3Lollipop | Mon Apr 6, 2009 6:39 pm Post #20 |
|
Kadet Junior
|
Hi, Saya dikehendaki utk membuat kerja kursus utk PMR bertajuk PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN DI USJ 13 DAN PERBANDINGAN DENGAN NEGARA THAILAND. Saya menghadapi masalah di bahagian dapatan kajian di kawasan kajian (Subang Jaya & Bangkok, Thailand). Aspek-aspek yang harus dihuraikan adalah seperti berikut: 1) Jenis & pola petempatan di kawasan kajian serta menerapkan nilai & unsur patriotisme 2) Faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian serta menerapkan nilai & unsur patriotisme 3) Fungsi petempatan di kawasan kajian serta menerapkan nilai & unsur patriotisme 4) Masalah petempatan di kawasan kajian serta menerapkan nilai & unsur patriotisme 5) Langkah mengurangkan masalah petempatan di kawasan kajian serta menerapkan nilai & unsur patriotisme Harap sesiapa dapat membantu saya ASAP~ Terima kasih banyak2
Edited by x3Lollipop, Thu Apr 9, 2009 3:19 pm.
|
![]() |
|
| Go to Next Page | |
| « Previous Topic · Sejarah dan Geografi · Next Topic » |
- Pages:
- 1
- 2





![]](http://209.85.48.16/static/1/pip_r.png)



)