Welcome Guest [Log In] [Register]
BARU DIBUKA! Klik butang Like dan temui ribuan pengguna laman web ini.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:


Add Reply
  • Pages:
  • 1
Koleksi Soal Jawab Hukum Agama; Sumber: Harian Metro
Topic Started: Sat Aug 6, 2005 10:33 am (9,057 Views)
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=14]Koleksi Soal Jawab Hukum Agama[/size]
SUMBER: http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/S...ml?mysec=Fikrah
WEB PROMOTER: Dragonizer


NOTA: Bahagian dalam topik ini dipetik dari Fikrah DR SALAM (Harian Metro). Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Salam Muhammad Shukri sedia membantu umat Islam yang berhadapan kemusykilan agama. Hantarkan masalah lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada Pengarang Rencana, Harian Metro, Balai Berita, 31, Jalan Riong 59100 Kuala Lumpur atau faksimili 03-22848390 atau e-mel: [email protected]

[size=2]SEMOGA PENDEDAHAN FIKRAH DR. SALAM DALAM TOPIK INI DAPAT MEMBANTU AHLI-AHLI FORUM DAN PARA PENGUNJUNG DI SAAT ANDA KEBUNTUAN.[/size]

SENARAI TAJUK DALAM TOPIK INI:

  1. Sah solat walau tidak tahu makna bacaan
  2. Taubat perlu kesungguhan
  3. Sutera risaukan bakal pengantin
  4. Rakan sekerja bangga lakukan maksiat
  5. Jilatan anjing mesti disamak
  6. Saf kedua mula di tengah
  7. Teknik 'rebonding' umpama ubah ciptaan Allah
  8. Buat 'crownin' pada gigi diharuskan
  9. Dibenar buang bulu di bahagian muka
  10. Rasa rendah diri: Parut dan Cukur Kening
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Sah solat walau tidak tahu makna bacaan[/size]

ADAKAH sah solat, jika ayat al-Quran yang dibaca seseorang sewaktu solat tidak difahami maksudnya, hanya tahu baca, langsung tidak tahu makna? Adakah solat sebegitu dianggap sempurna?

MOHD AMIZAN,
Selangor.

SOLAT berkenaan tetap sah walaupun kurang sempurna. Ini kerana memahami bacaan dalam solat termasuk al-Fatihah dan sebagainya termasuk dalam aspek kesempurnaan solat.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Taubat perlu kesungguhan[/size]

SAYA melakukan banyak kesalahan dan berdosa, termasuk dosa besar. Tetapi kini saya insaf dan ingin bertaubat, mahu meninggalkan segala perkara yang membawa kepada dosa.

Adakah taubat saya akan diterima Allah? Apabila sudah bertaubat, adakah di akhirat nanti saya akan menghadapi balasan atau seksaan kerana perbuatan dosa saya di dunia seperti orang lain yang tidak bertaubat?

NUR SAKINAH,
Gombak.

ALLAH (swt) Maha Pengampun lagi Penyayang. Seorang Muslim yang melakukan dosa besar hendaklah segera bertaubat dan berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya lagi. Dengan berbuat demikian, nescaya Allah akan mengampun dosa hamba dan terlepas daripada seksaan-Nya di akhirat nanti.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Sutera risaukan bakal pengantin[/size]

SAYA musykil mengenai sutera yang haram dipakai lelaki Islam. Saya akan bernikah dan kami memilih kain jenis “chantung” yang saya yakin bukan 100 peratus sutera. Ia kemungkinan mempunyai campuran sedikit sutera dan kain itu sudah siap ditempah untuk dipakai bakal suami saya.

Dia juga akan solat sunat selepas bernikah dengan memakai kain yang sama. Kami tiba-tiba terfikir mengenai kain itu, sama ada ia sutera atau tidak.

Kami mendapat tahu kain jenis “chantung” ini bukannya 100 peratus sutera. Jadi, bolehkah bakal suami saya memakai kain itu ketika akad nikah nanti? Adakah Islam mengharamkan lelaki Islam memakai kain sutera 100 peratus atau semua jenis kain sutera?

MAZLIN,
Pahang.

LARANGAN bagi lelaki adalah memakai sutera tulen begitu juga dengan perhiasan emas. Ini bertujuan untuk menjaga keluhuran akhlak Islam lelaki. Pakaiannya hendaklah sesuai dengan keperibadian sebagai lelaki.

Ini jelas apabila Rasulullah (saw) memegang sutera di tangan kanan dan emas di tangan kiri dan bersabda: "Kedua-duanya diharamkan bagi lelaki daripada pengikutku" (Ahmad, Abu Dawud, al-Nasai, Ibn Majah).

Berikutan pakaian yang anda sebut bukan sutera tulen, ia masih dibenarkan.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Rakan sekerja bangga lakukan maksiat[/size]

ADA seorang wanita berusia 22 tahun di tempat saya bekerja bangga dengan perbuatan maksiatnya dan melanggar undang-undang, iaitu menjadi perempuan simpanan seorang bergelar Datuk, minum arak, menghisap ganja dan memandu tanpa lesen.

Dia begitu berbangga kerana diberikan kemewahan hasil perbuatannya itu. Disebabkan jauh daripada keluarga, dia bebas melakukan apa saja dan sering mengatakan haknya untuk melakukan apa saja.

Kebanggaannya melakukan maksiat dan sering bercerita, malah mencanangkannya di seluruh pejabat menyebabkan timbul rasa kurang selesa.

Apakah yang perlu saya lakukan untuk menghalang perbuatan maksiat ini daripada terus berlaku dan jika saya mengambil jalan mudah dengan mengabaikannya adakah saya dikategorikan sebagai subahat dengannya kerana tidak bertindak apa-apa?

RAIHANA,
Kuala Lumpur.

SEORANG Islam bertanggungjawab untuk menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Atas tanggungjawab ini, anda tidak seharusnya berdiam diri sahaja. Carilah jalan seperti menasihatinya dengan sebaik mungkin atau menghubungi ahli keluarganya.

Hadis Rasulullah (saw) bermaksud: “Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya, apabila tidak mampu dengan lidahnya dan apabila tidak mampu dengan hatinya. Demikian itu adalah selemah-lemah iman”.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Jilatan anjing mesti disamak[/size]

APAKAH hukum anjing mencium kasut seperti kucing mencari makanan. Saya hanya membasuh kasut itu dengan air menggunakan tangan. Apakah perlu kasut dan tangan saya disamak juga?

RAMLI,
Gombak.

MENGIKUT pendapat mazhab Shafie, jilatan dan ciuman daripada mulut anjing yang mengandungi air liurnya perlu disamak. Dengan itu kasut itu perlu disamak seperti biasa, manakala tangan yang menyamak tidak perlu pula disamak kembali kerana ia tidak terkena jilatan anjing terbabit.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Saf kedua mula di tengah[/size]

SAYA ingin bertanya mengenai saf kedua yang perlu dimulakan apabila saf pertama sudah penuh. Adakah saf perlu dimulakan dari kanan saf atau dari bahagian tengah saf, iaitu betul-betul di belakang imam?

Harap Dr Salam dapat memberikan penjelasan mengenai masalah ini dengan menyertakan ayat al-Quran dan hadis yang menyokong hujah ini.

SAUFI,
Terengganu.

ADA susunan makmum diajar Rasulullah (saw) dalam solat berjamaah. Ini termasuk kedudukan saf pertama dan seterusnya.

Bagi saf kedua, ia hendaklah bermula di bahagian tengah saf pada kedudukan di belakang imam. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah (saw), maksudnya: “Menengahi imam dan tutup tempat kosong [iaitu ruang antara dua makmun] .” (Abu Dawud) (Sabiq, 2000: I: 173).

Seterusnya apabila datang makmum lain, ia hendaklah diselang-seli di antara kanan dan kiri dengan dimulai di sebelah kanan dan seterusnya kiri supaya saf tersusun rapi dan seimbang.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Teknik 'rebonding' umpama ubah ciptaan Allah[/size]

ADAKAH melakukan teknik ‘rebonding’ salah di sisi agama yang boleh dianggap sebagai mengubah ciptaan Allah hingga mengakibatkan dosa besar?

Bukankah bagi orang berambut kerinting, meluruskan rambut juga dianggap mengubah ciptaan Allah kerana Allah sudah menganugerahkan rambut kerinting baginya dari awal kejadian?

FARA,
Simpang Empat, Perlis

PERTAMA, Islam tidak menerima apa-apa teknik berhias berlebih-lebihan sehingga mengubah sifat semula jadi. Begitu juga dengan teknik ‘rebonding’ bagi meluruskan rambut.

Maklumat lanjut lihat (http://www.homehairstraightening.co.uk/). Ia tidak dibolehkan kerana bersifat mengubah ciptaan Allah, malah ada pula kesan sampingan.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Buat 'crownin' pada gigi diharuskan[/size]

SAYA merancang untuk melakukan ‘crowning’, menampal gigi palsu di atas akar gigi asal. Apa hukum seseorang membuat ‘crowning’ atau ‘bridge’ pada gigi mereka?

SUZIYANA,
Setapak.

HARUS untuk seseorang membuat ‘crowning’ atau ‘bridge’ bagi tujuan menjaga kesihatan gigi dan diri seseorang.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Dibenar buang bulu di bahagian muka[/size]

BOLEHKAH mencabut bulu kening yang tumbuh lebat? Saya pernah terdengar pendapat, bulu terbabit tidak termasuk sebagai kening dan boleh dicabut sekiranya berselerak hingga ke kelopak mata, malah menjadi ejekan rakan.

AISHAH,
Segamat.

ISLAM melarang mencabut bulu kening dengan tujuan untuk menjadikannya nipis (Arab, al-nams). Ini termasuk dalam cara berhias secara berlebihan dan tidak sepatutnya dilakukan.

Bagaimanapun, membuang bulu pada bahagian muka yang lain bagi melambangkan kewanitaan dan menjaga maruah diri daripada ejekan masih dibenarkan.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Rasa rendah diri: Parut dan Cukur Kening[/size]

SAYA mempunyai parut pada muka sejak kecil. Ibu memberitahu saya parut itu adalah tanda lahir. Tetapi bagi saya, ia menyebabkan saya berasa rendah diri dan membuatkan saya tidak yakin dengan diri sendiri.

Pelbagai ubat saya cuba, namun kesan parut itu tidak hilang. Bolehkah saya menghilangkannya melalui pembedahan atau apa sahaja?

Kemudian mengenai bulu kening saya yang terlalu tebal dan bercantum. Hal ini menyebabkan orang ramai memandang semacam pada saya dan membuatkan saya rasa tidak selesa.

Jika boleh, saya ingin mencukur bulu kening supaya tidak kelihatan bercantum, supaya saya tidak kelihatan seperti orang jahat. Apakah cadangan terhadap masalah saya ini?

JUMIEY,
Selangor.

MENGHILANGKAN parut dan aib diri diharuskan. Bagaimanapun, pandangan mengenai bulu kening sedemikian adalah tidak benar. Baik dan jahat dalam Islam diukur berdasarkan perbuatan dan niat seseorang.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sweet_potatoes
Member Avatar
Rakan Karyawan - Quality Award Winner: FEB 2005
[ *  *  *  *  * ]
Adakah halal meluruskan rambut.


Jawapan : Harus jika tidak menggunakan bahan-bahan yang haram dan tidak bertujuan mempamerkan kecantikan kepada ajnabi.

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf
Posted Image
"SomeDay SomeWhere in the Sky...May WE Meet Again"
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sweet_potatoes
Member Avatar
Rakan Karyawan - Quality Award Winner: FEB 2005
[ *  *  *  *  * ]
Soalan : apakah cabaran tamadun Islam pada masa kini?.

Jawapan :

Di antara cabaran tamadun Islam masa kini ialah:
1. cabaran kejahilan
2. Cabaran kemiskinan
3. Cabaran penguasaan terhadap ilmu pengetahuan dan lain-lain..
.
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf
Posted Image
"SomeDay SomeWhere in the Sky...May WE Meet Again"
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sweet_potatoes
Member Avatar
Rakan Karyawan - Quality Award Winner: FEB 2005
[ *  *  *  *  * ]
Soalan :

apakah definisi hiburan yang sebenarnya mengikut islam dan apakah itu hiburan yang yang benar-benar mengikut ajaran islam.

Jawapan :

Hiburan dalam Islam adalah sesuatu yang boleh memberi ketenangan dan kegembiraan kepada seseorang. Ia diharuskan dalam Islam dengan syarat tidak ada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tidak melalaikan pemain dan pendengar daripada mengingati Allah s.w.t dan lain-lain perkara yang bercanggah dengan Islam..

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf
Posted Image
"SomeDay SomeWhere in the Sky...May WE Meet Again"
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sweet_potatoes
Member Avatar
Rakan Karyawan - Quality Award Winner: FEB 2005
[ *  *  *  *  * ]
Soalan :

Bolehkah tuan memberi definisi hiburan(muzik,nyanyian), kesenian dan makanan halal menurut pandangan Islam?.

Jawapan :

1. Hiburan ialah suatu yang boleh memberikan kerehatan kepada fikiran termasuk muzik dan nyanyian. Dalam Islam, ianya diharuskan dengan syarat tidak melalaikan daripada mengerjakan suruhan Allah , tidak mengandungi unsur-unsur maksiat (seperti percampuran bebas lelaki dan perempuan) dan senikata muzik tidak mengghairahkan.

2. Makanan halal diertikan sebagai berikut:
i. Tidak mengandungi bahan yang diperbuat daripada binatang yang dilarang syarak atau tidak disembelih mengikut syarak.
ii. Tidak mengandungi bahan najis mengikut hukum syarak.
iii. Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak.
iv. Dalam tempoh penyediaan, pemprosesan atau penyimpanan, tidak bersentuhan dengan binatang yang dilarang syarak atau bahan-bahan najis seperti yang terdapat dalam hukum syarak..
.

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf
Posted Image
"SomeDay SomeWhere in the Sky...May WE Meet Again"
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sweet_potatoes
Member Avatar
Rakan Karyawan - Quality Award Winner: FEB 2005
[ *  *  *  *  * ]
Soalan :

assalamualaikum.
Saya ingin mengetahui samada JAKIM ada menetapkan garis panduan atau etika persembahan dan juga kod etika berpakaian bagi persembahan artis.
Ini bermaksud bagi penampilan seseorang artis pada mana-mana konsert atau persembahan baik secara langsung melalui tv atau persembahan terbuka.
Ini memandangkan terdapat segelintir artis yang tanpa segan silu mengenakan pakaian tidak sesuai mengikut hukum islam. Bolehkah tuan senaraikan hukum berpakaian menurut islam serta batas-batas aurat bagi lelaki dan perempuan, serta golongan manakah di kalangan umat islam yang wajib menuruti etika pakaian islam tersebut..


Jawapan :

Buat masa ini JAKIM belum mengeluarkan kod etika berpakaian khusus kepada artis kerana perkara-perkara tersebut telah jelas diketahui dan masyarakat umum mengetahuinya bahawa setiap orang Islam wajib menutup aurat. Bagi lelaki auratnya di antara pusat dan lutut manakala bagi wanita ialah seluruh anggota kecuali muka dan dua tapak tangan. Ini selaras dengan apa yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Nabi SAW yang wajib kita imani dan taati demi menjaga kesucian Islam dan maruah umatnya.

Walaupun JAKIM belum menyediakan etika berpakaian kepada artis tetapi JAKIM seringkali membangkitkan isu ini melalui saluran-saluran yang tertentu

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf
Posted Image
"SomeDay SomeWhere in the Sky...May WE Meet Again"
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sweet_potatoes
Member Avatar
Rakan Karyawan - Quality Award Winner: FEB 2005
[ *  *  *  *  * ]
Soalan :

Apakah cara yang terbaik dalam Islam bagi seseorang yang berpindah ke rumah baru. Apakah ayat-ayat yang sesuai dibaca bagi memperolehi kesejahteraan dan dipelihara daripada gangguan syaitan dan iblis
.
Jawapan :

Alhamdulillah, saudara telah dapat menikmati kehidupan di rumah baru, semoga ianya bakal membawa pembaharuan dalam diri saudara sekeluarga, insya Allah.

Di antara amalan yang boleh dilakukan selepas berpindah ke rumah baru ialah :
1. mengadakan majlis kesyukuran - bagi memanjatkan kesyukuran di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t

2. ahli rumah boleh mengamalkan membaca surah al-Baqarah.

3. Sentiasalah menghidupkan rumah tersebut dengan bacaan al-Qur'an (tidak mengira mana-mana surah kerana semua ayat al-Qur'an itu adalah penawar)

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf
Posted Image
"SomeDay SomeWhere in the Sky...May WE Meet Again"
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
katarsis
Member Avatar
Prebet
:akum:

alangkah bagus kalu soal jawab agama ni kite tanya terus pada yg pakar..sbb kalu kite men cut & paste lum pasti kesohehan sesuatu artikel..sbb manusia itu lemah..dan sbb kelemahan itu jualah manusia wat silap..

Allahu Ta'ala A'lam. B)
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
khadeeja
Member Avatar
Leftenan Muda
[ *  *  * ]
mama setuju dengan apa yg katarsis katakan itu....

dan mama yakin dan percaya yg katarsis dapat membantu sama dalam soal jawab agama...

sebagaimana yg mama tahu katarsis agak ariff dalam bab ini.


p/s...usah bertanya siapa mama,kau akan tahu sebagaimana mama tahu siapa kau...
dan..rasanya tak perlu menafikan apa yg mama katakan...tidak begitu anak ku katarsis? :victory:
~ If you look at what you do not have in life, you don't have anything, If you look at what you have in life, you have everything ~ Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sweet_potatoes
Member Avatar
Rakan Karyawan - Quality Award Winner: FEB 2005
[ *  *  *  *  * ]
khadeeja
Aug 15 2005, 10:04 AM
mama setuju dengan apa yg katarsis katakan itu....

dan mama yakin dan percaya yg katarsis dapat membantu sama dalam soal jawab agama...

sebagaimana yg mama tahu katarsis agak ariff dalam bab ini.


p/s...usah bertanya siapa mama,kau akan tahu sebagaimana mama tahu siapa kau...
dan..rasanya tak perlu menafikan apa yg mama katakan...tidak begitu anak ku katarsis? :victory:

ermm kalau begitu
saya jugak bersetuju
jika ada yg sudi berkongsi ilmu, why not :)
Katarsis, jika awak arif dlm bab ini
sudikanlah berkongsi dgn kami disini :rolleyes:
Posted Image
"SomeDay SomeWhere in the Sky...May WE Meet Again"
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you
Go to Next Page
« Previous Topic · Peringatan dan Teladan · Next Topic »
Add Reply
  • Pages:
  • 1

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................