Welcome Guest [Log In] [Register]
BARU DIBUKA! Klik butang Like dan temui ribuan pengguna laman web ini.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:


Add Reply
pendudukan jepun di tanah melayu; keronologi
Topic Started: Tue Apr 25, 2006 8:29 pm (12,463 Views)
FIEZAH
Unregistered

:D tolong bagi tau kronologi ngan sebab pendudukan jepun di tm
Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
Mengenai kronologi dan sebab-sebab Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, rasanya semua dah ada dalam bahagian ini. Sila Adik Faezah rujuk topik-topik berikut:

KLIK PADA LINK YANG DIBERI

Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu
http://s6.invisionfree.com/DRAGONIZER/inde...?showtopic=1393 <---SILA KLIK


Mungkin adik Faezah perlu faham maksud kronologi.

Kronologi bermaksud susunan peristiwa yang teratur dari mula hingga akhir. Pendek kata, kronologi adalah turutan waktu.


Contoh Kronologi 1:

Mei 1991 - Ali dilahirkan di Kampung Baru, Johor.

Jun 1991 - Azizah dilahirkan di Kampung Baru, Johor

1997 - Ali dan Azizah masuk ke sekolah tadika dekat dengan Kampung Baru.

Februari 1997 - Ali dan Azizah berkawan baik.

Disember 1998 - Ali dan Azizah masuk darjah satu.

2000 - Ayah Azizah bertukar tempat kerja. Azizah sekeluarga pindah ke Amerika.
- Ali sedih.

2001 - Azizah kirim surat dekat Ali. Azizah kata "Kejar Ijazah Dulu. Baru Kejar Azizah"
- Semangat belajar Ali meningkat.

Cuba lihat bagaimana peristiwa-peristiwa di atas disusun mengikut kronologi (urutan peristiwa).


Contoh Kronologi 2:

  1. Ali dilahirkan di Kampung Baru, Johor.
  2. Azizah dilahirkan di Kampung Baru, Johor
  3. Apabila berumur kira-kira 6 tahun, Ali dan Azizah masuk ke sekolah tadika dekat dengan Kampung Baru.
  4. Ali dan Azizah berkawan baik.
  5. Ali dan Azizah masuk darjah satu.
  6. Ayah Azizah bertukar tempat kerja. Azizah sekeluarga pindah ke Amerika. Ali sedih.
  7. Azizah kirim surat dekat Ali. Azizah kata "Kejar Ijazah Dulu. Baru Kejar Azizah". Semangat belajar Ali meningkat.
Contoh 2 juga adalah salah satu bentuk kronologi. Sebabnya peristiwa-peristiwa diceritakan secara turutan waktu.

Adik Faezah boleh menyusun fakta-fakta yang sedia ada menurut kronologi dengan mudah. :lol:
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Sue
Unregistered

Bolehkah kamu sertakan satu kronologi yang lebih ringkas?
Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
Sue
May 5 2006, 02:26 AM
Bolehkah kamu sertakan satu kronologi yang lebih ringkas?

Sebaik-baik kronologi adalah mempunyai isi-isi penting. Ia tidak boleh diringkaskan sesuka hati kerana tindakan itu akan menghilangkan kualiti, menghilangkan kefahaman, mesej yang kabur dan boleh menghilangkan markah.

Ini ada satu petua bagaimana menghasilkan tugasan yang baik.

Tugasan yang baik harus mempunyai kronologi. Dalam tugasan sejarah ini, adik-adik perlu mengkaji dan menganalisis apakah faktor-faktor yang penting berkaitan dengan sejarah pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Tentulah ia akan melibatkan peristiwa-peristiwa berikut:

1. Faktor-faktor atau sebab-sebab Jepun hendak menakluki Tanah Melayu
2. Bagaimana Jepun menyerang Tanah Melayu.
3. Bagaimana Jepun mentadbir Tanah Melayu.
4. Kekalahan Jepun dan kesan-kesan pendudukan Jepun ke atas Tanah Melayu

Isi-isi penting di atas telah pun disusun secara kronologi. Cuba teliti baik-baik.

1. Faktor-faktor atau sebab-sebab Jepun menakluki Tanah Melayu boleh dimulakan dengan peristiwa-peristiwa berikut. Ini cuma contoh/rekaan sahaja, jangan percaya fakta yang tertulis di sini. (Ini cuma cerita rekaan untuk menunjukkan bagaimana isi-isi sejarah disusun mengikut kronologi) :

a. Dis 1935 - Maharaja Jepun mangkat dan digantikan oleh Maharaja baru.
b. 5 Jan 1936 - Maharaja Jepun yang baru mula mengubah dari negara pertanian kepada perindustrian.
c. 7 Jan 1936 - Jepun perlukan banyak sumber mentah lalu merancang untuk menentang negara lain. (sebab-sebab diterangkan di sini)
d. 15 Jan 1936 - Jepun mendapati Tanah Melayu mempunyai banyak sumber mentah dan telah dikuasai British jadi Jepun mesti mengusir British dari Tanah Melayu. Jepun menguatkan barisan tenteranya. Perisik-perisik dihantar untuk menyiasat kekuatan British di T.M.
e. bla... bla... bla...


2. Bagaimana Jepun menyerang Tanah Melayu (sekadar contoh bagaimana membuat tugasan berdasarkan kronologi, adik-adik sila JANGAN PERCAYA :P apa fakta yang tertulis dalam conton ini tetapi cuma faham bagaimana cara membuat kronologi):

a. Februari 1940 - Jepun menghantar tentera masuk melalui Siam.
b. 2 Mac 1940 - Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu.
c. 4 Mac 1940 - Jepun menakluki Singapura.
d. 7 Jun 1940 - Jepun kalahkan British. British lari lintang pukang dan berenang balik ke London.
e. 8 Jun 1940 - Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.
f. bla... bla.. bla...


3. Bagaimana Jepun mentadbir Tanah Melayu. Ini pun cuma sekadar contoh. Segala fakta direka, tetapi Adik jangan pula mereka-reka fakta dalam tugasan adik nanti. Hilang markah :aiya: :

a. 10 Jun 1940 - Jepun melantik Uzumaki Naruto sebagai Gabenor Malaya.
b. 12 Jun 1940 - Sekolah-sekolah Bahasa Jepun dibuka.
c. 15 Jun 1940 - Mata Wang Daun Pisang diperkenalkan.
d. 7 Julai 1940 - Kempetai diwujudkan untuk mengawal pemberontakan.
e. bla bla bla


4. Kekalahan Jepun dan kesan-kesan pendudukan Jepun ke atas Tanah Melayu. Ini juga cerita rekaan untuk memberi contoh:

a. 6 Ogos 1940 - Amerika mengebom Konoha.
b. 9 Ogos 1940 - Lagi beberapa pusat pentadbiran Jepun dibom.
c. 12 Ogos 1940 - Maharaja mengistiharkan kekalahan Jepun
d. 9 September 1940 - Jepun meninggalkan Tanah Melayu.
e. 12 September 1940 - British cuba mengambil alih penjajahan di T.M.
f. 14 September 1940 - Orang Melayu menentang British. Semangat Nasionalisme muncul. Mereka menderita kerana dijajah Jepun oleh itu mereka tidak mahu lagi dijajah oleh sesiapa. Mereka mahu bebas merdeka!
g. 16 September 1940 - Muncul komunis. Komunis mahu menguasai T.M dan mengusir British.
h. 21 September 1940 - British bagi sokongan kepada penduduk tempatan supaya kalahkan komunis.
i. bla bla bla bla bla

Begitulah contoh penggunaan isi-isi penting dan fakta-fakta yang telah adik kumpulkan. Susun mengikut kronologi. Inilah caranya.

Pihak Dragonizer berharap adik Sue sudah memahami definisi kronologi dan boleh membuat tugasan tersebut.

Pihak Dragonizer cuma boleh memberi tunjuk ajar dan contoh sahaja, tidak jawapan kepada tugasan adik-adik. Ini kerana memberi jawapan kepada tugasan adik-adik adalah melanggar etika dan matlamat Forum Dragonizer. Bak kata, jangan perigi cari timba, biar timba cari perigi.

Semoga panduan dan contoh yang diberikan akan memberi ilham dan idea kepada adik-adik semua untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan untuk dinilai dengan seadil-adilnya.

"Biar kita mencari ilmu, jangan ilmu mencari kita." :B):

Terima kasih dan syabas kepada adik-adik yang berani bertanya. Malu bertanya sesat jalan. Untuk mendapatkan ilmu kita harus bertanya. :clap:

Jika ada apa-apa masalah sila bertanya lagi.

Apa pun, harus ingat, kronologi hendaklah tersusun dengan isi-isi yang sesuai. Pihak Dragonizer mencadangkan agar "Sebab-sebab Jepun Menakluki atau Menjajah atau Menyerang Tanah Melayu" paling atas (isi pertama atau bab yang paling awal) dalam tugasan adik-adik. Kerana ini bersesuaian dengan kronologi. Niat dahulu baru bertindak. Sebab apa berniat? Sebab apa Jepun berniat untuk menakluki Tanah Melayu? Dari situ adik-adik boleh memulakan tugasan adik-adik. Jepun ada niat untuk menyerang Tanah Melayu, maka Jepun pun mengatur strategi untuk menyerang. Selepas kekuatan Jepun meningkat, Jepun pun menyerang Tanah Melayu. Apabila berjaya menakluki T.M, Jepun mula mentadbir dan 'mendera' penduduk tempatan. Selepas itu tentera Barat kalahkan balik Jepun dan seterusnya.

Sekian. Semoga jawapan yang diberikan dapat memberi idea dan kefahaman kepada adik-adik semua mengenai cara-cara membuat tugasan berdasarkan kronologi. Selamat berjaya!
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Sue
Unregistered

terima kasih atas bantuan Dragonizer..
tapi..saya tak dapat jumpa forum tentang latar belakang peristiwa...
:(
Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
Sue
May 5 2006, 09:29 PM
terima kasih atas bantuan Dragonizer..
tapi..saya tak dapat jumpa forum tentang latar belakang peristiwa...
:(

Pertama, cuba Adik Sue teliti maksud:

a. Latar belakang
b. Peristiwa

Contoh: Apakah maksud latar belakang keluarga?

Sudah tentu ia bermaksud mengenai salasilah keluarga dan maklumat tentang keluarga. Siapa ayah? Siapa ibu? Berapa orang adik beradik? Asal dari mana? Kerja di mana, gaji berapa dan sebagainya.


Contoh: Apakah peristiwa penting pada 31 Ogos

Negara kita merdeka. Bebas daripada penjajahan British.



Apakah yang dimaksudkan dengan latar belakang peristiwa?

Peristiwa apakah yang adik maksudkan di sini? :rolleyes:

Adakah peristiwa penjajahan/pendudukan Jepun?

Maklumat berkaitan telah pun diberikan di dalam forum ini. Contoh perkara yang berkaitan dengan peristiwa pendudukan Jepun adalah cara pentadbiran, kesan-kesan penjajahan dan sebagainya.

Mungkin ada Adik Sue ternampak ada perkara lain yang tertinggal? Kita boleh berkongsi pendapat di sini. Pihak Forum Dragonizer menanti pendapat Adik Sue...

Tidak ada manusia yang sempurna. Mungkin ada perkara yang pihak Forum Dragonizer terlepas pandang atau lupa letakkan di dalam forum ini. :warmie: ;) :lol:
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Sue
Unregistered

peristiwa yang dimaksudkan ialah peristiwa pendudukan jepun di negara kita..

apakah yang seharusnya ditulis dalam bahagian ini?

contohnya?
Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
Sue
May 6 2006, 12:28 AM
peristiwa yang dimaksudkan ialah peristiwa pendudukan jepun di negara kita..

apakah yang seharusnya ditulis dalam bahagian ini?

contohnya?

Isi-isi berikut boleh dipertimbangkan.

Apa yang Jepun lakukan semasa pendudukan itu berlaku? Adakah perubahan?Contohnya dari segi ekonomi? Pertanian? Dari segi pentadbiran? Dari segi pendidikan? Kemajuan? Dari segi agama, budaya dan sebagainya.

Bagaimana keadaan penduduk di Tanah Melayu semasa peristiwa tersebut berlangsung? Contohnya adakah penduduk tempatan menderita atau bahagia? Takut atau seronok? Apa agaknya yang mereka makan :rolleyes: ? Ubi kayu atau kentang goreng? :P

Bagaimana hubungan antara orang Jepun dengan penduduk tempatan.

Keadaan di Tanah Melayu semakin baik, sama atau semakin teruk semasa pendudukan Jepun?

ada banyak lagi perkara yang boleh dibincangkan... :)

Adik dianjurkan untuk membaca novel A. Samad Said seperti "Sungai Mengalir Lesu" di perpustakaan sekolah atau di perpustakaan awam jika ada. Juga sebuah buku yang bertajuk "Nyawa Di hujung Pedang". Adik boleh dapat gambaran yang lebih mengenai suasana di Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun. Ini akan membantu adik untuk menghasilkan tugasan yang menarik!

Mungkin adik boleh reflek balik, bagaimana agaknya kalau Adik hidup pada zaman tersebut. Bersyukurkah adik kerana lahir pada zaman kini? Pentingkah kemerdekaan? Apa yang akan adik lakukan untuk mengelakkan negara ini daripada dijajah semula? Semua ini menarik untuk disimpulkan/dirumuskan apabila adik memahami dan mendapat gambaran berkaitan peristiwa pendudukan Jepun.

"Usaha Tangga Kejayaan!" :victory:
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Guest
Unregistered

nak tanya skit boleh..??
nak buat dalam bentuk ayat ker...???atau point??? :baby:
Quote Post Goto Top
 
diana
Unregistered

nak tanya skit boleh..??
nak buat dalam bentuk ayat ker...???atau point??? :baby:
Quote Post Goto Top
 
ww
Unregistered

mcm mana buat elemen 2 sejarah kerja kursus? :aiya:
Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
diana
Jun 9 2006, 11:32 PM
nak tanya skit boleh..??
nak buat dalam bentuk ayat ker...???atau point??? :baby:

Mengikut kehendak pemeriksa dan nasihat guru adik. Sekiranya diberikan kebebasan maka terpulanglah kepada kreativiti adik. :rolleyes:

Kelebihan dalam bentuk point, ialah senang untuk diberi markah dan diperiksa. :B):

Kelebihan dalam bentuk karangan ialah mudah untuk menghuraikan sesuatu perkara dengan panjang lebar. Namun pastikan ada perenggan dan setiap perenggan untuk satu-satu isi (point) atau peristiwa. Contohnya mungkin boleh disusun mengikut tarikh atau tahun penting. :)

Perenggan satu: Pada tahun 2 Feb 1929 bla bla bla bla bla bla bla dan bla...

Perenggan dua: Pada tahun 15 Mac 1940, bla bla bla bla bla bla...

Pastikan isi disusun secara teratur mengikut kronologi. :victory:

Semoga Berjaya.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
ww
Jun 18 2006, 07:46 PM
mcm mana buat elemen 2 sejarah kerja kursus? :aiya:

Secara menyusun isi-isi penting dan mengikut bab dan format yang telah diberikan. Cuba rujuk guru adik untuk mendapatkan format bagi kerja kursus sejarah. :)
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
lee-ana
Unregistered

Dragonizer
Jun 19 2006, 05:14 PM
ww
Jun 18 2006, 07:46 PM
mcm mana buat elemen 2 sejarah kerja kursus? :aiya:

Secara menyusun isi-isi penting dan mengikut bab dan format yang telah diberikan. Cuba rujuk guru adik untuk mendapatkan format bagi kerja kursus sejarah. :)

saya tak siap lagi kerja kursus tapi cikgu suruh hantar esok. :blink: :P :aiya:

eh, dragonuuzer nih cikgu ko?
Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
lee-ana
Jun 29 2006, 02:29 AM
Dragonizer
Jun 19 2006, 05:14 PM
ww
Jun 18 2006, 07:46 PM
mcm mana buat elemen 2 sejarah kerja kursus? :aiya:

Secara menyusun isi-isi penting dan mengikut bab dan format yang telah diberikan. Cuba rujuk guru adik untuk mendapatkan format bagi kerja kursus sejarah. :)

saya tak siap lagi kerja kursus tapi cikgu suruh hantar esok. :blink: :P :aiya:

eh, dragonuuzer nih cikgu ko?

Bekas guru, pernah mengajar di dua buah sekolah. Sedang berusaha untuk menuju ke arah pangkat Doktor. Macam Dr. Fazley jugalah. :P

:zzz: Berbalik kepada soalan... eh tak ada soalan ya? :baby:

Selamat berjaya! :victory:
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
insan lemas
Unregistered

FIEZAH
Apr 25 2006, 07:29 PM
:D tolong bagi tau kronologi ngan sebab pendudukan jepun di tm

boleh kah seseorang memberitahu sayya tentang latar belakang pendudukan jepun di negara kita?(buku teks tingkatan 3)
saya memrlukan maklumat dgn kadar yg segera.tolong..
assalamuailikum,
terima kasih
Quote Post Goto Top
 
cik mat poi
Unregistered

dokek perpustakaan ado nak oiii... den chari dokek situ yo. dapek nyolah.

Nippon merbahayo :)

makan ubi yo lah atuk nenet cik mat poi kito dulu-dulu
Quote Post Goto Top
 
laila
Unregistered

akum boleh x bagi kronologi pendudukan jepun di tanah melayu??? :huh:
Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
Hm... jika memberi begitu sahaja, pihak Forum Dragonizer tak dapat berbuat demikian. :baby: -_-

Walau bagaimana pun tunjuk ajar boleh diberikan. Setakat ini sudah diberikan tunjuk ajar. Laila boleh bertanya jika ada apa-apa yang tidak faham. :)
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
ZetaBoards - Free Forum Hosting
Enjoy forums? Start your own community for free.
Learn More · Sign-up for Free
« Previous Topic · Sejarah dan Geografi · Next Topic »
Add Reply

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................