Welcome Guest [Log In] [Register]
KLIK SINI: Buka Kedai Internet: Jana Pendapatan Dari Rumah - Pendapatan RM2000-RM5000 Seminggu!
Create a Meebo Chat Room
Bicara Akademik: Subjek UPSR+PMR+SPM ----- Radio Online: Radio ERA FM | Radio Hot FM | Radio IKIM FM
Peluang Buka Kedai Internet: Jana Pendapatan Dari Rumah - Jana Pendapatan RM2000-RM5000 Seminggu!
Add Reply
PONTENG SEKOLAH LAGI?; Apa kata mereka
Topic Started: Sat Apr 15, 2006 2:55 pm (2,585 Views)
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
Topik ini dibuka untuk melihat pandangan pihak-pihak tertentu berkaitan dengan ponteng sekolah. Apa komen mereka? Apa tindakan mereka?
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Di Sebalik Masalah Ponteng Pelajar[/size]
Oleh Cikgu Lee
Sumber: http://cikgulee.blogdrive.com

Arwah bapa saya hanya sempat belajar dua tahun di sekolah. Itupun pada zaman kecil beliau terpaksa menggunakan papan hitam kecil dan kapur. Tulisan lain menggunakan berus dan dakwat hitam. Bapa saya mempunyai ingatan yang cukup baik. Dia dapat menghafal semua novel Cina yang pernah didengar mahupun dibacanya. Dia dapat menceritakan semula setiap babak cerita yang pernah didengarinya satu demi satu seolah-olah kami sedang berada dalam alam ceritanya. Itulah satu-satunya hiburan pada waktu kecil saya.

Sekalipun hanya berpeluang belajar selama dua tahun, bapa saya tidak pernah berhenti belajar secara bersendirian. Kaligrafinya jauh lebih cantik dan bertenaga daripada kelima-lima orang anaknya termasuk saya sendiri. Bapa saya tahu menghargai apa yang dipelajari dan menggunakannya dengan sepenuhnya.

Berbanding dengan zaman sekarang kita mempunyai hampir segala-galanya sebelum melangkahkan kaki ke sekolah. Ibu bapa biar miskin atau kaya akan mencuba sedaya upaya mereka untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Walaupun kebanyakan ibu bapa tidak perlu membeli buku teks kerana Skim Pinjaman Buku Teks yang disediakan oleh kerajaan, mereka masih perlu berbelanja agak banyak untuk pembelian buku latihan, buku rujukan, buku tulis, alat tulis, pakaian sekolah, wang saku, bas sekolah, kelas tambahan dan sebagainya.

Bayangkan sebuah keluarga sederhana dengan anak yang ramai. Perbelanjaan untuk anak-anak sahaja telah memakan lebih daripada satu per tiga daripada pendapatan keluarga. Selapas ditolak perbelanjaan harian dan pembayaran pelbagai ansuran bulanan, tabungan untuk masa tua adalah agak mustahil.

Sekalipun begitu, ibu bapa masih bekerja keras untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pelajaran yang terbaik. Mereka mengharapkan anak-anak mereka akan belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke peringkat paling tinggi. Dengan kejayaan akademik mereka harap akan dapat mengubah nasib keluarga.

Oleh itu betapa sedih dan hancurnya hati seseorang ibu atau bapa apabila dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa anak mereka ponteng sekolah atau bermasalah disiplin lain. Melainkan kita pernah berhadapan sendiri dengan ibu bapa dalam keadaan sedemikian kita tidak mungkin dapat merasai kepedihan yang dialami mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.


Saya masih ingat seorang jiran di kampong halaman saya di Guchil, Kuala Krai, Kelantan. Namanya Pakcik Majid. Dia seorang penarik beca. Dengan beca tuanya itulah dia menyara 12 orang anaknya. Isterinya tidak bekerja kerana sibuk menjaga anak-anak mereka.

Salah seorang anaknya yang hampir sebaya dengan adik saya agak bijak dalam pelajaran. Dia bejaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur. Pada setiap bulan Pakcik Majid akan menghantar sejumlah hasil titik peluh kayuhan becanya kepada anaknya di Kuala Lumpur. Malahan apa sahaja yang diminta oleh anaknya akan dipenuhinya biarpun ahli keluarga yang lain terpaksa mengikat perut.

Pernah sekali saya ternampak anak-anak kecilnya yang lain menuangkan nasi ke atas lantai kerana merajuk. Mereka marah dengan ibu mereka yang tidak berupaya menyediakan makanan yang enak. Hampir setiap hari mereka berlaukkan ikan goring dan sayur-sayuran.

Anak-anak yang melakukan demikian mungkin sekadar tahu merajuk untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki. Pada usia semuda itu mereka tidak sedar betapa bapa mereka terpaksa mengharungi panas dan hujan untuk mendapatkan wang bagi membeli makanan. Ibu mereka hanya dapat menahan air mata melihat gelagat anak-anak mereka itu.

Dia tentu sekali mahu memberikan yang terbaik kepada anak-anaknya tetapi apakan daya keluarganya tidak mampu. Tetapi mereka mempunyai satu harapan murni. Suatu harapan yang tinggi. Mereka mengharapkan anak mereka yang sedang menuntut di universiti akan dapat mengubah nasib mereka setelah tamat pengajian.

Namun kesudahannya tidaklah seindah yang diharapkan. Akhirnya Pakcik Majid mendapat tahu bahawa anaknya sering ponteng kuliah dan terlibat dengan penagihan dadah. Dia akhirnya dibuang daripada universiti. Berita buruk yang diterima bagaikan anak panah tajam menujuk terus ke dalam hati Pakcik Majid. Hancur segala harapannya. Hancur segala impiannya selama ini. Langsung tidak berbaloi pengorbanan dirinya dan keluarganya. Tetapi, kadang-kadang itulah hakikat dan kenyataannya. Pakcik Majid terpaksa akur dengan cabaran hidup sedemikian. Anak tetap anak.

Setiap kali saya mengenang semula kisah Pakcik Majid, air matanya saya tidak dapat ditahan. Saya cukup sedih mengenangkan nasib mereka. Saya tidak dapat berbuat apa-apa. Saya juga berasal daripada keluarga yang miskin. Pendapatan keluarga kami bergantung kepada kedua ibu bapa kami sebagai penanam sayur.

Saya masih bersyukur kerana kesemua adik-beradik kami seramai lima orang berjaya dalam hidup. Ini adalah hasil didikan bapa kami yang tegas tetapi penyayang. Akan tetapi saya tetap menjadikan apa yang berlaku pada jiran saya sebagai ingatan dan pengajaran.

Selama dua tahun saya dilantik sebagai Ketua Guru Disiplin saya berhadapan dengan banyak masalah pelajar yang ponteng. Saya bersama pembantu saya, Cikgu Jamil Anwar sering kali mengambil masa yang panjang untuk menyoal siasat pelajar-pelajar yang didapati ponteng. Malahan ada juga kalanya kami terpaksa berkunjung ke rumah pelajar pada waktu malam bagi menyelesaikan masalah mereka.

Pernah dalam satu kes 3 orang pelajar ditangkap kerana ponteng sekolah. Apabila ditanya kenapa mereka ponteng, mereka mengatakan mereka telah ditangkap oleh orang yang tidak dikenali kerana disyaki memukul orang. Apabila mereka didapati tidak bersalah mereka telah dilepaskan. Itulah alasan yang mereka berikan.

Kerana tidak percaya akan penjelasan mereka kami telah menyoal siasat semula secara berasingan. Apabila membandingkan cerita mereka jelas mereka telah menipu dan mereka sebenarnya ponteng sekolah. Mereka telah pergi ke sebuah panggung wayang untuk menonton wayang gambar lucah. Dua daripada mereka telah mengaku salah apabila mendapati cerita mereka banyak bercanggahan. Mereka berdua dijatuhkan hukuman yang setimpal.

Seorang lagi pelajar berkeras bahawa dia tidak bersalah. Lantaran daripada itu kami memanggil ibunya ke sekolah untuk dimaklumkan kesalahan anaknya. Ibu pelajar ini marah-marah apabila datang ke sekolah. Dia mengatakan anaknya cukup baik dan tidak mungkin ponteng sekolah. Dia menuduh saya menganiayai anaknya.

Saya meminta anaknya menceritakan semula alasan yang diberi di hadapan ibunya. Dia tetap dengan pendirian dia ditangkap orang. Ibunya terus memarahi saya setelah anaknya memberikan penjelasan palsu.

Saya tahu saya tidak mungkin dapat menyakini ibunya melainkan saya juga berkeras. Saya menghentak buku rekod atas meja dan mencabar anak mengulangi penjelasan yang sama. Jika saya boleh membuktikan bahawa penjelasannya adalah palsu saya akan mencadangkan supaya dia dibuang sekolah.

Melihat kemarahan saya barulah pelajar itu memberitahu ibunya bahawa dia sebenarnya ponteng sekolah. Tanpa menunggu hukuman daripada saya ibunya terus memaki dan memukul adiknya.

Saya dapat melihat kesedihan yang amat sangat pada wajah ibu pelajar tersebut. Sungguh menyayat hati apabila kita menyedari harapan kita selama ini telah hancur. Orang yang kita percayai selama ini sebenarnya bersandiwara di hadapan kita.

Saya bersimpati dengan ibu bapa yang menghadapi kesedihan sedemikian. Itulah juga yang saya gunakan untuk menyedarkan pelajar-pelajar yang didapati ponteng sekolah. Saya mengaitkan kesalahan mereka dengan pengorbanan ibu bapa mereka. Saya dapati apabila kita bercakap secara sabar dengan pelajar-pelajar yang bermasalah ini mereka akan menerima dan sedar akan pengorbanan ibu bapa mereka.

Dalam menyelesaikan masalah disiplin pelajar seseorang guru mestilah berlaku adil. Pelajar dan ibu bapa akan lebih menghormati guru-guru yang berlaku adil. Untuk berlaku adil apabila menghukum seseorang pelajar kita haruslah menyiasat dengan teliti supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah pelajar-pelajar yang semakin canggih cara pembohongan mereka.


Selain daripada itu, guru haruslah mempunyai perwatakan yang baik. Tingkah laku guru haruslah boleh dicontohi dan diteladani oleh pelajar didikannya. Contohnya adalah tidak masuk akal seseorang guru memarahi pelajar yang ponteng atau lewat datang ke sekolah sedang guru itu sendiri sering kali tidak memasuki kelas tanpa alasan. Jangan sangka guru sahaja yang memerhatikan pelajar. Pelajar lebih celik memerhatikan guru-guru mereka.

Untuk menjadi seorang pendidik yang baik, seseorang guru juga perlu mempunyai dua sikap yang bertentangan iaitu tegas dan penyayang. Kita harus bertegas dengan peraturan, prinsip dan kepercayaan. Guru yang tegas adalah guru yang cakap serupa bikin dan mengambil tindakan susulan ke atas apa yang disuruh atau diarahkan. Ini samalah seperti melaksanakan peraturan yang ditetapkan. Amalan yang baik sebenarnya lahir daripada sikap yang tegas.

Sebaliknya pelajar yang bersalah harus dibimbing dan dibantu. Mereka hendaklah dinasihati dengan sabar dan penuh kasih sayang. Dengan adanya dua sikap ini yang digandingkan barulah seseorang guru dapat menyakini pelajar mereka.

Saya sebenarnya kurang bersetuju dengan amalan kebanyakan guru menyerahkan bulat-bulat pelajar bermasalah kepada guru disiplin. Guru disiplin pula hanya menjalankan hukuman sedangkan tugas memberi nasihat pula diserahkan kepada guru kaunseling. Secara tidak langsung, guru disiplin akan menjadi musuh kepada pelajar bermasalah sedangkan guru-guru lain yang menolak tanggungjawab menjadi popular. Guru kaunseling pula menjadi orang disayangi kerana memahami masalah pelajar. Guru-guru tidak seharusnya lari daripada tanggungjawab.

Adalah diharapkan semua guru lebih bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin pelajar. Mendidik termasuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran, di samping membetulkan kesilapan dan kesalahan pelajar. Kita tidak dapat lari daripada bersikap tegas dan penyayang pada ketika-ketika yang sesuai, memainkan peranan yang berlainan pada waktu-waktu yang berbeza untuk mendidik dan bukan sekadar menyampai.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=6]Pelan Bertindak Bagi Menangani Masalah Ponteng di SMK XYZ[/size]

Nama Program: Program kesedaran dan tanggungjawab pelajar

Matlamat: Ke arah kecemerlangan pelajar

Objektif:

  • Memberikan kesedaran kepada pelajar akan peranan mereka di sekolah secara khusus dan dalam masyarakat secara amnya
  • Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dan berwawasan
  • Membina iklim sekolah (school milieu) yang kondusif untuk pembelajaran/ pengajaran pelajar dan guru


Punca Masalah:

Pelajar:

  1. Tiada minat dan motivasi untuk maju diri
  2. Mudah terpengaruh oleh rakan sebaya dan persekitaran fizikal
  3. Iklim sosial di rumah agak pasif. (single parent, daif, pendapatan bapa tidak tetap, keluarga besar)
Guru:

  1. Kawalan kelas lemah
  2. Kurang persediaan mengajar
  3. Aptitud rendah/ kurang dalam mata pelajaran
  4. Tidak tegas dengan pelajar
  5. Kurang inisiatif mempelajari sesuatu yang baru ("deadwood")
  6. Tidak sanggup mengakomodasi pendapat orang lain.
  7. Gemar " maintain status gui "
  8. Strategi /Projek :
  9. Pendidikan Jasmani dan kesihatan Ko-Kurikulum
  10. Kidmat Masyarakat ( Sila Rujuk Blue – Print PJK & PKM)
Pengukuhan:

  1. Ponteng kelas /sekolah melebihi 3 kali - di dalam Buku Rekod Kemajuan catatan, keputusan ditahan sebab ponteng PJK/KM/kelas/sekolah
  2. Keberkesanan guru dalam kelas - catatan pelajar ponteng dalam Buku Kehadiran Kelas
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Ponteng sekolah: Kerajaan patut bendung faktor luaran [/size]
Oleh: HAJI IDRIS HAJI AHMAD (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)
Sumber: http://www.parti-pas.org/


Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius peningkatan gejala sosial di kalangan pelajar hari ini sehingga polis terpaksa campur tangan dalam urusan sekolah.

Semenjak kebelakangan ini, negara telah digemparkan oleh pendedahan tentang kegiatan samseng dan ponteng sekolah.
DPP Pusat tidak menolak andaian yang mengatakan kejadian seperti ponteng sekolah ini adalah berpunca daripada kelemahan sistem disipilin, masalah guru-guru, peraturan yang tidak membenarkan guru merotan serta faktor ibu bapa.

Tetapi satu perkara yang mustahak untuk diambil tindakan oleh kerajaan ialah faktor tarikan luaran yang merangsang para pelajar ponteng sekolah.

Semenjak polis diberi hak untuk menahan para pelajar yang ponteng sekolah, banyak pendedahan telah dibuat oleh media yang menunjukkan para pelajar yang ponteng sekolah ini berpeleseran di pasar-pasar raya, kelab-kelab hiburan, kelab snooker, pusat permainan video, panggung wayang, taman-taman rekreasi dan sebagainya. Jarang kedengaran bahawa pelajar yang ponteng bersembunyi di hutan-hutan atau bermain di sungai seperti zaman dahulu.

Ini menunjukkan bahawa faktor-faktor luaran sangat kuat menarik minat pelajar untuk ponteng sekolah. Mereka yang tidak minat belajar memilih untuk ponteng sekolah, kerana dengan ponteng sekolah mereka dapat bersuka ria di tempat-tempat tersebut.

Adalah amat penting untuk disedari oleh kerajaan bahawa bukan semua pelajar minat untuk belajar.

Jiwa muda mereka lebih terangsang untuk berseronok bersama rakan-rakan. Oleh kerana masa untuk berseronok telah habis untuk belajar, maka mereka ini memilih untuk ponteng sekolah bagi membolehkan mereka berseronok.

Lebih-lebih lagi pada masa sekarang ini, Kerajaan BN telah menggalakkan budaya mungkar dan hedonistik di kalangan remaja menerusi program Rakan Muda dan juga penganjuran konsert-konsert artis Barat.

Ini membarahkan lagi keadaan. Untuk melepaskan nasfu berseronok mereka, para pelajar tidak ada pilihan melainkan ponteng sekolah.

Oleh itu, bagi menangani masalah ponteng ini kerajaan mesti bertindak tegas terhadap tempat-tempat yang menjadi ‘port’ kepada pelajar ponteng ini.

DPP Pusat mendesak Kerajaan BN supaya menutup semua pusat-pusat permainan yang menjadi tumpuan para pelajar sehingga mereka sanggup ponteng sekolah.

Kerajaan BN juga mesti menghentikan budaya mungkar dan maksiat yang selama ini ditaja sendiri oleh Kerajaan BN.

Dua faktor ini terbukti menjadi daya penarik yang penting terhadap perbuatan ponteng sekolah.

Tidak ada guna kerajaan membenarkan polis menahan pelajar yang ponteng sekolah, tetapi membiarkan faktor penggalak kepada perbuatan ponteng tersebut.

Jika benar Kementerian Pelajaran mahu menghapuskan gejala ponteng ini, Kerajaan BN mesti memastikan pusat-pusat hiburan ditutup sepenuhnya dan program-program hedonistik diharamkan di negara ini.

Selain faktor-faktor luaran yang parah ini, gejala sosial yang berlaku di sekolah-sekolah adalah amat dipengaruhi oleh kurangnya aktiviti keagamaan dan kerohanian.

Dasar Kerajaan BN yang cuba menghapuskan unsur-unsur agama di sekolah kini telah menelurkan anasir yang amat negatif ini.

Para pelajar sekolah dihalang daripada terlibat dengan aktiviti keagamaan, dan guru-guru juga tidak berminat untuk menyediakan program keagamaan kerana mereka akan dicop sebagai pro-pembangkang.

Unsur-unsur agama seperti memakai kopiah dilarang di sekolah. Guru-guru besar tidak lagi meluluskan peruntukan untuk aktiviti keagamaan.

Ini semua menjadi punca keruntahan moral pelajar. Kejadian-kejadian yang berlaku di Program Khidmat Negara (PKN) juga berpunca daripada anasir yang sama.

Secara psikologinya, para pelajar yang masih muda dan tidak banyak dosa, lebih mudah dibentuk jika dasar kerajaan cenderung kepada agama.

Satu perkara yang perlu juga dipersoalkan ialah keruntuhan moral di kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

Kerajaan tidak sepatutnya menyembunyikan perkara ini dengan menimbulkan masalah di sekolah sahaja. Gejala di sekolah telah menular di IPT sekarang ini.

Kegiatan maksiat berlaku secara berleluasa sehingga beberapa kes tangkapan khalwat, zina, bercumbu dan berdua-duaan menjadi perkara biasa di IPT.

Kes tangkapan khalwat di UiTM Shah Alam dan Segamat menunjukkan keadaan sebenar.

Kegiatan ponteng kuliah dan samseng juga berlaku dengan meluas di IPT.

Keadaan ini juga berpunca daripada dasar songsang BN yang tidak mahu aktiviti keagamaan diadakan di IPT termasuk usrah, kuliah agama, program kerohanian dan sebagainya.

Bahkan persatuan agama juga diharamkan. Akibatnya, peningkatan gejala social di kalangan berlaku mendedak meliputi pelajar sekolah rendah, mengngah dan IPT.



http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]PETIKAN SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.6/1995:
MENANGANI MASALAH PONTENG SEKOLAH[/size]

Laporan salahlaku pelajar sekolah menunjukkan bahawa ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan salahlaku yang tertinggiperatus penglibatan di kalangan pelajar. Hastar Kementerian Pendidikan ke arah `Zero Defect' dalam masalah ponteng sekolah dan ponteng kelas akan terjejas jika kedua-dua masalah ini tidak diatasi dengan segera.

2. Ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadi amalan dan tabiat, ianya boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah. Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat bertanggungjawab, akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif.

3. Ada dua faktor utama yang menyebabkan para pelajar melakukan ponteng iaitu faktor sekolah dan faktor luar sekolah. Faktor luar sekolah pada kebiasaannya di luar kawalan sekolah untuk menanganinya. Sungguhpun begitu, disamping tugas kita memberi tumpuan kepada faktor di dalam sekolah usaha yang lebih berkesan kepada kedua-dua faktor tersebut perlu dilakukan.

4. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan mengingatkan semua Pegawai Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru mengenai tindkan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salahlaku ponteng di sekolah terutamanya ponteng sekolah dan ponteng kelas. Kementerian Pendidikan telah pun menerbit dan mengedarkan ke sekolah-sekolah Bku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah. Saranan dan cadangan yang dikemukakan dalam buku tersebut diyakini boleh membantu pihak sekolah mencegah berlakunya masalah ponteng.

5. Seterusnya, bagi memastikan TIADA Salahlaku Ponteng di kalangan pelajar, langkah-langkah berikut hendaklah dilakukan:

5.1 Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah hendaklah mengesan kadar ponteng sekolah dan ponteng kelas setiap bulan dan memastikan sekolah melakukan usaha mengatasi masalah tersebut.

5.2 Pihak sekolah hendaklah memastikan tindakan mengatasi masalah ponteng dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Segala panduan yang terdapat di dalam Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng dilaksanakan sepenuhnya.

5.3 Pihak sekolah hendaklah merealisasikan Sekolah Penyayang, pelajar-pelajar berhak disayangi, dikasihi, dan dibimbing. Dengan ini pelajar akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah.

5.4 Memastikan Briged Komuniti dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya sama ada di peringkat Negeri, Bahagian/Daerah dan sekolah.

5.5 Memastikan bahawa Jawatankuasa Disiplin Sekolah atau Lembaga Tatatertib sentiasa proaktif dengan menggariskan program dan aktiviti yang berupaya mencegah salahlaku ponteng sejak awal-awal lagi terutamanya sebelum sesi persekolahan bermula.

6. Kandungan surat pekeliling ini hendaklah dimaklumkan kepada semua Pegawai Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru di negeri Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan.

Sekian, terima kasih.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
« Previous Topic · SEMBANG SEKOLAH & IPT - Students & Teachers Corner · Next Topic »
Add Reply

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................