Welcome Guest [Log In] [Register]
BARU DIBUKA! Klik butang Like dan temui ribuan pengguna laman web ini.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:


Add Reply
NOTA 9: PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN; Nota, Perbincangan dialu-alukan
Topic Started: Thu Nov 24, 2005 12:23 am (23,980 Views)
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]NOTA 9: PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN[/size]
Susunan: Amiene Rev


Maksud Pengurusan

Pengurusan ialah suatu proses untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan (James Stoner, 1985) seperti berikut:

  1. Proses: Cara teratur untuk melakukan kerja. Semua pengurus terlibat dalam aktiviti tertentu bagi mencapai matlamat. Dengan ini. Tugas perlu dilakukan secara teratur dan mengikut prosedur tertentu.


  2. Merancang: Pengurus perlu memikirkan matlamat dan tindakan tertentu yang wajar diambil dalam mengurus organisasi yang dipimpinnya. Beliau hendaklah merancang tindakan secara teliti supaya kaedah, rancangan dan logik.


  3. Pemimpin: Sebagai seorang ketua, pengurus perlu mengarah dan mempengaruhi subordinat supaya mereka melakukan tugas tugas yang diarahkan dengan penuh tanggungjawab.


  4. Mengawal: Pengurus memastikan bahawa organisasi bergerak ke arah matlamatnya.


  5. Mengorganisasi: Pengurus menyelaraskan sumber tenaga manusia dan bahan organisasi. Keberkesanan organisasi bergantung kepada keupayaan pengurus menentukan penggunaan segala sumber bagi mencapai matlamatnya.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Tugas/Peranan Pengurus[/size]

  1. Bekerjasama dengan sesiapa sahaja pada setiap peringkat, sama ada dalam atau di luar organisasi demi mencapai matlamat. Contoh: Untuk menjayakan acara sukan tahunan, Pengetua perlu menghubungi Majlis Sukan Negara dll.


  2. Bertindak sebagai saluran komunikasi dalam organisasi. Menyediakan maklumat terkini untuk ahli, contohnya maklumat berkaitan kebajikan ahli dan organisasi.


  3. Menjadi pengantara dalam menyelesaikan masalah salah faham yang timbul dalam organisasi. Contoh: Pengetua/Penolong Kanan hendaklah bertindak wajar, rasional dan adil dalam menyelesaikan pertelingkahan antara dua pihak.


  4. Sebagai seorang ahli politik yang menggunakan kebolehan memujuk ahli dan berkompromi untuk mencapai matlamat organisasi, lebih-lebih lagi subordinat mempunyai pelbagai latar belakang. Pengetua perlu mengkaji situasi dan mengumpul maklumat yang tepat terlebih dahulu.


  5. Merupakan seorang diplomat apabila mewakili organisasi dalam mesyuarat di luar organisasi. Penampilan diri perlu baik: tutur kata, pemakaian, sikap dapat mencerminkan organisasi yang diwakili seterusnya mengharumkan nama organisasi.


  6. Lambang kejayaan dan kegagalan organisasi. Seseorang pengurus yang dilantik untuk menerajui organisasi besar merupakan mereka yang dipilih dan diberi kepercayaan untuk menaikkan prestasi.


  7. Membuat keputusan yang sukar dan biasanya merupakan keputusan yang tidak popular. Oleh itu seseorang pengurus perlu mempunyai sifat istiqamah, teguh hati dan kuat semangat dalam melaksanakan kerja yang baik. Jika hati telah yakin dan percaya bahawa keputusan yang diambil akan membawa kebaikan, pengurus hendaklah menetapkan hatinya dan melaksanakan perkara yang diputuskan.


  8. Pengurus mesti memastikan semua tugas telah disempurnakan, dan bertanggungjawab atas segala tindakan subordinat dan kejayaan organisasi.


  9. Melaksanakan lebih banyak kerja kerana mempunyai ramai subordinat. Secara luaran, kelihatan seolah-olah pengurus tersebut mempunyai kerja yang senang, iaitu memberi arahan sahaja, tetapi dari segi hakikatnya, pengurus mempunyai pelbagai tugas yang rumit.


  10. Mengimbangi matlamat yang bersaingan dan mempunyai keutamaan. Perkara ini memerlukan kebijaksanaan seseorang pengurus dalam memilih matlamat yang mana satu perlu dicapai dahulu. Dalam konteks pendidikan, keutamaan ialah pelajar. Oleh itu, matlamat meningkatkan prestasi pelajar dan kebajikan pelajar wajar didahulukan daripada yang lain.


  11. Membuat keputusan tentang pengagihan tugas dan keutamaan dalam mencapai matlamat organisasi.


  12. Menggunakan kebolehan intelek dalam menyelesaikan masalah.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Guru Dan Pengurusan[/size]

Pengurusan Bilik Darjah (fizikal dan sosioemosi dalam bilik darjah)

Terdapat 3 komponen utama dalam pengurusan bilik darjah iaitu:

  1. Kepimpinan
  2. Iklim Bilik Darjah
  3. Disiplin



[size=5]Iklim Bilik Darjah[/size]

Iklim Bilik Darjah boleh dilihat daripada segi pengurusan aspek fizikal, sosial dan juga emosi di bilik darjah.

  • Iklim Fizikal:
    Susun atur perabot di dalam kelas. Pengudaraan, pencahayaan, kebersihan dan keceriaan kelas.


  • Iklim Sosial:
    Guru merancang pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran.


  • Iklim Emosi:
    Guru perlu memiliki kemahiran komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you
« Previous Topic · Info Kaunseling & Kerjaya · Next Topic »
Add Reply

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................