Welcome Guest [Log In] [Register]
BARU DIBUKA! Klik butang Like dan temui ribuan pengguna laman web ini.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:


Add Reply
PELUANG KERJAYA: SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM; Temuduga, Jawatan Kosong, Gaji dll.
Topic Started: Tue Jan 3, 2006 1:49 pm (12,790 Views)
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM[/size]
WEBSITE: http://www.spa.gov.my

WEB PROMOTER: Dragonizer


KOMEN DRAGONIZER
Laman web ini mesti dibuka oleh warganegara Malaysia yang masih menganggur/belum bekerja dan berhasrat untuk mendapat peluang kerjaya menerusi kemasukan PMR, SRP, SPM (atau yang setaraf dengannya), Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana atau PHD bolehlah mencuba nasib di alamat berikut:

LINK UNTUK BORANG: http://www.spa.gov.my/portal/page?_pageid=...&_schema=PORTAL

Terdapat pelbagai jenis senarai pekerjaan yang khusus bergantung kepada kelayakan dan jenis borang yang dipohon dalam bidang perubatan, kejururawatan, pertahanan, kesenian, kebudayaan, perhutanan, renjer, kejuruteraan, teknologi maklumat, pendidikan, penyelia asrama, juru bahasa, ahli muzik, merinyu, imigresen, penerbit rancangan, artis budaya, juruteknik awam, mekanikal, elektrik, komputer, leftenan muda, bomba, fotografi, pembantu akauntan, pembantu makmal, muzium, kaji cuaca, arkib, pelukis pelan, peniup kaca, pereka, penyelia pakaian, juruteknik komputer, juruteknik perubatan, pergigian, pegawai keselamatan, penjara, juruaudit, pembantu hidupan liar, pembantu Hal Ehwal Islam, pergigian, kastam, perikanan, marin, pertanian, pengurusan, perdagangan dsb.) yang boleh dicuba, selain mendapat peluang untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi pada masa depan.

Anda juga boleh memilik kerjaya berdasarkan kelayakan bakat. Selain itu anda juga boleh melihat senarai gaji permulaan bagi setiap jawatan yang ditawarkan. Ada juga senarai jawatan yang ditawarkan sepanjang masa, dan senarai jawatan mengikut masa-masa tertentu.

Sekiranya paparan borang tidak memuaskan, sila gunakan Internet Explorer 6.0 dan ke atas dengan Sistem Pengoperasian Windows 2000, Windows XP atau ke atas.


FUNGSI SPA
Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, Fungsi-Fungsi Suruhanjaya adalah meliputi perkara-perkara berikut:-

MELANTIK
MENGESAHKAN DALAM PERKHIDMATAN
KEMASUKAN KE DALAM JAWATAN BERPENCEN
MENAIKKAN PANGKAT
MENUKAR
MENJALANKAN KAWALAN TATATERTIB


Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:-
"Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."


TUGAS SPA
Tugas-tugas yang dilaksanakan oleh SPA adalah sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan persekutuan dan di antaranya adalah meliputi perkara-perkara berikut:-

1. PERLANTIKAN
Suruhanjaya menguruskan perlantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara, kontrak, tukar sementara dan pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat perlantikan. Suruhanjaya telah memberi perwakilan kuasa kepada Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pentadbiran Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkenaan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan C dan D JKK).

2. PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
Suruhanjaya berkuasa mengesahkan anggota Perkhidmatan Awam dalam perkhidmatan, melanjutkan tempoh percubaan, mengembalikan kakitangan ke jawatan asalnya atau menamatkan perkhidmatan kerana kegagalan disahkan dalam jawatan. Suruhanjaya juga memberi perwakilan kuasa kepada Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk mengesahkan dalam perkhidmatan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK).

3. PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
Suruhanjaya menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota Perkhidmatan Awam tidak termasuk anggota Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK) yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diambilkira sebagai perkhidmatan berpencen untuk tempoh tidak kurang daripada 3 tahun.

4. PERTUKARAN PERKHIDMATAN
Suruhanjaya berkuasa menukar tetap anggota Perkhidmatan Awam dari satu skim perkhidmatan ke satu perkhidmatan yang lain, dan dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain untuk skim perkhidmatan yang sama. Suruhanjaya juga berkuasa menukar tetap pegawai-pegawai yang dilantik secara tukar sementara dan pinjaman.

5. KENAIKAN PANGKAT
Suruhanjaya adalah berfungsi sebagai Lembaga Kenaikan Pangkat bagi kenaikan pangkat ke jawatan (promotion to post) pegawai-pegawai yang menjadi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam serta kenaikan pangkat dari suatu gred ke suatu gred yang lebih tinggi (promotion to grade) bagi pegawai-pegawai di dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu. Selain itu Suruhanjaya juga turut berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukan di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang berkenaan.

6. KAWALAN TATATERTIB
Suruhanjaya adalah merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam sebagaimana yang
diperuntukan di bawah peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam yang berkenaan.


URUS SETIA SPA
Urus setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri .

Ia diketuai oleh Setiausaha dan di bantu oleh dua Timbalan Setiausaha serta lapan orang Ketua Bahagian. Urus setia SPA adalah bertugas dan bertanggungjawab membantu dan melaksanakan semua tugas-tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Perbelanjaan tahunan Urusetia adalah dalam lingkungan RM28 juta.
Disamping menjadi Urus setia kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Urusetia SPA juga mempunyai aktiviti tersendiri dalam mempastikan semua sistem pengurusan dilakukan dengan sebaik mungkin bagi membantu melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, berjalan dengan lancar.


PIAGAM PELANGGAN
Kami adalah bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta layanan yang adil dan saksama.

Dengan itu kami berjanji:

Menawarkan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dalam tempoh 8 minggu daripada tarikh permohonan bagi jawatan yang tidak mensyaratkan ujian khas dan 16 minggu bagi jawatan yang mensyaratkan ujian khas.

Keputusan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, pertukaran perkhidmatan dan urusan perkhidmatan lain disampaikan dalam tempoh 4 minggu daripada tarikh perakuan.

Urusan tindakan tatatertib, kenaikan pangkat serta rayuan tatatertib/rayuan kenaikan pangkat diselesaikan dalam tempoh 16 minggu, 12 minggu dan 8 minggu selepas menerima perakuan beserta dokumen/melumat yang lengkap.


DASAR KUALITI
Urus setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah komited untukmemberikan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk melantik dan membantu mewujudkan sumber tenaga agar mempunyai daya usaha, daya saing dan berwawasan selaras dengan pembangunan.


WAWASAN
Untuk menjadi sebuah agensi awam yang terunggul.


MOTTO
Mudah cepat dan tepat.


IKRAR
Ikrar Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Kami, seluruh anggota Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berjanji akan:

Mematuhi hasrat dan cita-cita kerajaan;
Berpegang teguh kepada ajaran agama;
Berpegang kepada teras perkhidmatan cemerlang;
Komited kepada pelaksanaan program kualiti;
Melaksanakan kepimpinan melalui teladan;

Serta mengaku akan mencurahkan segala tenaga usaha kami ke arah:

Melaksanakan tugas dengan teratur, berkesan dan berkualiti;
Memberikan perkhidmatan dengan ikhlas dan cepat kepada pelanggan;
Mengamalkan sifat-sifat amanah, hormat, bertanggungjawab dan positif;
Berusaha mempertingkatkan martabat dan kecemerlangan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, sepanjang masa.


MISI
Sentiasa memastikan calon-calon yang dilantik berkhidmat adalah mereka yang berkelayakan, berkebolehan, berkeupayaan serta beramanah bagi mencapai matlamat ke arah mewujudkan perkhidmatan awam yang efisien sejajar dengan wawasan negara.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you
« Previous Topic · Info Kaunseling & Kerjaya · Next Topic »
Add Reply

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................