Welcome Guest [Log In] [Register]
KLIK SINI: Buka Kedai Internet: Jana Pendapatan Dari Rumah - Pendapatan RM2000-RM5000 Seminggu!
Create a Meebo Chat Room
Bicara Akademik: Subjek UPSR+PMR+SPM ----- Radio Online: Radio ERA FM | Radio Hot FM | Radio IKIM FM
Peluang Buka Kedai Internet: Jana Pendapatan Dari Rumah - Jana Pendapatan RM2000-RM5000 Seminggu!

Active Users

15 users online in the past 60 minutes (0 Members · 15 Guests · 0 Anonymous)

Polls

BAHASA MELAYU MAMPU MENCAPAI TAHAP BAHASA ANTARABANGSA DENGAN USAHA TERTENTU:
Sangat Setuju! 12 (80%)
Tidak Pasti 2 (13.3%)
Tidak Setuju 1 (6.7%)
Total Votes: 15
Only members can vote in this poll.
View Topic

Rawatan Alternatif Cara Islam

Posted by ummi_muda (Members) at Fri Dec 30, 2005 5:45 pm. One comment

Pengenalan Kepada Air Annusyrah
Maksud ANNUSYRAH ialah menulis kalimah-kalimah Al-Quran di atas pinggan putih kemudian dicairkan kalimah tersebut di dalam Air Zam-Zam lalu dijadikan ubat. Penanya diperbuat dari ranting kayu pokok paku pakis diraut rapi, manakala dakwatnya diperbuat dari filamen Saffron / Za'faran atau dalam Bahasa Melayunya dipanggil Kuma-Kuma. Kuma-kuma (dari jenis murah) di Malaysia kebiasaanya digunakan sebagai pewarna nasi beriani agar kelihatan kekuningan.

Za'faran adalah tumbuhan herba yang tumbuh setinggi paras lutut dan hidup subur di negara Iran menjadi barang kawalan di negara tersebut memandangkan harganya sangat mahal dan khasiatnya sukar ditandingi. Herba ini boleh diminum begitu sahaja untuk dijadikan penawar pelbagai jenis penyakit sejak di zaman silam lagi. Harga sekilo bunga Za'faran jenis yang terbaik menjangkau RM70,000.00 sedangkan harga sejongkong emas tulen hanyalah RM55,000.00.


Oleh itu, hanya Za'faran yang layak digunakan sebagai dakwat untuk menulis ayat-ayat suci Al-Quran di atas Pinggan Putih.Selepas ditulis, ia dilarutkan di dalam air Zam-Zam kemudian di bacakan semula dan akhir sekali ditutup dengan 40 kali Surah Yassin serta dilakukan solat hajat kemudian diasingkan dan dibotolkan.

Orang yang layak menulis ayat-ayat suci Al-Quran ini hanyalah orang yang betul-betul pakar dan berakhlak mulia serta boleh dipercayai kerana ianya ditulis dengan baik tanpa bersentuhan atau berlaku apa-apa kesalahan dalam penulisan. Ia sangat unik dan tidak mampu dilakukan oleh semua orang.

Di antara surah-surah yang ditulis dan dibaca para tahfiz (ini bergantung kepada jenis tujuan yg ingin dicapai) ialah :

Doa Bismillah dibaca 118 kali.
Bismillahirrahmanirrahim (Basmalah) dibaca 786 kali
Al-Fatihah, Ayatul Kursi, Al-Falaq, An Nas dibaca 70 kali.
Surah Yassin lengkap 83 ayat.
Surah Thoha ayat 131 dan 132.
Surah An Najmi 1 hingga 8
Surah Ar Rahman 1 hingga 5
Surah Al Haaqqah lengkap 52 ayat.
Surah Al Insyirah lengkap 8 ayat.
10 ayat-ayat pilihan dari surah Al-Baqarah
Surah Muhammad dan Ar Rahman lengkap.
Ayat-ayat Syifa' dan ayat-ayat terpilih dari surah Ali Imran, An Nisa', Al An'am, Al A'raaf, Al Raad, Al Kahfi, Al Anbiyaa', Al Mukminun, Lukman, Al Waqiah dan Al Hasyr.
Inilah keunikan Air Annusyrah yang telah dihidupkan semula oleh Ustaz Abdullah Mohd Yusuf melalui kajiannya selama 20 tahun untuk mengembalikan amalan para ulama silam sebagai ikhtiar penawar kepada pelbagai jenis penyakit zahir dan batin, keperluan dan hajat dengan izin Allah SWT.

Kaedah ini telah mendapat sokongan daripada Dato' Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Negeri Perak.

Berikut adalah Produk Air Annusyrah:

ASY-SYAAFI
AHMAR
ARBEE
ZABA
PENERANG HATI
LIL 'UYUN
MAEDAH
HAWA

maklumat lajut layari http://www.annusyrah.com

tips kesihatan

Posted by sweet_potatoes (Forum Manager (VIP)) at Thu Sep 8, 2005 2:45 pm. 0 comments

1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tanpa mengira siapa ~ InsyaAllah, Allah akanmelipatgandakan rezeki.

2. Sebelum tidur, lazimkan berdoa bergantung kepada apayang kita hendak sepanjang tidur, Insya Allah, kita akan bersemangat dikeesokan harinya.

3. Makan buah sebelum sarapan pagi, makan tengahari danmakan malam ~ dapat pahala mengikut Sunnah & merujuk kepada pakarpemakanan, vit C dari buah-buahan yang dimakan selepas sarapan pagi,makan tengahari & makan malam yang akan diperolehi adalah mencecah 0%.Elakkan minum air semasa sedang makan.

4. Minum air 15 -30 minit selepas selesai makan. Untukminum, bagi teguk yang pertama sahaja, biarkan air dalam mulut selama 10saat sebelum ditelan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sebabair liur ada mengandungi ‘enzyme’ yang boleh membunuh kuman dalam‘pankreas’, perut, yang akan dibawa oleh air tegukan pertama.

5. Seelok-eloknya makan malam sebelum waktu maghrib ~ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhansaja pada waktu maghrib), sebab, bagi yang sedang belajar, otak akanberfungsi ‘excellently’ (senang menyerap ilmu) dalam masa dua jamselepas makan, jika makan pada 8:30 malam, semasa jam 10:30 malam barumula belajar dan besar kemungkinan hanya boleh bertahan hingga jam 12tengah malam saja, jadi tidak banyak yang boleh dipelajari berbandingkalau makan pukul 6:30 (orang Cina mengambil makan malam mereka sekitarwaktu ini). Juga, kita tidak akan tidur dalam kekenyangan (yang mana iaboleh menghindar dari melakukan solat malam).

6. Tatacara di bilik air, Selepas membuang air kecil,berdehem 3 kali (teran sedikit) boleh mengelak daripada mendapatpenyakit batu karang. Semasa membuang air besar, mengiring sedikit kekiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan menekan‘bladder’ dan menyebabkan senang membuang air besar.

7. Tatacara didik anak, Antara tips untuk mendapat anakyang bijak ‘genius’, ajar dan biasakan anak (atau bayi) tidur mengiringke kanan ~ sebab jantung (yang terletak di sebelah kiri) akan lebihlapang / lega dan mudah berdegup (perjalanan darah akan lancar) dan otakanak akan berkembang ‘excellently’. Bagi anak-anak yang sudah azalinya‘active’ atau ‘hyper-active’, kurangkan atau jangan pakaikan baju warnaorange ~ sebab warna ini boleh merangsang secara aktif tindak tandukanak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja dan ‘exuberant’.

8. Tatacara didik diri sendiri, Amalkan apa-apa yang baik(juga amalan-amalan baru) selama 21 hari atau lebih berturut-turut ~Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21-30hari, ‘continuously’, akan menjadi tabiat dan kalau tidak, ilmu itu akanmati.

9. Buang segala rasa hasad dengki, dendam serta lain-lainyang berkaitan emosi, ini akan membenarkan otak ‘release excessiveadrenaline’, ‘cortisone’ dan ‘toxine’ yang mana boleh membawa kepadabeberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelumwaktunya), selalu sakit perut dan sebagainya.

Dipetik dari kertas kerja dan hasil penyelidikan pakar motivasi (email)

Tips bersahabat dengan AIR

Posted by sweet_potatoes (Forum Manager (VIP)) at Wed Apr 27, 2005 3:05 pm. 2 comments

;) Biasakan membawa sebotol air putih kemana sahaja kamu pergi

:lol: lebih baik kamu letakkan sebotol air putih dimeja kerja kamu drpd secawan kopi atau air bergas

:rolleyes: letakkan air minuman dlm botol atau gelas, biarkan semalaman dan minumlah sebaik sahaja kamu bangun dari tidur. Biasanya air minuman yg telah dibiarkan semalaman akn terasa lebih sejuk ketika diminum

:) supaya lebih menarik, ciptakan warna dan aroma dlm air putih kamu dgn menambahkan potongan lemon atau buah-buahan berwarna.

:P tanamkan di pikiran bahawa "minum air putih baik utk kesihatan". Oleh itu, jadikan ia amalan seharian

<_< jika ada 'bad mood". minumlah air putih utk melegakan perasaan itu.

TAHUKAH ANDA

Posted by sweet_potatoes (Forum Manager (VIP)) at Wed Apr 27, 2005 2:56 pm. 0 comments

MADU

- terbaik utk kulit
- menambah vitamin-vitamin yg diperlukan oleh tubuh
mampu menggantikan sel-sel mati pada kulit


TIMUN

- dengan meletakkan potongan tipis timun di bahagian mata selama 10 minit dapat menjadikan mata kita rileks dan segar


LIDAH BUAYA

- mempu menjadikan rambut kamu kelihatan lebat dan hitam berkilat
- ambil sari lidah buaya dan sapukan pada bahagian kulit kepala dan lihat hasilnya.


OTAK

- manusia hanya menggunakan 10% drpd otak mereka utk berfikir dan selebihnya digunakan utk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal


HAIWAN

- dianggarkan 80% haiwan dimuka bumi ini terdiri drpd serangga


MASYARAKAT MESIR PURBA

- mereka akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka mati

GEMUK!!!

Posted by sweet_potatoes (Forum Manager (VIP)) at Wed Apr 27, 2005 2:52 pm. 0 comments

* Kurangkan pengambilan makanan jenis berlemak setiap hari. Pilih makanan yang punyai kandungan lemak yang rendah spt yogurt atau susu kacang soya dan susu tanpa lemak.

* Pilihlah makanan yang dibakar, dipanggang atau direbus

* Kurangkan penggunaan mentega atau marjerin ketika makan roti atau kentang panggang

* Gantikan biskut dan makanan ringan lain dengan buah-buahan segar jika kebetulan muncul keinginan untuk mengunyah. Jika sukar untuk nak kontrol nafsu makan, cuba makan dlm jumlah yang sedikit

:r :unsure: :D :lol:

:thumbup: :thumbup:

UPGRADE ACCOUNT HOTMAIL ANDA

Posted by Dragonizer (Admin) at Mon Apr 11, 2005 3:54 pm. One comment

Selepas melaksanakan arahan-arahan yang diberi, anda akan

1. Serta merta mendapati akaun Hotmail anda meningkat dari 2 MB kepada 25MB.
2. Selepas 30 hari dari tarikh mengubahsuai akaun, anda akan mendapat 250MB.

Arahan:

1. Log in ke dalam akaun Hotmail anda dan klik "Option".
2. Klik "Personal".
3. Cari dan Klik "My Profile"
4. Tukar Country ke "United States"
5. Tunggu sementara. Penukaran setting akan memakan sedikit masa.
6. Tukar State ke "Florida" dan zip code ke "33332".
7. Klik Butang "Update"
8. Klik "Continue"
9. Pergi ke "Language" dan pastikan anda telah memilih "English"

10. Copy dan pastekan link di bawah ini ke browser:

http://by17fd.bay17.hotmail.msn.com/cgi-bin/Accountclose

dan tekan enter.

11. Tunggu sehingga keluar paparan mengatakan your Hotmail is Closed and ready to be deleted.
12. Klik "Close Account".
13. Taip semula www.hotmail.com dan log in balik untuk aktifkan kembali e-mel anda. Anda akan dapati akaun anda telah meningkat dari 2MB ke 25MB.


14. Cara lain? Buka akaun hotmail baru.

JANGAN RISAU. TAKKAN ADA APA-APA YANG HILANG... telah terbukti!

TIPS di dapur

Posted by sweet_potatoes (Forum Manager (VIP)) at Fri Feb 25, 2005 3:48 pm. 8 comments

Tauhu tahan lama
Bagi mencegah tauhu yang kita beli dapat bertahan lama, cuci dengan air bersih. Tus kan tauhu sehingga ia kering dantuangkan air panas. Biarkan sehingga ia sejuk.


Memotong buah-buahan
Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Dikatakan limau nipis mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam.


Hindari Kumbang Beras
Hindari beras daripada kumbang beras dengan meletakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering kedalam tempat
menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi.


Masalah Nasi Mentah
Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masaalah ini masih boleh diatasi. Caranya mudah saja. Anda hanya perlu isikan air panas kedalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya diatas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.

TATACARA MEMANDU KETIKA HUJAN

Posted by sweet_potatoes (Forum Manager (VIP)) at Fri Feb 25, 2005 3:42 pm. 4 comments

saje je ngan berkongsi ngan kengkawan semua..

http://www.muarmaya.com/~familiaz/hujan.htm

Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem penyejukkan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi.

Ada tiga aspek sebagai panduan jika berdepan situasi sedemikian. Aspek pertama berkaitan kenderaan yang dipandu, Iaitu:-

B) Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan
Semua pintu mempunyai dakapan (seal) yang baik

:ph43r: Pastikan tiada kebocoran pada bahagian injin, kotak gear, galas dan bearing. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan dinaiki air

:ph43r: Sistem klac, sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik

:ph43r: Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman sepenuhnya

:ph43r: Pengelap (wiper), horn dan sistem elektrial iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik

Aspek kedua berkaitan langkah yang perlu diambil oleh pemandu ketika meredah jalan yang dinaiki air, Iaitu:-

:blink: Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar

:blink: Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memendu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi injin khususnya bahagian sistem penyalaan

:blink: Elakkan memendu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian injin dibasahi air dan pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena tempias atau percikkan

:blink: Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memendu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah. Bagi mengatasi masaalah ini ada beberapa panduan yang boleh dipraktikkan iaitu:

~ Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik

~ Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek

~ Bagi kenderaan pacuan 4 roda, gear automatik sama seperti gear manual. Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek

~ Uji tindakkan diatas berulangkali pada jarak 20 hingga 30 meter sahaja

~ Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj

~ Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju

Sumber: Akhbar Tempatan

PETUA KECANTIKAN

Posted by sweet_potatoes (Forum Manager (VIP)) at Wed Feb 16, 2005 11:41 am. 17 comments

Assalamualaikum..jom kongsi petua2 kecantikan pulak :D

penjagaan muka
kisar 1/4 timun dan ambil patinya ,campur patinya bersama 100-150ml susu penuh krim dan simpan dalam peti sejuk..kalu nak guna ambil kapas dan sapu..kemudian bilas..lakukan selama 2/3 hari ..insyaalah muka kita akan menjadi lembut & bebas dari jerawat ..

kelebihan air limau?
:rolleyes: haa air limau dapat mencairkan lemak..sape2 yg nak diet tuh ..amalkan minum air limau nipis yerk..kalu bleh biarlah suam jgn letak ais..

KORANG CAM NE PLAK ? :nice:

baca-baca

Posted by sweet_potatoes (Forum Manager (VIP)) at Mon Feb 7, 2005 3:45 pm. 0 comments

wallhualam... tak tau la betul ke tak :blink:

cubala

CARA² UNTUK MENGEMBALIKAN BARANG HILANG .INSYALLAH LAKUKAN SEPERTI ARAHAN
DI BAWAH,DENGAN IZIN ALLAH, IA MENJADI.


1. Ambil sehelai kain putih yang bersih sekurang-kurang satu kaki.
2. Bentangkan kain tersebut secara melintang.
3. Bahagian yang melintang itu di lipat dengan tujuh lipatan di
mana setiap lipatan di baca bersama SURAH AL-FATIHAH sekali dengan SURAH
WAD DHUHA.) (jadi ada 7 x ALFATIHAH dan 7 x WAD DHUHA (disertakan niat
supaya ALLAH menolong kita dan membuka pintu hati si pencuri tersebut
memulangkan semula barang yg hilang)


4. Selepas habis 7 lipatan,ikat hujung kain sebelah kanan
5. Letakkan kain tersebut di tempat gelap contoh dalam laci,atau
bawah almari,atau mana² tempat gelap yang tidak di ketahui sesiapa kecuali
kite dan DIA sahaja.


6. Tunggu sehingga org yg mengambil barang kite itu memulangkan
semula barang tersebut ke tangan kite sendiri dan setelah kite memiliki
semula barang yg hilang tersebut,ambil semula kain yg diikat hujungnya
tadi,dan buka simpulan tersebut.(di sertakan dgn ucapan ALHAMDULILLAH)


INSYALLAH,,,dengan izin Allah ,ia akanberjaya.


Amalan tersebut di ajar oleh USTAZ ABDULLAH MAHMUD Penceramah Bebas.
WALLAH'HU AKLAM.
 

Board Statistics

Stats Total Forum Posts: 18,388
Total Members: 1,124 (The newest member is hyrusha)
Wed Nov 18, 2009 12:00 am, a record 130 users were online.
JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:
................................................................................................................................................................
My Topsites List Search Engine Submission & Optimization Search Engine Submission and Internet Marketing
................................................................................................................................................................