Welcome Guest [Log In] [Register]
BARU DIBUKA! Klik butang Like dan temui ribuan pengguna laman web ini.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:


Add Reply
KEBANGKUTAN PEMIKIRAN PELAJAR KINI; menyokong pendapat Dr. Faizal Tehrani
Topic Started: Mon Mar 14, 2005 12:07 pm (850 Views)
Dragonizer
Member Avatar
Administrator/Anggota SPTians
[ *  *  *  *  * ]
KEBANGKUTAN PELAJAR HARI INI
penulis: Amiene Rev


Saya tertarik dengan pendapat yang diluahkan saudari berkaitan isu ini... memang benar, apa yang saya lihat mahasiswa pada masa kini semakin ketandusan 'nafsu' untuk menuntut kepelbagaian ilmu... rata-rata lebih cenderung melibatkan diri dalam arena bersifat individual dan kepentingan kendiri...

Sebagaimana di IPTA yang saudari sebutkan, begitu jugalah apa yang dapat saya saksikan di universiti saya sendiri... saya menunding jari terhadap mahasiswa-mahasiswa baru yang telah mewarnai dunia pengajian tinggi di tempat saya - betapa dapat saya akui, hidup mereka berlandaskan kepentingan diri sahaja...

ini bukan suatu tuduhan tetapi adalah berdasarkan pemerhatian saya sendiri... bagi mereka, apa yang tidak berkaitan dengan matlamat mereka, maka mereka tidak akan mengambil tahu... hal ini mewujudkan kebangkutan di kalangan pelajar kita...

Sibuk dengan soal-soal akademik, itu benar... tetapi bagaimana pula pengetahuan mereka tentang dunia luar... ya, jawapan mereka mudah sahaja... sekiranya ia berkaitan dengan bidang mereka... maka itulah fokus mereka... jika tidak, maka mereka teruskan sahaja dengan apa yang ada...

Jika kita saksikan budaya penulisan di negara ini, bidang berkarya tidak ketinggalan bidang animasi sekali pun, rata-rata menekankan tema yang sama, nilai komersil...

Kebanyakan genre diselaputi isu yang sama... ini hidangan untuk generasi kita.. memang benar kekeluargaan, percintaan itu sesuatu yang wajar dikaitkan dalam kehidupan... tetapi pernah mereka terfikir untuk melibatkan aspek-aspek ilmiah seperti bidang kedoktoran, katakan ilmu dan kepakaran pembedahan... ilmu kejuruteraan, ilmu biologist, ilmu alkimia atau ilmu matematik ke dalam penulisan atau karya mereka... dan jadikan sebagai tema utama dalam berkarya...

Pembentukan budaya ilmiah, pemikiran kritis dan kreatif adalah kurang dalam budaya kita... sajian yang memuakkan mengisi lapangan pembacaan masyarakat kita...

saya tertarik dengan cerpen "Kerana Manisnya Epal" karya Dr. Faizal Tehrani... di dalamnya terkandung ilmu-ilmu mengenai epal... karya sebegini menarik minat saya...

Saya kira, budaya pembacaan dan input pengetahuan pelajar kita sangat ringan... kenapa para karyawan di negara kita tidak cuba mendalami sesuatu yang ilmiah untuk diterapkan dalam karya masing-masing... cuma segelintir saja yang saya dapati mampu berbuat demikian - mereka orang yang saya sanjung...

Cuba kita lihat karya-karya jepun misalnya... penuh dengan cantuman ilmu sains, teknologi, falsafah, perubatan dan lain-lain...

Maaf jika saya pesongkan sikit penulisan saya dari kebangkitan kepada manga/komik jepun (sebab saya kira ia banyak mempengaruhi dalam soal pembacaan remaja/pelajar sekolah dan universiti). Saya tertarik dengan cara mereka berkarya... cuba lihat bagaimana Obata menterjemahkan ilmu mengenai permainan catur jepun - Go di dalam manga Hikaru No Go... betapa menarik persembahan beliau... kita lihat pula bagaimana aplikasi teori ilmu kimia di dalam Full Metal Alchemist, dan kita lihat bagaimana penerangan tentang taktik permainan bola keranjang dan semangat kesukanan dalam Slamdunk, tidak ketinggalan ilmu perubatan dalam Team Medical Doctor... juga ilmu penyiasatan dalam Detective Conan dan Death Note... dan jangan lupa bagaimana sejarah Jepun diadaptasi dalam Samurai X.... lihatlah betapa kreatif dan tingginya adaptasi ilmu para pelukis Jepun jika dengan apa yang dapat kita lihat di Malaysia... betapa bangkutnya teknik berkarya yang dipaparkan - terkongkong, takut atau malu-malu untuk mengadaptasi komik dan karya yang menjadi lapangan pembacaan pelajar ke bentuk yang lebih ilmiah dan kreatif.

Lupakah mereka, sekiranya kita berjaya mempengaruhi minda pelajar melalui karya ilmiah yang kreatif ini... akan membolehkan kita menimbulkan perasaan ingin tahu para pelajar... saya sendiri mengaku tidak meminati permainan catur jepun Go... tidak ingat ambil tahu langsung... namun saya tertarik dengan teknik penyampaian cerita mengenai Go oleh Obata, barulah saya mula mendalami ilmu Go dan catur.

Inilah gunanya bidang penulisan/lukisan dan karya... untuk mempromosikan multi idea kepada para pelajar... saya kira ini adalah satu langkah yang perlu diteliti oleh semua pihak...

saya muak membaca novel-novel yang kebanyakannya menjadikan percintaan remaja sebagai tema... saya lebih suka sesuatu yang saintifik dan idealisme... saya mengaku semasa di sekolah saya suka menulis cerita/cerpen yang berkaitan dengan ilmu saintifik/idealisme sehingga dikritik oleh rakan-rakan sekolah (rata-rata perempuan)... mereka asyik bertanya bila mahu menulis cerpen cinta... bila? bila? dan bila... namun saya akur dengan pendirian saya... elemen cinta cuma sampingan dalam novel... sebab setiap orang memiliki cinta yang rahsia... lebih baik saya sumbangkan pemikiran saya, idealisme saya untuk rakyat... isu semasa sebagai contoh penulisan yang paling ringan...

semoga pendapat dan idea yang saya luahkan dalam penulisan ini dapat membantu menjana pemikiran rakan-rakan seperjuangan semua...
http://dukeamienerev.blogspot.com
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
« Previous Topic · Peringatan dan Teladan · Next Topic »
Add Reply

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................