Welcome Guest [Log In] [Register]
BARU DIBUKA! Klik butang Like dan temui ribuan pengguna laman web ini.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:


Add Reply
KITAR SEMULA - LOKASI PUSAT KITAR SEMULA; recycle! green peace! save your world!
Topic Started: Sat Feb 18, 2006 3:15 am (15,343 Views)
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]RECYCLE: KITAR SEMULA[/size]

WEBSITE: http://www.kitarsemula.com
WEB PROMOTER: Dragonizer
RECYCLE CENTRE (dusbin location): http://www.kitarsemula.com/RecyclingCentre_m.asp


[size=9]Apa yang anda boleh kitar semula?[/size]

Kertas
Surat khabar, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas dari pencetak, majalah dan risalah adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Kumpulkan item-item tadi di mana sahaja anda berada dan cuba asingkan kertas-kertas tadi mengikut gred. (Klik pada laman gred kertas)


Plastik
Terlalu banyak plastik boleh dikitar semula. Semuanya dari kategori bekas-bekas minuman, botol-botol sabun, bekas makanan, pembalut makanan, bekas aiskrim dan banyak lagi boleh dikitar semula


Kertas kadbod keras
Barangan elektrik ataupun perabot yang dibeli biasanya dibungkus dengan kotak kadbod yang besar dan ramai orang tidak tahu apa yang perlu dibuat terhadap kotak-kotak tersebut lalu dibuang begitu sahaja. Apa kata kalau anda mengitar semula kotak-kotak tersebut daripada membuangnya begitu sahaja.


Kaca
Bekas-bekas jem dan bekas-bekas makanan sesetengahnya masih dipekkan dalam botol. Anda
boleh kitar semula botol-botol tersebut ataupun gunakanya semula untuk menyimpan makanan lain.


Pakaian
Pakaian-pakaian lama boleh diguna semula atau didermakan kepada badan kebajikan. Cara ini dapat menjimatkan ruang dan tempat dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=5]Tips Untuk Kitar Semula Di Rumah[/size]

  • Belilah barangan anda secara banyak-banyak.
  • Gunakan kembali bekas makanan dan minuman plastik untuk menyimpan air dan makanan.
  • Bawalah beg sendiri semasa membeli barangan dapur.
  • Tutuplah paip air semasa membasuh muka atau menggosok gigi supaya anda tidak merugikan air.
  • Pakaian lama anda boleh didermakan kepada persatuan kebajikan.
  • Gunakan surat khabar lama untuk membungkus barang-barang. Ini amat berguna terutamanya barang-barang yang dibungkus tadi hendak disimpan dalam jangka masa yang lama. Cara ini adalah lebih baik daripada membeli kertas pembalut yang baru.
  • Bawa bekas makanan sendiri ketika membeli makanan. Ini dapat mengelakkan penggunaan bahan-bahan pembungkus terutamanya Styrofoam.
  • Anda boleh menjual perabot-perabot kayu yang lama dan tidak digunakan lagi kepada kilang memproses kayu daripada membuangnya terus. Pemproses kayu ini dapat memproses semula perabot-perabot ini dan kayu-kayu tadi dapat digunakan semula untuk perkara-perkara yang lebih berguna.
  • Jika anda menerima terlalu banyak bungkusan hamper yang mengandungi makanan di dalam tin, anda boleh dermakan sebahagiannya kepada badan kebajikan ataupun bank makanan. Ini adalah lebih baik daripada menyimpannya terlalu lama hingga makanan tadi tidak lagi boleh digunakan.
  • Dermakan sebahagian daripada barang permainan anak anda kepada badan kebajikan jika anak anda tidak memerlukannya lagi. Daripada dibuang barang-barang ini, adalah lebih baik ia diberi kepada kanak-kanak yang menginginkannya.
  • Elakkan penggunaan barangan pakai buang - kita membayar harga untuk mendapatkan keselesaan: Gunakan barang-barang seperti lampin kain, napkin, tuala dan sapu tangan, bateri yang boleh dicaj semula, pinggan guna semula, kaca dan sudu, garpu, pisau, dan barang-barang tahan lama yang lain.
  • Kongsi menggunakan suratkhabar, majalah dan buku. Kitar Semula adalah amalan yang baik namun menggunakan semula barang-barang anda adalah lebih menguntungkan.
  • Kebanyakan beg pengisi di pasaraya dihasilkan berasaskan plastik yang tidak dikitar semula sepenuhnya oleh isi rumah. Anda dapat membantu mengurangkan penggunaan beg-beg ini dengan membawa beg-beg anda sendiri ketika membeli-belah ataupun sekurang-kurangnya menggunakan semula beg-beg ini sebagai beg sampah di rumah atau di pejabat.
  • Gunakan berus gigi lama untuk membersihkan kawasan-kawasan bilik air seperti kepala paip atau kawasan celah-celah yang kecil di dalam bilik air.
  • Gunakan langsir-langsir lama sebagai pengalas kusyen. Atau boleh juga digunakan sebagai kain buruk.
  • Gunakan semula pita video yang lama daripada membeli yang baru. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang, malahan anda dapat menjimatkan ruang di dalam rumah anda.
  • Jika anda merasakan tahap penglihatan anda semakin teruk dan anda memerlukan kaca mata baru, atau anda mendapati cermin mata sudah ketinggalan zaman, dermakan kaca mata tang lama sesudah anda membeli kaca mata yang baru. Cermin mata yang lama dapat dibersihkan dan boleh digunakan semula.
  • Cakera padat (CD) yang sudah rosak boleh dibaiki, dimana membaiki dan menggunakan semula adalah satu pilihan yang tepat kepada persekitaran berbanding kitar semula. Calar-calar kecil boleh dibaiki dengan menggunakan ubat gigi. Jika anda tidak lagi menggemari CD itu, berikan kepada orang yang inginkannya.
  • Barang-barang ini juga boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan atau diberikan kembali kepada pembekal barang ini untuk digunakan sebagai alat ganti.
  • Bateri tidak boleh dibuang sesuka hati kerana ia berbahaya kepada persekitaran. Bagi barang-barang yang menggunakan bateri, gunakan bateri yang boleh dicaj semula. Ia mungkin mahal, tapi lebih menjimatkan dari segi jangka panjang.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
« Previous Topic · Info Sains & Teknologi · Next Topic »
Add Reply

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................