Welcome Guest [Log In] [Register]
BARU DIBUKA! Klik butang Like dan temui ribuan pengguna laman web ini.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:


Add Reply
masalah remaja; fakta penting utk assignment
Topic Started: Mon Aug 1, 2005 12:12 pm (12,541 Views)
sweet_potatoes
Member Avatar
Rakan Karyawan - Quality Award Winner: FEB 2005
[ *  *  *  *  * ]
[size=7]Masalah remaja[/size]

TANGGAL 31 Ogos ini rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-47. Pelbagai persiapan dan program telah diatur bagi meraikan hari yang bersejarah itu.

Adakah dengan menyambut Hari Kemerdekaan sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan melaungkan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" sebaik sahaja detik 12.00 tengah malam sudah cukup memberi erti kepada rakyat negara ini?

Pengertian sebenar kemerdekaan adalah sesuatu yang amat sukar dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khusunya remaja yang semakin hari semakin dihimpit dengan masalah sosial yang sukar dibendung.

Apabila tiba detik 12.00 tengah malam golongan remajalah yang begitu ghairah untuk melaungkan kemerdekaan. Bagaimanapun mereka jugalah golongan yang banyak menyumbang kepada masalah sosial pada hari ini.

Sejak kebelakangan ini pelbagai masalah sosial menimpa masyarakat seperti gejala mencuri, meragut, penagihan dadah, rogol, samseng sekolah, lumba haram, lepak dan pembunuhan.

Remaja pada hari nampaknya sudah tidak gerun dengan undang-undang negara malah tidak takut jika dipenjarakan. Mereka seolah-olah memandang remeh terhadap permasalahan ini.

Ramai juga di kalangan pemimpin kita melahirkan rasa bimbang dengan masalah sosial khususnya membabitkan remaja dan meminta masyarakat berganding bahu menanganinya dengan berkesan.

Bahkan mereka juga meningatkan masyarakat setempat memainkan peranan serta sedar punca utama berlakunya masalah sosial itu.

Dalam hal ini, saya berpendapat antara langkah yang berkesan untuk menangani masalah sosial yang menjadi masalah besar kepada negara ialah didikan agama yang sempurna dan ia perlu diamalkan.

Dalam keadaan negara yang sedang menghadapi berbagai-bagai situasi yang boleh menyumbang kepada gejala sosial antaranya program hiburan yang tidak terbatas termasuklah cerita-cerita yang berunsurkan seks, ganas, bunuh dan bermacam-macam lagi, pendidikan agama amat penting.

Saya bukan tidak yakin dengan pendidikan di sekolah yang juga
mempunyai matapelajaran agama Islam atau pendidikan moral bahkan menjadi subjek wajib untuk semua pelajar tetapi ia tidak menyeluruh, tambah-tambah lagi keadaan zaman sekarang yang begitu mencabar keimanan umat Islam.

Jika remaja itu mempunyai didikan agama yang baik, mereka tidak mudah untuk terpengaruh dengan program-program yang melalaikan dan boleh merosakkan hidup mereka.

Bahkan hampir kesemua lapisan masyarakat berpendapat pendidikan agamalah yang boleh menghalang mereka daripada terlibat dengan perkara-perkara mungkar.

Salahkan ibu bapa

Di samping itu, ada juga sesetengah pihak yang menyalahkan ibu bapa kerana tidak mengawasi anak-anak mereka kerana sibuk dengan kerja masing-masing. Malah ibu bapa disaran meluangkan masa bersama anak-anak sebagai langkah mengatasi masalah ini.
Apa yang masyarakat dapat saksikan pada hari ini bermacam-macam kes telah berlaku melibatkan golongan remaja antaranya di Johor pada awal Ogos ini seorang remaja berusia 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret selepas didakwa membunuh seorang pembantu rumah di Taman Sri Skudai.

Begitu juga kes yang menyayat hati apabila seorang pelajar di Sekolah Menengah Agama Dato' Kelana Petra Ma'mor Seremban, Muhammad Farid Ibrahim mati akibat dibelasah oleh lapan pelajar sekolah terbabit pada 28 Mac lalu.

Pada 6 Julai lalu seorang pelajar undang-undang di sebuah universiti luar negara, Darren Kang Tien juga mati apabila dibelasah sekumpulan pemuda di sebuah restoran di Sri Hartamas.

Berdasarkan satu kajian sayap sosial MIC, kira-kira 30 peratus remaja India di Selangor terjebak dalam pelbagai kancah gejala sosial dan jenayah berat kerana tiada pedoman hidup atau bimbingan supaya mengelak terpengaruh dengan amalan negatif itu.

Secara ringkas, laporan kajian itu mendapati penagihan dadah, ketagihan minuman keras, kekurangan pendidikan dan ketiadaan peluang pekerjaan menjadi punca utama remaja beralih kepada jenayah atau terbabit dalam gejala sosial lain.

Dalam pada itu, seramai 10,926 pelajar ditangkap membabitkan 6,109 kes jenayah juvana di seluruh negara sejak 2000 sehingga pertengahan tahun ini.

Dari segi tangkapan mengikut bangsa, pelajar Melayu mencatatkan peratusan tertinggi serta menunjukkan kadar peningkatan sepanjang tempoh sama, iaitu 69.38 peratus atau 1,883 pelajar pada 2000, diikuti 75.36 peratus (1,734) 2001; 76.25 peratus (1,535) 2002; 78.53 peratus (2,012) 2003; dan 79.64 peratus (1,060) antara Januari sehingga Jun tahun ini.

Empat asas kekuatan

Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP) Aishah Mohammad, ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk Psikologi/Tingkah Laku Remaja Dari Perspektif Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Konvensyen Disiplin Murid Peringkat Kebangsaan 2004 di Kuala Lumpur mengakui punca utama masalah sosial yang dihadapi remaja ialah kegagalan mereka menguasai kekuatan asas bagi menghadapi kehidupan beradab.

Empat kekuatan asas ialah kekuatan akidah, kekuatan ilmu, kekuatan akhlak serta kekuatan ekonomi.

Antara jenis jenayah yang membabitkan pelajar ialah bunuh, samun berkawan tanpa senjata api, samun bersenjata api, samun tanpa senjata api, rogol, menyebabkan kecederaan, keganasan jenayah, curi dan pecah rumah siang hari, curi dan pecah rumah malam hari, curi lori/van, curi kereta, curi motosikal serta ragut.

Di samping itu, laporan Polis Kuala Lumpur telah membuat 184 tangkapan membabitkan pelajar berusia antara tujuh hingga 18 tahun yang melakukan pelbagai kes jenayah sepanjang tempoh 2002 hingga Mac lalu.

Apa sudah jadi dengan remaja pada hari ini, apa sumbangan mereka kepada negara ini sebagai satu hadiah bagi menyambut Hari Kemerdekaan yang bakal tiba nanti?

Siapa yang akan menjadi pelapis negara jika remaja di negara ini terlibat dengan masalah sosial? Siapa yang akan menerajui negara nanti, pencuri, perogol, peragut, atau pembunuh?

Posted Image
"SomeDay SomeWhere in the Sky...May WE Meet Again"
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
ZetaBoards - Free Forum Hosting
ZetaBoards gives you all the tools to create a successful discussion community.
Learn More · Sign-up Now
« Previous Topic · Info Kaunseling & Kerjaya · Next Topic »
Add Reply

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................