Welcome Guest [Log In] [Register]
BARU DIBUKA! Klik butang Like dan temui ribuan pengguna laman web ini.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:


Add Reply
TAMADUN JEPUN; TAMADUN ASIA
Topic Started: Sat Jul 30, 2005 7:49 pm (21,840 Views)
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
:ph43r: PENGENALAN: ASAL USUL ORANG JEPUN

Walaupun orang Jepun seperti bangsa-bangsa moden yang lain berasal daripada berbagai-bagai keturunan darah, mereka adalah pada dasarnya berketurunan Monggol yang rapat pertalian dengan jiran-jirannya di negeri Korea dan negeri China. Mengikut teori-teori yang diketahui umum, orang Jepun yang mula-mula menduduki kepulauaan Jepun adalah dari Selatan melaui Pulau Farmosa dan Ryukyu, tetapi bukti-bukti dari segi kaji purba menunjukkan dengan jelas bahawa kebanyakkan daripada orang Jepun yang mula-mula sampai ke Jepun melaluiKorea. Setengah-setengahnya pada mulanya mungkin berasal dari daerah yang lebih jauh di timur laut Asia, dan lain-lainnyamungkin berasal dari kawasan pantai China Selatan. Di sana mereka mungkin telah berhubung dengan orang Asia Tenggara dan pulau-pulau yang berdekatan dan kenyataan ini mungkin boleh menerangkan banyaknya persamaan yang rapat antara institusi Jepun yang kuno dengan institusi di kawasan-kawasan selatan di Timur Jauh.

Meskipun orang Jepun itu pada hakikatnya berketurunan Monggol, penduduk-pemduduk yang pertama menduduki pulau-pulau Jepun nampaknya adalah nenek moyang orang Ainu moden sekarang, suatu bangsa yang mungkin sebahagian daripada rumpun proto puteh, iaitu suatu kumpulan yang terpisah daripada rumpun bangsa puteh pada masa yang begitu awal, maka tidak semua cirri jenis Caucasian lengkap berkembang pada masa itu. Kaum Ainu barangkali pernah pada suatu masa, menduduki seluruh negeri Jepun tetapi mereka mempunyai kebudayaan zaman batu baharu yang dipunyai oleh oarng Monggol yang datang ke Jepun. Sebagai hasilnya dengan beransur-ansur mereka telah ditolak kearah Timur dan Utara melalui pulau-pulau Jepun yang bertali-tali sehingga mereka sekarang wujud hanya sebagai suatu bangsa yang cepat pupus, duduk diperkampungan yang primitif di bahagian-bahagian yang lebih terpencil di pulau Hokkaido di Utara dan di pulau-pulau yang lebih kecil lebih jauh di Utara.

Sumbangan orang Ainu kepada kebudayaan kebudayaan Jepun hanya sedikit, tetapi mereka mungkin telah mepengaruhi sifat-sifat bentuk badan orang Jepun , satu diantaranya ialah sifat orang-orang Jepun yang lebat bulu badannya berbanding dengan kaum Monggol yamg lain. Misai kasar pegawai-pegawai tentera dan saudagar-saudagar Jepun itu mungkin disebabkan oleh darah Ainu mereka ini.

Gansa dan besi mungkin mula-mula sampai ke Jepun kira-kira pada kurun Masehi yang pertama yang dibawa oleh gelombang-gelombang serangan kaum Monggol dari Korea.penyerang-penyerang ini ketara sekali berhubung rapat dengan kebudayaan yang separuh nomad orang-orang di timur laut Asia. Mereka ialah pejuang-pejuang berkuda, yang menggunakan pedang besi panjang lurus seperti yang didapati di Asia Utara, dan seperti kaum-kaum nomaddirantau itumereka mengkebumikan mayat-mayat ketua mereka ditempat-tempat yang bercangkat. Satu daripada lambing-lambang mereka yang biasa ialah satu jenis batu yang agak berharga dibengkokkan dalam bentuk koma yang besar, dan satu lagi ialah sebagai suatu lambing matahari. Permata-permata yang berbentuk agak serupa selalu dijumpai dalam usaha kaji purba yang diseluruh negeri Korea, dan cermin-cermin gangsa ternyata sekali dipinjam daripada orang-orang China,menunjukkan bahawa orang-orang ini telah pun ada sedikit hubungan dengan tamadun China yang lebih tinggi sebelum datang ke Jepun.

Penyerang-penyerang ini, dengan tamadun gangsa dan besinya yang lebih tinggi, dengan cepat menjadi kumpula yang unggul diantara berbagai bagai kaum di negeri Jepun pada masa awal itu. Mereka adalah peneroka negara Jepun yang ada dalamsejarah. Tiga diantara kepunyaan-kepunyaan mereka yang penting ialah pedang, permata yang melengkung dan cermin, akhirnya menjadi “ Tiga Lambang Kerajaan” iaitu sehingga hari ini masih menjadi lambing kuatkuasa kerajaan.

Penyerang-penyerang dari Korea berkumpulan ke dalam suku-suku yang kecil. Pedagang-pedagang China yang sampai ke Jepun Barat kira-kira pada tahun Masihi 200, mendapati negeri itu berpecah-pecahmenjadi negeri-negeri kecil berpuluh-puluh banyaknya dan berdasarkan menjadi negeri-negeri kecil berpuluh-puluh banyaknya dan berdasarkan persukuan, tiap-tipa suku di perintah oleh seorang paderi lelaki atau permpuan. Kira-kira pada masa itu juga, pemerintahan oleh kaum wanita, yamg selalu dibayangkan dalam cerita dongeng Jepun, diagakkan telah lemah dan memberi tempat kepada pemerintahan oleh kaum lelaki.

Perasaan perpaduan persukuan dan kepercayaan tentang pentingnya hak-hak dan kekuasaan turun temurun, dengan tidak syak lagi kuat dikalangan orang-orang ini, kerana kuasa-kuasa ini adalah unggul disepanjang sejarah Jepun dan masih lagi hidup di zaman moden ini. Barangkali tokoh perajurit aristokat, orang yang menunggang kuda, telah pun setakat ini penting dalam masayrakat Jepun, sebab bayangan tentang orang-orang ini dapat mengelakkan diri dari di nodai oleh tamadun China yang dipinjam, dan muncul pada suatu hari yang terkemudian sebagai tulang belakang negeri Jepun di zaman feudal.

Agama orang Jepun pada mulanya, adalah pad dasarnya hanya menyembah alam sekeliling, tetapi barangkali disebabkan oleh pengaruh China, kemudiannya memasukkan unsure menyembah nenek moyang. Dengan tidak bernama pada mulanya, akhirnya cara menyembah ini di beri nama Shinto, suatu nama yang bunyinya kecinaan. Erti Shinto ialah ‘kehendak-kehendak tuhan’. Shinto adalah usaha untuk membezakannya dengan ugama di tanah besar Asia yang di panggil ugama Buddha. Ia adalah didasarkan kepada perasaan takwa dihadapan suatu kejadian alam yang mengkagumkan seperti air terjun, gunung meruncing, pohon yang besar, batu yang aneh bentuknya atau benda-benda yang lebih rendah seperti ulat. Apa sahaja yang mengkagumkan dipanggil ‘kami’, suatu perkataan yang jika diterjemahkan bermakna ‘tuhan’ tetapi pada dasarnya bermakna ‘di atas’ dan ‘lebih tinggi atau mulia. Konsep kedewaan Shinto yang mudah ini hendaklah diingati dalam usaha memehami bagaimana di zaman moden orang Jepun menganggap maharaja-maharaja yang masih hidup dan kesemua perwira Jepun yeng telah terkorban kerana negara sebagai dewa-dewa.

Tempat di mana orang-orang berasa diri mereka kagum menjadi tempat suci dan akhirnya menjadi tempat keramat. Hari ni berpuluh-puluh ribu tempat yang seumpama itu berselerak di seluruh di negara Jepun. Di antaranya sekarang ini merupakan institusi-institusi terbesar yang umurnya tidak dapat ditentukan, dan yang lain merupakan pondok-pondok kecil bersama batu atau kayu yang didirikan baru ini di hadapan suatu pohon oak yang tua atau didalam lubang gua yang dalam.

Kepercayaan asas Shinto hari ini masih kekal dengan tidak ada perubahan sejak zaman prasejarah. Banyak usaha telah dilakukan dalam masa 1500 tahun yang lepas untuk mewujudkan satu agama yang tersusun dari adat yang menyembah alam yang mudah ini, dan baru-baru ini, denagn menegaskan cerita-cerita dongeng lama yang bersangkut-paut dengan Shinto, untuk menggunakan sebagai suatu alat perpaduan kebangsaan dan suatu ilham untuk semangat kebangsaan yang fanatik. Tetapi walaupun ada susunan-susunan yang di paksakan ini asas Shinto yang sebenar kekal tiada berubah, iaitu menyembah alam dengan cara yang mudah.

Penganut-penganut kebudayaan besi dan gangsa mula menyeberang dari Korea ka-Kyushu Utara dan Honshu Barat kira-kira dalam kurun yang pertama tahun Masihi, tetapi pemindahan ini berlarutan hingga beberapa kurun kemudiannya. Apabila bilangan mereka bertambah di Jepun, mereka mara ke Utara melalui Laut Pendalaman ke bahagian tengah negeri Jepun, dengan menakluki dan menyerap penduduk-penduduk yang lebih awal sambil mereka bergerak.

Satu daripada suku-suku mengikut tradisinya sendiri yang kabur, bergerak ke Utara melalui Laut Naikai dari tempatnya yang lebih awal di Kyushu dan akhirnya bertapak di Dataran Yamato yang kecil itu tidak jauh dari pantai sebelah timur laut Naikai. Di sana ia tumbuh dan berkembang, menerbitkan pecahan-pecahan di daerah-daerah baru dan meresapi kaum-kaum lain, sehingga ia mendapat suatu kedaulatan yang sederhana meliputi semua Jepun Tengah dan Jepun Barat dan juga beberapa bahagian di Korea Selatan.

Penguasaan Jepun ke atas Korea Selatan dihuraikan dalam sejarah tradisi Jepun sebagai hasil daripada penaklukan yang setengah ajaib oleh seorang perajurit. Suatu huraian yang lebih tepat ialah bahawa suku-suku di Korea Selatan, yang merasai diri mereka lebih hampir persaudaraannya dengan suku-suku yang telah menyeberang ke Jepun lebih awal, meminta pertolongan daripada orang-orang di Jepun Barat untuk menentang penyerang-penyerang baru dari Korea Utara. Walaubagaimanapun kuasa Jepun di Korea Selatan adalah pada kemuncaknya dalam bahagian kedua kurun yang keempat dan beransur lemah selepas itu, dan berakhir dalam tahun Masihi 562.

Kedaulatan suku Yamato dalam negeri Jepun tidak pula melenyapkan hak-hsk otonomi suku-suku, tetapi paderi besar kumpulan Yamato itu menjadi ketua di antara ketua kaum-kaum lain dan pemujaan istimewa suku ini menjadi pemujaan utama di dalam seluruh negeri. Dengan cara ini mereka menyembah Dewi Matahari, nenek moyang ketua-ketua suku Yamato yang bersifat mitos, menjadi pemujaan yang utama kepercayaan Shinto Jepun.

Daripada ketua-ketua paderi suku Yamato yang mendapat kuasa di atas ketua-ketua paderi yang lain dalam kurun ketiga dan keempat, maka terpancarlah keluarga di raja Jepun. Asal usul yang demikian tidaklah berapa mengagumkan sebagai keturunan langsung daripada Dewi Matahari seperti yang tersebut dalam tradisi Jepun. Walaubagaimanapun ia merupakan keturunan yang sangat awal apabila dibandingkan dengan asal-usul keluarga di raja di tempat-tempat lain di dunia. Kedaulatan suku Yamato itu adalah permulaan negara Jepun sendiri, suatu hubungan yang longgar di bawah satu suku yang utama, sangat kecil untuk dipanggil empayar seperti yang dinyatakan dalam sejarah tradisi Jepun, tetapi disangkal lagi suatu titik permulaan sebuah negara baru.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
SEJARAH AWAL JEPUN

Jepun atau Nihon(Nippon) dalam bahasa jepun dikenali secara meluas sebagai Tanah Matahari Terbit. Nihon sebenarnya bermakna asal matahari, iaitu matahari terbit. Jepun juga pernah dikenali sebagai Yamato. Nihon, telah diterima secara am sebagai nama untuk Jepun dan telah digunakan buat pertama kalinya oleh cendiakawan-cendiakawa. Korea yang telah ramai datang ke Jepun pada awal abad ke 7. Istilah Nippon telah digunakan dengan meluas semasa era Meiji(186-19120 dan Taisho(1912-1926). Selepas perang kedua, nihon disebaliknya lebih banyak digunakan dirujukkan kepada jepun.

Kepulauan Jepun terdiri daripada Honshu, Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan pulau-pulau kecil yang berhampiran. Honshu, yang merupakan pulau yang terbesar dan menjadi tempat tinggal empat-perlima daripada penduduk Jepun masakini. Beberapa buah daripada bandar-bandar yang terbesar di Jepun, seperti Tokyo, Osaka, Kyoto, Nagoya, Yokohama, dan lain-lain terletak di pulau ini. Jepun adalah sebuah negara yang kekurangan kawasan-kawasan dataran, prairi, dan sungai-sungai yang panjang lebar. Bagaimanapun, oleh kerana kedudukannya di zon monsun, ia mendapat hujan dan kelembapan yang secukupnya dan dengan yang demikian ia kaya dengan tumbuh-tumbuhan. Secara am iklim adalah sederhana, dan kempat-keempat musim, (bunga, panas, luruh, dan sejuk) adalah jelas berbeza.

Empat-perlima daripada negara Jepun diliputi oleh kawasan pergunungan dan seperlima oleh dataran lanar. Antara dataran-dataran lanarnya ialah yang terkaya terletak di Honshu, terutamanya di sebelah kawasan timur Jepun. Ketiga-tiga dataran tersebut ialah Kanto(terletak di Tokyo), Kinai(terletak di teluk Osaka) dan yang ketiga terletak di teluk Ise. Ketiga-tiga dataran ini mempunyai penduduk yang padat. Dataran-datarn tersebut amat penting dalam sejarah Jepun kerana ia merupakan kawasan-kawasan pengeluaran makanan dan juga sumber kekayaan dan kuasa utama. Oleh itu, Dataran datarn-dataran ini telah menjadi punca perselisihan dan persaingan di kalalangan tuan-tuan tanah dan keluarga-keluarga feudal.

Orang-orang Jepun sebahagian besarnya berketurunan Mongoloid dan dengan itu mereka mempunyai pertalian rapat dengan orang-orang Cina, Korea, Thai, Burma dan lain-lain. Mereka berbadan sederhana dengan potongan muka yang berbentuk bujur serta rambut dan mata yang berwarna hitam. Orang-orang Jepun berketurunan Mongoloid ini telah sampai ke Kyushu melalui negara China dan kemudian berhijrah ke Honshu, Shikoku, dan Hokkaido. Orang-orang Jepun juga telah bercampur aduk dengan kumpulan-kumpulan bangsa lain, misalnya orang-orang Ainu.

Orang-orang Ainu merupakan bangsa proto-Caucasoid yang telah menduduki Jepun terlebih awal daripada orang-orang Mongoloid. Beberapa ahli antropologi telah menganggarkan bahawa orang-orang Ainu hidup di jepun lebih kurang 5000 tahun yang lalu. Hasil-hasil penyelidikan arkeologi, misalnya pertukangan barang-barang tembikar, siput dan lain-lain, menunjukkan kewujudan suatu kebudayaan neolitik yang mungkin telah diteruskan oleh orang-orang Ainu. Apabila semakin ramai orang-orang Jepun (suatu proses yang telah berlanjutan sehingga abad ke8 TM), orang-orang Ainu, telah berpindah ke utara ke Hokkaido. Dalam proses tersebut, ramai orang Ainu kini merupakan suku bangsa Jepun. Orang-orang Ainu kini merupakan suatu bangsa yang sedang mengahadapi proses pemupusan dan mereka hidup dalam penempatan-penempatan kecil di Hokkaido.

Orang-orang Ainu merupakan salah satu penduduk yang paling awal mendiami Jepun. Pada asasnya mereka merupakan masyarakat primitif yang hidup memburu dan memungut makanan. Kemungkinan juga mereka telah menduduki beberapa ribu tahun yang lalu. Mereka juga telah memiliki kebudayaan yang meyerupai zaman neolitik. Orang-orang neolitik ini telah menggunakan alat-alat harian yang telah diperbuat daripada serpihan batu yang telah digilapkan, tulang ikan dan tanah liat.

Sejarah awal kebudayaan Jepun dikenali sebagai Jomon. Perkataan Jomon ini berasal daripada barang-barang yang telah direka oleh orang-orang Jepun dari tanah liat jenis Jomon. Pertukangan tembikar Jomon telah dijumpai di Jepun telah menunjukkan kehalusan seni dan corak-corak yang luar biasa. Ini menunjukkan bahawa penduduk asli Jepun telah mencapai taraf seni kebudayaan yang agak tinggi menjelang tahun 5000 SM.

Menjelang tahun 5000 SM dipercayai suku kaum ini telah mengikut aliran hidup yang kolektif dan tetap tanpa jurang perbezaan antara miskin dan kaya. Mereka juga mempercayai suatu jenis kuasa ghaib. Ini boleh disimpulkan dari rupa-rupa patung patung dewi yang diperbuat daripada tanah liat dan gada-gada batu besar yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ilmu sihir. Orang-orang yang sudah meninggal dikebumikan tanpa keranda, dengan tangan dan kaki dilipatkan dan kadangkala diletakkan sebuah batu yang besar di atas dada mereka supaya mereka tidak menjelma semula.

Pada hampir tahun 200 SM, pengaruh kebudayan dari negara China mula mengalir masuk ke Jepun. Dinasti han di negara China(206SM-24SM) mula menekankan pengaruhnya ke atas penduduk awal Jepun. Akibatnya masyarakat Jepun mula mengalami banyak perubahan. Seni berkebun dan meembuat perkakas-perkakas tembaga dan besi serta jenis periuk-belanga tembikar yang telah direka pada waktu itu iaitu dari zaman-prasejarah Jepun sehingga hampir abad ke14M. Barang-barang tembikar ini telah dicirikan oleh garisan-garisan inrus dan corak-corak ibi mudah dan kemas.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
ZAMAN-ZAMAN DALAM TAMADUN JEPUN

2.1 Zaman Yayoi


Era Yayoi telah dibezakan dengan pengenalan alat-alat logam dari benua asia terutamanya dari negara China. Suatu bentuk ekonomi pertanian telah juga diperkenalkan. Tanah-tanah telah dibuka untuk penanaman padi dan teknik-teknik pengairan telah digunakan dengan meluas yang telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam pengeluaran padi. Setelah amalan menyimpan beras dan hasil-hasil pertanian yang lain mula berkembang, maka wujud perbezaan di antara orang-orang kaya dengan orang-orang miskin. Perbezaan-perbezaan di dalam perkembangan sosial dan politik juga wujud di antara pihak pemerintah dan rakyat. Lama-kelamaan lebih ramai pemimpin-pemimpin politik mula muncul di jepun, seperti di Yamato(kini merupakan daerah Nara) dan Kyushu. Kumpulan Yamato atau Nara ini (nenek-moyang keluarga Imperial Jepun yang bertakhta sekarang) telah berjaya mendapat keunggulan ke atas golongan-golongan lain yang dipanggil Uji. Menjelang pertengahan abad ke 4 TM. Kekuasaan pemimpin-pemimpin yamato telah meluas ke hampir seluruh negara jepun kecuali di beberapa daerah di Kyushu, seperti bahagian timur-laut dan selatan pulau ini.

Pemerintah-pemerintah Yamato telah menuntut bahawa mereka berketurunan dari Dewi Matahari(Amateresu) dan dengan demikian mereka telah meneNtukan bahawa pemujaan dewi ini menjadi penyembahan yang ulung di negara ini. Simbol kekuasaan pemimpin-pemimpin Yamato ialah sebuah cermin tembaga, sebuah pedang besar yang panjang dan permata melengkung(digelar magatama) yang dibentuk seperti tanda koma yang kecil. Sebenarnya, ketiga-tiga khazanah ini menjadi bahagian yang penting Alat Kebesaran Imperial keluarga diraja yang sedang memerintah di Jepun pada masa sekarang. Pemerintah-pemerintah Yamato(yang merupakan keturunan keluarga diraja jepun pada masa sekarang) telah memberi kepimpinan awal di Jepun. Mereka juga telah berjaya membawa perpaduan kepada negara tersebut. Kerajaan yamato juga telah memperluaskan kuasa dan pengaruhnya ke beberapa bahagian di Korea Selatan, tetapi pengaruh tersebut berakhir pada 562 TM.

Kepercayaan agama orang-orang Jepun purba(iaitu dalam beberapa abad pertama TM) dikenali sebagai Shinto. Shinto atau “cara tuhan-tuhan” (ways of the gods) telah wujud lebih awal daripada Confucianisme atau Buddhisme di Jepun. Shinto yang telah dianggap sebagai agama pribumi jepun telah tidak mewujudkan prinsip-prinsip moral atau doktrin-doktrin falsafah seperti yang terdapat di dalam agama Buddha. Berbeza dari agama Buddha atau kristian atau islam, Shinto tidak mempunyai pengasas, tiada buku suci atau kitab, tiada guru-guru, tiada syahid dan tiada wali.

Shinto dalam bentuk asalnya mungkin boleh diterangkan sebagai suatu jenis pemujaan alam dan ia tidak merupakan agama yang teratur. Ia hanya memberi tumpuan kepada pemujaan alam, pemujaan roh-roh nenek moyang dan lain-lain. Shinto mempunyai banyak tuhan. Setiap golongan atau ‘Uji’ memuja satu Tuhan. Apabila masyarakat Jepun telah bersatu-padu di bawah pemerintahan Yamato, agama, tradisi-tradisi tempatan dan lain-lain telah bergabung ke dalam suatu polisi keagamaan dengan sistem upacara dan dan metos seluruh negara tertumpu kepada Dewi Matahari. Tuhan-tuhan Shinto diistilahkan juga sebagai’Kami’. Suatu perasaan kehairanan terhadap seringkali telah diterjemahkan sebagai tuhan tetapi konsep ini (iaitu Kami) berbeza sekali daripada pengertian tuhan sepertimana dalam agama islam dan kristian. Seperti yang telah dinyataknan terlabih dahulu, ‘Kami’ ialah Dewi Matahari yang dianggap sebagai nenek-moyang ulung keluarga diraja Jepun.

Pada keseluruhannya, Shinto telah mempunyai pengaruh yng kuat dalam sejarah Jepun. Beribu-ribu rumah berhala Shinto boleh didapati di Jepun pada masa sekarang dan rumah-rumah berhala ini biasanya dicirikan oleh pintu-pintu masuk yang dikenali sebagai torii. Shinto tidak melalui perubahan-perubahan yang besar sama ada dalam bentuk atau kandungannya. Tetapi dengan peredaran masa, ia telah menjadi suatu agama yang teratur di Jepun. Pada abad-abad ke19 dan 20, Shinto telah digunakan untuk membangkitkan perasaan nasionalisme dan perpaduan Jepun. Dalam tahun-tahun 1930an telah digunakan untuk mendorong kafanatikan orang-orang. Selain dari aspek ini, Shinto masih memberi tumpuan ke atas pemujaan alam dan tuhan-tuhan nenek moyang.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
2.2 Zaman Nara Dan Heain ( 710- 1185 Masihi )

2.2A: Zaman Nara

Zaman Nara bermula pada tahun 710 Masihi dan berakhir pada tahun 749 Masihi. Pada zaman Nara, Jepun banyak menjalin hubungan dengan Korea dan China sehingga membawa kepada Jepun dipengaruhi oleh sistem pemerintahan di China iaitu pemerintahan dibawah Dinasti Tang ( 618-906 Masihi).

Terbinanya tamadun Jepun zaman Nara bermula dengan perhubungan Korea dan China yang membawa akibat yang besar. Di antaranya ialah kemasukan kelompok-kelompok orang Korea yang datang menetap di Jepun; mereka ini terdiri daripada tukang yang mahir, seperti pekerja logam dan pakar dalam menternak ulat sutera.

Menjelang kurun ke-6 terdapat lebih daripada 100 000 orang Korea dan China dari Manchuria yang lahir di Jepun. Kebanyakan mereka terdidik dengan lebih sempurna sama ada dalam bidang pendidikan mahupun dalam pengetahuan pertukangan dan kemahiran seni- daripada orang Jepun yang kemudian meyerapi mereka. Sumbangan mereka kepad perkembangan kebudayaan Jepun tidak boleh diperkecilkan. Kepentingan Jepun dari segi mutu dapat diukur dari hakikat bahawa menjelang permulaan kurun ke-8 lebih daripada satu per tiga keluarga bangsawan Jepun mengaku diri mereka keturunan dari benua Asia, sama ada Korea atau China.

Oleh kerana begitu banyak menerima dari Korea dan China melalui Korea, orang Jepun tidak bersedia menahan kemasukan sesuatu agama yang akan berasing dengan kepercayaan asli mereka sungguhpun akhirnya kedua-dua agama ini melengkapi satu sama lain. Agama tersebut adalah agama Buddha, dan sampai di Jepun kira-kira pertengahan kurun ke-6.

Dari segi pengukuhan tamadun pada zaman Nara, maharaja Jepun iaitu Putera Shotoku sangat tertarik untuk mempelajari dan meniru corak pemerintahan Dinasti Tang yang unggul dalam tamadun China. Rombongan serta utusan-utusan Jepun dihantar ke China dalam menyelidiki corak pemerintahan Dinasti Tang. Walaupun perjalanan melalui laut dari Jepun ke China bukanlah satu perkara yang mudah tetapi rombongan-rombongan dari Jepun dan juga utusan –utusan yang dihantar telah berjaya sampai terus ke China dan mengunjungi ibu kota Empayar Tang iaitu Ch’ang-an. Rombongan utusan ini terdiri daripada beberapa sarjana Jepun yang kemudiannya tinggal di negeri China dan sering kali untuk tempoh yang lama supaya boleh mengkaji pelbagai aspek kebudayaan Tang sama ada yang bersifat agama atau politik. Di sini dapat kita lihat sifat unggul orang Jepun yang bersungguh - sungguh mahu belajar sesuatu yang baru apabila mereka bertembung dengan satu tamadun yang berbeza dengan tamadun mereka sendiri. Ini membuktikan bahawa orang Jepun mempunyai semangat dan sifat ingin tahu yang amat kuat dan mereka mempunyai minat yang mendalam untuk belajar kelebihan orang lain dan bijak memilih, meminjam, menyesuaikan serta ‘menjepunkan’ pengetahuan dan teknik orang asing.

Cabaran yang dihadapi pada zaman Nara ialah selepas kemangkatan Putera Shotoku pada 621 Masihi, suku Soga telah mengukuhkan dan menambah kekuasaan mereka serta menunjukan tanda-tanda yang mereka bersedia hendak merampas kuasa. Pada tahun 645 Masihi berlaku rampasan kuasa yang diketuai oleh Nakatomi-no-Ktamari yang dikenali sebagai Fujiwara Katamari.

Satu kerajaan pusat yang amat kompleks telah didirikan dan sekurang-kurangnya di atas kertas dapat dilihat setiap tingkat pentadbiran telah diubahsuai supaya selaras dengan sistem yang terdapat di China. Pada kurun ke-7, masih terdapat satu gabungan kesukuan yang agak longgar kerana bentuk muka bumi yang bergunung -ganang itu telah mernyebabkan masyarakat Jepun terpaksa menerima keadaan ini.

Walaupun nama keluarga yang memerintah itu disanjung tinggi kerana ianya didirikan atas tradisi agama asli Shinto yang diterima umun tetapi kuasanya sebagai pemerintah sebuah kerajaan tidak begiti kukuh. Kebangkitan keluarga Soga membuktikan bahawa sesuatu suku yang bercita-cita tinggi bukan sahaja boleh merampas kuasa tetapi juga mampu mengancam keluarga maharaja Jepun.
Oleh itu, untuk menguatkan kerajaan Maharaja Imperial dan sekaligus menyokong kuasanya sendiri, Fujiwara telah meniru contoh pentadbiran pusat dari China. Sebenarnya pentadbiran ini tidak berapa sesuai di Jepun dan sistem ini akhirnya telah runtuh kerana pelbagai suku di Jepun telah berusaha menghancurkan sebahagian besar sistem tiruan daripada Dinasti Tang ini.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
2.2B: Zaman Heian

Dalam sejarah Jepun, Zaman Heian yang dikatakan mahsyur dianggap bermula pada tahun 794 Masihi apabila istana di Heian-kyo didirikan di Kyoto dan berakhir pada tahun 1185 Masihi. Dalam tempoh itu sebuah kerajaan tentera telah ditubuhkan di bawah pimpinan Minamoto-no-Yoritomo.

Zaman Heian boleh dianggap sebagai suatu zaman yang penuh tradisi Jepun dan amat memberi perhatian kepada hidup berperaturan, beradab dan dilafazkan dengtan indah dalam kehidupan serta kesenian. Zaman Heian merupakan kebudayaan yang sangat mengambil berat tentang gaya terutama untuk mencapai kesempurnaan dalam bidang seni lukis, puisi, kesusasteraan, ukiran dan seni bina.

Sepanjang zaman Heian, keluarga Fujiwara iaitu pemerintah sebenar di Jepun pada keseluruhannya bersifat berperikemanusiaan dan memetingkan keindahan. Golongan penentang atau musuh mereka hanya dihukum buang negeri berbanding dengan cara tradisi iaitu dihukum mati. Walaupun keluarga Fujiwara tidak dapat menyebarkan kebudayaan Heian ke segenap lapisan masyarakat Jepun, tetapi mereka telah berjaya memperkenalkan adat memuliakan pelajaran dan ilmu serta cintakan kesenian.Budaya cintakan ilmu dan kesenian ini menjadi asas dan pengaruh untuk merebut kuasa di Jepun hingga kurun –19.

Pada zaman Heian, terdapat satu perubahan penting dalam kedudukan politik maharaja. Kuasa politik sebenar maharaja telah merosot dan susur galur maharaja telah masuk ke dalam keluarga Fujiwara kerana mereka telah menggunakan taktik berkahwin dengan keluarga diraja. Dengan perkahwinan seorang puteri dari keluarga Fujiwara dengan seorang bakal maharaja Jepun yang masih muda, telah menyebabkan maharaja dengan mudah dipujuk melepaskan tahtanya dengan alasan tanggungjawab maharaja adalah berat kerana bersangkut paut dengan hal-ehwal agama dan negara. Kemudian anak lelaki daripada hasil perkahwinan ini akan dilantik menjadi maharaja dengan dibantu oleh seorang Pemangku Maharaja ( Kampaku). Anggota keluarga yang paling berjaya, berkuasa dan terkenal ialah Fujiwara-no-Michinaga yang memeritah selama lebih 30 tahun di bawah lapan orang maharaja.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
2.3 Zaman Kamakura

Kerajaan Kamakura ini ditubuhkan oleh Yoritomo pada 1192M , beliau dilantik sebagai Sei-I-Taishogun. Kamakura terletak diwilayah sagami telah menjadi ibu negara dan pusat kegiatan politik Jepun. Zaman Kamakura juga merupakan kerajaan keshogunan iaitu bersifat kediktatoran tentera yang pertama dalam sejarah negara Jepun. Kerajaan seperti ini dipanggil kerajaan “Khemah” atau Bakufu dalam bahasa Jepun.

Apabila dilihat dari aspek pembinaan kerajaan Kamakura pada zaman Kamakura ini, secara keseluruhannya kerajaan ini mempunyai dua pusat pemerintahan iaitu Kyoto dan Sagami. Kyoto mengekalkan keagungan pentadbiran tradisional Jepun, yang mana ia menempatkan maharaja Jepun bersemayam dan lebih menumpukan kepada perkembangan sastera yang merangkumi penulisan sastera Jepun. Manakala Sagami pula merupakan jentera pentadbiran Kamakura. Ia menjadi pusat dominasi kuasa tentera oleh golongan Samurai.

Bagi mengekalkan kestabilan negara yang baru pertama kali menerima suasana pemerintahan yang berorentasikan kuasa tentera, Yorimoto dikatakan mengekalkan pentadbirannnya di bahagian Timur. Dari aspek pentadbiran kerajaan Kamakura pada asasnya mempunyai tiga jabatan iaitu Samurai Dakoro, Mandokoro dan Manchujo. Selain dari tiga unit asas utama dalam pentadbiran kerajaan, dua lagi jawatan diwujudkan oleh Yoritimo iaitu Shugo dan Jito. Dengan wujudnya jawatan-jawatan ini maka pentadbiran kerajaan Kamakura menjadi semakin kukuh. Tanggungjawab dan tugas utama setiap jabatan dalam kerajaan ini adalah seperti Samurai Dokoro yang diketuai oleh kumonjo bertanggunjawab menguruskan hal ehwal tentera dibawah autonomi jabatan supaya dapat mendisiplinkan golongan samurai.

Mondoro pula menguruskan urusan harian bakufu sementara manchujo pula menguruskan mahkamah agong dan membicarakan semua kes-kes awam. Sementara itu bagi jawatan shugo dan jito pula, kedua-duanya dianggap sebagai pegawai kerajaan dan mempunyai klasifikasi tugas yang berbeza. Shugo bertindak sebagai pegawai tinggi polis manakal jito bertanggungjawab menguruskan semua perkara berkaitan dengan tanah awam dan persendirian di wilayah-wilayah. Pemerintahan banyak memberi penekanan dari segi ketenteraan dan kehakiman. Ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerajaannya.

Dalam Zaman Kamakura menyaksikan pertumbuhan bilangan estet-estet persendirian atau ianya dipanggil juga Syo atu Syoen. Ini adalah hasil daripada pertumbuhan feudalisme. Dengan itu secara tidak langsung menyebabkan pemindahan kuasa dari kerajaan pusat kepada pengusaha-pengusaha wilayah dan tuan-tuan tanah wilayah. Calon-calon bagi jawatan Jito dan Shugo ditentukan sendiri oleh Bakufu Yamakura. Ini terbukti semasa pemerintahan Yorimoto telah memberi keutamaan kepada golongan tentera atau perwira yang dikenali sebagai Buke untuk mendapat tempat dalam jawatan tersebut. Ini adalah disebabkan oleh semasa menentang keluarga imperal Taira di Kyoto pada tahun 1184 dan keluarga imperal pusat iaitu keluarga imperal Fujiwara di Hiraizumi bagi menguasai pemerintahan seluruh Jepun.

Jika dilihat secara keseluruhannya, Bakufu Kamakura ini mempunyai sistem yang mudah dan ringkas. Hanya beberapa ribu pegawai-pegawai feudal yang kebanyakkannya berselerak sebagai Jito di seluruh Jepun dan ditadbir dibawah pemerintahan yang longgar dari pentadbiran pusat Bukufu Kamakura di Kanto. Walaupun begitu, namun ianya berjaya mengekalkan pemerintahan selama hampir 150 tahun iaitu dari 1192M-1333M dan menangani pelbagai masalah dan ancaman yang menjatuhkan kerajaannya.

Dalam Zaman Kamakura ini juga telah merakamkan pertumbuhan ekonomi yang positif dalam sejarah Jepun. Ini dilihat dalam peningkatan dan pertambahan hasil sektor pertanian yang besar. Seiring dengan itu menyebabkan kepelbagaian penggunaan
barangan dan alatan pertanian serta pembukaan kedai-kedai dan pasar yang meningkat. Tanaman padi diberikan perhatian yang khusus dalam sector pertanian ini. Ia juga merupakan makanan utama.

Akibat perdagangan yang semakin meningkat wujudnya pertumbuhan ekonomi wang. Wang kemudian menjadi perantaraan yang sah untuk tujuan pembayaran seperti tebusan cukai dan sebagainya. Ekoran dari kepesatan perdagangan dan aktiviti perdagangan telah membentuk satu seranta sosial masyarakat Jepun yang diklasifikasikan daripada bidang pekerjaan dan status mereka dalam masyarakat. Secara tidak langsung muncul satu lagi golongan pedagang yang menjual hasil barangan secara borong seperti beras, sake dan lain-lain. Golongan pedagang ini membentuk persatuan pedagang terutama di bandar dan di pekan.

Antara cabaran yang dihadapi semasa Zaman Kamakura ialah krisis politik Bakufu Kamakura. Beberapa ancaman dan permasalahan dalam kerajaan Kamakura antaranya ialah dua krisis utama iaitu hilangnya waris Minamoto dalam siri kepimpinan Bakufu Kamakura yang diasaskan oleh Yorimoto dan digantikan dengan pengganti-pengganti raja Hojo. Selain itu terdapat juga ancaman luar iaitu dari negara Monggol dan Genjiz Khan.

Selepas kematian Yoritomo pada 1199, Kepimpinan Kamakura Bakufu telah beralih kepada jandanya iaitu Masako bersama ayah serta adiknya iaitu Hojo Yoshitoki. Mereka telah berkuasa dan bersama-sama dalam komplot pembunuhan anak Yoritomo yang bakal menggantikan kepimpinan Kamakura iaitu Yoriie dan Sanetomo yang berumur 11 tahun. Mereka kemudian meletakkan Fujiwara yang masih kecil sebagai pemerintah yang akhirnya berfungsi sebagai puppet begitu juga maharaja Kyoto hanya kekal sebagai maharaja tetapi jentera pentadbiran sebenarnya adalah ditangan kerajaan tentera di Kanto.

Walau bagaimanapun terdapat buku menyatakan bahawa selepas kematian Yoritomo, beliau telah diganti oleh anaknya Yoriie yang baru berusia 17 tahun. Jeneral-jeneral Yoritomo ingin merebut kuasa pemerintahan dan bimbang sekiranya Yoriie merupakan seorang yang berkaliber dan bijak mentadbir satu masa nanti pasti kedudukan dan keistimewaan mereka akan goyang. Ini telah membawa kepada peristiwa pembunuhan Yorrie oleh Hojo Tokimasa pada 1204 kerana beliau mahu berkuasa penuh. Peristiwa ini juga berlaku terhadap adik Yorrie iaitu Sanetomo yang menggantikan tempatnya.

Kerajaan Kamakura mendapat ancaman dari kerajaan luar yang cuba melemahkan penguasaan mereka. Ini merupakan cabaran kepada kerajaan kamakura. Ancaman yang diterima oleh mereka ialah serangan tentera Monggol yang diketuai oleh Kublai Khan lewat abad ke 13. pada masa itu Monggol yang menguasai China mahu Jepun tunduk kepada kekuasaannya. Kublai Khan terus menyerang Utara Kyushu pada tahun 1274 dan 1281 kerana Kerajaan Kamakura tidak melayan kehendak mereka.

Walau bagaimanapun serangan ini gagal kerana berjaya dipatahkan oleh pemangku raja iaitu Hojo Tokimune. Faktor lain yang menyebabkan kegagalan serangan ini adalah kubu pertahanan yang dibina oleh pihak Jepun dan serangan kecil dari bot-bot penyerang di perairan Jepun. Bukan itu sahaja, ribut taufan juga telah berjaya melemahkan dan memusnahkan angkatan laut Kublai Khan.

Akhirnya, Kerajaan Kamakura berakhir pada tahun 1333 Masihi akibat timbulnya cubaan dari beberapa orang maharaja Jepun yang berusaha menggulingkan kerajaan tersebut. Pada tahun 1333, Maharaja Godaigo (1288-1339) dengan bantuan jeneral-jeneral utama seperti Kosunoki Masashige (1294-1336), Nitt Yoshisada (1301-1338) dan Ashigaka Takauji (1305-1358). Akhirnya maharaja Godaigo berjaya mengambilalih namun selepas dua tahun baginda telah kehilangan kekuasaan politiknya. Ini adalah kerana baginda sendiri tidak mampu melawan kuasa kelas-kelas tentera wilayah, termasuklah golongan Shugo dan Jito.

Akibatnya kerajaan imperal tidak mampu menjaga dan menguruskan hal ehwal pentadiran negara Jepun semakin kehilangan kuasa, sedikit demi sedikit rakyat mula hilang kepercayaan terhadap pemerintahan Imperal. Pada ketika ini seorang jeneral tentera telah membantu Maharaja Godaigo pada ketika itu iaitu Ashikaga Takauji telah muncul memberontak dan menentang kerajaan imperal dalam tahun 1335. Pada tahun 1338, Takauji melantik dirinya sebagai Sei-I-Taishogun dan mengasas kerajaan Bakufu yang baru dinamakan Kesyogunan Ashikaga.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
2.4 Zaman Kesyogunan Ashikaga

Sebelum zaman kebangkitan pemerintahan kerajaan Kesyogunan Ashikaga, Jepun berada di bawah pentadbiran Maharaja Godaigo. Pemerintah pada zaman kesyogunan Ashikaga Takauji adalah seorang pemimpin tentera di bawah pentadbiran Maharaja Godaigo Kebangkitan Pemerintahan Kesyogunan Ashikaga adalah di sebabkan oleh kegagalan pemerintahan Maharaja Godaingo menjaga kepentingan komander tentera di bawah pentadbirannya. Ashikaga Takauji pada masa itu tidak berpuas hati dengan Maharaja Godaigo mengenai perlantikan gabenor wilayah tentera kepada puteranya dan bukan kepada tentera yang menyokongnya. Ashikaga Takauji telah bangkit dan memberontak menentang kepimpinan Maharaja Godaigo. Pada tahun 1336 Ashikaga Takauji dengan kerjasama Maharaja Komya berjaya mengalahkan Maharaja Godaigo. Dua tahun kemudian Ashikaga Takauji telah di beri taraf shogun.

Ashikaga shogun yang berjaya mengambil alih pemerintahan mengalami kesukaran untuk membentuk satu kerajaan yang kuat. Ini di sebabkan kekurangan ilmu dalam hal-ehwal menguruskan pentadbiran negara. Namun demikian pengaruh Ashikaga Shogun bertambah teguh melalui sistem persekutuan feudal diperkenalkan serta kemampuan Ashikaga mengawal vassal dengan tentera. Keluarga Ashikaga di beri kelebihan dalam kekayaan dan sumber tentera pada setiap vasalnya.Untuk rumah tentera yang mana memberi khidmat kepada shogun sebagai vasdal dan kawasan pengaruh dan kekuasaan..Ashikaga Shogun mengambil tindakan mengabungkan dengan kekuasaan tentera bagi mengukuhkan kedudukanya. Ashikagun telah membina Bakufunya di Kyoto iaitu Shikimoku sebagai satu piagam politik yang boleh membawa perubahan dalam pentadbirannya. Namun hakikat pembinaan itu tidak membawa banyak kesan yang positif seperti yang dirancang. Sistem pentadbiran Ashikaga yang termaktub pada Bakufu mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Shugo merupakan pegawai tertinggi dalam kerajaaan persekutuan dan kerajaan tentera tempatan. Organisasi pusat yang terdiri daripada shogun-shogun menjadi vassal yang merupakan pembantu yang baik. Oleh yang demikian mereka telah menjadi satu unit yang boleh mengimbangi kuasa ashikaga. Shogun berada di tahap yang paling tinggi dan dibawahnya dibahagikan kepada empat wilayah iaitu Kanto Kubo (Timur), Kyoto Kanrei, Wilayah Shogun dan Wilayah Barat.Kanto.
Di Wilayah Timur ia di ketuai oleh Kanta Kanrei yang merupakan wakil kepada shogun. Di system pentadbiran pusat, ketua pentadbiran ialah Kanrei yang dipilih daripada tuan-tuan tanah shogun yang paling berkuasa iaitu Shaiba, Hatakeyama dan Hosokawa. Ketiga-tiga kuasa ini di kenali sebagai sankan yang mampu mengimbangi kuasa vassal Ashikaga. Dari segi perancangan ketenteraan, ketua pentadbiran yang penting digelar Ketua Samurai. Jawatan ini akan di berikan oleh keluarga yang bertanggungjawab serta mampu mempertahankan polisi Ashikaga. Mandora pula bertanggungjawab bagi kewangan shogun, manakala jawatan setiausaha dan perekod gudang cadastral di gelar Manchujo. Polisi pentadbiran jeneral pula dibahaskan dalam Dewan Perundangan majlis tertinggi. Shogun berkuasa untuk melantik sejumlah pentadbir rasmi yang akan memegang jawatan-jawatan tertentu dari kalangan keluarga.

Selepas tahun 1368, pemerintahan kerajaan Ashikaga di warisi oleh Yoshimitsu, struktur pemerintahan yang di buat berdasarkan kesetiaan dan perpaduan. Peranan yang dimainkan oleh Yoshimitsu dan pegawai bawahannya dikawal dengan keras tetapi adil, dan pengawasan vassal adalah terlalu subjektif untuk dikawal. Undang-undang dikuatkuasakan dan arahan pemimpin dipertahankan walaupun kebanyakan baron tidak setuju dan tidak menyenangi tindakan pemerintah. Disini dapat dilihat kekurangan kekuatan dan sokongan pada kuasa pusat untuk merancang dan mengatur perjalanan pentadbiran kepada polisi yang lebih mantap. Kekuatan baron semakin berpengaruh dan pemimpin Ashikaga tidak mampu mengawal dan menyekat pengaruh baron yang semakin kuat. Pada akhir abad ke-14, Kanrai yang menjadi ketua pentadbiran di pusat dapat megimbangi kuasa di Bakufu daripada pentadbiran Ashikaga. Mereka dapat melantik pegawai daerah di setiap kawasan dengan kuasa yang terbatas. Kepentingan pentadbiran kerajaan Ashikaga juga terjejas kerana kelemahan mereka mengawal tindakan pemimpin bawahan mereka yang suka membuat keputusan yang terburu-buru. Samurai-dokoro juga telah berjaya mengambil alih kuasa pentadbiran di Bandar dan daerah daripada Ashikaga. Mereka telah mengambil alih kuasa dan memegang tanggungjawab yang penting bagi mengawal keselamatan awam.

Pada zaman kerajaan Ashikaga, perkembangan ekonami berlaku dengan pesat melalui pengagihan kuasa yang diperkenalkan. Masyarakat yang terpisah berdasarkan kelas dapat disatukan melalui pembinaan Bakufu. Apabila hubungan masyarakat bertambah baik, proses pembinaan ekonomi bertambah mantap diikuti oleh hasil pengeluaran yang banyak dari bidang pertanian secara komersil. Sistem tanaman secara giliran diusahakan dengan menanam gandum atau barli selepas penanaman padi. Pembaziran tanah selepas penanaman padi dapat di atasi dan membantu menambahkan pendapatan kerajaan Ashikaga. Ketua tentera wilayah juga memberi galakan kepada petani supaya meningkatkan hasil pertanian mereka dengan menggunakan teknologi yang baik dalam pertanian.Kaedah pengairan secara pengawalan sungai telah di pertingkatkan bagi mengairi kawasan pertanian.Pembukaan tapak pertanian secara komersil telah membantu sepenuhnya perkembangan ekonomi Ashikaga.Sapi dan kuda digunakan dengan lebih meluas untuk proses penanaman.Kawasan pertanian yang mempunyai perkampungan kecil telah bertukar kepada perkampungan besar dengan jumlah penduduk semakin bertambah.Dalam bidang industri, pengeluaran barang-barang tembikar telah meningkat dengan pesat dan bandar Seto di wilayah Omari menjadi pusat pengeluaran barang-barang tembikar di Jepun.Dari segi status kawasan pentadbiran Ashikaga, setiap daerah mempunyai Bandar dan penduduk sentiasa bertambah terutamanya di kawasan kuil dan makam yang menjadi tumpuan rakyat.Pengekalan secara langsung golongan feudal berkuasa dan terpengaruh membantu perkembangan ekonomi seterusnya menambahkan kemajuaan sesuatu bandar. Kawasan pasar juga mula mengalami perubahan apabila banyak gudang-gudang dibina sambil mendiri rumah kecil untuk peniaga tinggal akhirnya berkembangan menjadi bandar.Pertumbuhan ekonomi Kesyogunan Ashikaga juga dikenalpasti melalui pengenalan dan pertumbuhan tanomoshiko atau mujinko yang merupakan persatuan-persatuan kewangan. Pusat-pusat pertukaran wang,kedai-kedai beras dan sake (sekaya) juga mila berkembang secara pesat dan proses ini telah dipercepatkan oleh kemajuan perdagangan tempatan dan luar negeri, terutamanya dengan negara China.

Melalui dasar pentadbiran yang di lakukan oleh kerajaan Ashikaga ini sebanarnya telah menyebabkan pemerintah Ashikaga yang digelar shugo mengalami kekurangan pengaruh secara berperingkat-peringkat seterusnya mengalami kejatuhan.Dari segi kawalan politik,Kesyogunan Ashikaga telah gagal mengenakan kawalan sepenuhnya keatas kelas tentera wilayah dan daimyos atau tuan-tuan tanah feudal.Mereka amat berkuasa dan siap sedia berperang atau memberontak terhadap pemerintanan Ashikaga yang berpusat di bakufu.walaupun mereka terdiri dari daripada provokasi yang kecil.Pentadbiran Ashikaga pula tidak mempunyai pemimpin yaang berkaliber. Sebahagian daripada mereka banyak membazirkan kekayaan Bakufu keatas projek-projek mewah.Di bawah pimpinan Yoshimitsu,Kerajaan Ashikaga telah membina kiul Pavilion Emas yang termashur sementara di bawah pemerintahan Yoshimoto telah membina sebuah bangunan yang hampir sama yang dipanggil Pavilion PerakPembinaan bangunan ini mengaut sumber-sumber ekonomi Bakufu.Keadaan ini telah membawa kejatuhannya. Faktor-faktor lain yang telah membawa kepada kejatuhan Ashikaga ialah kebuluran yang telah berlaku pada tahun 1940 dan wabak penyakit yang berlaku pada tahun 1425.Pemberontakan petani dan Perang onin telah melemahkan lagi Kesyogunan Ashikaga.Perang Onin (1467-1478) telah memusnahkan pusat pentadbiran Kerajaan Ashikaga di Kyato.Ia berpunca kegagalan kuasa pusat untuk campur tangan dalam perselisihan yang sengit di antara dua kumpulan keluarga Kavei yang bersaing untuk merebuk pengaruh.Perselisihan itu dipimpin oleh Hosokawa dan Yamana. Tuan-tuan tanah feudal yang lain juga telah campur tangan dalam perselisihan ini yang menyebabkan huru-hara bertambah runcing.Pergaduhan ,rompakan dan pembakaran harta benda telah berlaku secara berluasa selama beberapa tahun dan menyebabkan kemusnahan Kyoto dan kawasan-kawasan sekeliling.Dalam peperangan ini, kemenangan di perolehi oleh kumpulan Hosokawa dan mereka meluaskan pengaruh dan kekuasaan ke atas Syogun-syogun Ashikaga.Kejatunhan Syogun-syogun Ashikaga dipercepatkan lagi oleh kedudukan dominan keluarga Hosakawa yang mula berkuasa melantik dan memecat beberapa orang Syogun.Mereka telah memaksa beberapa orang Syogun yang di kalangan keluarga Ashikaga meletak jawatan dan melantik ahli keluarga mereka sebagai Syogun. Keadaan ini menyebabkan Kesyogunan Ashikaga beransur-ansur hilang pengaruh dan kuasanya di Jepun. Pada tahun1565,Syogun Ashikaga iaitu Yoshiteru telah dibunuh dan beliau telah diganti oleh Ashikaga Yoshihide yang meninggal dunia tiga tahun kemudian. Yoshiaki telah dilantik sebagai Syogun oleh Oda Nobunaga yang telah menjadi seorang daimyo yang paling berkuasa di Jepun.Yoshiaki kemudian telah dipecat oleh Nobunaga dalam tahun 1573.Keadaan ini telah menamatkan zaman pemerintahan Kesyogunan Ashikaga di Jepun.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
2.5 Zaman Sengoku Jidai

Zaman Sengoku Jidai ini berlangsung sekitar tahun 1460 hingga 1573 masihi. Zaman ini juga dikenali sebagai zaman peperangan. Dimana pada zaman ini, pertempuran dan dan siri peperangan antara daimo-daimo seringkali berlaku. Setiap daimo-daimo bersaing diantara satu sama lain untuk menguasai suatu kawasan. Khususnya, kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian. Penguasaan kawan seperti ini membolehkan kuasa dan kedudukan suatu daimo akan lebih kauta dan stabil.

Faktor kelemahan pengaruh dan kuasa penganti Youshimasa serta ketiadaan kuasa keluarga Liosokawa terhadap daimo-daimo menyebabkan daimo-daimo ini bebas bersaing dan berperang diantara satu sama lain untuk mnguasai wilayah-wilayah bagi mengukuhkan kedudukan masing-masing. Oleh itu, pergolakan, peperangan dan ketidak stabilan osial seringkali berlaku pada zaman ini.

Dari segi sruktur politik dan sosial pada zaman ini, daimo berkuasa keatas suatu kawasan yang dikuasainya dan ini sekali gus mengantikan sistem pemerintahan Bakufu atau hubungan feudal. Tanah milik daimo ini diwariskan pada seorang pewaris yang sulung dan pewaris ini tidak semestinya anak lelaki atau perempuan. Ini menyebabkan kuasa dan kedudukan daimo semakin kuat. Dari segi ketenteraan dalam zaman ini, semangat kepahlawanan dan berani mati dikalangan pahlawan daimo serta kesetiaan terhadap ketua juga telah melahirkan manusia yang sanggup mlakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan dan mengembalikan kuasa. Penguasaan daimo terhadap suatu kawansan membolehkan ia mempunyai pekerja dan tentera yang ramai. Ini sekali gus menyebabkan kuasa dan kedudukan daimo semakin kuat. Disamping itu, kemasukan pedagang portugis di Jepun ini dan pengenalan terhadap senjata api iaitu sejenis senapang yang dikenali juga sebagai matchock muskets menyemarakkan lagi peperangan. Para daimo juga turut menyambut baik kemasukan pedagang portugis ini menyebabkan senjata yang lebih moden diperkenalkan. Oleh itu, pertempuran dan pergolakan dalam negara seringkali berlaku antara daimo. Sementara itu juga, raja yang memerintah Jepun ini juga tidak mempunyai kuasa dan pengaruh terhadap daimo-daimo.

Pada 1551, Oda Nobunaga telah menjadi penganti ayahnya dalam Daimo Owari. Bagi mengukuhkan kedudukannya, Oda Nobunaga telah melancarkan kempen ketenteraan bagi menghapuskan musuh-musuhnya. Menjelang 1559, Oda Nobunaga berkuasa penuh di wilayah Owari setelah menumpaskan adiknya. Selain itu juga, kuasanya makin bertambah apabila shogun-shogun menjalinkan hubungan persahabatan dengannya. Kebijaksanaan oda Nobunaga di dalam mengatur strategi dan tenteranya yang sanggup berani mati demi untuk kemenangan membolehkan beliau mengalahkan Imaga iaitu seorang daimo yang sangat berkuasa di wilayah Suruga dan juga menewaskan Saito Dosan iaitu tuan tanah di daerah Mino. Ini memnyebabkan kuasanya semakin mantap. Pemerintahan Oda Nobunaga bersifat kuku besi iaitu beliau berkuasa mutlak di dalam perlantikan dan pemecatan seorang bakufu. Sistem ini sekali gus menamatkan sistem pentadbiran Keshogunan Ashikaga di Jepun. Pada 1570 Oda Nobunaga telah memecat Yoshiaki yang mula menentang dan dan mencabar kekuasaannya.

Oda Nobunaga juga turut mendapat tentangan daripada Ishiyama Honganji iaitu pemimpin mazhab Ikko. Pada 1570, angkatan tentera Oda Nobunaga telah ditewaskan oleh sami-sami dari mazhab tersebut. Namun, angkatan tentera Oda Nobunaga bangkit dan seterusnya berjaya memusnahkan kediaman Ikko di Naga di Nagashima. Seterusnya pada 1580, Ishimayama Honganji turut ditewaskan. Pada 1568, beliau berjaya menguasai kawasan peleburan logam di wilayah-wilayah sekitar Kyoto. Namun hasrat beliau untuk menyatukan Jepun tidak kesampaian apabila Akechi Mitsuhide iaitu jeneral yang dipercayainya telah membunuhnya pada tahun 1582. Kematian Oda Nobunaga telah dibela oleh Toyotomi Hideyoshi apabila berjaya menewaskan Akechi dalam pertempuran Yamakazi dan hasrat untuk meneruskan impian untuk menyatukan Jepun telah diteruskan oleh Toyotomi Hideyoshi.

Toyotomi Hideyoshi bertindak bijak di dalam perwarisan takhtah terhadap dua anak Oda Nobunaga dengan melantik cucu Oda Nobunaga sebagai penganti. Sekali gus menyelesaikan masalah ini. Disamping itu, pembahagian tanah Oda Nobunaga turut diselesaikan dengan membahagikan wilayah-wilayah kepada anak-anak Oda Nobunaga dan di kalangan jeneral-jeneralnya. Selain itu, majlis yang terdiri daripada empat orang jeneral ditubuhkan dan ia berfungi untuk menjalankan pentadbiran hal ehwal kerajaan. Selain daripada itu, terdapat juga ahli majlis yang lain iaitu Ikeda, Niwa dan Shibata. Namun, pertikaian dikalangan ahli majlis telah menyebabkan kekacauan politik iaitu permusuhan Toyotomi Hideyoshi dengan Shibata berlarutan hingga tahun 1583. Pada tahun yang sama, Toyotomi Hideyoshi berjaya mengalahkan Shibata dalam pertempuran di Shizugatake. Toyotomi Hideyoshi mara dengan menawan wilayah-wilayah Noto, Kaga dan Etchu. Tindakan ini sekali gus memperkukuhkan kedudukan politik Toyotomi Hideyoshi. Selain itu juga, Toyotomi Hideyoshi berjaya menangani konfrantasi di Onai.

Pada tahun 1585 Masihi, Toyotomi Hideyoshi menjadi pemangku raja dan menakluki pulau Shikoku. Setahun kemuadian, beliau menjadi ketua menteri dan pada 1587, Toyotomi Hideyoshi menakluki Kyushu. Toyotomi Hideyoshi berjaya menguasai Istana Odawara iaitu milik keluarga Ujimasa di wilayah Sagami. Toyotomi berkuasa ke atatas wilayah Kanto apabila berjaya mengalahkan kebangkitan di Mitsu dan Dewa. Penaklukkan terhadap wilayah Kii dan Izuma merealisasikan usaha penyatuan Jepun.

Selepas berjaya menyatukan Jepun, sasaran Toyotomi Hideyoshi seterusnya adalah untuk menawan China. Pada tahun 1592, tentera Jepun menceroboh Korea dan menakluk Seol selama beberapa minggu. Bagaimana pun, mereka dihalau balik oleh askar-askar China dan Korea dalam tahun yang berikutnya. Toyotomi Hideyoshi tidak mengaku kalah sehinggalah penyingkiran terakhir dari Korea pada tahun 1598 dan pada tahun yang sama Toyotomi Hideyoshi meninggal dunia.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
2.6 Zaman Kesyogunan Tokugawa

2.61 Pembinaan

Kesyogunan Tokugawa telah diasaskan oleh Tokugawa Ieyasu (1603-03). Beliau telah menyertai Perang okehazama antara Oda Nobunaga dan Imagawa. Beliau telah mengukuhkan kedudukannya dengan menjadi sekutu rapat Oda Nobunaga yang dipercayai. Ini dapat dibuktikan apabila Oda Nobunaga mengahwinkan anak perempuannya dengan anak sulung Ieyasu iaitu Nobuyasu. Pada yahun 1567, beliau menjadi pemerintah Mikawa dan diiktirafkan oleh kerajaan imperial kuasanya dan memakai nama keluarga Tokugawa. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang majlis pemangku raja yang diwujudkan oleh Toyotomi Hideyosi. Pada tahun 1603, beliau telah dilantik menjadi Shogun dan meletakkan jawatan dan digantikan oleh anaknya iaitu Hidetada. Beliau juga terkenal sebagai Daimyo yang terkuat di Jepun.


2.62 Pengukuhan

Aspek feudalisme tidak dapat diketepikan kerana ia berperanan untuk mencorakkan dan merupakan unsur-unsur penting dalam pembentukan pentadbiran.Ini bertujuan untuk memberikan pemerintah sama ada Syogun Tokugawa atau pengganti-penggantinya mentadbir negara jepun melalui kuasa mutlak.

Di peringkat asas, pentadbiran digerakkan oleh tiga badan terpenting pentadbiran peringkat tertinggi iaitu pertama Tairo (majlis penasihat-penasihat agung). Tairo berperanan dan bertanggungjawab untuk meemberikan nasihatkepada syogun mengenai dasar-dasar penting negara menjadi pemangku raja jika syogun yag dilantik belum dewasa. Kedua Roju (majlis tertua) membentuk majlis negara dengan keanggotaannya berubah mengikut keperluan pentadbitan feudalisme. Roju berperanan dan bertanggungjawab untuk menguruskan dan mengendalikan hal ehwal istana raja, kuge (golongan bangsawan) dan golongan daimyo, menyelia hal ehwal dalam negeri selain mengawasi tempat-tempat suci(biara). Ketiga Hyojoho(majlis kehakiman) ialah sebuah majlis yang dianggotai oleh roju dan sebilangan kecil pesuruhjaya(bug-yo) yang mengetahui beberapa jabatan penting dalam pentadbiran feudalisme bakufu.peranan dan tanggungjawab hyojosho terakluk dalam bidang kehakiman kerana tidak wujud pemisahan bidang kuasa yang jelas antara kuasa eksekutif (pelaksana) dan kuasa kehakiman.

Selain tiga badan ini pentadbiran Kesyogunan Tokugawa terdapat beberapa jabatan-jabatan penting kerajaan berpengaruh. Antaranya ialah penasihat-penasihat rendah(waka doshiyori) ,setiausaha-setiausaha sulit syogun(sobayonin), penyelia upacara(sojabon), gabenor-gabenor raya istana di Kyoto dan Osaka(jodai), dan wakil peribadi syogun di Kyoto(Kyoto shoshida). Dalam bidang pentadbiran, kekuasaan dan keunggulan kesyogunan tokugawa ditentukan oleh bentuk pentadbiran Bakufu.

Bakufu pertama Kesyogunan Tokugawa iaitu Syogun Tokugawa Ieyasu telah memeperkenalkan beberapa dasar-dasar untuk mengukuhkan kesyogunan ini dan bermatlamat untuk melemahkan kuasa-kuasa tuan daimyo atau tuan-tuan feudal. Dasar-dasar ini diperkenalkan berikutan kebimbangan tentang konsep kesetiaan daripada kuasa-kuasa daimyo yang berpotensi dan berkeupayaan menggugat Kesyogunan Tokugawa. Antara dasar-dasar yang diperkenalkan adalah seperti berikut:

Pertama membentuk satu sistem untuk membolehkan kawalan dan perhatian ketat diberikan ke atas kuasa-kuasa daimyo dan kegiatan tuan-tuan tanah feudal yang dianggap mencurigakan.

Kedua, mengeratkan beberapa sekatan ke atas daimyo dengan memberikan tugasan yang dianggap membebankan sumber kewangan antaranya membaiki kerosakan-kerosakan istana.

Ketiga, langkah mengelakkan komplot dan subahat dengan memperkenalkan peraturan menghadkan keluasan istana-istana daimyo ini dan perkahwinan di kalangan daimyo dikawal. Keempat, pengenalan suatu kod panduan tatatertib dan kelakuan mereka dikenali sebagai buke so-hatto(peraturan bagi rumah-rumah tentera). Kelima, mengukuhkan kekuatannnya melalui pengumpulan harta kekayaan dan meembendung kegiatan kelas tentera dan daimyo-daimyo Tozama.

Selain itu, beliau telah mewujudkan struktur politik yang telah mengekalkan kuasanya ke atas semua lapisan masyarakat feudal Jepun termasuk maharaja dan golongan bangsawan istana(kuge) selain golongan daimyo, samurai atau pahlawan, petani, golongan pertukangan dan pedagang-pedagang. Beliau juga telah memperkenalkan satu peraturan untuk menyekat kuasa maharaja dan golongan bangsawan.


2.63 Cabaran

Dalam mejalankan pemerintahan shogun tokugawa menjalankan pentadbiran yang tegas dan menindas. Walaupun shogun tokugawa memberi jaminan akan menjaga dan mempertahankan kedudukan maharaja, namun pengawasan yang ketat dikenakan terhadap maharaja dan juga rakyat. Maharaja dinasihatkan jangan turut aktif dalam soal pentadbiran. Maharaja kecuali mendapat kebenaran daripada shogun tokugawa. Rakyat hanya dibenarkan melihat maharaja setahun sekali. Rakyat hendaklah membuat pekerjaan-pekerjaan yang ditetapkan dan golongan daimyo hendaklah mengabdikan diri kepada shogun tokugawa di istana dalam masa tertentu selama empat bulan. Kelemahan pentadbiran shogun tokugawa. Di peringkat awal pemerintahan Shogun Tokugawa merupakan zaman kejayaan dan kegemilangan. Kemajuan-kemajuan telah dicapai pada zaman Ieyashu, Hidetada dan Iematsu.

Pada zaman Shogun Tsunayoshi(1680-1709), Jepun mencapai zaman kemewahan. Dalam pemerintahan Shogun Yoshimune, Jepun mengalami kejatuhan ekonomi sehingga berlaku peristiwa kebuluran. Keadaan itu secara tidak langsung menjejaskan kedudukan shogun tokugawa. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Yoshimune meniggal dunia, ia diganti oleh shogun-shogun yang lemah. Misalnya Shogun Ieshige(1745-88) adalah bebal dan gagap hingga sukar memahami percakapannya. Shogun Ieharu adalah pemalas dan tidak mengambil berat tentang urusan pentadbiran. Selain itu, Shogun Tokugawa telah mengabaikan soal-soal pertahanan dan hubungan dengan penyokongnya. Akibatnya ramai penyokongnya tidak lagi taat kepada Shogun Tokugawa.

Pada awal pemerintahan Shogun Tokugawa, orang-orang Jepun telah digalakkan mempelajari ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sastera dan sejarah Jepun kuno. Dalam sejarah Jepun kuno terdapat kepercayaan Shinto yang menyatakan raja adalah keturunan Dewi Matahari(Amiterasu). Akhirnya beberapa buah buku sejarah telah dapat dihasilkan seperti kojiki dan nihon shoki yang mengandungi unsur-unsur dongeng dan lagenda. Berdasarkan ajaran Shinto, ahli sejarah Shinto dapati bahawa maharaja yang semestinya berkuasa dan dihormati, bukan Shogun Tokugawa. Akibatnya timbul rasa curiga terhadap pemerintahan Shogun Tokugawa. Fakta-fakta di atas menyebabkan perasaan taat setia kepada maharaja semakin meningkat di kalangan rakyat jepun. Rasa tidak puas hati terhadap Shogun tokugawa. Pada abad ke-18 dan awal ke-19, berlaku zaman kemeseletan ekonomi. Zaman ini dkatakan ‘musim kebuluran’ sehingga ramai kanak-kanakdibiarkan mati. Zaman kemelesetan ini juga melibatkan golongan daimyo-daimyo yang mana hasil pendapatan mereka berkurangan. Untuk mengatasi kekurangan pendapatan, daimyo-daimyo termasuk tuan-tuan tanah memeras petani-petani. Kedudukan orang jepun terutama golongan petani bertambah buruk apabila berlaku bencana alamdan bertambahnya penduduk Jepun. Menjelang pertengahan abad ke-18, jumlah penduduk jepun kira-kira 30 juta orang. Rasa tidak puas hati datangnya daripada golongan daimyo-daimyo. Ini disebabkan mereka dikenakan sekatan-sekatan dan kawalan rapi seperti yang dihadapi oleh daimyo Tozama. Daimyo-daimyo juga menentang sistem Sankin Kotai yang dikenakan kepada mereka. Perkembangan perdagangan dan pengaruh golongan saudagar. Perdagangan terus berkembang pada zaman Shogun Tokugawa. Bandar-bandar Osaka dan Yedo telah menjadi pusat perdagangan. Dengan berkembang perdagangan, golongan saudagar berpendapat bahawa dasar isolasi yang diamalkan oleh Shogun Tokugawa menjadi penghalang kepada perkembangan perdagangan. Oleh kerana itu terdapat golongan saudagar yang menentang Shogun Tokugawa. Misalnya, sudagar-saudagar di Bandar Osaka telah membantu golongan anti-Tokugawa. Selain itu, prkembangan perdagangan menyebabkan kedudukan dan pengaruh golongan saudagar semakin meningkat dalam masyarakat. Mereka menjadi kaya raya dan kekuasaan mereka bertambah besar sehingga jauh lebih besar daripada golongan Daimyo dan Samurai. Ramai daimyo dan samurai telah membuat pinjaman dengan golongan saudagar sehingga mereka terikat dengan golongan saudagar. Malahan telah berlaku perkahwinan di antara golongan daimyo dan samurai dengan golongan saudagar. Salah satu golongan saudagar yang sangat berpengaruh ialah Mitsui. Oleh kerana kedudukan mereka semakin kukuh, mereka sering mengadakan pakatan dengan suku-suku kaum lain untuk menentang Shogun Tokugawa. Tentangan suku kaum dari barat juga berlaku. Suku kaum dari barat iaitu Satsuma, Choshu, Toza, dan Hizen merupakan golongan yang sangat aktif menentang Shogun Tokugawa. Mereka menentang Shogun Tokugawa disebabkan Tokugawa merupakan saingan politik kepada mereka dalam merebut kekuasaan di Jepun. Oleh kerana itu mereka terus mengadakan penentangan setelah Tokugawa berjaya mengambil alih kekuasaan di Jepun. Mereka menentang Shogun Tokugawa juga disebabkan Shogun Tokugawa menjalankan dasar menindas terhadap suku kaum lain. Untuk menentang Shogun Tokugawa, mereka menyatakan sokongan dan taat setia kepada maharaja yang selama ini ditindas oleh Shogun Tokugawa. Mereka juga bersatu dengan golongan bangsawan Kyoto serta golongan suadagar yang anti-Tokugawa. Seterusnya mereka telah menggunakan isu kemasukan orang asing untuk menentang Shogun Tokugawa. Mereka menentang tindakan Shogun Tokugawa menandatangani perjanjian Kanagawa untuk mandapat sokongan maharaja dan rakyat yang turut menentang perjanjian Kanagawa dan perjanjian-perjanjian lain. Kedatangan barat iaitu Kedatangan komodor perry dan mamaksa Shogun Tokugawa menandatangani perjanjian Kanagawa telah menjadi punca kemarahan orang Jepun dan mempercepatkan kejatuhan Shogun Tokugawa. Suku kaum Satsuma, Choshu, Toza, da Hizen menggunakan kesempatan ini untuk mengkritik pemerintahan Shogun Tokugawa. maharaja yang telah terasing turut juga mengkritik Shogun Tokugawa kerana segala perjanjian dan hubungan dengan orang-orang asing tidak dibincangkan terlebih dahulu degan maharaja. Masalah-masalah inilah yang menyebabkan keruntuhan Kesyogunan Tokugawa di negara Jepun.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
2.7 Zaman Meiji

Permodenan Meiji pada tahun 1868 merupakan suatu peristiwa yang penting dalam sejarah Jepun. Tumpuan utamanya ialah untuk mengembalikan Maharaja kepada kedudukannya yang sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi dan pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke Edo. Pada bulan Disember 1868, Eo telah ditukar kepada Tokyo. Maharaja Meij yang masih muda telah muncul dari tempat pengasingannya di Kyoto ke Tokyo yang berjarak 6.4 kilometer. Beliau telah diiringi oleh seribu orang bangsawan, pembesar, samurai dan lain-lain pegawai tinggi. Pemilihan tersebut tidak memperlihatkan Maharaja Meiji mempunyai kuasa autokratik untuk memerintah negaranya. Sebaliknya, Maharaja Meiji hanya merupakan ketua negara yang simbolik. Kuasa politik terletak terutamanya dalam tangan beberapa orang pemimpin samurai muda yang telah menjalankan inisiatif menjatuhkan rejim Tokugawa. Pemimpin-pemimpin samurai ini berasal dari kawasan-kawasan penguasaan feudal atau Han suku kaum Satsuma, Choshu, Tosa dan Hizen. Diantara mereka termasuk Okubo, Saigo, Matsukata Masayoshi dan Kuroda (dari Satsuma), Kido, Ito, Inone, Yamagata Aritomo dan Katsura (dari Choshu); Okuma (dari Hizen) dan Itagaki Taisuke (dari Toza). Pemimpin-pemimpin baru Meiji juga termasuk Saionji Kimmochi, seorang bangsawan dari Kyoto. Bermula dari zaman pemulihan Meiji 1868, kepimpinan kerajaan baru telah didominasikan oleh samurai muda dari suku kaum Satsuma dan Choshu atau Oligarki Sat-cho.

Pemimpin-pemimpin baru Meiji menyedari bahawa Jepun tidak dapat menandingi kuasa-kuasa imperialisme Barat yang telah memaksa negara tersebut supaya menandatangani perjanjian-perjanjian tidak adil. Tambahan pula, pemimpin-pemimpin ini juga sedar bahawa kuasa-kuasa Barat yang berada di puncak imperialisme mereka, merupakan satu ancaman utama kepada kedaulatan Jepun. Oleh yang demikian, mereka menyedari satu-satunya cara untuk mengatasi ancaman ini ialah dengan mewujudkan sebuah negara moden yang mempunyai kuasa tentera yang kuat. Oleh itu, tujuan utama, kerajaan baru ialah “Fukoku Kyohei”(sebuah negara yang kaya dan tentera yang kuat).

Bagi mencapai hasrat tersebut, pemimpin-pemimpin Meiji sengan teliti telah menggubal suatu dasar modenisasi yang tertumpu terutamanya keatas penyerapan teknologi, pengetahuan, institusi barat secara besar-besaran. Sehubungan dengan perkara ini, asas intelektual bagi pengaliran dan penyerapan pengetahuan Barat telah disumbangkan oleh Fukuzawa Yukichi iaitu salah seorang intelek moden teragung dalam sejarah Jepun. Fukuzawa Yukichi yang telah melawat Eropah dan Amerika Syarikat telah menyebarkan tamadun Barat sebagai asas bagi modenisasi dan mewujudkan Jepun sebagai sebuah negara yang kukuh.

Proses modenisasi ini merangkumi pembentukan semula secara besar-besaran dalam aspek institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial berdasarkan garis panduan dari Barat. Perubahan-perubahan yang luas dan drastik ini menyebabkan berlaku satu revolusi dalam masyarakat dan kerajaan Jepun.

Langkah pertama ke arah proses modenisasi Jepun ialah penghapusan sistem feudal. Oligarki Meiji khususnya Kido, Okubo,Itagaki dan Okuma telah berjaya mempengaruhi golongan daimo dari suku kaum Choshu, Satsuma, Tosa dan Hizen supaya menyerahkan tanah mereka secara sukarela pada maharaja. Dalam bulan Julai 1869, semua daimo yang lain telah diperintahkan oleh kerajaan Meiji agar menyerahkan tanah mereka. Pada mulanya, tanah-tanah yang telah diserahkan oleh semua daimo tidak berada dalam kawalan terus maharaja. Sebaliknya, pembesar-pembesar feudal telah dilantik sebagai Gabenor di dalam kawasan-kawasan penguasaan mereka sendiri. Namun, pada 29hb Ogos 1871, maharaja telah mengumumkan penghapusan semua tanah feudal. Semua tanah menjadi hak milik diraja. Pada bulan berikutnya semua tentera feudal telah dibubarkan dan dengan itu meninggalkan Kerajaan Pusat sebagai satu-satunya pemilik sah pasukan tentera di Jepun. Dengan penghapusan tanah-tanah feudal ini, nagara Jepun telah dibahagikan kepada daerah-daerah (Ken) yang diketuai oleh pagawai-pegawai pentadbir. Menjelang akhir tahun 1870 ken sabagai tambahan kepada bandar-bandar, tokyo, Kyoto dan Osaka. Dalam tahun 1872, bilangan ken telah dikurangkan kepada 72 dan menjelang tahun 1890 hanya terdapat 45 ken sahaja.

Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan Kerajaan Meiji Baru. Ia membolehkan Kerajaan mempunyai bidang kuasa yang sepenuhnya keatas seluruh penduduk dan negara, selain dari meletakkan hasil-hasil pendapatan bekas Han dibawah penguasaan Kerajaan Pusat. Ini memberi jalan kearah mewujudkan sebuah negara moden.

Langkah selanjutnya kearah modenisasi ialah penghapusan sistem atau hiraki sosial ketat yang telah diwujudkan oleh Kesyogunan Tokugawa. Pemimpin-pemimpin Meiji telah menghapuskn sistem kelas yang terdiri dari golongan samurai, petani, petukang dan saudagar dalam tahun 1871. Golongan samurai telah menikmati taraf sosial yang tinggi semasa era atau zaman Tokugawa telah terjejas oleh penghapusan hiraki sosial tersebut. Dalam bulan september 1871, golongan samurai telah kehilangan hak menggunakan pedang terhadap kelas-kelas yang lebih rendah. Pada bulan Mac 1876, Kerajaan telah mengharamkan pemakaian pedang oleh samurai. Golongan samurai juga telah kehilangan hak tradisional mereka sebagai pahlawan.

Dalam bulan Disember 1872, kerajaan telah memperkenalkan sistem tentera kerahan moden yang terdiri dari Helmin atau rakyat biasa. Pada tahun yang berikutnya, gaji yang diberi kepada samurai telah ditukar dari bentuk beras kepada wang tunai. Golongan samurai juga telah diberi elaun tahunan dalam bentuk wang tunai. Pada bulan Ogos 1876, Kerajaan telah mengumumkan bahawa sistem pemberian elaun tahunan akan digantikan dengan sistem pembayaran sekali gus yang akan dibayar dalam bentuk bon-bon kerajaan. Dibawah sistem ini, Kerajaan mengumumkan bahawa bon-bon ini akan matang dalam masa 14 tahun dan bahawa kadar faedah tahunan sebanyak 7% akan diberi kepada samurai. Langkah-langkah ini telah mengahapuskan keistimewaan kelas golongan samurai dan menurunkan taraf mereka sebagai rakyat biasa Maharaja. Langkah-langkah ini ternyata telah meningkatkan kemarahan kelas-kelas samurai dan ini terus memuncak hingga membawa kepada tercetusnya beberapa pemberontakan samurai. Pemberontakan yang paling serius ialah Pemberontakan Satsuma yang telah dipimpin oleh Saigo dalam tahun 1877. Bagaimana pun, pemberontakan ini telah ditumpaskan oleh tentera kerahan yang baru ditubuhkan itu. Dengan tumpasnya pemberontakan Satsuma telah menamatkan kedudukan istimewa golongan samurai. Ini juga membuka jalan bagi pembentukan sebuah Negara Jepun yang moden dan bersatu padu.

Kerajaan Meiji telah memberi tumpuan khusus kepada pengwujudan sebuah angkatan Tentera Darat dan Laut yang kuat mengikut cara Barat. Ini perlu bagi menentang ancaman kuasa-kuasa Barat di Jepun. Pemimpin-pemimpin Meiji sedar tentang keunggulan kuasa-kuasa Barat dari segi organisasi ketenteraan dan alat-alat kelengkapan senjata. Mereka yakin bahawa Jepun hanya dapatberdiri dengan teguh melalaui proses memodenisasikan angkatan tenteranya. Selain itu, ia juga disebabkan oleh faktor Rusia yang sedang giat mengamalkan dasar perluasan pengaruhnya di Asia Timur. Rusia dibawah pemerintahan Tzar dalam tahun 1870an sedang menunjukkan minat yang semakin besar ke atas Korea iaitu jiran Jepun yang paling hampir. Tambahan pula, ramai pemimpin Meiji sedar bahawa orang-orang Rusia mungkin akan memperluaskan pengaruh mereka ke Hokkaido.

Modenisasi Angkatan Tentera bermula dalam tahun 1870an. Awal tahun 1868, Timbalan Menteri Hal ehwal Tentera iaitu Omura Masojiro telah mencadang kerahan tentera dilaksanakan di Jepun. Walau bagaimana pun, beliau terpaksa menunggu sehingga penghapusan sistem feudalisme dan sistem Han selesai dilaksanakan. Dalam tahun 1872, Yamagata Aritomo yang mengantikan Omura Masojiro telah mengemukakan suatu usul yang menyokong kuat tindakan kerajaan Meiji melakukan polisi kerahan tentera dan polisi memodenkan Angkatan Tentera Darat dan Laut Jepun. Yamagata dan rakan-rakan sejawat beliau telah memperdebatkan bahawa angkatan tentera yang wujud iaitu sebanyak 20 batalion yang telah ditugaskan untuk menjaga keamanan dalam negeri tidak berkeupayaan untuk membalas sebarang tindakan luar yang akan mengancam kedaulatan Jepun. Oleh yang demikian, mereka mendesak kerajaan Meiji supaya melaksanakan suatu kerahan tenaga moden mengikut cara Barat. Mereka juga telah mengesyorkan penubuhan akademi-akademi tentera untuk melatih pegawai dan askar dan penubuhan sebuah biro bekalan tentera untuk membekalkan mereka senjata-senjata ketenteraan. Sistem kerahan tentera telah dilaksanakan ke atas mereka yang telah berusia 20 tahun. Askar-askar yang telah dikerah harus berkhidmat dalam Angkatn Tentera Darat atau Laut. Angkatan tentera telah dibahagikan kepada Pasukan Tetap dan Pasukan Simpanan. Pada tahun 1878, Yamagata Aritomo telah menyusun semula pentadbiran Angkatan Tentera Ala Negara Jerman. Beliau menambahkan tempoh perkhidmatan kerahan tenaga dari tahun 1878 sehingga tahun 1883 dan ini mewajibkan seorang askar kerahan supaya berkhidmat dalam Angkatan Tetap atau Simpanan selama 12 tahun iaitu 3 tahun dalam Angkatan Tetap dan 9 tahun dalam Angkatan Simpanan. Sebagai tambahan 200,000 orang dikerakan pada waktu darurat atau perang. Angkatan Tentera Jepun juga diperkukuhkan oleh senjata-senjata moden termasuk senapang dan meriam yang dibuat oleh industri-industri tempatan. Cara-cara latihan juga telah diperbaiki dan beberapa orang pegawai tentera asing telah diambil berkhidmat untuk melatih teknik-teknik berperang kepada pegawai-pegawai dan askar-askar Jepun.

Angkatan Tentera Laut Jepun diperkembangkan dan mengalami proses modenisasi yang pesat. Pada tahun1872, Kementerian Angkatan Tentera Laut telah ditubuhkan. Pada tahun tersebut Jepun memiliki 17 buah kapal tentera laut yang beratnya berjumlah 14,000 tan. Dalam tahun 1875-1876, Angkatan Tentera Laut telah membina 2 buah kapal api. Tiga buah kapal laut yang besar telah dibeli dari Britain dalam tahun 1876. Kemudahan-kemudahan limbungan telah diperbaiki dan Pegawai-pegawai Tentera Laut British telah diambil bekerja sebagai arkitek-arkitek angkatan laut dan sebagai jurulatih-jurulatih Angkatan Laut Jepun. Menjelang tahun 1894, Kerajaan Meiji telah memperhebatkan kekuatan Tentera Lautnya. Ia mempunyai 28 buah kapal moden engan jumlah isipadu 57,000 tan serta 24 buah anak-anak kapal perang dan turpedo.

Proses memodenkan Angkatan Tentera telah meletakkan Negara Jepun kedalam masalah kewangan yang membebankan. Hampir 1/3 belanjawan negara tersebut terpaksa di bahagikan kepada dua cawangan Angkatan Tentera iaitu Laut dan Darat. Kerajaan Meiji juga bertanggungjawab mengendalikan beberapa industri strategik yang mengeluarkan senjata, peluru, turpedo, kapal-kapal laut dan sebagainya di mana kesemua ini membebankan lagi masalah kewangan kerajaan. Oleh yang demikian adalah jelas bahawa kewangan kerajaan Meiji telah memberi penekanan keatas pengwujudan satu Angkatan Tentera yang moden dan berkuasa. Menjelang thun 1880an Jepun berjaya mewujudkan sebuah Angkatan Tentera yang mampu mempertahankan ancaman asing. Disamping itu, Jepun juga bersiap sedia untuk melancarkan kempen ketenteraan di Asia Timur.

Sistem ketenteraan Jepun memainkan peranan penting dalam kemajuan dan modenisasi komunikasi. Modenisasi keatas sistem komunikasi Jepun dilakukan, di mana Rejim Meiji telah menumpukan perhatian yang besar keatas pembinaan rel keretapi. Menjelang tahun 1881 Jepun mempunyai 26 batu landasan keretapi. Pada tahun 1872, Tokyo dan Yokohama telah dihubungkan oleh landasan keretapi. Dua tahun kemudian Kobe dan Osaka telah dihubungkan oleh landasan keretapi. Pada tahun 1877, landasan keretapi ini telah diperluaskan ke Kyoto. Pada tahun berikutnya, kerja-kerja pembinaan telah dimulakan ke atas suatu projek landasan keretapi baru untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu, Tsuruga dengan Nagahama. Landasan keretapi Tsuruga-Nagahama telah siap dibina empat tahun kemudian.

Pada tahun 1880an Landasan keretapi Tokyo-Yokohama telah mengangkut diantara 2 juta hingga 3 juta penumpang. Muatan kargo juga telah meningkat dengan banyak 848,000 tan. Angkatan ini agak besar jika dibandingkan dengan taraf Barat.

Kemajuan telegraf jauh lebih pesat berbanding dengan kemajuan yang dicapai dalam pembinaan landasan keretapi. Menjelang tahun 1880 hampir kesemua bandar-bandar utama Jepun telah dihubungkan oleh ibusawat telegraf. Beribu-ribu batu cawangan talian dan stesen-stesen telegraf telah dibina merentangi negara Jepun. Dalam tahun 1893, Jepun telah mempunyai 4000 batu kawat telegraf. Jumlah bilangan berita kawat yang telah diterima dan dihantar telah bertambah dari 19448 dalam tahun 1871 kepada 1.27 juta dalam tahun 1878. Angka ini telah berlipat ganda menjadi 2.7 juta dalam tahun 1884. Semua kawat telegraf dimiliki dan diusahakan oleh Kerajaan kecuali beberapa cawangan. Kemajuan sektor komunikasi yang membanggakan jelas mencerminkan keazaman pemimpin-pemimpin Meiji untuk menampakkan keupayaan gerakan angkatan militari negara tersebut serta pembangunan ekonomi yang menyeluruh untuk proses modenisasi Jepun.

Dalam bidang pendidikan, beratus-ratus penuntut Jepun telah dihantar ke luar negeri untuk mempelajari sains dan pentadbiran serta teknik perindustrian Barat. Kerajaan juga telah mengkaji sebilangan besar pakar-pakar, golongan profesional, pakar teknologi Barat dan lain-lain untuk mengajar berbagai-bagai kemahiran kepada rakyat Jepun di dalam negeri. Pada tahun 1871, sebuah Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan dan langkah-langkah telah diambil untuk mewujudkan sistem pelajaran yang seragam di negara tersebut. Pada tahun 1872, kerajaan telah mengumumkan bahawa negara Jepun akan dibahagikan kepada 8 kawasan pelajaran dan pendidikan. Setiap kawasan ini akan mempunyai sebuah universiti, 32 sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. Semua kanak yang berusia 6 tahun ke atas akan menerima pendidikan dan pelajaran wajib selama 16 tahun menjelang tahun 1880, terdapat hampir 28000 buah sekolah rendah dengan lebih dari 2 juta murid-murid. Dalam tahun 1886, Mori Arinori yang menjadi Menteri Pelajaran dari tahun 1885 hingga 1889 telah membuat perubahan selanjutnya kepada sistem persekolahan. Beliau telah memulakan satu sistem yang mengandungi sekolah-sekolah rendah, diwajibkan selama 8 tahun sementara sekolah menengah menawarkan kursus selama 4 tahun. Sekolah-sekolah tinggi terutama sekolah-sekolah teknikal peringkat tinggi telah ditubuhkan meliputi bidang-bidang seperti perubatan, sains, ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan, perikanan dan lain-lain. Pusat tertinggi sistem pendidikan dan pelajaran di Jepun ialah Universiti Diraja Tokyo yang telah ditubuhkan pada tahun 1886. Menjelang tahun 1910, beberapa buah Universiti Diraja telah ditubuhkan di Sapporo, Sendai, Kyoto dan Fukuoka. Selain daripada sistem pelajaran negara, terdapat banyak sekolah-sekolah, maktab-maktab dan universiti-universiti persendirian ditubuhkan. 2 daripada universiti persendirian yang terkemuka ialah Universiti Keio yang diasaskan oleh Fukuzawa Yukechi dalam tahun 1858 dan Universiti Waseda yang diasaskan oleh Okuma dalam tahun 1882.

Kementerian Pelajaran mengawal rapi semua aspek pendidikan dan pelajaran termasuk latihan guru-guru, penyeliaan sekolah-sekolah dan kurikulum. Sekolah-sekolah dan institusi-institusi persendirian juga tertakluk kepada kawalan rapi ini. Sistem pelajaran bukan sahaja memberi latihan praktikal yang berorientasikan Barat tetapi juga memberi penekanan ke atas pendidikan moral dan semangat nasionalisme yang berpusat suasana diraja.

Dalam bidang undang-undang, pemimpin-pemimpin Meiji telah membuat pembaharuan. Sistem undang-undang yang moden dianggap sebagai syarat mutlak yang penting untuk mengkaji semula perjanjian-perjanjian tidak adil dan berat sebelah yang telah ditandatangani di antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat dalam tahun 1850-an dan 1860-an. Sistem undang-undang yang moden juga perlu bagi perkembangan industri kapitalisme di negara tersebut. Pada tahun 1873, seorang peguam Perancis, Gustave Roissonade de Fontarabe telah dilantik sebagai penasihat kepada Kementerian Keadilan di Jepun. Beliau ditugaskan mengubal satu undang-undang jenayah moden yang telah dikuatkuasakan dalam tahun 1882. Satu undang-undang sivil dan perdagangan turut digubal dan kedua-dua enakmen ini diluluskan dalam tahun 1898 hingga tahun 1899.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
2.71 Dasar Luar Meiji.

Dasar luar semasa zaman Meiji merupakan perkara yang menarik dan penting kepada masyarakat Jepun. Sebagaimana yang diketahui sebelum ini, salah satu matlamat kepimpinana Meiji yang paling penting ialah menjalankan proses transformasi negara tersebut kepada pengwujudan sebuah negara yang moden dan kuat. Sealain dari menyalurkan sebahagian besar daripada tenaga mereka untuk membangunkan Jepun menjadi sebuah negara militari yang kukuh. Pemimpin-pemimpin Meiji juga telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mempastikan pengkajian semula perjanjian-perjanjian tidak adil yang telah ditandatangani diantara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat dalam tahun-tahun 1850an dan 1860an. Berhubung dengan isu-isu hak wilayah asing dan penafian autonomi tarif, dimana Jepun kehilangan hak untuk meletakkan tarif keatas barang-barang asing telah menimbulkan perasaan marah dan terhina dikalangan rakyat Jepun sejak tahun 1860an. Pemimpin-pemimpin Meiji telah membuat banyak percubaan-percubaan diplomatikdalam tahun 1860an dan 1890an untuk memujuk negara-negara Barat supaya mengkaji semula perjanjian-perjanjian yang tidak adil. Tetapi usaha ini tidak pernah tercapai terutamanya disebabkan keenganan kuasa-kuasa Barat untuk merunding semula perjanjian-perjanjian mereka dengan Jepun.

Dalam tahun 1890an, isu perjanjian-perjanjian tidak adil tersebut telah menjadi isu politik yang penting dalam arena politik tempatan negara tersebut. Parti-parti pembangkang termasuk Parti Jiyuto dan Kaisinto telah menggunakan isu tersebut untuk membangkitkan perasaan rakyat Jepun menentang kepimpinan Meiji. Apabila tekanan mengenai isu tersebut mula meningkat terhadap pemimpin-pemimpin Meiji, Ito iaitu perdana menteri pada ketika itu telah mengarahkan Menteri Luar Negerinya iaitu Mutsu Munemitsu supaya mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap kuasa-kuasa Barat mengenai isu mengkaji semula perjanjian-perjanjian tersebut. Mutsu Munemutsu telah mengumumkan kepada negara-negara Barat terutamanya Britain bahawa sekiranya perjanjian-perjanjian ini tidak dikaji semula, Jepun mungkin akan terpaksa menolaknya. Disebalik ancaman ini, Menteri Luar Negeri Jepun telah memberi jaminan kepada Britain dengan menyatakan bahawa sekiranya Britain bersetuju untuk merundingkan semula perjanjian-perjanjia dengan Jepun, maka kerajaan Meiji akan memberi peluang yang lebih besar kepada saudagar-saudagar asing untuk berniaga di mana-mana wilayah Jepun. Ini merupakan suatu konsesi yang penting kerana mengikut perjanjian-perjanjian yang termaktub saudagar-saudagar asing hanya boleh menjalankan perniagaan di pelabuhan-pelabuhan tertentu sahaja di Jepun. Kerajaan British akhirnya bersetuju dan pada bualan Julai 1894 suatu perjanjian baru telah ditantangani. Ini membawa kepada penghapusan hak wilayah asing. Perjanjian-perjanjian baru juga telah memberi Jepun hak untuk meletakkan tarif yang sesuai keatas barang-barang asing.

Selain daripada isu pengkajian semula perjanjian, penentuan batas sempadan dan keselamatan negara juga terkandung didalam dasar luar Jepun. Isu penentuan batas sempadan dan keselamatan negara telah menjejas perhubungan Jepun dengan Korea, negara China dan Rusia. Berhubung dengan isu ini, satu persetujuan sempadan telah ditandatangani dengan Rusia dalam tahun 1875 dimana Jepun mengugurkan tuntutannya keatas Shakalin sebagai ganti terhadap kepulauan Kurile. Persetujuan ini bermaksud bahawa Russia bahawa Rusia megiktiraf kuasa Jepun keatas Hokaido. Kemudian dalam tahun 1879, kepulauan Ryukyu atau Okinawa telah diserap sebagai sebahagian wilayah Jepun. Pulau-pulau ini menjadi kawasan jajahan Satsuma sejak abad ke 17. Kepulauan Okinawa telah lama mengekalkan hubungan jajahan takluk dengan negara China. Namun demikian dalam tahun 1879, kepulauan ini telah dijadikan sebahagian dari wilayah Jepun apabila mereka diberi status wilayah oleh kerajaan Meiji.

Dalam tahun-tahun 1880an dan 1890an, Korea telah menjadi isu penting di Jepun. Sebenarnya, pada awal tahun 1873, isu mengenai Korea telah mengakibatkan satu krisis besar dalam kepimpinan Meiji apabila Itagaki dan Saigo mahukan Jepun supaya mengamalkan satu dasar yang agresif terhadap korea. Dasar ini telah ditentang oleh Okubo dan Iwakura yang telah mendebatkan bahawa walaupun Korea merupkan satu isu penting kepada Jepun tetapi Kerajaan harus menumpukan ke arah melaksanakan proses tranformasi Jepun kepada sebuah negara yang moden dan kuat. Dalam pertikaian mengenai Korea, Iwakura dan kumpulannya telah berjaya dan ini telah menyebabkan Itagaki dan Saigo meletakkan jawatan. Walaupun kerajaan Meiji tidak menyerang Korea, ia telah bersikap lebih tegas terhadap kerajaan Korea. Dalam tahun 1874, kerajaan Meiji telah menggunakan diplomasi ubat bedil untuk memaksa Raja Kojong dari Korea supaya menandatangani satu perjanjian yang memberi hak keistimewaan perdagangan kepada Jepun. Kepentingan Jepun di Korea telah mula meningakat dalam tahun-tahun 1880an dan 1890an disebabkan beberapa faktor dalam negeri dan antarabangsa.

Di Jepun sendiri terdapat banyak kumpulan yang menyokong penyerangan ke atas Korea. Salah satu kumpulan penganjur yang paling bersemangat menyokong serangan ke atas Korea ialah kumpulan ultranasionalis seperti Genyosha. Kumpulan Genyosha yang diasaskan dalam tahun 1881 telah melakukan tekanan ke atas kerajaan Meiji supaya memperluaskan sistem militarinya di Korea dan dibahagian-bahagian lain di Asia Timur. Ramai pemimpin-pemimpin Meiji sendiri telah menyokong dasar perluasan ini. Mereka menyedari bahawa Jepun memerlukan lebih banyak bahan-bahan mentah dan saluran pasaran untuk menjadi sebuah kuasa dunia yang utama. Mereka juga yakin bahawa Jepun dalam tahun-tahun 1890an telah memiliki kekuatan militari yang secukupnya untuk memulakan satu dasar perluasan di Korea. Pemimpin-pemimpin tentera seperti Yamagata, telah mengukuhkan keyakinan ini dengan menyatakan bahawa Angkatan Tentera Darat dan Laut yang baru dipermodenkan itu berkeupayaan untuk melaksanakan kempen militari secara besar-besaran untuk menyerang Korea yang masih mengiktiraf kuasa Negara China.

Faktor-faktor ekonomi dan strategik merupakan faktor yang mendorong perluasan kuasa Jepun di Korea. Negara Jepun sedang menghadapi masalah kewangan yang serius kesan dari rancangan modenisasi negara tersebut. Inflasi kian meningkat manakala kos kehiupan mula melambung tinggi di bandar-bandar. Petani-petani Jepun telah dibebani dengan cukai-cukai yang tinggi sementara buruh perindustrian di pekan-pekan dan bandar-bandar merasa gelisah. Kesatuan-kesatuan sekerja telah diharamkan dan pekerja-pekerja terpaksa bekerja lebih masa dan dibayar upah yang rendah. Perasaan tidak puas hati mula bertakhta di hati rakyat. Oleh itu dalam tahun-tahun 1880an dan 1890an, kerajaan Meiji telah menyokong perlaksanaan suatu dasar perluasan untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu-isu dalam negeri kepada antarabangsa.

Kerajaan Meiji yang telah pun memperolehi banyak faedah-faedah ekonomi dan politik di Korea sebagai hasil Perjanjian Chemulpo pada 1876 ingin mengeksploitasi selanjutnya pasaran dan sumber-sumber asli Korea. Golongan Zaibatsu terutamanya, Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo dan lain-lain mendesak kerajaan Meiji supaya menyerang Korea. Sebenarnya sebelum tahun 1890 lagi, Korea telah menjadi pasaran terpenting bagi pasaran kapas Jepun. Disebalik ketidakstabilan negara Korea, Mitsui dan zaibatsu-zaibatu lain telah pun mendirikan kilang-kilang kain dan kertas di negara tersebut. Tambahan pula, Zaibatsu-zaibatsu dan syarikat-syarikat Jepun yang lain juga telah membeli beras, kacang soya, kulit lembu, emas dan lain-lain pada harga yang rendah dan dengan itu memperolehi banyak keuntungan. Oleh itu, tidak hairan bahawa Perang China-Jepun yang tercetus terutamanya mengenai isu Korea sebahagian besarnya telah dibiayai oleh Zaibatsu-zaibatsu berkenaan.

Pertimbangan-pertimbanagan strategik telah menambahkan lagi keyakinan dikalangan rakyat Jepun bahawa Korea harus diletakkan dibawah kuasa Jepun. Korea telah menjadi pintu masuk yang penting bagi penyusupan Jepun ke Asia Timur. Lebih penting lagi, pihak Rusia sedang menunjukkan minat ke atas Korea. Rakyat Rusia yang mempunyai aspirasi-aspirasi imperialis di Asia Timur telah mendirikan sebuah pangkalan tentera laut di Vladivostok dan bersiap sedia untuk bergerak ke arah selatan ke dalam Korea dan Manchuria. Kerajaan Meiji sedar bahawa sekiranya Korea jatuh ke bawah pengaruh Rusia, ia akan mempunyai seorang musuh berhadapan dengannya. Berdasarkan kepada alasan ini Jepun telah mengambil tindakan menyerang Korea.

Dasar-dasar dan polisi Negara China di Korea telah memberi dorongan seterusnya kepada Jepun untuk memperluaskan kuasanya di Korea. Korea telah lama mengiktiraf kuasa China. Oleh itu, apabila Jepun memaksa Korea supaya menandatangani Perjanjian 1876, negara China menyatakan perasaan tidak puas hatinya dan dengan serta-merta telah mencabar kesahihan perjanjian ini. Negara China menuntut bahawa Korea adalah sebuah negeri dibawah naungan China. Dalam suasana ini, Kerajaan Manchu di Peking telah menegaskan bahawa perjanjian 1876 itu adalah tidak sah. Akibat dari isu Korea, hubungan China mula maeruncing.

Sementara itu, satu pertikaian merebut kuasa berlaku di istana Korea. Pihak Jepun dan China masing-masing menghantar pasukan tentera mereka di Korea. Akibatnya, pada tahun 1884 berlaku pertempuran pasukan-pasukan tentera China dan Jepun di Seol, Korea. Pertempuran-pertempuran kedua-dua pihak ini dihentikan melalui rundingan-rundingan terus yang dibuat. Pada awal tahun 1885, Jepun dan China bersetuju mengundurkan pasukan tentera mereka di Seol dan berjanji tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri di Korea. Namun, kedua-dua negara Jepun dan China tetap masih campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri di Korea.

Krisis yang lebih serius berlaku di Korea pada tahun 1894, yang mana telah mengakibatkan konfrontasi terus diantara negara China dan Jepun. Pada bulan Jun 1894, berlaku pemberontak-pemberontak tempatan yang juga dikenali sebagai Tonghak telah memberontak menenatang Raja Korea. Raja Korea telah meminta bantuan dari Negara China. Pada bulan yang sama, pemberontakan ini berjaya dipatahkan melalui bantuan pasukan tentera China. Sementara itu, Jepun telah menuduh Negara China mencerobah Perjanjian 1885, mengakibatkan tercetusnya krisi Chian-Jepun.

Ito yang merupakan perdana menteri Jepun pada ketika itu mengumumkan bahawa Jepun tidak akan menarik tenteranya di Korea kecuali kerajaan Korea melaksanakan pembaharuan-pembaharuan yang akhirnya membawa Korea di bawah pengaruh Jepun. Pada bulan Julai 1894, pasukan-pasukan tentera Jepun telah menduduki istana diraja Korea. Tindakan ini menyebabkan China mengistiharkan perang keatas Jepun. Perang China-Jepun telah meletus sekitar tahun 1894 hingga 1895. Jepun telah memenangi peperangan ini dalam masa 9 bulan sahaja. Tentera China tidak dapat mengalahkan tentera Jepun yang lebih moden dan berdisiplin. Selain itu, Tentera Laut Jepun lebih unggul daripada Tentera Laut China dari segi kelengkapan, kepimpinan, latihan dan strategi. Selepas menguasai lautn dimana tentera Jepun berjaya mengalahkan Tentera laut China di muara sungai Yalu dan di Weihaiwei, Jepun telah masuk ke Korea dan mengusir keluar tentera China dari Korea. Dari Korea, tentera Jepun mara ke manchuria dan Shangtung. Pihak Jepun bersiap sedia untuk bertindak ke atas Peking, pusat kerajaan kuasa Manchu. Akibatnya, kerajaan Manchu telah menghantar Li Huang-Chang untuk berunding dengan pihak Jepun. Pada 17 April 1895 termeterainya Perjanjian Shimonoseki. Syarat-syarat perjanjian ini ialah Negara China mengakui kemerdekaan dan autonomi Korea, Negara China menyerahkan Semenanjung Liaotung, Farmosa dan kepualuan Pescadores kepada Jepun, Negara China bersetuju membayar gantirugi sebanyak 230,000 taels atau lebih kurang US$150 juta. Kawasan Weihaiwei yang dimiliki oleh negara China akan diduduki oleh pihak Jepun sehingga China berjaya membayar gantirugi ini. Empat pelabuhan baru iaitu Shasi, Chungking, Soochow dan Hangchow dibuka kepada pedagangan asing. Jepun telah menjadi sebuah kuasa kolonial dengan pengambilan Taiwan. Perjanjian Shimonoseki telah membuka jalan bagi Jepun untuk memperolehi konsesi-konsesi yang penting dari segi strategik di Tanah Besar tetapi dalam satu rancangan diplomatik yang dikenali sebagai Campurtangan Tiga Kuasa, rusia, Negara Jerman dan Perancis telah menghalang Jepun dari memiliki kawasan-kawasan yang berada di bawah naungan Negara China. Sebaik sahaja Perjanjian Shimonoseki dimeterai, Rusia, Perancis dan Negara Jerman telah menuntut bahawa Jepun harus memulangkan Semenanjung Liaotung kepada Negara China. Pada 5 Mei 1895, Jepun telah bersetuju melepaskan Semenanjung Liaotung sebagai ganti pampasan dari Negara China. Akhirnya pada 5 November 1895, Semenanjung Liaotung telah diserahkan semula kepada China dengan jumlah gantirugi tambahan sebanyak 300 juta tael. Campurtangan Tiga Kuasa telah membangkit perasaan benci Jepun terhadap Rusia yang telah mendapat kuasa ke atas Semenanjung Liaotung. Pada tahun 1898, Moscow telah memaksa China supaya memajak bahagian Selatan Semenanjung Liaotung termasuk Pelabuhan Arthur dan Dairen. Sementara itu, negara Jerman telah memperolehi Semenanjung Shangtung dari Negara China, manakala Perancis pula telah menguasai Indochina. Jepun sangat marah apabila menyedari tipu helah rancangan tersebut. Ini tela menaikkan kemarahan Jepun dan ia bersiap sedia untuk membalas dendam terhadap Rusia.

Jepun telah mengambil beberapa tindakan bagi mengekalkan kuasanya terhadap Korea. Diamana, Jepun telah memaksa Raja Korea agar mengatur semula organisasi-organisasi tentera Korea dan pegawai-pegawai Jepun telah diupah sebagai jurulatih-jurulatih dalam Angakatan Tentera Laut Korea. Miura Goro iaitu menteri Jepun di Korea telah membuat keputusan untuk menghapuskan anasir-anasir anti-Jepun di istana Korea. Pada 8 Oktober 1895, askar-askar Jepun telah menyerbu masuk ke dalam istana Kyongbokung dan telah membunuh Ratu Min. Rakyat Korea telah memohon bantuan daripada Rusia dan rusia yang ingin memperluaskan pengaruhnya telah menawarkan bantuan kepada berbagai-bagai anasir-anasir anti-Jepun di Korea. Hubungan Rusia-Jepun mula merosot dan akhirnya sampai ke kemuncak dengan meletusnya Perang Rusia-Jepun pada tahun 1904-1905. Dimana, termeterainya perjanjian perikatan antara Britain dan Jepun pada 30 Januari 1902 yang juga dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Jepun.

Menjelang bulan januari 1904, kerajaan Meiji telah mengikuti suatu dasar peperangan. Pada 28 Disember 1904kerajaan telah mengeluarkan satu ordianan darurat diraja yang memberi peruntukan khas bagi perbelanjaan-perbelanjaan tentera. Kerajaan juga telah mewujudkan satu Majlis Tertinggi bPepranagan. Pertempuran meletus pada awal Febuari 1904. pada 8 Febuari, Jepun telah melepaskan tembakan ke atas kapal-kapal Tentera Laut Rusia dari Inchon dan Pelabuhan Arthur. Menjelang 10 nFebuari 1904, Jepun telah menguasai kawasan selatan dan telah mempercepatkan kemarahan pasukan militarinya ke wilayah Korea. Jepun telah memenagi peperangan di Korea dan telah mengalahkan tentera-tentera Rusia di Pyongyong. Pada bulan April Jepun telah berjaya mengusir pasukan tentera Rusia dari Sungai Yalu dan juga Korea. Jepun mengukuhkan kedudukan politiknya yang sebenar pada 23 Febuari 1904 dan pada bulan September 1904, Jepun telah mengistiharkan kuasa militari ke seluruh Negara Korea. Jepun turut merampas sistem telegraf dan telefon Korea menjelang september 1904. Jepun telah merampas secara kekerasan banyak tanah bagi kegunaan tentera, merampas seluruh sistem pengangkutan dan kemudahan-kemudahan komunikasi serta mengekplotasi konsesi-konsesi dalam bidang pertanian, perikanan, perhutanan dan perlombongan. Harta benda Korae dirampas dan juga nilai mata wang Korea juga di turunkan. Menjelang Januari 1905, Jepun telahmengambil tanggungjawab untuk menjaga keamanan di Seol dan Korea. Korea secara beransur-ansur menjadi sebuah negara naungan Jepun.

Perang Rusia-Jepun tamat dengan termeterainya Perjanjian Portsmouth. Usaha menamatkan perang ini diambil oleh Jepun dan bukan oleh Rusia. Persidangan keamanan itu telah bermula pada 10 Ogos 1905 di Postsmout, New Hampshire. Dalam perjanjian itu, Rusia mengiktiraf keunggulan Jepun di Korea dan menyerahkan bahagian Selatan pulau Shakhalin kepada Jepun. Jepun juga akan memperolehi dari Rusia pajakan ke atas Liaotung, bahagian selatan landasan keretapi Timur China dan lombong-lombong arang batu yang dimiliki oleh Rusia.

Kesan-kesan Perang Rusia-Jepun ke atas Jepun ialah perluasan kuasa Jepun di Sakhalin dan pengambilan Semenanjung Liaotung. Keunggulan Jepun juga diiktiraf oleh Rusia melaui Perjanjian Portsmouth. Salah satu kesan terpenting perang tersebut ialah kemunculan kuasa Jepun sebagai kuasa besar di Asia Timur. Kemenangan Jepun melalui Perang China-Jepun 1894-1895 telah menaikkan imej Jepun. Kemengan Jepun terhadap Perang Rusia-Jepun telah mengubah pandangan lura terhadap Jepun. Ini sekali gus meninggikan status Jepun sebagai sebuah kuasa besar di Asia Timur.

Jepun juga telah memperolehi Semenanjung Liaotung dan bahagian selatan Pulau Sakhalin dari Rusia. Selain itu, Korea telah disahkan berada dibawah lingkungan pengaruh Jepun. Selepas tahun 1910, korea telah menjadi sumber bahan-bahan mentah dan pasaran yang penting bagi Jepun. Jepun telah mengeksploitasi hasil-hasil dan ekonomi Korea. Lebih 75% pengeluaran perindustrian Korea dimiliki oleh perbadanan-perbadanan Jepun terutamanya golongan Zaibatsu atau golongan kapitalis.

Perang Rusia-Jepun 1904-1905, telah memberi kesempatan kepada Jepun untuk menguasai manchuria. Melalui Perjanjian Peking pada 22 Disember 1905, Jepun mempunyai kuasa penuh ke atas Manchuria selatan. Ekonomi Manchuria selatan juga di eksplotasi oelh Jepun.

Dari segi strategik, Korea menjadi sebuah pusat pertahanan Jepun dan menjadi batu loncatan bagi Jepun untuk meluaskan pengaruhnya di Asia Timur. Jepun telah mendirikan banyak pangkalan-pangkalan tentera darat, laut dan udara serta turut membina landasan-landasan keretapi dan jalan raya dengan tujuan bagi memenuhi keperluan militarinya.

Perang Rusia-Jepun juga mempunyai kesan yang penting ke atas kerajaan Meiji. Apabila perjanjian keamanan tersebut diumumkan, majoriti rakyat Jepun berasa bahawa mereka telah di khianati oleh kerajaan dan mengaharapkan gantirugi yang besar dari Rusia. Jepun telah pun meneriam 200 tael dari Negara China sebagai hasil kemenangannya dalam Perang China-Jepun. Rusuhan dan tunjuk-tunjuk perasaan telah berlaku. Rakyat telah bangun dan menentang kepimpinan Perdana Menteri Katsura. Beliau telah dipaksa meletakkan jawatan pada bulan Januari 1906 dan telah digantikan oleh Saionji iaitu seorang pemimpin Parti Seiyukai.

Peperangan tersebut juga mengakibatkan kerugian sumber-sumber dan tenaga manusia. Hampir 20,000 rakyat Jepun terkorban dan Jepun telah membelanjakan 1.5 bilion untuk membiayai peperangan tersebut. Selain itu, Perang Rusia_jepun juga telah mempergiatkan aktiviti imperialisme Jepun. Perang China-Jepun telah membawa Taiwan di bawah kuasa Jepun. Ini diikuti oleh Perang Rusia-Jepun 1904-1905 yang telah memperlihatkan perkuasan kuasa Jepun ke atas Korea dan juga di Manchuria Selatan. Dasar perluasan kuasa ini telah membawa Jepun ke Negara China dalam tahun 1930an dan akhir sekali ke Asia Tenggara dalam tahun 1942, di mana negara tersebut akhirnya mengalami kekalahan dalam tahun 1945.

Zaman pemerintahan Meiji berakhir dengan kematian Maharaja Meiji iaitu Mutsuhito pada 30 Julai 1912. Ini merupakan salah satu zaman yang paling gemilang dalam sejarah Jepun. Dibawah pemerintahan Meiji, Jepun telah diubah kepada sebuah negara yang moden dan berkuasa. Pemerintahan Meiji telah berjaya membangunkan bidang perindustrian disamping memimpin negara tersebut ke arah imperialisme. Zaman Meiji ini juga telah memperlihatkan perubahan-perubahn politik dan sosial yang luar biasa yang telah mempengaruhi kehidupan setiap lapisan masyarakat Jepun. Pencapaian terbesarnya ialah proses tranformasi ekonomi negara yang telah disertai oleh perkembangan perindustrian yang pesat serta juga kebangkitan kapitalisme Jepun. Bidang-bidang lain seperti pertanian, dan pendidikan telah mengalami perubahan dan perkembangan yang pesat dan drastik.

Pada keseluruhannya, Zaman Meiji telah memainkan peranan yang penting dalam sejarah Jepun. Zaman ini telah mempopularkan Jepun ke dalam bidang politik antara bangsa sebagai sebuah negara yang moden dan berkuasa. Transformasi Jepun yang begitu pesat dan cepat sebagai sebuah negara yang moden dan berkuasa memperlihatkan bahawa proses-proses perkembangannya adalah suatu yang ajaib dan menakjubkan.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
ZAMAN JEPUN MODEN

3.1 Pengukuhan

3.11 PERHUBUNGAN DENGAN BARAT


Hubungan awal dengan Barat bermula dengan kedatangan mubaligh-mubaligh Kristian, terutama di Selatan Jepun. Sedar atas bahaya kedatangan mission-mision tersebut, maka pihak berkuasa Jepun telah melarang penyebaran agama Kristian. Kemasukan orang-orang asing juga telah dihadkan kecuali beberapa orang pedagang Belanda dan China. Mereka hanya dikhususkan berdagang di Pulau Deshima.

Rusia atau Britain yang mula-mula memaksa pemerintah Shogun membuka pintu ke Jepun. Oktober 1852, Laksamana Putiyatin (Rusia) telah diberi kuasa untuk memujuk Jepun untuk menandatangani suatu perjanjian perniagaan. Tetapi dalam bulan Ogos 1853 satu angkatan Amerika Syarikat di bawah Komander Matthew Perry menuntut agar diadakan hubungan perniagaan. Terdapat empat factor penting mengapa Amerika berminat terhadap Jepun :

  1. Perkembangan perniagaan dengan China melalui Canton.
  2. Perkembangan perusahaan orang Amerika ikan paus di Pasifik.
  3. Pembukaan Carlifornia yang dilambangkan oleh “ Rebutan Emas” dalam tahun 1849.
  4. kemajuan dalam bidang pelayaran dengan menggunakan tenaga wap.
Satu daripada tujuan Perry ialah untuk mendapatkan jaminan daripada orang Jepun agar memberi layanan baik kepada orang-orang Amerika yang menghadapi kesulitan pelayaran ke negeri China.
Namun tujuan ini boleh disangsikan. Yang lebih penting ialah keinginan untuk mendapatkan bekalan, termasuk bekalan arang batu untuk kapal-kapal Amerika yang belayar ke Canton atau dari Conton. Diharapkan juga agar perniagaan dapat diadakan dengan Jepun yang ingin diransangkan lagi dengan persaingan-pesaingan dari Britain.

Pada tahun 1854, Perry datang semula dengan 7 buah kapal, Puttyatin juga tiba di Nagasaki dengan 4 buah kapal Rusia. 31 Mac 1854, telah dimaterikan ‘Perjanjian Kanagawa’. Hasil dari perjanjian ini, pelabuhan Hakodate dan Shimoda dibuka kepada kapal-kapal Amerika. Seorang konsul Amerika ditempatkan di Shimoda.
Sementara Rusia yang diwakili oleh Puttyatin belum membawa sebarang hasil. Rundingan-rundingan Rusia-Jepun diteruskan di Shimoda pada tahun 1855. perjanjian tersaebut telah memberikan pulau-pulau Kurile di Selatan dan Etofuru kepada Jepun. Pulau-pulau di bahagian Utara diserahkan kepada Rusia. Pelabuhan Nagasaki, Shimoda dan Hakodate dibuka kepada kapal-kapal Rusia.
Sebelum penghujung tahun 1855, satu lagi perjanjian dengan Belanda diadakan. Mulai 1856, Townsent Harris menjadi wakil kedutaan Amerika Syarikat di Jepun. Beliau berjaya mendapatkan hak ‘undang-undang sendiri’ bagi orang-orang Amerika yang bermastautin di Jepun. Amerika Syarikat berjaya menamatkan sikap perjanjian diri Jepun.

Pembangunan Jepun Baru

Dalam perlembagaan baru negara Jepun, rakyat Jepun berikrar untuk menghormati cita-cita mulia keamanan dan demokrasi. Pada pendahuluan termaktub ikrar seperti berikut iaitu “Kami rakyat Jepun, ingin kepada keamanan selama-lamanya… Kami ingin mendapat tempat yang mulia dalam masyarakat antarabangsa yang berusaha memlihara keamanan dan menghapuskan kezaliman dan perhambaan, penindasan dan penderitaan buat selama-lamanya dari muka bumi.”
Sebagai mengisi perlembagaan baru itu kerajaan Jepun telah berusaha dalam segala lapangan mengikut beberapa projek yang telah dirancangkan. Contohnya “Rancangan Baru Pembangunan Negara” yang telahpun berakhir pada tahun 1985. dalam rancangan itu kerajaan berusaha mengatasi kawasan yang sesak, mengatasi masalah penduduk yang semakin bertambah dan mengatasi jurang perbezaan antara daerah. Rancangan itu juga berusaha membangunkan tenaga manusia sejajar dengan masyarakat moden untuk mencapai cita-cita kebajikan bagi seluruh rakyat.
Untuk mengatasi masalah kawasan yang sesak dan penduduk yang semakin bertambah, Rancangan Baru itu menitikberatkan tiga tugas utama iaitu pembentukan rangkaian baru bagi kemajuan tanah negara, melaksanakan projek-projek pembangunan perindustrian dan pemeliharaan alam sekitar. Menurut Rancangan Baru itu, kemudahan perhubungan dan pengangkutan akan diperluas ke seluruh negara menyambungkan tujuh buah bandaraya iaitu Sapporo, Sendai, Tokyo, Nagoya, Osaka, Hiroshima dan Fukuoka disamping menghubungkan beberapa buah bandar tempatan yang lain. Membahagikan penduduk perindustrian dan pembangunan ke serata daerah, manakala tujuh buah bandaraya menjadi pusat menjalankan pentadbiran.
Rancangan pembangunan perindusrtrian mengikut dasar keadaan pada satu-satu tempat yang berkaitan dengan rangkaian baru pengangkutan, perhubunga dan pembahagian. Bagi mendapatkan daging dan susu untuk keperluan akan datang, Jepun memerlukan 10 ribu ekor lembu. Oleh sebab itu, padang ternakan lembu diadakan di beberapa daerah termasuklah Hokkaido dan Kyusyu. Pembangunan industri barang-barang buatan akan di perkembang ke kawasan pedalaman dengan mendirikan industri besar dan tempat-tempat membawa masuk minyak mentah.
Pemeliharaan alam sekitar merupakan satu perkara utama dalam Rancangan baru ini. Keindahan alam dan kebudayaan tradisi akan diperlindungi. Semua jenis tenaga akan digunakan untuk mencegah bahaya bencana alam seperti ribut dan banjir. Pendidikan, pelajaran, kebudayaan, pengangkutan dan kelengkapan-kelengkapan kesihatan akan dimajukan dalam bandar-bandar daerah. Manakala bekalan air akan dibina ke kawasan pedalaman yang jauh.
Dasar penting yang merubah keadaan perindustrian dan corak kependudukan ialah supaya tidak menghalang pengaliran barang-barang, orang ramai dan komunikasi ke seluruh ceruk rantau kepulauan Jepun. Untuk mencapai tujuan itu, sistem pengangkutan ke seluruh tempat yang akan dibina bagi pengangkutan laju, umpamanya ialah jalan keretapi super-ekspres Tokaido “Syinkansen” yang merupakan pencapaian teknologi yang tinggi bagi perindustrian Jepun. Perkara-perkara penting lain yang berhubung dengan sistem pengangkutan termasuklah pembinaan pelabuhan dan limbungan kapal dan saluran paip minyak.
Rangkaian perhubungan cepat merupakan satu faktor dalam hal menghapuskan apayang disebut kepincangan perhubungan. Rangkaian perhubungan rangkaian perhubungan talian jauh telefon akan dibina, disamping memperluas proses perhubungan dengan komputer, telefon, televisyen dan sebagainya. Bagi mengadakan rangkaian pengangkutan dan perhubungan baru itu akan memekan belanja yang besar. Jepun melancarkan satu sistem pelaburan modal yang cukup dari semasa ke semasa untuk mengatasi masalah kawasan sesak dan kawasan kosong.
Bagi perhubungan luar negara Jepun dengan negara lain, Jepun mengadakan perhubungan diplomatik dengan negara China dan Soviet Union. Hubungan Jepun dan China diwujudkan kerana mereka mempunyai keyakinan perhubungan diplomatik dapat diadakan antara kedua-dua buah negara atas dasar hormat menghormati kedaulatan masing-masing. Manakala hubungan dengan Soviet Union dipercayai bukan sahaja menguntungkan kedua-dua negara itu tetapi juga mencapai keamanan dan perseimbangan di Timur Jauh.


PEMBANGUNAN JEPUN BARU

Selain itu Jepun juga mengadakan hubungan persahabatan dengan Eropah Barat dan Asia. Persahabatan dengan Eropah Barat boleh memberi kesan yang mendalam terhadap saling persefahaman dan kerjasama dalam suasana yang harmoni untuk memberi khidmat yang besar kepada cita-cita pembangunan dan keamanan dunia. Persahabatan Jepun dengan Asia penting kerana Asia ialah kawasan yang penting sekali bagi Jepun. Suasana kerjasama serantau dapat menolong diri sendiri dalam bidang politik dan ekonomi.

Bukan itu sahaja, negara Jepun juga mengadakan kerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kerajaan Jepun sentiasa berkerjasama dengan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai satu daripada dasar luarnya dan memberi galakan kerjasama antarabangsa dengan tiap-tiap negara di dalam Bangsa-bangsa Bersatu. Jepun mengambil bahagian yang positif dalam aktiviti-aktiviti Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencapai cita-cita pertubuhan dunia itu.

Dalam mendukung cita-cita memlihara kehidupannya serta kemakmurannya, mereka berpegang kepada prinsip keadilan dan kepercayaan negara-negara lain terhadapnya. Jepun telah menetapkan tidak akan kembali kepada kuasa tentera sekalipun Jepun mempunyai kesanggupan dan ekonomi yang kukuh untuk berbuat demikian. Ini merupakan satu cabaran dalam satu percubaan yang tidak pernah tercatat dalam sejarah. Namun demikian harapan untuk dapat mengatasi kesukaran-kesukaran ini dengan kebijaksanaan dan ketekunan rakyat amatlah besar. Buktinya jelas dari kebolehan Jepun membangun semula dari kebinasaan dan kehancuran perang. Jepun akan bergerak maju untuk mendapatkan tempat yang mulia di dunia sebagai satu negara yang stabil dan masyarakat berkebudayaan yang makmur, dan itulah yang memjadi asas diplomasi Jepun pada masa hadapan.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
3.12 PEMODENAN NEGARA

Kemasukkan orang-orang asing secara lansung menyebabkan kerajaan ‘Syogun’ tidak popluar dan akhirnya jatuh. Ahli-ahli sejarah memberi pendapat yang berbeza tentang punca kejatuhan kerajaan Tokugawa. Pendapat pertama mendakwa bahawa sistem kerajaan Tokugawa mungkin tidak berubah pada dasarnya jika Amerika Syarikat dan negara-negara asing membuka pintu yang tertutup itu dengan paksa. Kedatangan kuasa asinglah yang merosak kerajaan Tokugawa.

Pendapat lain mendakwa, bahawa kejatuhan Tokugawa secara tidak langsung disebabkan oleh berbagai factor dalam negeri Jepun, sebelum kedatangan Perry lagi, desakan agar dilakukan perubahan ekonomi telah merosakkan asas-asas ‘Bakufu’. Kedatangan Barat yang dilambangkan oleh kedatangan Perry hanya sebagai sebab terakhir yang menuntutkan kerajaan Tokugawa.

Kerajaan Meiji yang dipegang oleh ketua suku Chosu, Setsuma dan tokoh-tokoh istana yang menggulingkan Shogun dahulu, percaya bahawa Jepun memerlukan satu kerajaan nasional yang bersatu padu bagi mencapai tingkat persamaan dalam bidang ketenteraan serta kebudayaan.

Pegawai-pegawai pentadbir dan pemimpin-pemimpin menyukat mendapat sokongan hangat dari maharaja sendiri. Cogankata juga telah ditukarkan menjadi ‘ Fukokukyohei’. Banyak rombongan-rombongan di atas ke luar negeri bagi meninjau perkembangan kemajuan pelajaran di Barat bagi dicontohi. Pada tahun 1871, satu deligasi pemimpin dan ketua-ketua kerajaan yang dipimpin oleh Iwakura Tomomi dihantar melawat Eropah dan Amerika Syarikat.

Kerajaan Meiji menganggap bahawa punca kelemahan pentadbiran ialah kerana sistem feudal. Usaha-usaha telah dilakukan untuk mengubahkan sistem ini. Bila Syogun Tokugawa tewas, mereka segera bertindak untuk membasmi sistem susun lapis masyrakat feudal. Pada tahun1869, satu undang-undang telah dikeluarkan untuk menggantikan sistem susunan peringkat yang lama dengan satu sistem pembahagian yang mudah iaitu pembesar istana digelar orang bangswan ( Kazuko), samurai dipanggil ‘Shizoku’ dan yang lain dipanggil orang awam (Heimin).

Samurai dihentikan dari tugas-tugas pentadbiran dengan diberi pencen. Ini menimbulkan kemarahan golongan samurai yang akhirnya menyebabkan meletusnya ‘pemberontakan Satsuma’. Pemberontakan ini dapat dihapuskan.

Satu sistem cukai akhirnya dilaksanakan. Jumlah pendapatan dari cukai tanah yang bertambah.

Kerajaan baru ini telah berjaya memalingkan taat setia penduduknya daripada taat kepada tokoh kepada negara kebangsaan. Untuk meneguhkan rasa taat setia ini, satu sistem pelajaran kebangsaan telah dilaksanakan.

Cita-cita hedak meluaskan kekuasaan Jepun bertumbuh selaras dengan perkembangan pendidikan. Pendidikan yang diwajibkan dimulakan dalam tahun1872. kemajuan sistem pendidikan bersama-sama dengan sisitem kerahan tenaga membentuk rakyat Jepun yang menjadi suatu bangsa yang termaju di Asia.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
3.13 PERUBAHAN PERLEMBAGAAN

Permintaan lembaga-lembaga perwakilan di zaman awal pemerintahan Meiji datang dari segolongan kecil masyarakat. Mereka ini amat penting kerana terdiri daripada bekas ahli-ahli Oligarki, sarjana, penulis dan tuan-tuan tanah kecil serta sederhana. Merekalah yang menjadi tulang belakang persatuan-persatuan politik paling awal. Dan persatuan politik ini kemudiannya berkembang menjadi parti Kebangsaan (Jiyuto).

Pada tahun1881, Okuma Shigenobu telah menubuhkan ‘Parti Kemajuan’ ( Kaishinto). Parti ini bergiat dikawasan bandar. Kedua-dua parti ini tidak ada persamaan ideologi.

Sementara menunggu sebuah perlembagaan baru digubal, suatu reformasi dalam pentadbiran diadakan. Suatu sistem jemaah menteri dengan Ito Hirobumi sebagai Perdana Menteri telah dibentuk dalam tahun1885. Dalam tahun1888, satu Majlis Penasihat Raja (Privy Council) telah dibentuk. Ito menjadi pengerusi yang pertama setelah menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Kuroda Kiyotaka.

Pada 11 Februari 1889, maharaja Meiji menyerahkan perlembagaan Negeri Jepun yang pertama kepada Perdana Menteri. Ini melambangkan hakikat yang penting bahawa perlembagaan itu merupakan suatu penggunaan daripada maharaja kepada rakyatnya. Antara isi kandungan perlembagaan baru ini ialah Jepun hendaklah diperintah dan ditadbirkan oleh satu keturunan maharaja, maharaja adalah ‘suci’ dan tak boleh dicabuli. Maharaja tidak patut dijadikan perbualan umum. Maharaja mempunyai kuasa undang-undang dengan persetujuan Parlimen maharaja (Imperial Diet). Walaupun maharaja mempunyai kuasa tetapi tiap-tipa undang-undang hendaklah dibentangkan dalam parlimen maharaja. Undang-undang ini menjadi sah kalau Parlimen tidak meluluskannya.

Suatu hakikat yang nyata, kuasa membuat undang-undang telah berpindah dari tangan maharaja ke tangan Parlimen. Perlembagaan Meiji telah menetapkan fungsi dua buah dewan iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Perwakilan. Dewan Pertuanan mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada golongan bangsawan. Kuasa Dewan Pertuanan sama dengan Dewan Perwakilan. Ia boleh membatlkan undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Perwakilan.

Dewan Perwakilan dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih secara undi. Tetapi hak mengundi itu terbatas kepada orang yang mempunyai harta sahaja.

Rakyat Jepun dijamin hak-hak asasi mereka seperti kebebasan bercakap, menulis dan bersuara, namun pengakuan hak-hak tersebut tidak pula menghalang pelaksanaan kuasa-kuasa maharaja dalm masa darurat. Perlembagaan Meiji merupakan satu kemajuan yang penting ke arah suatu bentuk kerajaan yang disertai oleh rakyat.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
3.14 PERANG RUSIA-JEPUN

Perluasan Rusia ke Manchuria amat membimbangkan Jepun. Dalam tahun 1898 Rusia memajak Port Arthur dari China. Manchuria pula menjadi satu kawasan di Timur Jauh yang penting bagi Rusia dari segi ketenteraan dan ekonomi. Bila berlaku Pemberontakan Boxer, Rusia mendapat alasan untuk membawa askar-askarnya ke Selatan melalui Manchuria. Ini memungkinkan Rusia untuk menguasai Teluk Chili dari Taku Bar dan ke Chemulpo, jalan masuk ke Seoul. Ini amat membimbangkan Jepun. Jepun berminat terhadap Korea dan dengan kemaraan Rusia, minat Jepun ke atas Korea sendiri pasti tergugat.

Pada tahun 1901, Britain dan Jepun percaya menghasilkan satu perikatan. Ini amat penting bagi Jepun agar ia diberikan kebebasan untuk bertindak di Korea.

Rusia menuntut kuasa ekonomi atas kekayaan Manchuria Selatan dan juga menuntut agar diadakan satu kawasan berkecuali di Korea di Utara Garisan Lintang 39 darjah.

Ini menimbulkan ketegangan. Jalan penyelesaian buntu.akhirnya Jepun mengistiharkan perang pada 10 Februari 1904 dengan Rusia.

Perang ini mengambil masa paling singkat, iaitu tidak sampai 18 tahun. Jepun memberi layanan yang baik kepada tawanan-tawanan perangnya.

Perang ini ditamatkan dengan Perjanjian Porstmouth ( 5 September 1905 ). Rusia telah bersetuju untuk mengakui ‘kepentingan-kepentingan politik, tentera dan ekonomi Jepun di Korea serta menyerahkan kepada Jepun pajakan ke atas Semenanjung Liaotung serta jalan keretapi yang menyambung Port Athur dengan Mukden. Rusia juga menyerahkan separuh dari Pulau Sakhalin serta hak-hak istimewa menangkap ikan kepada Jepun.

Jepun mendapat faedah besar dari peperangan ini. Ancaman Rusia ke atas Korea telah dihapuskan. Rusia mula menumpukan perhatian semula ke kawasan Balkan yang telah ditinggalkan sejak sekian lama. Jepun berjaya menapak semula di Manchuria.

Jepun juga telah meneguhkan kedudukannya di Korea. Dalam tahun 1904, Jeoun telah pun menempatkan penasihat kewangan dan diplomat-diplomat Jepun. Ini berjalan sehingga terjadilah suatu trajedi di mana Ito ( seorang pemimpin Meiji ) dibunuh oleh seorang Korea. Ini memberi alasan ayng kuat untuk Jepun bertindak. Pada Ogos 1910, menerusi suatu perjanjian paksaan Jepun memulakan penduduknya di Korea yang kelak mengambil masa sehingga 35 tahun.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
3.21 PERANG DUNIA PERTAMA

Semasa meletusnya Perang Dunia 1, Jepun masih lagi tertskluk kepada Pakatan Inggeris Jepun. Bila meletus perang pada tahun 1914, semua kuasa-kuasa Barat tertumpu ke Eropah. Dalam perang ini, Jepun berperanan menawan pulau-pulau di Lautan Pasifik serta Semenanjung Liaotung yang dikuasai Jerman.

Bila kerajaan China menuntut wilayah tersebut, maka Jepun telah mengemukakan ‘ Dua Puluh Satu Tuntutan’. Jepun terus berjaya menguasai Manchuria. Di samping itu, untuk meneguhkan kedudukannya, Jepun membuat satu pakatan baru yang dianggotai oleh Jepun, Great Britain, Amerika Syarikat dan Jerman. Sekaligus, pakatan ini memansuhkan pakatan Inggeris-Jepun dulu. Pakatan ini disamping meneguhkan kedudukan Jepun tetapi juga telah mengehadkan aktiviti militer Jepun.


3.22 PERANG DUNIA KEDUA

Kejayaan Hittler di Eropah menimbulkan 2 akibat serta merta di Jepun. Jepun mula membentuk totalirisme dalam pemerintahan bila Putera Konoye membubarkan semua parti-parti politik. Kemenangan Jerman juga mewujudkan ‘ Perjanjian Paksi Tiga Pihak’ dalam bulan September 1940.

Perikatan Jerman, Jepun dan Itali telah meletakkan satu sekatan yang efektif ke atas sebarang tindakan keras oleh Amerika Syarikat di Antlantik atau Pasifik. Hanya Amerika Syarikat yang berupaya menghalang kemaraan Jepun diAsia.

Dalam bulan Julai 1941, Jepun menduduki pengkalan-pengkalan di Selatan Indo-China dan pendudukan ini merupakan satu ancaman ke atas Siam, Tanah Melayu, dan Pulau-pulau Hindia- Timur.

Persidangan yang berlansung di Washington untuk mengelakkan dari meletusnya peperangan ternyata gagal. Jepun terpaksa bersedia memerangi Amerika dan Britain. Ini ternyata kerana pada 3 Disember 1941, Jepun telah menyerang Hawaii, Hong Kong, Tanah Melayu, Singapura dan Filipina. Dan enam bulan kemudian Jepun mencapai kemenangan cemerlang bila seluruh Asia Tenggara berada di dalam gengamannya.

Dari segi ketenteraan, kemenangan Jepun mungkin kerana kekuatan angkatan udara dan lautnya. Semangat keperwiraan di kalangan askar-askar Jepun juga tinggi.

Dari semangat perjuangan, timbul pula kisah-kisah kekejaman yamg dilakukan oleh askar-askar Jepun. Orang-orang tawanan Jepun diberi layanan yang zalim. Tawanan-tawanan perang tidak dilayan dengan selaras syarat-syarat Perjanjian Geneva.

Jepun langsung tidak mengendahkan janji-janjinya sebagai pelindung bagi rakyat Asia dan juga moto ‘ Asia untuk Orang Asia’.

Namun kejayaan Jepun berjaya menghancurkan mitos bahawanya orang putih itu suatu bangsa agung yang serba boleh. Ini menimbulkan semangat yang berkobar-kobar untuk berjuang untuk kemerdekaan selepas pendudukan Jepun nanti.

Dalam bulan Jun 1942, tentera Jepun dikalahkan di Lautan Pasifik dalam Peperangan Midway. Tentera-tenra Jepun juga tertewas di pulau-pulau Solomons, New Guinea, dan Utara New Guinea.

Jepun mulai sedar bahawa pakatan antara Jepun-Jerman-Itali tida menguntungkan Jerman. Walaupun Jerman berjaya mengalih perhatian Amerika Syarikat dari Asia ke Eropah, namun perang antara Jerman-Sovient Union paling membimbangkan Jepun.

Di Tokyo, Tojo terpaksa menerima tanggungjawab di atas kekalahan teruk Jepun Piminan kerajaan baru di bawah Jeneral Kaiso mengharapakn agar Jepun masih berikhtiar untuk mencari pendamaian menerusi perdamaiaan menerusi perundingan dengan pihak Berikat.

Di saat-saat akhir peperangan, Jepun terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai tekanan. Semangat keperwiraan di kalangan tentera sudah merosot, bekalan minyak simpanan hampir kehabisan dan juga ketegangan hubungan dengan Rusia. Ini kian cemas bila Amerika Syarikat dan British pada 26 Julai 1945 mendesak agar Jepun menyerah kalah atau menghadapi bahaya kehancuran negaranya. Pada 6 dan 9 Ogos Bandar Hiroshima dan Nagasaki telah dibomatomkan. Secara rasmi, Jepun menyerah kalah pada 2 September 1945.

Jepun tentu tidak memasuki peperangan ini andainya angkatan-angkatan bersenjata mengasingkan diri dari politik. Namun, tentera darat telah menyalahgunakan kuasanya. Dan ini telah memburukkan nama baik Jepun di seluruh Asia. Mereka hampir-hampir menghancurkan buat selama-lamanya sistem pemerintahan beraja dan negara yang mereka telah bersumpah akan berkhidmad untuknya.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
3.23 JEPUN : ZAMAN SELEPAS PERANG

Selepas, Jepun melaksanakan satu dasar pemerintahan yang diselaraskan dengan ‘Pengistiharaan Postdam’( 29 Ogos 1945 ). Laporan ini menghendaki agar Jepun tidak lagi muncul sebagai kuasa yang boleh menggugat Amerika Syarikat serta keamanan dunia.

Matlamat-matlamat laporan ini akan dilaksanakan oleh Majlis Tertinggi Kuasa Berikat ( Supreme Comander of Allied Powers-SCAP ) yang diketuai oleh jeneral Daughlas Mac Arthur.

Pada peringkat awal, SCAP telah bertindak segera untuk menghapuskan sokongan tentera kepada pemerintahan yang membawa Jepun ke kancah peperangan dahulu.

Angkatan Bersenjata telah dilumpuhkan Agama ‘Shanto’ yang mendewa-dewakan maharaja dirombak individu-individu yang aktif dalam politik dan organisasi penting. Gerakan pembersihan dijalankan untuk memberkas orang-orang yang bertanggungjwab dalam peperangan dahulu. Bekas Perdana Menteri Tojo dan Hototo serta beberapa orang pengikutnya dibicarakan di Mahkamah Pengadilan Antarabangsa.

SCAP telah merangka satu Perlembagaan Baru untuk beberapa garis panduan. Sistem pemerintahan beraja akan dipertahankan tetapi ini tertakluk kepada kehendak rakyat. Kegiatan ketenteraan dan yang berbentuk ‘perang’ tidak dibenarkan. Segala bentuk feudalism mesti dihapuskan. Perlembagaan ini menetapkan bahawa kedaulatan tidak terletak pada maharaja tetapi pada rakyat Jepun.

Parlimen menjadi ‘alat negara yang tertinggi’. Maharaja bertindak sebagai lambing negara dan perpaduan rakyat.

Dewan Pertuanan telah digantikan oleh suatu Dewan Penasihat (Councillors). Ahli-ahli dipilih tiap-tipa 6 tahun dan 3 tahun sekali. Ahli-ahlinya terdiri dari orang lelaki. Perlembagaan baru ini walaupun hasil buah tangan Amerika Syarikat tetapi ia dapat oleh rakyat Jepun.

Amerika juga menjadikan Jepun sebagai benteng penghalang kepada perkembangan pengaruh Komunis di Timur. Pemerintah baru ini mengambil tindakan tegas terhadap Komunis.

Perang Korea meletus pada tahun 1950 dan banyak askar-askar Amerika yang ditempatkan di Jepun dikerahkan untuk mempertahankan Korea Selatan dari jatuh ke tangan Komunis. Perang Korea banyak menguntungkan Jepun kerana Jepun menjadi pembekal utama untuk alat-alat keperluan peperangan di Korea. Menjelang penghujung tahun 1951, Mac Arthur telah dilucutkan jawatannya. Beliau digantikan oleh Foster Dulles yang memainkan peranan penting hingga berjaya mengadakan satu persidangan perdamaiaan di San Francisco pada 8 September 1951.

Persidangan yang dihadiri oleh 48 buah negara lain lebih merupakan satu perhimpunan rasmi untuk mempersetujui apa yang telah ditetapkan. Rusia, Poland dan Czechoslovakia enggan menandatanganinya.

Pada hari yang sama juga Jepun bersama Amerika Syarikat mematerikan satu Perjanjian keselamatan yang membenarkan penempatan askar-askar Amerika di Jepun untuk keperluan pertahanan.

Perjanjian ini dikuatkuasakan pada 28 April 1952. tarikh ini menandakan tamatnya pendudukan Amerika Syarikat ke atas Jepun. Jepun sekali lagi muncul sebagai negara yang merdeka dan dengan penuh yakin melangkah ke hadapan untuk membentuk sebuah negara industri yang moden.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
:) RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI untuk topik TAMADUN JEPUN :rolleyes:

  1. Kebangkitan Semula Jepun – Abu Yazid Abidin DBP
  2. Siri Bimbingan Peperiksaan STP/ HSC, Sejarah Asia Moden, Ibrahim Mustafa B.A.(HONS) Dip. Ed. (Malaya), Utusan Publication and Distribution Sdn Bhd.
  3. Sejarah Jepun, M.Rajendra, arena buku Sdn Bhd, KL 1998.
  4. Nota Lengkap STPM, Sejarah China Dan Jepun, Maswari Rosdi, Fajar Bakti.
  5. Japan Past and Present, Edwin O. Schauer, DBP, Kementerian Pelajar KL 1970.
  6. Japan in Postwar Asia, Lawrence Otson.
  7. Modern Japan - Richards Sims.
  8. The Meiji Oligarchs.
  9. Jepun kini.
  10. Asian History- China, Japan India, Indonesia-Ronald Laidlaw
  11. The Japanese- Richard Tames.
  12. http://www.japan-guide.com/e/e641.html
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you
« Previous Topic · Sejarah dan Geografi · Next Topic »
Add Reply

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................