Welcome Guest [Log In] [Register]
BARU DIBUKA! Klik butang Like dan temui ribuan pengguna laman web ini.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:


Add Reply
NOTA 12: Sekolah Berkesan; Nota dan Perbincangan dialu-alukan
Topic Started: Wed Nov 23, 2005 11:53 pm (8,214 Views)
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]NOTA 12: SEKOLAH BERKESAN[/size]
Susunan: Amiene Rev



Ciri-ciri Sekolah Berkesan:

  • Persekitaran sekolah yang selamat (pelajar dilindungi daripada sebarang gangguan jahat atau bahaya persekitaran).


  • Misi dan matlamat sekolah yang jelas (semua kakitangan melaksanakan tanggungjawab masing-masing).


  • Hubungan positif antara sekolah dengan ibu (saling bekerjasama untuk kejayaan pelajar).


  • Disiplin sekolah yang tegas tetapi adil.


  • Kemudahan kaunselor.


  • Pelajar berhasrat untuk meningkatkan pencapaian mereka (ada kemudahan pembelajaran dan pengajaran).


  • Kontrak antara ibu bapa dengan anak. (dalam soal kemajuan pendidikan)


  • Utamakan penggunaan masa.


  • Terdapat pembaharuan sekolah (contohnya mengadakan jadual waktu anjal, mengenal pasti dan membimbing pelajar berisiko tinggi, mewujudkan iklim sihat di sekolah).


  • Guru menaruh harapan tinggi terhadap semua pelajar (pelajar tahu mereka dipercayai mempunyai potensi untuk berjaya).


  • Guru menunjukkan gaya kepimpinan dalam pengajaran.


  • Ada amalan nilai pencepatan seperti kerjasama ibu bapa dengan guru yang meningkatkan usaha dan masa untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Waktu pembelajaran mengikut minat dan bukan jadual waktu untuk meningkatkan tumpuan pembelajaran pelajar.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
Konsep Sekolah Bestari

Setiap kanak-kanak dipercayai berkemampuan untuk belajar. Setiap kanak-kanak boleh mencapai kecemerlangan jika diletakkan harapan yang tinggi terhadap dirinya serta usahanya. Masyarakat dan ibu bapa merupakan pemegang amanah pendidikan dan mempunyai tanggungjawab bersama untuk membangunkan sekolah dan mengembangkan potensi setiap pelajar.


Ciri-ciri sekolah Bestari:

  1. Mengamalkan budaya ilmu dengan pelajar mengutamakan ilmu dalam kehidupannya, mencari, dan menyebarkan ilmu.
  2. Pelajar sentiasa kritis, kreatif, dan berakhlak mulia.
  3. Pelajar berdikari dalam memperoleh pengetahuan.
  4. Belajar mengikut kadar pembelajaran sendiri serta meneroka bidang ilmu yang diminati dengan sendiri.
  5. Teknologi sebagai alat pengupaya, iaitu belajar dengan menggunakan teknologi maklumat.
  6. Menyediakan pelajar yang cekap dalam teknologi maklumat.
  7. Memenuhi potensi ke tahap cemerlang.



Dalam konteks sekolah berkesan, Sekolah Bestari dapat melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Berilmu
  2. Berakhlak mulia
  3. Berliterasi IT
  4. Berdaya fikir
  5. Bersifat global



Model Bestari Dalam Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

  • Amalkan pengajaran individu.
  • Guru sebagai fasilitator dalam proses pembelajaran.
  • Pembelajaran terarah kendiri, akses kendiri dan mengikut kadar kendiri.
  • Menggalakkan berfikir secara kritis dan kreatif.
  • Berpusatkan pelajar.
  • Konteks global.
  • Penggunaan Teknologi Maklumat.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Usah ragui Sekolah Bestari[/size]
Sumber: Berita Harian (3 Januari 2002)


IPOH: Ibu bapa dinasihatkan tidak meragui keupayaan Kementerian Pendidikan melaksanakan konsep Sekolah Bestari di 90 sekolah yang menjadi perintis projek berkenaan apabila sesi persekolahan bermula esok. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata walaupun pada peringkat awal pelaksanaan Sekolah Bestari menghadapi sedikit kekurangan disebabkan beberapa masalah teknikal, termasuk peruntukan kewangan kerana kegawatan ekonomi, projek itu tetap akan dilaksanakan sebaik mungkin. Menurutnya, prasarana di sebahagian besar sekolah juga sudah dilengkapkan, termasuk pembekalan komputer dan sistem rangkaian yang diperlukan untuk pelaksanaan konsep itu. Sehubungan itu, kata beliau, adalah sukar sesuatu sistem yang baru dilaksanakan akan terus mantap.

"Sekolah Bestari adalah konsep baru. Oleh itu, sebelum pengajaran dan pembelajarannya berjalan lancar dan mantap, ia perlu memakan masa dan semua pihak perlu faham bagaimana mengendalikan konsep sekolah berkenaan. Jadi kita tidak boleh jangkakan apabila sekolah dibuka pada 4 Januari ini (esok) semua sudah sampai ke tahap berjalan lancar.

"Kementerian sudah membuat persediaan awal, termasuk melatih kira-kira 3,800 guru selain pengetua dan guru besar untuk melicinkan pelaksanaan Sekolah Bestari," katanya selepas majlis berbuka puasa bersama pemimpin Umno Perak di kediaman Menteri Besar, Tan Sri Ramli Ngah Talib di sini, malam semalam. Najib mengulas kebimbangan ibu bapa mengenai status dan pelaksanaan Sekolah Bestari berikutan masalah kekurangan peruntukan kerana kegawatan ekonomi negara. Sementara itu di LABUAN semalam, Najib mengumumkan penubuhan kampus cawangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kiansam, dekat sini dengan pengambilan pertama 500 pelajar akan dilakukan pada sesi pengajian Mei depan. Penubuhan kampus itu membabitkan pengambilalihan bangunan Kompleks Persekutuan Labuan bernilai lebih RM200 juta untuk pendidikan tinggi.

"Sebagai permulaan, dua bidang pengajian akan diperkenalkan iaitu Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa serta Sains Informatif yang dijangka menjadi teras utama UMS di Labuan," katanya. Najib berkata, penubuhan cawangan UMS itu dijangka dapat menggerakkan semula ekonomi Labuan yang terjejas berikutan kegawatan ekonomi sekarang. Turut hadir pada majlis itu Naib Canselor UMS, Prof Datuk Abu Hassan Othman; Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tan Sri Abdul Hamid Egoh; dan Pengarah Pentadbir Labuan, Datuk Baseri Lamsah.

Najib berkata, kampus cawangan itu yang bersifat serantau dan antarabangsa akan memberi tumpuan untuk mendapatkan pelajar asing terutama dari Kawasan Pertumbuhan Ekonomi Asean Timur - Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA). UMS akan diminta membuat promosi pada peringkat serantau dan antarabangsa bagi meningkatkan pengambilan pelajar asing sesuai dengan kedudukan Labuan sebagai pusat kewangan luar pesisir antarabangsa (IOFC).
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Kejayaan hasil usaha guru dan PIBG[/size]
Sumber: Utusan Sarawak (2 Februari 2002)


MUKAH - Kejayaan SRB St. Patrick Mukah mengekalkan prestasi cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) semenjak beberapa tahun yang lepas adalah hasil usaha gigih guru-guru dan Persatuan Ibu bapa Guru (PIBG) sekolah tersebut.

Hal ini dinyatakan oleh Pengerusi PIBG sekolah tersebut, Dr. Yii Ah Ling semasa sesi randau dengan wartawan Utusan Sarawak yang diadakan di sekolah tersebut di sini, baru-baru ini.

"Kejayaan cemerlang pelajar di sekolah ini, sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum bukanlah sesuatu yang dapat dicapai dengan mudah tanpa komitmen yang jitu daripada para guru dan PIBG sekolah ini.

"Sudah menjadi tanggungjawab kami (PIBG) membantu pihak sekolah untuk meningkatkan lagi pencapaian para pelajar dalam peperiksaan dan kami akan cuba melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin," kata beliau.

Menurut beliau, sekolah tersebut telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan lanskap bagi kategori sekolah rendah peringkat negeri Sarawak pada tahun 1997 dan tempat pertama dalam pertandingan yang sama di peringkat daerah Mukah pada 1998.

"Kejayaan terbaru sekolah ini dalam aktiviti kokurikulum ialah mendapat tempat pertama dalam pertandingan berkebun untuk kategori sekolah rendah bagi tahun 1998 anjuran bersama Jabatan Pertanian dan Jabatan Pendidikan Daerah Mukah.

"Ini menunjukkan kepada masyarakat luar bahawa sekolah ini bukanlah sekadar sekolah yang cemerlang dari segi akademiknya, malahan sekolah ini juga boleh berbangga dengan pencapaiannya dalam bidang kokurikulum," tambah beliau.

Beliau menegaskan, tanpa kerjasama yang jitu dengan semangat toleransi yang erat antara pihak sekolah dengan PIBG sekolah tersebut, kejayaan yang cemerlang sukar dikekalkan.

"Kami telah bekerjasama dengan penuh persefahaman untuk meraih kejayaan ini, namun kami akan cuba untuk terus meningkatkannya, baik dalam dalam bidang akademik atau kokurikulum kerana kami berpegang kepada prinsip berusaha untuk terus meningkatkan pencapaian sekarang ini dan pada masa yang sama mengekalkannya.

"Fokus utama kami sekarang ialah meningkatkan lagi pemahaman para pelajar terhadap Teknologi Maklumat (IT) meskipun ianya terpaksa dilaksanakan secara berperingkat-peringkat ekoran daripada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan."

PIBG sekolah tersebut telah menyumbangkan sebanyak 12 unit komputer kepada sekolah tersebut dan daripada jumlah ini dua unit disumbangkan pada tahun 1994 dan selebihnya disumbangkan pada tahun 1995.
Beliau turut menyatakan perasaan gembira beliau dengan perkembangan positif di sekolah tersebut kerana ramai di kalangan guru yang mempunyai pengetahuan komputer berbanding dengan pada masa lalu.

"Kalau dulu ramai orang yang tidak mempunyai pengetahuan untuk menggunakan komputer dan lantaran itu penggunaan komputer untuk memudahkan kerja agak terbatas, tetapi sekarang tidak lagi dan saya berharap para guru di sini yang mempunyai pengetahuan komputer supaya tidak lokek dengan pengetahuan yang mereka ada.

"Kami tidak menghalang sesiapa sahaja di sekolah ini untuk menggunakan komputer tersebut kerana kami mahu semua guru, pekerja mahupun pelajar di sekolah ini celik komputer dan boleh menggunakan kemudahan yang disediakan sepenuhnya," tambah beliau lagi.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Dalam usaha mendedahkan pada pelajar dengan IT - Kerajaan bekal komputer[/size]
Sumber: Utusan Sarawak (27 Januari 2002)


KUCHING - Kerajaan Negeri akan terus berusaha membekalkan komputer kepada sekolah menengah di kawasan luar bandar dalam usaha mendedahkan pelajar dengan teknologi maklumat (IT).

Langkah itu, yang juga sejajar dengan dasar pendidikan negara bertujuan menambahkan bilangan pelajar yang celik komputer, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

"Sekarang kawasan luar bandar sudah mempunyai kemudahan asas dan masanya sudah tiba untuk memikirkan soal lebih besar, iaitu untuk meningkatkan taraf pelajaran anak-anak.

"Saya ingin melihat supaya kawasan di luar bandar dapat naik. Kita akan cuba bantu sekolah menengah dengan hadiah komputer, tetapi ini tidak bermakna kita akan mengambil alih kuasa Kerajaan Pusat.

"Kerajaan Pusat akan terus dengan programnya, tetapi saya ingin melihat kita menjalankan program membantu sekolah menengah di luar bandar dengan hadiah komputer," kata Ketua Menteri ketika berucap pada majlis ramah-tamah Hari Raya Aidilfitri di Pesantren Abdul Taib Mahmud, Sadong Jaya dalam Bahagian Samarahan baru-baru ini. Menurutnya, baru-baru ini semasa bulan puasa kerajaan telah menghadiahkan komputer kepada sekolah menengah di luar bandar.

"Asajaya sudahpun ada komputer yang telah diberi dahulu dan akan ditambah dari semasa ke semasa.

"Ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai anak-anak kita menggunakan komputer kerana dunia akan datang akan berkehendakkan pekerja yang pandai menggunakan komputer," katanya. Sementara itu, katanya, Kerajaan Negeri bersetuju untuk membantu penduduk di Asajaya membina sebuah surau seperti yang mereka pohon.
Taib berkata, beliau difahamkan bahawa kutipan untuk tabung pembinaan surau itu telah dibuat.

"Kita akan buat surau seperti yang mereka minta dan tambah wang yang sedia ada itu dengan peruntukan daripada Kearajaan Negeri," katanya. Menyentuh masjid baru di Sadong Jaya, beliau berharap pembinaannya akan dapat dimulakan pada tahun ini.

"Malangnya saya tidak dapat lagi merayau seperti dahulu ke setiap kampung untuk berjumpa dengan rakyat. Saya ingin betul hendak buat seperti itu tetapi apa boleh buat. Kalau saya buat kerja itu, saya akan banyak ketinggalan. Kerja kecil dijalankan, nanti kerja besar tidak berjalan. Tetapi ingatan saya masih tinggal, masih lagi terikat dengan rakyat," katanya.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Guru besar digesa dedah kepentingan IT[/size]
Sumber: Utusan Sarawak (Mei 2002)


KAPIT - Menteri Pelancongan, Dato’ Dr James Jemut Masing menggesa semua guru besar di bahagian ini menubuhkan kelab komputer di sekolah masing-masing untuk menerangkan betapa pentingnya teknologi maklumat (IT) untuk generasi akan datang kepada golongan ibu bapa serta pelajar.

"Guru besar berperanan penting dalam memberi kesedaran kepada golongan ibu bapa tentang perlunya anak-anak mereka mempelajari komputer bagi melengkapkan mereka menghadapi alaf baru," katanya berucap di majlis penyampaian 9 komputer kepada 9 sekolah di pejabat Pegawai Daerah di sini semalam. Katanya, sebagai seorang pemimpin yang perlu menjaga kebajikan generasi akan datang, beliau seorang diri tidak dapat memberi kesedaran kepada golongan ibu bapa dan pelajar kerana tidak tinggal berhampiran mereka.

"Tugas ini perlu dilaksanakan oleh guru besar kerana mereka adalah golongan yang bertanggungjawab mendidik generasi akan datang. Hasrat untuk melahir genarasi berwibawa juga merupakan tanggungjawab yang perlu ditekankan jika mahu melihat pelajar di pedalaman seiring dengan pelajar di kota yang telah lama didedahkan dengan IT," jelas beliau.

Lagipun, penduduk pedalaman percaya sepenuhnya terhadap guru besar di kawasan mereka. Segala idea dan saranan daripada guru besar akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada golongan ibu bapa. Selain itu, Dr James juga mahu guru besar memberi galakan kepada ibu bapa yang berada agar membeli komputer untuk kegunaan anak mereka selain yang dibekalkan ke sekolah-sekolah.

Dengan memiliki komputer, beliau percaya tahap pembelajaran anak-anak untuk mengendalikan komputer tentu akan meningkat dan minat mempelajari komputer akan memberi faedah pada masa akan datang.

"Saya berharap semua guru besar tidak memandang ringgan gesaan ini kerana ia merupakan penentu masa hadapan generasi akan datang. Lepasan sekolah tentu akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan atau memulakan perniagaan jika tidak mempunyai pengetahuan asas tentang komputer," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar para guru juga mendalami ilmu mengendalikan komputer supaya mereka boleh menjadi pendidik yang berjaya dan melahirkan lebih ramai pelajar pedalaman celek komputer.

Komputer tersebut diserahkan kepada guru besar sekolah-sekolah yang telah dipilih, iaitu Encik Mark anak Magai dari SRB Nganga Mujong; Encik Seli anak Belayang dari SRB Nanga Tiau; Encik Kalit anak Sugit dan SRB Lubok Mawang; Encik Richard Kawi dari SRB Nganga Entuloh; Encik Boss Nelah dari SRB Nangga Menuan; Encik Sham Rawi Bin Suhaimi dari SRK Temenggong Koh; Encik Rinnie Jaon dari SRK Nangga Oyan; Encik Charles Ngalang dari SRK Nangga Sempili; dan Encik Haziq Azizi dari SRK Nangga Stapang.

Walaupun bilangan komputer yang diagihkan itu tidak mencukupi untuk semua pelajar di sekolah-sekolah tersebut, katanya, ia sudah memadai sebagai permulaan dan berjanji akan menyumbangkan lebih banyak komputer pada masa akan datang.
Menurutnya, beliau akan memperuntukkan RM45,000 atau 10 peratus peruntukan setahun yang diberikan untuk membeli komputer kepada sekolah-sekolah yang belum menerima komputer di bahagian ini.

"Ini adalah sejajar dengan seruan Kerajaan Negeri yang mencadangkan semua pemimpin menyumbangkan 10 peratus peruntukan tahunan untuk membeli komputer kepada sekolah-sekolah di kawasan masing-masing," tambahnya.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you
« Previous Topic · Info Kaunseling & Kerjaya · Next Topic »
Add Reply

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................