Welcome Guest [Log In] [Register]
KLIK SINI: Buka Kedai Internet: Jana Pendapatan Dari Rumah - Pendapatan RM2000-RM5000 Seminggu!
Create a Meebo Chat Room
Bicara Akademik: Subjek UPSR+PMR+SPM ----- Radio Online: Radio ERA FM | Radio Hot FM | Radio IKIM FM
Peluang Buka Kedai Internet: Jana Pendapatan Dari Rumah - Jana Pendapatan RM2000-RM5000 Seminggu!
Add Reply
Ruangan Adiey...
Topic Started: Thu Jan 5, 2006 7:27 pm (762 Views)
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
Adiey saja buka satu ruangan khas untuk Adiey menulis coretan yang terlintas di minda Adiey...
Rasanya tak salahkan..
Tahun 2005 telah melabuhkan tirainya...
Kini 2006 mula berlayar...
Adiey dah lama juga tak buka Dragonizer, almaklumlah berada di rumah, tiada servis internet dekat pekan pun ada satu saja, itupun penuh memanjang...
1 Januari Adiey sekeluarga ke rumah sepupu di Cheras...
Melihat anaknya yang baru dilahirkan...
Makin bertambahlah anak sepupu Adiey sekarang ni...
Anak sendiri bila ya? :P
Adiey tidur semalam sahaja di sana, keesokan harinya kami bertolak awal pagi sebelum pulang ke rumah singgah di kampung Adiey di Melaka, menziarahi nenek yang kurang sihat.
Malamnya Adiey dan keluarga telah bertolak ke Kelantan untuk bercuti di sana...
Baru pagi tadi Adiey sampai dan tengah hari dah bertolak ke Shah Alam pula...
Kiranya minggu ni Adiey memang berjalan sahaja...
Kaki ni pun rasa nak tercabut... :P


Everyone falls in love sometimes,
Sometimes it's wrong,
Sometimes it's right,
For every win,
Someone lose...



Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
Kembali semula ke Shah Alam setelah bercuti sempena Hari Raya Korban.
Seperti biasa keluarga Adiey akan pulang ke kampung di Melaka.
Banyak juga lah dapat daging korban :D
Ada seminggu lagi kelas sebelum Adiey ditugaskan untuk membuat assignment.
Insya-Allah ini assignment yang terakhir sebelum Adiey menamatkan pengajian.
Selepas ini, kena fikirkan tentang mencari pekerjaan.
Rasanya setakat ini dulu Adiey belajar, Adiey kena cari kerja untuk menampung diri sendiri. Dah hampir 25 tahun, keluarga menanggung Adiey sudah tiba masanya Adiey meringankan beban mereka pula.
Persaingan di alam pekerjaan memang tidak dapat dinafikan.
Ramai di kalangan teman Adiey masih lagi duduk di rumah kerana belum mendapat sebarang pekerjaan.
Adiey harap nasib akan menyebelahi diri.
Tidak perlu terlalu memilih, ukur dulu kemampuan diri, sebelum meletakkan diri kita terlalu tinggi.
Pengalaman adalah yang paling utama.
Harap tahun 2006 akan memberi sinar untuk diri Adiey, keluarga dan teman-teman.

Jangan mengalah sebelum mencuba, biarlah kita tewas setelah mencuba dari kecundang sebelum berbuat apa-apa.
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
Kelas sudah pun tamat...
Sekarang ni Adiey sibuk dengan assignment yang perlu dihantar paling lewat 7/2/2006.
Kembali semula tinggal bersama keluarga...
Sementara belum mendapat sebarang pekerjaan, biarlah Adiey tinggal bersama mak dan abah, adik-adik lain pun dah tinggal jauh, maka Adieylah menjadi teman mereka.
Mungkin sebab tak ada banyak sangat aktiviti di rumah, jadi berat badan semakin bertambah...hati senang agaknya :P
Nampak gayanya kenalah bersenam kembali supaya berat badan kembali ideal...
Hari ini terlintas untuk bercakap mengenai topik 'syukur'.
Sebagai manusia biasa, kita sering terleka pabila diberi banyak kurniaan dan dikala itu kita melupakan kesusahan yang lalu.
Kita terlupa setiap rezeki yang diberi hanya pinjaman, bila-bila masa sahaja akan diambil balik. Terlalu sukar untuk kita melafazkan kalimah syukur dengan ikhlas kepada Yang Maha Esa di atas segala kurniaanya.
Pabila kita sedih tahu pula kita memohon pertolongan.
Pabila senang kita pula asal-usul diri...
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...


Hiduplah dengan berasa rendah diri kerana tiada apa di dunia ini milik kita yang mutlak...semuanya hanya pinjaman...
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
Masa merubah segalanya...
Masa adalah emas...
Masa akan merawat segala duka...
Begitu pentingnya masa dan betapa berpengaruhnya ia di dalam kehidupan ini...
24 jam begitu cepat, dalam tidak sedar terus meninggalkan walau kita tidak melakukan apa-apa.
Bagi yang melakukan perkara yang berfaedah dan mendapat habuannya tentu merasa gembira kerana telah melakukan yang terbaik dengan kesempatan masa yang diberikan...
Bagi yang tidak, ingin sekali agar masa diundur kembali agar dapat memperbaiki kesilapan...

Adiey sedar masa tidak akan kembali, namun kita masih boleh mendapatkan apa yang kita ingini asalkan ada keazaman...
Selagi ada peluang Adiey tidak akan sia-siakan...
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
Sudah seminggu Adiey kurang sihat. Mungkin faktor cuaca atau pemakanan. Mungkin juga kerana sekarang ni tinggal bersama keluarga maka badan ni manja sikit... :D
Esok dunia akan menyambut "Hari Kasih Sayang". Secara jujur, Adiey tidak pernah meraikannya kerana bagi Adiey tidak ada hari tertentu untuk kita melahirkan rasa kasih sayang kepada keluarga, teman dan orang yang tersayang. Setiap hari kita menyayangi mereka dan saban hari kasih sayang itu tidak akan berkurangan walau setitik.
Semalam Adiey tertarik untuk menonton televisyen sehingga awal pagi. Filem dari Filipina yang dilakonkan 2 pelakon remaja terkenal. Ceritanya pasti mengenai cinta. Namun apa yang menarik perhatian Adiey ialah kita sering kali mengimpikan seseorang yang akan hadir di dalam hidup kita ialah insan yang begitu sempurna. Walhal kita sendiri mempunyai banyak kekurangan. Kita ingin insan itu berkongsi kehidupan yang kita ada, namun dalam masa yang sama kita tidak mampu untuk memahami kehidupannya. 2 insan yang berlainan, mempunyai latar belakang yang berbeza, mempunyai impian tersendiri, begitu sukar untuk hati bersatu. Namun,perbezaan itulah yang melengkapi hidup kita, kekurangan itulah yang memberikan kita lebih mengenali siapa diri kita. Setiap insan perlukan seseorang di dalam kehidupan. Tanpa kasih sayang manusia tidak akan tahu apakah tujuan sebenar mereka di dunia ini. Namun, bukanlah dinamakan cinta sejati jika sanggup melukakan dan membelakangi keluarga. Tanpa mereka siapalah kita di dunia ini...
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
Adiey kembali setelah melalui hari-hari yang sukar kebelakangan ini...
Alahamdulillah Adiey cuba kembali mengatur kehidupan dengan lebih baik sekarang.
Walau agak sukar namun hanya kita yang dapat berusaha mengubah nasib diri...
Terlalu banyak yang ingin diluahkan oleh isi hati, namun tak semua dapat diucapkan...
Kini baru Adiey faham tidak semua perkara dapat kita luahkan, walau hati meronta berkali-kali, kadangkala berdiam diri adalah jalan yang terbaik.
Buat keluarga, Adiey akan cuba melakukan perkara yang terbaik tahun ini...
Cukuplah Adiey pernah mengecewakan kalian.
Adiey akan cuba tidak melakukannya lagi.
Adiey akan belajar dari kesilapan silam.
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
Sudah agak lama Adiey tidak mengunjngi forum ini...
Kesibukan begitu menghambat diri...
Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam tempoh sebulan ini.
Alhmdulillah sedikit demi sedikit Adiey cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang begitu baru.
Kad undangan perkahwinan untuk bulan ini sahaja sudah ada 3.
Mana yang sekitar KL Adiey akan cuba hadir.
Tahniah untuk kalian akhirnya bertemu juga piihan yang tepat.
Begitu cepat masa berlalu, sudah hampir suku abad diri ini, ramai yang akan meninggalkan alam bujang dan berhijrah ke suatu alam yang memerlukan satu pengertian bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental...
Masih terbayang saat-saat manis semasa bersama dahulu kini kita semakin jauh dengan cara hidup masing-masing.

Masih mencari diri yang sebenar dan cuba memahami rahsia hati...

Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
zack2terer
Member Avatar
Rakan Karyawan & Kaunseling
[ *  * ]
::adiey bile nak kahwin pula?
Posted ImagePosted Image

True love does not have a happy ending 'cause true love never ends

Nak design mug? Klik sini maa

Maxis Wireless Broadband Registration

Maxis
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
zack2terer
May 23 2006, 08:58 PM
::adiey bile nak kahwin pula?

Apa yang boleh Adiey katakan belum ada masa tertentu, belum diketahui dengan siapakah gerangannya, andai sudah tiba masa dan ketikanya... Semuanya akan terjawab...


Agak lama juga Adiey tidak berkesempatan untuk melayari forum ini. Masa begitu mencemburui diri. Pejam celik, pejam celik masa berputar begitu pantas. Kesibukan begitu menghambat dengan komitmen kepada keluarga, teman-teman dan diri. Namun, Adiey cuba juga mencuri masa agar tiada pihak yang berkecil hati. Bukan senang untuk memuaskan semua hati, kadangkala hati sendiri yang terluka dalam masa menjaga hati insan-insan yang kita sayangi.
Dalam kesibukan ini, Adiey tidak melepaskan peluang menonton World Cup. Adiey ni memang fanatik sikit bila bab sukan. Zaman sekolah dulu Adiey memang aktif dalam sukan dan berpersatuan. Sekarang ni bila dah tak aktif bersukan lagi, tapi minat mengikuti dan menonton sukan memang tidak pernah padam...

Rindu zaman sekolah dulu... Bilalah agaknya dapat berjumpa dengan mereka lagi?
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
Adiey kembali seketika melawat forum ini.
Masih ramai yang belum kembali menceriakan forum ini...
Mungkin masih sibuk dengan urusan masing-masing.
Seperti yang lain Adiey juga terpaksa mencari masa yang sesuai untuk diri sendiri.
Terlalu banyak perkara yang berlaku di luar kawalan.
Harap perjalanan hidup akan kembali normal seperti sediakala tidak lama lagi...
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
Biarkan masa itu berlalu dengan bermakna. Kita tidak dapat menghalang kesibukan itu, tetapi kita harus menyusun dan mengalihkan kesibukan itu satu persatu, mengikut peraturan dan prinsip hidup kita. :)
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
Adiey kini kembali mengatur perjalanan kehidupan agar lebih teratur...
Memang kita hanya merancang tetapi kita tidak seharusnya menyerahkan bulat-bulat kepada takdir...
Maka Adiey ingin buang segala peristiwa pahit jauh-jauh dan cuba untuk bangun dari lena yang panjang dan kembali menghadapi realiti...
Kini usia Adiey melangkah ke angka 25. Tiada perubahan besar sebenarnya berlaku, namun sebagai manusia biasa Adiey akui secara sedar atau tidak usia Adiey semakin bertambah dan secara zahirnya Adiey seharusnya lebih matang dan lebih menghargai kehidupan yang Adiey lalui kini...
Hidup bersendirian di kota metropolitan ini mengajar Adiey lebih berhati-hati untuk berhadapan dengan keadaan persekitaran.
Walau masa Adiey banyak dihabiskan di pejabat, namun jika ada kelapangan Adiey akan mencari ruang untuk diri sendiri dan keluarga yang Adiey cintai...
Biar usia bertambah tetapi secara jujur Adiey senang dangan cara hidup bersendirian dan Adiey tidak terfikir sama sekali untuk menamatkan zaman bujang Adiey secepat mungkin...
Masih banyak lagi impian Adiey yang belum tercapai, masih banyak perkara lagi yang belum Adiey lakukan, masih banyak lagi peluang yang belum Adiey terokai...
Adiey bersyukur dengan kurniaan-Nya...Insya-Allah Adiey akan terus bertahan dan tabah untuk mengharungi badai kehidupan dan dengan bertambahnya usia maka bertambahlah cabaran yang Adiey akan lalui dan tidak mustahil bertambahlah kejayaan yang Adiey akan kecapi...
Hanya masa yang akan menentukan...


Hari ini, esok dan seterusnya...
Tiada siapa yang dapat menduga perjalanan kehidupan...
Berliku atau tenang sepanjang masa...
Jika beronak tempuhilah...
Jika damai hayatilah...



Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
Hari ini berpeluang untuk melayari laman forum ini. Badan rasa kurang sihat...
Nasib baik kerja tak begitu banyak...
Maka, bolehlah balik awal...
Tak sabar menunggu hari Sabtu untuk bertemu dengan seorang kawan yang telah 4 tahun tidak ketemu...
Mesti sudah banyak perubahan sepanjang tempoh kami berjauhan...
Dia antara kawan Adiey yang paling rapat semasa di Kampus Machang dulu...
Tentu banyak cerita yang akan kami bualkan...
Semalam kami sempat berbual di telefon.
Dia masih tetap ramah macam dulu.
Kali terakhir kami bertemu semasa konvokesyen diploma tahun 2002...
Bagaimanakah dia agaknya sekarang?






Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
Dah lama betul Adiey tak melayari forum ini.
Adiey agak sibuk sejak kebelakangan ini.
Kesihatan juga kurang memuaskan.
Adiey pun tak sempat nak ucapkan selamat tahun baru 2007 kepada semua....
Dah masuk bulan Februari....
Sebenarnya rindu sangat dengan member-member forum, tapi apakan daya masa dan keadaan tak mengizinkan, hari ni pun cuba juga meluangkan masa walau badan begitu penat.
Alhamdulillah dah makin ramai orang baru dekat forum.
Satu perubahan yang bagus.
Member-member lama teruskan perjuangan kalian walau di mana berada.
Insya-Allah satu masa nanti kita akan berjumpa juga jika diizinkan-Nya.
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
1 April...
Teringat pula lagu Dr. Fazley...(tiba2 jadi sentimental pula)
Banyak sangat perkara berlaku di luar jangkaan...
Ada yang cukup indah, ada yang terlalu pahit untuk diingati...
Pertemuan dengan seorang rakan lama setelah 13 tahun tidak berjumpa, memang sesuatu yang tidak pernah terfikir di kotak minda ini.
Namun redha tiada siapa pernah menjangka akan ada sebuah pertemuan, tiada siapa yang meminta sebuah perpisahan dan pastinya tidak mustahil juga pertemuan akan menemukan kembali insan yang terpisah.
Jarak 13 tahun bukanlah singkat dan juga bukan begitu lama untuk melupakan kenangan yang terbina pada masa dulu.
Zaman kanak-kanak dan di awal remaja pasti akan meninggalkan memori yang cukup mendalam kepada sesiapa jua.
Kadangkala terlintas di fikiran, kenapa pertemuan itu ketika Adiey telah cuba melupakan kisah silam. Bukan semua kisah hendak dilupakan, cuma secebis kenangan pahit yang hendak dibuang jauh dari kotak ingatan.
Namun apa yang pasti, kenangan seperti bayang-bayang, akan sentiasa membelenggu diri sampai bila2....
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
Hari ni 13hb Mei 2007.
Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu2, terutamanya Emak...
Terima Kasih atas segalanya.
Tak ternilai jasamu dan selagi hayat dikandung badan pasti belum mampu membalas segala jasamu...
Tak mungkin akan dilupakan segala pengorbananmu.
Terima kasih sekali lagi, emak....
Sekarang nie banyak betul undangan perkahwinan...
Mana yang sekitar K.L. Insya-Allah Adiey akan pergi.
Yang jauh tu, Adiey minta maaf banyak2...
Rasanya tak dapatlah dipenuhi undangan tersebut.
Semakin hari, semakin banyak perkara yang tidak diduga.
Jika tak kuat semangat, boleh rebah diri.
Tapi kita kena ingat Yang Esa, setiap yang berlaku tidak dijadikan dengan sia-sia.
Selidik dan kaji pasti ada maksud yang tersirat...
Dua hari lepas, kawan masa Tingkatan 4 & 5, telefon...
Ingat lagi dia kat Adiey dah dekat 10 tahun kitaorang tak jumpa dan berhubungan.
Adiey akui silad diri sendiri, bila ikut keluarga berpindah, Adiey tak pernah cuba hubungi kawan2 lama.
Lebih suka bersendirian. Sudahnya ramai yang tak tahu perkembangan Adiey.
Dia dah kahwin bulan 10 tahun lepas. Alhamdulillah, dah sampai seru...
Lepas ni Adiey akan cuba hubungi balik kawan2 lama...
Dah tak nak main-main sorok lagi.
Cukuplah Adiey bertapa lebih sepuluh tahun ni...
Adiey tak nak buat ramai lagi yang tertanya-tanya...
Adiey tak nak lagi lari...
Dah penat...
Sekarang masa untuk bersemuka...
Bukan tak rindu, bukan tak sayang...
Tapi kadangkala berdiam diri adalah jalan yang terbaik...


Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
Ogos menjelma lagi...
Bermakna meningkat lagi usia Adiey...
Tapi perangai kebudak-budakan tu masih lagi melekat...
Dah lebih suku abad rupanya diri ini...
Alhamdulillah, Adiey masih diizinkan Ilahi untuk terus bernafas di bumi-Nya.
Masih lagi berpeluang bersama keluarga tercinta...
Teman-teman pula, memang Adiey akui, Adiey agak menyepikan diri kebelakangan ini. Bukannya merajuk, jauh sekali berkecil hati, tapi masa agak mencemburui kita. Insya-Allah Adiey akan kembali menghubungi kalian bila tiba masanya...
Tuntutan kerja dan peribadi memang agak tidak seimbang, namun Adiey cuba juga selaraskan agar tidak terlalu menyimpang...
Penat jangan ceritalah, tapi memikirkan masih ramai insan lain di dunia ini yang mempunyai seribu satu hal yang perlu diselesaikan, Adiey rasa Adiey masih mempunyai banyak masa terluang.
Mungkin pengurusan masa saja yang kurang tepat dan masih banyak ruang diri yang perlu diperbaiki.

Syukur kepada-Nya kerana memberi Adiey peluang untuk memperbaiki diri...
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
20 Ogos 2007...
Tinggal bebeapa hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-50.
Bahangnya sudah semakin terasa, terutama Adiey yang tinggal di tengah kepesatan ibu kota.
Di dada-dada akhbr banyak terpapar mengenai kisah perjuangan orang kita untuk memerdekakan tanahair tercinta...
Bila membaca kisah mereka, terasa diri ini cukup beruntung kerana celik sahaja di dunia, semuanya dalam keadaan senang dan aman.
Syukur ke hadrat-Nya dan semoga Malaysia terus dilindungi dari sebarang mala petaka.
Namun, kekadang Adiey takut juga bila terbaca banyak sangat jenayah yang berlaku sekarang ni. Terfikir juga betulkah kita sudah merdeka sepenuhnya? Cukupkah 50 tahun kemerdekaan yang nenek moyang kita berikan untuk kita mendabik dada dan terus alpa dalam dunia arus kemodenan hari ini...
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
edaos
Member Avatar
Rakan Mesra - Amicable Winner: FEB 2005
[ *  *  *  * ]
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 50 Tahun... :clap:
Dah lama tak bberbual-bual dengan Kak Adeiy dan kawan-kawan yang lain... :unsure:
Posted Image


"HiduP iNi Penuh DuGaan.Hadapinyer Dengan Tabah."
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
zack2terer
Member Avatar
Rakan Karyawan & Kaunseling
[ *  * ]
merdeka!merdeka!merdeka!....puasa!puasa!puasa!....raya!raya!raya! :victory:
Posted ImagePosted Image

True love does not have a happy ending 'cause true love never ends

Nak design mug? Klik sini maa

Maxis Wireless Broadband Registration

Maxis
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Go to Next Page
« Previous Topic · RUANGAN LUAHAN HATI (forum eksperimental jiwa) · Next Topic »
Add Reply

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................