Welcome Guest [Log In] [Register]
BARU DIBUKA! Klik butang Like dan temui ribuan pengguna laman web ini.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:


Add Reply
  • Pages:
  • 1
berbudi bahasa Amalan mulia
Topic Started: Fri Sep 9, 2005 3:03 pm (4,765 Views)
sweet_potatoes
Member Avatar
Rakan Karyawan - Quality Award Winner: FEB 2005
[ *  *  *  *  * ]
psstttt :D berbudi bahasa Amalan mulia.
Apa itu berbudi bahasa?
korang selalu praktikkannya ke?
Bagaimana nak berbudi bahasa ni?
Jom aa kita berbincang pasal kempen budi bahasa :rolleyes: :clown:
Posted Image
"SomeDay SomeWhere in the Sky...May WE Meet Again"
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
Sebelum kita memulakan kempen berbudi bahasa apa kata kita fahami dulu cara-cara untuk berbudi bahasa.

Cara nak jadi seorang yang berbudi bahasa:

1. Jangan suka cakap pasal keburukan peribadi orang lain.
2. Jangan terlalu suka bergurau atau mengusik orang lain.

asyik jangan-jangan kita gunakan ayat lain pula:

3. Jujur tetapi sampaikan secara sopan lagi menyenangkan.
4. Skema (bahasa yang skema, bahasa Melayu kalau dituturkan mengikut tatabahasa yang betul... adalah bahasa yang sopan bunyinya).

bagaimana pula kalau nak berbudi bahasa di dalam Internet (Forum dan IRC):

5. Cara kita menggunakan tulisan (tulis biar senang untuk dibaca, jangan guna font yang pelik dan warna yang menyakitkan mata atau tidak jelas. Tulisan tidak pula terlalu besar... seeloknya sepadan dengan saiz tulisan pengguna lain).
6. Ejaan pastikan betul, jika kita banyak kesilapan semasa menaip seolah-olah kita tidak memberi perhatian semasa bercakap, tidak ikhlas. Kalau ada peluang untuk edit (sebab itu Forum Dragonizer membenarkan ahli untuk edit tulisan sendiri) maka editlah tulisan itu. Ini membuktikan kita menilai, berfikir dan menghargai setiap kata yang kita ucapkan kepada orang lain. Bukan semberono sahaja atau cakap lepas sahaja.
7. Tidak membawa lari topik yang dibincangkan di dalam forum. Sentiasa mewujudkan perbincangan dan soalan. Kaedah terbaik dan paling berbudi bahasa adalah memberi pendapat kemudian mengemukakan satu soalan yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan.
8. Menegur secara tersirat lebih baik daripada menegur secara terus kepada orang lain (attacking to someone).
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
zack2terer
Member Avatar
Rakan Karyawan & Kaunseling
[ *  * ]
::assalammualaikum semua...wah! ada topik baru rupanya (guna bahasa baku) :D
www.1wiki.org
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sweet_potatoes
Member Avatar
Rakan Karyawan - Quality Award Winner: FEB 2005
[ *  *  *  *  * ]
Waalaikumsalam :)

Adakah bahasa baku merupakan salah satu kempen berbudi bahasa? :blink: tapi rata-rata kita semua sekarang nie, memang jarang menggunakan bahasa baku. Entah kenape :unsure:

Bro Dragon, cara2 untuk berbudi bahasa yg Dragon tulis tu memang bagus :thumbup: :respect:
Posted Image
"SomeDay SomeWhere in the Sky...May WE Meet Again"
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
khadeeja
Member Avatar
Leftenan Muda
[ *  *  * ]
Mama bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dragon itu.
Mama juga tertarik hati dengan gaya menulis anak-anak disini yang berbudi bahasa.Tidak terlalu banyak bergurau dan tidak terlalu serius.Tidak pula mengaibkan orang lain dan menegur dengan cara yang baik.

Memandangkan lebih dari setahun mama terlibat dengan beberapa web lain yang kurang menitik beratkan soal ini,jadi gaya menulis mama sedikit terpengaruh dengan web tersebut.

Mama nak kaitkan ini sedikit dengan soal cinta,iaitu "Sebelum bertemu dengan orang yang sebenar,kita akan ditemukan dengan orang yang salah".

Forum ini patut jadi contoh kepada forum-forum lain.
~ If you look at what you do not have in life, you don't have anything, If you look at what you have in life, you have everything ~ Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
Terima kasih di atas pandangan ahli-ahli forum semua. Terima kasih juga di atas pujian mama terhadap kami di sini. Atas dasar ini, Forum Sembang Yin & Yang telah dijadikan sebagai perintis kepada penggunaan Bahasa Melayu Piawai (standard).

Dragon amat menyenangi tulisan atau pandangan yang lebih kepada Bahasa Melayu standard di dalam Forum Dragonizer, ia bukan sahaja membantu kita untuk menguasai bahasa ibunda kita tetapi turut menyumbang kepada kefahaman yang mendalam dan meningkatkan semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda kita sekarang.

Dragon dapati rata-rata anak-anak muda hari ini terlalu asyik dengan perkataan-perkataan campuran yang jelas menunjukkan ketidaksopanan terhadap individu lain. Zaman bahasa Melayu sudah semakin punah dan hanyut di tengah lautan.

Bahasa-bahasa Melayu hilang identiti di tangan generasi baru. Justeru, satu usaha untuk mengembalikan maruah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan perlu diwujudkan. Forum Dragonizer akan cuba sedaya upaya untuk membela Bahasa Melayu kita.

Ini tidak bermakna kita akan mengabai penggunaan bahasa asing. Bahasa Inggeris pula akan dianggap sebagai bahasa kedua dalam usaha untuk menuntut ilmu daripada masyarakat luar negara. Semoga usaha yang kita laksanakan di dalam Forum Dragonizer ini akan menyumbang kepada generasi Malaysia yang lebih bertamadun dan beridentitikan teras bumiputera bangsa kita.

"Takkan Hilang Melayu Di Dunia" - Hang Tuah :)
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sweet_potatoes
Member Avatar
Rakan Karyawan - Quality Award Winner: FEB 2005
[ *  *  *  *  * ]
Betul juga apa yang Dragon cakapkan. Potatoe sendiri, tidak kurangnya bermasalah dalam Bahasa Melayu kerana sudah terbiasa dengan bahasa campur atau rojak. Kadang untuk mencari perkataan yang tepat untuk Translate English ke Bahasa Melayu, memang sukar kalau tidak ada Kamus.

Kadang ayat atau perkataan yang kita gunakan tidak bermaksud untuk menyakiti sesiapa tetapi orang lain mendengar ayat itu kemungkinan mereka akan terfikir yang kita ini menggunakan ayat yang tidak sopan. Hakikatnya tidak. Mungkin juga orang akan berfikir "budak ini tidak ada budi bahasa langsung".Selalunya golongan remaja yang akan menggunakan ayat-ayat yang memang tiada dalam kamus pun.

Hanya mereka yang tahu apa makna perkataan yang mereka ucapkan.
Posted Image
"SomeDay SomeWhere in the Sky...May WE Meet Again"
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
adiey akan cuba menggunakan bahasa melayu mengikut piawai yg betul.
tetapi adiey minta maaf banyak-banyak kalau kadangkala penulisan menggunakan ayat rojak.
adiey akui memang agak lama tidak menulis dalam bahasa melayu, kalau di uitm hanya subjek titas sahaja yang menggunakan bahasa melayu.

berbudi bahasa memang merupakan amalan yang mulia dan adiey rasa tidak rugi kita berbudi bahasa dengan orang di sekeliling kita.
rasa hormat-menghormati mestilah ditanam dalam diri tidak kira terhadap golongan yang tua atau muda.
tutur kata yang lembut dan sopan bukan sahaja sedap untuk didengari tetapi juga maksud yang kita ingin sampaikan lebih mudah difahami.
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Sasuke999
Member Avatar
Brotherhood Of The Dragon
[ *  *  *  * ]
jika kita mengutamakan budi bahasa dalam perbicaraan kita sehari-harian. kebanyakkan antara kita akan banyak berfikir sebelum mengutarakan sesebuah kata-kata. perkataan yang kita kemukakan atau ajukan, akan menjadi lebih mudah difahami.
Posted Image
[size=7]E = MC˛[/size]
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa...

Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Sasuke999
Member Avatar
Brotherhood Of The Dragon
[ *  *  *  * ]
Budi dan bahasa bagai siang dan malam.
Budi dan bahasa bagai irama dan lagu.
Budi akan pincang tanpa bahasa, bahasa akan pincang tanpa budi.
Ada bahasa tanpa budi runtuh, ada budi tanpa bahasa musnah...
Posted Image
[size=7]E = MC˛[/size]
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
Tuturlah kata-kata yang sopan dan baik...
Walau diri bukan seorang sasterawan yang dapat melafazkan kata-kata indah, kata-kata yang sopan akan mententeramkan jiwa insan yang mendengarnya.
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Sasuke999
Member Avatar
Brotherhood Of The Dragon
[ *  *  *  * ]
kata-kata yang terbaik adalah diam.
kata-kata yang paling baik adalah sikit, berbudi dan bernas...
Posted Image
[size=7]E = MC˛[/size]
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
edaos
Member Avatar
Rakan Mesra - Amicable Winner: FEB 2005
[ *  *  *  * ]
Kempen Budi Bahasa dah agak lama dilancarkan.
Tapi masih ramai rakyat Malaysia yang tidak praktikkannya.

Budi bahasa yang baik amatlah penting.
- Jangan bercakap teralu kuat
- Pandang muka orang bila kita sedang bercakap
- Menggunakan kata ganti nama yang betul seperti Encik, Cik, Puan,
Awak, Saya.
Aku dan Kau agak kasar bunyinya.

Budi Bahasa Budaya Bangsa.
Posted Image


"HiduP iNi Penuh DuGaan.Hadapinyer Dengan Tabah."
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
Gunalah bahasa yang indah, tidak perlu ayat yang berbunga, cukuplah maksudnya dapat difahami...
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Sasuke999
Member Avatar
Brotherhood Of The Dragon
[ *  *  *  * ]
Sejahat mana pun manusia, kalau kita berbudi bahasa didepannya, pasti kita akan dihormati oleh orang jahat.
Posted Image
Posted Image
[size=7]E = MC˛[/size]
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
Bahasa yang elok apabila dituturkan mungkin dapat melembutkan hati yang begitu keras...
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Sasuke999
Member Avatar
Brotherhood Of The Dragon
[ *  *  *  * ]
Kata-kata yang paling mujarab bukan hadir daripada suara yang merdu, dinyanyikan dengan irama yang paling baik. Tapi kata-kata yang diiringi dengan budi bahasa yang tinggi adalah lebih bernilai.
Posted Image
[size=7]E = MC˛[/size]
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
adieyza
Rakan Mesra
[ *  *  *  * ]
Sedih melihat anak muda sekarang semakin kurang beradab dengan golongan tua... :(
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
zack2terer
Member Avatar
Rakan Karyawan & Kaunseling
[ *  * ]
::Yang muda disayangi, yang tua dihormati...
www.1wiki.org
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
ZetaBoards - Free Forum Hosting
ZetaBoards gives you all the tools to create a successful discussion community.
Go to Next Page
« Previous Topic · SEMBANG UMUM & ISU SEMASA - World Talk · Next Topic »
Add Reply
  • Pages:
  • 1

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................