Welcome Guest [Log In] [Register]
BARU DIBUKA! Klik butang Like dan temui ribuan pengguna laman web ini.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:


Add Reply
NOTA 1: Profesionalisme Pendidikan; Perbincangan dialu-alukan
Topic Started: Wed Nov 23, 2005 11:30 pm (15,459 Views)
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]NOTA 1: PROFESIONALISME PERGURUAN[/size]
Susunan: Amiene Rev


Pengenalan: Definisi

Profesion:
Pekerjaan yang memerlukan pengetahuan dan kepakaran tertentu.


Profesional:
Seseorang yang pakar dalam bidang tertentu, sentiasa mengembangkan pengetahuan dan kemahirannya, serta memberi perkhidmatan yang berkualiti.


Profesionalisme:
Satu set ciri; pengetahuan, kepakaran, sikap, dan nilai dalam sesuatu profesion.

  • Menurut Lieberman (Sufean Hussein, 1996): Ciri-ciri profesion itu ialah:

    (1) Menyediakan perkhidmatan yang unik dan penting, serta mempunyai matlamat
    (1.)yang jelas untuk masyarakat dan negara.
    (2) Semasa menjalankan tugas, banyak keupayaan dan kebolehan intelek digunakan.


  • Parkay (1990): Ahli profesional mempraktikkan pekerjaan mereka dengan darjah autonomi (kuasa membuat keputusan) yang tinggi.


  • Profesionalisme dilihat dari segi mengutamakan mutu perkhidmatan, dedikasi terhadap pekerjaan, dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran. (INTAN, 1995).


  • Seseorang profesional hendaklah menjadi ahli kepada sesuatu organisasi yang berkuasa menentukan nilai tara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan, dan penyingkiran ahlinya.


  • Ahli sesuatu profesion hendaklah mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion yang terlibat.


  • Seseorang yang dikatakan profesional hendaklah sedar bahawa tanggungjawab ialah amanah Allah yang wajib dilaksanakan dan akan dipersoalkan nanti di alam akhirat. (Abdul Halim, 1996).
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
CIRI-CIRI PROFESION (UMUM)
• Pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.
• Matlamat yang jelas
• Mengutamakan mutu perkhidmatan.
• Perkhidmatan yang unik dan penting.
• Autonomi dalam menjalankan tugas.
• Kod Etika.
• Ahli pertubuhan.



CIRI-CIRI PROFESION PERGURUAN
• Latihan dan pendidikan guru
• Falsafah Pendidikan Negara
• Utamakan Perkhidmatan
• Pedagogi dan psikologi
• Kurikulum Pendidikan Guru
• Autonomi dalam pengajaran
• Kod Etika Perguruan
• Suruhanjaya Perkhidmatan Awam


  1. Latihan dan pendidikan guru – Individu yang berhajat untuk menjadi guru mesti melalui latihan dan pendidikan guru yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan dan Badan Berkanun di maktab perguruan dan universiti tempatan atau luar negara (institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia).


  2. Matlamat yang jelas – Guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang dapat mendidik pelajar dari segi akademik dan juga sifat toleransi, serta tolong-menolong untuk mewujudkan integrasi nasional di kalangan pelajar.


  3. Utamakan perkhidmatan – Tanggungjawab guru sebagai agen perubahan yang membawa perubahan baru bagi ahli masyarakat, memberi perkhidmatan berkualiti dan cemerlang tanpa terlalu memikirkan untung rugi yang bersifat peribadi.


  4. Pedagogi dan psikologi – Matapelajaran pedagogi, psikologi pendidikan, bimbingan dan kaunseling, penilaian serta kokurikulum merupakan mata pelajaran asas yang menjadi teras pendidikan guru.


  5. Autonomi dalam pengajaran – Dalam konteks pengajaran di bilik darjah, guru mempunyai autonomi untuk menentukan pemilihan bahan pengajaran, menentukan jenis penilaian, kandungan pelajaran yang hendak diajar, dan kaedah pengajaran yang akan diaplikasikannya


  6. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam – Lantikan guru dibuat akan disahkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
Elemen-Elemen Yang Menjejaskan Profesiolisme Perguruan

Elemen –elemen berikut telah menjejaskan profesionalisme perguruan (Mohd Salleh, 2000; Sufean Hussin, 1996):

  1. Pelbagai skim dan kemahiran di kalangan guru. Terdapat banyak peringkat kelayakan untuk profesion guru; sijil perguruan, siswazah, bukan siswazah dan guru sandaran tidak terlatih.


  2. Ramai guru masih belum menganggotai Kesatuan Guru. Ini memberi gambaran keseluruhan bahawa profesionalisme perguruan masih kurang mantap.


  3. Perkhidmatan pendidikan sukar diukur kerana hasil proses pengajaran adalah lambat berbanding profesion lain. Dalam konteks pendidikan Malaysia, selepas peperiksaan PMR ataupun SPM, barulah dapat dilihat hasilnya.


  4. Peranan guru dalam kejayaan pelajar kurang jelas kerana wujudnya faktor-faktor lain yang turut memainkan peranan seperti kecerdasan pelajar, penglibatan ibu bapa, kelas tambahan atau tuisyen.


  5. Tugas guru banyak dan pelbagai, ini memaksa para guru menumpukan perhatian, masa dan tenaga kepada pelbagai jenis komitmen yang boleh menjejaskan pengajaran serta peningkatan profesionalisme.


  6. Autonomi guru dalam menjalankan tugas agak terbatas. Guru boleh memilih isi pelajaran yang diajar cuma berlandaskan kurikulum dan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.


  7. Ramai guru tidak berpeluang mengikuti program dan kursus perkembangan staf. Program ini boleh meningkatkan profesionalisme guru. Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi juga terhad.


  8. Profesion perguruan dianggap suatu tugas yang murni oleh masyarakat. Apabila berlaku peristiwa atau kejadian yang tidak diingini, perkara ini boleh menjejaskan peribadi guru dan juga imej profesionalisme perguruan.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
Memupuk Profesionalisme Perguruan

  1. Upacara kemasukan guru pelatih – kod pemakaian, hari sambutan terhadap guru pelatih boleh meningkatkan kesedaran mereka terhadap profesion.


  2. Penyelidikan dalam pendidikan.


  3. Pertubuhan guru – mesra ahli, mengadakan banyak aktiviti seperti forum, seminar, konvensyen dan penyelidikan.


  4. Bimbingan pengurusan atasan –pendidik guru atau pengetua wajar adalah mental model. Mereka harus menampilkan perkara yang baik dan berkualiti agar dapat dicontohi oleh guru permulaan dan guru pelatih.


  5. Teladan yang baik – kualiti kerja, penyelesaian masalah yang sistematik, komitmen, dedikasi dan ikhlas.


  6. Seminar dan kursus dalam pendidikan – memperbanyakkan ilmu yang berhubung rapat dengan pendidikan seperti sosiologi, kepimpinan dan isu semasa.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]KM: Pendidikan paling utama[/size]
Sumber: Utusan Sarawak (8 Januari 2004)


LAWAS - Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud hari ini menggariskan tiga faktor penting untuk mengubahkan taraf kehidupan masyarakat Islam dan memperjuang kehidupan yang lebih sempurna.

Katanya, tiga faktor penting itu akan membolehkan masyarakat dan negeri ini mencapai Realiti Baru. Faktor-faktor berkenaan ialah akhlak yang baik, disiplin yang tinggi dan pendidikan yang sempurna.

"Saya tidak kaya kerana memiliki harta bapa saya, tetapi kerana beliau membesarkan saya serta memberi pendidikan yang tinggi dan kelakuan yang baik untuk membolehkan saya mencapai kedudukan sekarang," katanya. Katanya, masyarakat harus mempunyai perjuangan yang kental dan tanggungjawab untuk memberi didikan yang lebih tinggi kepada anak-anak mereka untuk menjaminkan masa depan yang lebih baik. Sehubungan itu, beliau menyeru ibu-bapa supaya memberi keutamaan kepada kepentingan pelajaran dalam kehidupan selain daripada mengejar kekayaan serta memiliki rumah dan keluarga yang bahagia.

Katanya, ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka diberi sokongan moal serta bantuan kewangan melalui pendidikan. Ketua Menteri Taib menambah kata bahawa Sarawak kini sudah mencapai tahap yang boleh dibanggai dalam pelbagai bidang dan kepakaran. Kita seharusnya bangga selepas mencapai kemerdekaan di mana rakyat kita juga telah menerima perubahan dengan pembangunan yang pesat yang dilaksanakan oleh kerajaan, katanya.

"Bila saya balik ke Sarawak hasil pendapatan per kapita rakyat Sarawak ialah RM400 setahun dan sekarang ia telah meningkat kepada RM11,000 per kapita," katanya pada perhimpunan yang diadakan di Masjid Jalan Punang di sini, Rabu lalu. Beliau berkata, dahulu rakyat memikirkan untuk memiliki sebuah rumah yang cantik atau mempunyai sebuah kereta yang besar, tetapi sekarang keadaan sudah berubah dan bukan kekayaan yang menjamin masa depan yang sempurna.

Tegasnya, sekiranya generasi sekarang tidak mempunyai pendidikan yang tinggi lagi sempurna, harta pusaka tidak akan menjamin kehidupan mereka untuk menghadapi alaf baru. Beliau juga menyeru kepada rakyat di negeri ini supaya mengamalkan cara hidup baru dan mempertingkat kehidupan ke tahap yang lebih baik melalui politik yang stabil dan perpaduan kaum.

"Dengan itu, rakyat harus menerima perubahan, kalau dulu konsep pemikiran lain, seperti ada orang tidak mahu bekerjasama mencari untung untuk diri sendiri dan bagi mereka yang bertugas, tidak mahu berpindah dan semua ini kita telah alami.

"Kita mesti mempunyai kepercayaan yang penuh dan berusaha habis-habisan untuk membina keluarga yang cukup bahagia dan memberi pendidikan yang secukup-cukupnya untuk merealisasikan realti baru," kataya lagi.

Ketua Menteri berkata, Sarawak kini mampu melaksanakan rancangan-rancangan yang telah dirancangkan oleh kerajaan. Beliau juga menasihatkan masyarakat Islam supaya mengerat dan menguatkan iman dan kepercayaan serta hubungan yang baik, bukan sahaja di kalangan mereka bahkan dengan masyarakat-masyarakat lain.

Terdahulu, Datuk Patinggi Taib menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Menteri Muda Perancangan dan Pembangunan Sumber Datuk Awang Tenaga Ali Hassan. Turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Industri Makan, Datuk Adenan Satem.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN[/size]

[size=5]Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.[/size]
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
ZetaBoards - Free Forum Hosting
Fully Featured & Customizable Free Forums
Learn More · Sign-up Now
« Previous Topic · Info Kaunseling & Kerjaya · Next Topic »
Add Reply

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................