Welcome Guest [Log In] [Register]
BARU DIBUKA! Klik butang Like dan temui ribuan pengguna laman web ini.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:


Add Reply
Kenal Pasti Kekurangan dan Kelebihan Diri; Cara Mudah Mencari Pekerjaan
Topic Started: Tue May 3, 2005 12:56 pm (2,960 Views)
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
Dipetik daripada: Cara Mudah Mencari Pekerjaan
Terbitan: PTS Publications & Distributions

Adakah kita benar-benar kenal diri sendiri? Kalau 'Ya', sudah pasti kita tahu apa kekurangan dan kelebihan diri sendiri. Kelebihan diri perlu diperkukuhkan dan ditonjolkan manakala kekurangan kita perlu diperbaiki. Ini perlu bagi membantu diri kita dalam memohon pekerjaan.

Dalam mencari pekerjaan kita perlu dapat mengenal pasti kekurangan dan kelemahan diri. Kita perlu berusaha seberapa daya mengatasinya supaya lebih mudah dan yakin dalam mencari pekerjaan. Kaji punca-punca yang menyebabkan kita sukar mendapatkan pekerjaan, terutama yang berpunca daripada kekurangan kita sendiri. Kita tidak boleh menyalahkan perkara yang berpunca daripada sebab-sebab di luar kawalan kita, contohnya disebabkan merudum-nya ekonomi dunia, peperangan ataupun wabak penyakit yang mencemaskan seperti SARS ataupun selesema burung yang baru-baru ini melanda wilayah Asia Timur dan Kanada.

Semua kelebihan, kekuatan dan sifat-sifat diri yang positif bukan sahaja dapat membantu kita dalam temu duga yang dihadiri, malahan mendapatkan pekerjaan yang dipohon. Antara sifat-sifat positif yang disukai oleh majikan adalah rajin bekerja, mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, dapat mengendalikan mesin di kilang dengan baik, memiliki ilmu pengetahuan dalam perniagaan dan sebagainya. Apabila kita mempunyai sifat-sifat itu, kita adalah calon yang sedang dicari-cari oleh bakal majikan.

Sekiranya kita mempunyai kelebihan dan kekuatan yang diperlukan oleh pihak bakal majikan, bukan sahaja kita mendapat pekerjaan dan berjaya menjawat jawatan itu, tetapi kita juga mendapat pangkat dan anugerah serta dibayar gaji yang lebih tinggi. Faedah lain yang dapat kita nikmati adalah rasa kepuasan dalam diri. Ini kerana, apa yang kita peroleh adalah berkat daripada usaha yang kita lakukan sendiri, tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Malangnya, ramai di kalangan kita yang dapat mengenal pasti kelemahan dan kekurangan diri, tetapi tidak cuba melakukan apa-apa bagi mengatasi dan memperbaikinya. Oleh itu, kita terus tertinggal di takuk lama, sedangkan kita sepatutnya bersama-sama menikmati kejayaan sebagaimana yang dinikmati oleh orang lain.

Mari kita ikuti dan cuba membuat respons kepada pernyataan-pernyataan di bawah bagi mengukur kemampuan dan kekuatan diri kita supaya berjaya mendapatkan pekerjaan dan menjawat jawatan yang lebih tinggi ataupun sebaliknya. Jawab pernyataan-pernyataan berikut dengan jujur:

  1. Saya memohon pekerjaan atau jawatan itu kerana saya dapat melakukan kerja itu dengan baik.
  2. Saya mempunyai kepakaran bagi melaksanakan tanggungjawab itu.
  3. Saya memiliki lebih daripada tujuh sifat murni yang membolehkan saya mendapat kepuasan dalam pekerjaan yang saya pohon.
  4. Saya tamat sekolah menengah dan memiliki sijil kemahiran vokasional.
  5. Saya memiliki sijil kemahiran IT.
  6. Saya sedang mengikuti latihan dalam pekerjaan bagi mengendalikan tugasan yang diberikan di tempat saya bekerja sekarang.
  7. Saya pakar mengendalikan mesin ataupun motor teknikal di tempat saya bekerja sekarang.
  8. Saya merancang melanjutkan pelajaran dalam bidang pekerjaan yang saya minati.
  9. Saya rasa seronok bekerja di tempat saya bekerja sekarang walaupun sudah melebihi lima tahun di tempat ini.
  10. Rekod bekerja saya baik. Majikan saya menganggap saya pekerja cemerlang.
  11. Rekod kehadiran saya sewaktu di sekolah dan juga di tempat kerja adalah baik.
  12. Saya dapat memberi alasan-alasan yang positif mengapa saya bertukar tempat kerja.
  13. Minat, cita-cita dan tidak takut pada cabaran adalah sebab saya ingin bertukar kerja.
  14. Majikan saya sekarang pasti dapat memberi sokongan positif bagi saya bertukar tempat kerja kerana jawatan baru itu adalah satu kenaikan pangkat.
  15. Saya sedang membuat kajian mengenai organisasi dan budaya kerja di tempat baru.
Rumusan
Kebanyakan daripada pernyataan di atas sepatutnya diberikan respons yang positif “Ya.” Pengetahuan dan ilmu yang kita huraikan semasa memberi respons itu dapat mem-bantu kita semasa ditemu duga dan menjawab soalan-soalan sukar yang diajukan kepada kita.
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sweet_potatoes
Member Avatar
Rakan Karyawan - Quality Award Winner: FEB 2005
[ *  *  *  *  * ]
kay..owang nak simpan tips nie tuk mase nak carik keje nanti
wat mase skrg tumpukan kat study dulu
tima kacih ek dragon :P
Posted Image
"SomeDay SomeWhere in the Sky...May WE Meet Again"
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
sweet_potatoes
May 3 2005, 01:45 PM
kay..owang nak simpan tips nie tuk mase nak carik keje nanti
wat mase skrg tumpukan kat study dulu
tima kacih ek dragon :P

sesame street :haha:
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
« Previous Topic · Info Kaunseling & Kerjaya · Next Topic »
Add Reply

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................